BAB 1
"Dah langgar orang tak reti nak minta maaf , kalau aku lempang pakai kaki jap lagi . Baru lah nak menyesal ?" bebel Zizan sambil menuju ke arah makmal yang menempatkan pejabatnya .
Dia terus berjalan , sesampai sahaja di depan pintu . Dengan penuh gaya , pintu itu ditendang. Seketika kemudian , dia mula berjalan masuk ke dalam makmal .
"Bos , hari ni kita ada dua kes baru . Satu dekat Damansara , lagi satu tu dekat Shah Alam kot ? Big boss minta bos siapkan kes ni secepat yang mungkin . Lagi satu , saya nak minta bos request lah dekat big boss satu lagi makmal untuk kita simpan segala bahan bukti ni .
Saya dah rimaslah tengok makmal kita yang berselerak macam ni . Dahlah..."kata - kata gadis itu tak dapat disambung apabila Zizan bersuara .
"Woi woi , kau ni kaset ke manusia ? Kau tak nampak ke aku baru balik ni ?"tanya Zizan pada pembantu peribadi merangkap teman baik merangkap kawan melepak merangkap , ah ! Segala - galanya lah , kecuali bini . Yang tu je belum .
"Nampak . Kenapa ?"balas gadis itu . Tangannya lincah mengemaskan kertas - kertas yang bertaburan di atas meja .
"Kalau dah nampak tu , tak payahlah membebel . Aku bukannya robotlah ! Aku manusia tau tak manusia? M.A.N.U.S.I.A."Zizan mengeja perkataan 'manusia' sejelas yang mungkin pada pembantunya itu .
"Bos , saya tau eja lah . Ni , bos dengar tak apa saya cakap tadi ? Kalau big boss marah, saya tak tau ? Bos jawablah sendiri , saya tak masuk campur ."ugut gadis itu lagi .
"Ek eleh kau ni Aleesa ? Muka je cun , tapi kalau bab membebel , mengugut , kau lah nombor satu ! Ye , ye aku taulah macam mana nak settlekan benda tu . Kecoh je dari tadi , kes yang dekat Indera Kayangan pun aku tak siapkan lagi , ni dah tambah dua kes .
Eyh , yang aku dok membebel sorang - sorang ni dah kenapa ? Tengok , ni semua sebab kaulah Aleesa , penyakit membebel kau dah sampai kat aku . Konjetes betul lah penyakit membebel ni ."bebel Zizan panjang .
Aleesa yang mendengar sudahpun meletuskan gelak yang cukup kuat , dia sudahpun terduduk dia atas kerusi yang terletak di hadapan mejanya sambil memegang perutnya yang mula sakit akibat terlalu banyak gelak .
"Kau dah kenapa gelak macam ni ?"tanya Zizan pelik . Langkah yang sebelum ini diaturkan untuk kembali ke pejabatnya terhenti .
Aleesa yang mula berhenti dari tergelak itu mula menarik nafasnya perlahan dan melepaskannya . "Betul bos nak tau ?"Aleesa menyoal .
Zizan mengangguk laju .
"Okay , first , bos ni ada typo dekat mana sebenarnya mulut ke otak ? Sebab , sepatutnya sekarang ni bos handle case yang dekat Kayangan Heights bukan Indera Kayangan . Lepastu , sepatutnya bos sebut contagious bukan konjetes . Bos kena sampuk dengan puteri dari langit ke ni ? Habis semua perkataan berterabur tau tak ?!"panjang Aleesa menjelaskan . Seketika kemudian dia tergelak semula .
Muka Zizan mula memerah , topi yang berada di atas kepala di betulkan beberapa kali . "Owh , ye ke ? Alhaa , kau cerita macam kau tak pernah tersalah sebut pula ? Aku tengah baca novel fairytale sebab tu aku tersebut Indera Kayangan tu .
Aku sebut konjetes eyh tadi ? Err.. Aku bukannya orang putih , setakat tersalah sebut tu takde hal lah !" balas Zizan dan terus menghilangkan diri di sebalik daun pintu pejabatnya .
Aleesa mula berhenti gelak , air mata yang keluar dari mata coklatnya disapu perlahan . Dia menangis bukan kerana sedih tapi sebab banyak sangat gelakkan bos .
-Zizan POV-
Bapak malu siot ! Aduhh , macam manalah aku boleh tersalah sebut depan minat tu tadi ! Hesh , kau ni Zizan kalau tak memalukan diri sendiri tak sah ke ?
Aku mengeluh , melepaskan segala penat lelah yang aku kumpul dari pagi tadi . Kertas - kertas yang berselerak , bertabur , bersepah atas meja aku kumpul dan letak kat tepi meja .
Butang intercom aku tekan ,
"Ye , ada apa bos ?"suara PA kesayangan aku pun kedengaran .
"Masuk sini sat ."panggil aku .
Tak sampai seminit , si Rasya Aleesa kesayangan aku tu pun muncul kat depan pintu . "Hmm , ada apa?"tanya dia . Budak ni memang macam ni kalau dengan aku , kalau depan big boss jangankan semut, pijak lah apa benda pun takkan mati punyalah.
"Bos !"Aleesa hentak meja aku . Untung aku tak melatah , kalau tak sia - sia je malu lagi sekali kat depan minah ni .
"Kau ni , kacau lah ! Aku nak termenung kejap pun tak boleh ."aku berkata , muka dia memang aku tenung habis - habis .
"Kalau bos panggil saya masuk ni setakat nak tengok bos termenung , baik saya siapkan kerja yang menimbun kat tempat saya tu ." Aduhh , minah ni buat ceramah pulak .
"Yelahh , ni aku nak minta air kopi yang takde kopi and takde gula ."aku jawab . Selamba je . Lepastu , aku terus sambung kerja aku . Budak ni still kat depan aku lagi sebenarnya , dok tayang muka pelik dia kat depan aku .
"Air kosonglah ."aku balas . Sebelum dia keluar tu , sempat lagi dia membebel kat depan aku . Manalah aku nak cari PA lain , dah kalau dapat PA yang sekepala dengan aku , memang takdenye aku nak cari lain . Cehh , cerita macam dia tu bini aku pulak !
-Aleesa POV-
Kalau aku cepuk bos ni kejap lagi , sia - sia je koma kang ! Susah sangat ke nak cakap air kosong? Yang nak merepek melalut sampai air kopi tu kenapa ?
Aku ambik mug , letak air suam . Lepastu aku jalan balik dari pantry yang gila bapak punya jauh ! Dah rasa macam marathon dah ! Aku pun dengan lemah lembut dan sopan santunnya , ketuk pintu bilik dia . Harapan lah aku nak tunggu dia cakap masuk , baru aku nak masuk . Dia tak sempat tarik nafas lagi aku dah masuk dah .
Mug gambar Hello Kitty yang ada air kopi takde kopi takde gula tadi tu , aku letak betul - betul atas meja dia , dekat depan dia .
"Kat pantry tu mug memang dah pupus ke sampai kau bagi aku mug Hello Kitty ni ?"bos aku merungut. Aku garu kepala walaupun tak gatal .
"Bos , itu elok saya bagi mug tau . Kalau saya bawak baldi datang sini tadi ?Bos nak suruh saya ceramah kat sini ke?"aku perli dia habis - habis . Tak payah cakap lah , memang aku pandang dia ni , kerek je dari tadi .
"Ish , yelah - yelah . Terima kasih yang teramat sangat atas jasa anda yang sudi mengambilkan air kosong ini untuk saya ."dia balas , skema nak mampus !
"Sama - sama kasih atas ucapan penghargaan anda sebentar tadi . Datang lagi ."aku balas , lepastu memang aku angkat kaki , keluar dari bilik tu dan menyambung kerja- kerja aku yang terbantut hanya sebab air kopi takde kopi takde gula tadi tu .
**********
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar
Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar
Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Telefon bimbit Aleesa yang terletak di hujung meja mula bergetar dan menyanyikan lagu Perang Dah Tamat . Aleesa mengeluh , “Siapa lah bagi text waktu – waktu macam ni? Hesh !”rungutnya sambil menggapai telefonnya itu .
Aleesa , akak dekat airport dah ni . Tlg ambik boleh ? Mummy dgn daddy ada hal.
Aleesa membaca pantas , matanya yang sebelum ini kuyu sudah terbeliak . “Haduyy , minah ni pun dah tak reti ke nak balik sendiri . Naiklah teksi ke apa ke ? Menyusahkan betul lah !”rungut Aleesa lagi . Kunci kereta , telefon diambil dan diletakkan di dalam beg tangannya .
Pintu bilik bosnya dikuak . “Bos , saya kena keluar kejaplah . Nak ambik kakak saya dekat airport .”Aleesa memberitahu .
Zizan mengangguk , “Eyh , kejap – kejap . Kau nak pergi airport kan? Aku tumpang kau lah , rumah kau pun bukannya jauh dari situ pun kan ? Lepas kita balik airport , kita sama – sama pergi Damansara kejap.” Zizan menjelaskan .
Aleesa mengangkat kening , lalu mengeluh . “Yelah , yelah . Petrol , saya claim biladah sampai sini.”
“Kau ni kedekut lah .”rungut Zizan .
“Bos nak ikut ke tak nak ni ? Terhegeh – hegeh tau tak ? Kakak saya dah sampai dah tu.”Aleesa mula membebel .
“Ye , dah siap .”
Mereka mula berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta . Mini Cooper S merah kesayangannya terletak elok di sebelah kereta bosnya . Punat pada kunci keretanya ditekan . Serentak lock terbuka .
Aleesa masuk ke tempat pemandu sementara Zizan duduk di sebelahnya .
“Pakai seatbelt saya tak nak kena saman .” Aleesa mengigatkan . Zizan mengeluh namun diikutkan juga arahan Aleesa tadi . Setelah menunggu enjin kereta itu panas selama beberapa minit , Aleesa mula menekan pedal minyak dan kereta itu mula meluncur laju meninggalkan pejabat .
***********
“Mana dia ni ?”rungut Aleesa . Zizan di sebelahnya sedari tadi hanya bermain dengan telefon bimbitnya.
Aleesa mendail nombor telefon kakaknya . Apabila panggilan dijawab , Aleesa pantas bertanya .
“Kat mana ?”
“Orang kat depan tempat claim beg . Cepatlah .”
Aleesa terus memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar . Tidak sampai seminit , kakaknya , Rasya Aleeya mula muncur di ruang mata .
Zizan yang masih leka dengan telefon disiku , “Woi , apa ?”tanya Zizan apabila konsetrasinya diganggu .
Aleesa menunjuk kepada kakaknya . “Kenalkan . Bos , ni kakak saya , Rasya Aleeya . Akak , ni bos saya Zizan .”ringkas Aleesa memperkenalkan .
Aleeya tersenyum memandang Zizan , tangannya dihulurkan . Zizan pantas menyambut , tangan Aleeya digenggam .
Aleesa yang melihat reaksi Zizan itu mula mengerti . Tangannya laju menepuk bahu Zizan . “Jom balik .” ringkas Aleesa berkata . Sepanjang perjalanan menuju ke kereta , Aleeya dan Zizan rancak berbual di belakangnya . Sesekali terdengar tawa gedik , Rasya Aleeya .
-Aleesa POV-
Ek eleh minah ni , dengan bos aku pun kau nak try ke ? Dah tentu lah dia ni terlebih vitamin ‘gatal’ , memang suka lah .
Hmmh , nak buat macam mana . Bos anggap aku tak lebih dari pekerja dia je , paling tak pun adik . Sedar- sedarlah diri tu sikit Aleesa , kau tu bukannya cantik macam kakak kau . Manalah bos nak pandang .
Aku mula pusing – pusingkan kunci kereta dekat tangan waktu dekat dalam lif . Boring kot ?! Dari tadi asyik dengar diorang ni membebel entah apa entah . Yang si Aleeya dok melayan , yang si bos ni pula lagilah gatal !
Eeeii , sakitnya hati aku ! Menyesalnya aku bagi si bos ni ikut aku tadi , kalau aku suruh dia duduk diam – diam kat office tadi , tak payah lah aku nak sakit hati macam ni !
Serentak , lif terbuka . Aku cepat – cepat keluar , tapi makhluk Allah yang lagi dua orang ni masih berdiri kat dalam lif .
“Tak nak keluar ke ?”Aku cepat – cepat tanya . Bukan apa, kejap lagi lif tutup , dua – dua aku tinggalkan kat sini .
Nasib baik diorang ni masih nampak lagi kewujudan aku kat situ , dengan selambanya diorang pun jalan seiring , pergi dekat kereta aku . Lepastu tunggu dekat pintu .
Ewah – ewah , kau fikir aku ni driver kau ke ? Kau tunggu , kau beranilah membebel dalam kereta aku , kejap lagi kena sound jangan tanya aku kenapa .
Aku jalan pergi dekat kereta . Pintu kereta aku buka , Aleeya aku sumbat kat belakang . Waktu tu aku nampak Zizan pun nak pergi belakang . Cepat – cepat aku bersuara .
“Bos ,kalau bos nak driver bos cari pekerja lain . Saya bukan driver bos , jadi bos boleh duduk depan sekarang.”ringkas , tepat dan padat . Tak payah cerita lah suara aku waktu ni , memang macam serigala siot garang dia . Zizan dah kecut perut pandang aku , so dia pun duduk depan .
**********
“Dah sampai , mummy daddy balik dalam pukul tujuh . Bibik adalah kat dalam , nak apa – apa minta dekat dia .”Aleesa bersuara apabila kereta mula berhenti di depan banglo tiga tingkat kepunyaan keluarganya .
Zizan yang sememangnya belum pernah sampai ke rumah Aleesa , sudah terbeliak biji mata melihat kediamannya itu . Aleeya mengangguk , Zizan masih terpaku .
Aleesa menepuk paha Zizan , “Kakak saya nak keluar .”
Zizan keluar dari kereta , tolak sit ke depan . Sebelum si Aleeya ni masuk rumah , Aleesa ternampak dia bagi sesuatu dekat Zizan . Kad lah kot .
“Apa yang dia bagi tu ?”tanya Aleesa sewaktu menekan pedal minyak untuk terus ke Damansara .
Zizan melayang – layangkan name card Aleeya di depan matanya . Aleesa mencebik , buat tak tahu.
“Kita nak pergi Damansara kan ?” tanya Aleesa .
“Yup !”Zizan menjawab . Sambil tersengih – sengih . Aleesa mengerling Zizan perlahan .
“Tak payah nak sengih sangat kat sini .”tegur Aleesa .
“Ek eleh , sengih salah marah salah . Habistu apa yang betul ?”Zizan merungut .
“Yang betulnya adalah , bos duduk diam – diam lepastu buat mukatak berperasaan dan letak name card kakak saya tu dalam poket . Tak payah nak senyum –senyum .”panjang Aleesa memberi arahan .
Zizan mengangguk , dia membuat sebiji – sebiji seperti apa yang diarahkan oleh Aleesa tadi . Aleesa yang sedan memandu itu sudah berkerut – kerut menahan gelak .
p/s:Nahh ,first chapter utk korang . Hope korang suka , saya dah buat yg terbaik . And again , saya perlukan 3-5 votes utk teruskan chapter 2 dan seterusnya . Thanks utk semua yg support :) And utk peminat - peminat Zizan , kalau ada idea yg nk dimasukkan sila comment
And jgn lupa , utk sesiapa yg belum baca Hanya Kau Yang Terakhir , silalah baca yea ? That's all ,for now . Thanks for reading !