BAB 26
Alhamdulillah , dah
dua bulan aku dan Ammar mula rapat . Diri Ammar bagaikan gabungan di antara
Farhan , arwah abang dan arwah Hairy bagi aku . Tak sangka kan ? And , hari ni
adalah hari pertunangan aku dgn dia . Mama , papa , ibu dan ayah tk nk
melambat2 kan lgi benda ni .
Tangan Sarah laju menulis pada diari kesayangannya . “Fuyyoo
, aku berpuitis siot .” Sarah berkata pada dirinya .
“Sarah , dah siap ke belum ni ?”tanya Kak Nora , jurusolek
yang ditugaskan untuk menyiapkan Sarah untuk majlis pertunangannya itu .
Sarah menutup diarinya lalu disimpan di dalam laci . Rantai
yang tergantung pada leher jinjangnya dibetulkan . “Dah .”
“Hmm , tunggu sini dulu . Dalam lima belas minit diorang
sampai .”ujar Kak Nora .
“Okay .”balas Sarah .
Telefon bimbit yang berada di hadapannya dicapai . Mesej
dihantar pada bakal tunangannya .
Awak ikut sekali ke ?
–Sarah-
Ikut , tapi ibu dgn
ayah tk bagi saya masuk dlm masa majlis . Sedih . Tk dpt jumpa awk .
–Ammar-
Ish , awak ni . Ibu
dgn ayah tk bgi awk msuk msa majlis je . Bukannya sampai esk . –Sarah-
Haha , yelah . Okay ,
saya dh nk smpai rumah awk ni . Bye .-Ammar-
Sarah tersengih , telefon bimbit diletakkan semula di atas
meja . Seketika kemudian , pintu bilik dikuak . Qashmiera tersenyum , lantas
melangkah mendekati Sarah .
“Eyh , akak . Simplenya
?”tutur Sarah sewaktu melihat Qashmiera hanya mengenakan baju kurung moden
berwarna kelabu dan sedikit solekan nipis di mukanya .
“Mestilah . Buat apa akak nak pakai gempak – gempak pun
?”tanya Qashmiera semula .
“Yelah , akak kan perunding imej Sarah . Kenalah pakai
gempak – gempak .”balas Sarah .
“Ish , ada – ada je dia ni . Lawalah gaun ni bila Sarah
pakai , tapi sebenarnya akak still tak
puas hati tau dengan gaun ni . Akak rasa macam ada yang tak kena dekat neck tu .”terang Qashmiera .
“What ? Akak cakap
tak puas hati ? Believe it or not ,
ni lah pertama kali Sarah pakai baju vogue
macam ni , tau tak ?”bantah Sarah .
Qashmiera tergelak . Pada masa yang sama , pintu bilik
diketuk .
“Masuk , pintu tak kunci .”tutur Sarah sedikit kuat .
“Sarah , rombongan dah sampai . Cepat turun .”ujar Kak Nora
.
“Argh , akak Sarah takut .”ujar Sarah . Tangannya memegang
erat tangan Qashmiera .
“Eyh , sejuknya tangan . Rileks , tak ada apa pun lah . Baru
nak tunang dah gabra semacam , belum nak kahwin lagi ?”usik Qashmiera .
“Ish akak ni , ke situ pula ! Lambat lagi lah .”balas Sarah
. Dia mula berdiri dibantu oleh Qashmiera .
Sarah dan Qashmiera mula turun dari tangga perlahan – lahan
, disebabkan gaun yang disarung pada tubuh Sarah agak labuh . Sarah perlahan –
lahan duduk bersimpuh di atas kusyen besar berwarna putih yang sedondon dengan
gaun labuh yang dipakainya .
Selepas selesai segala perkara , kini tibalah masa untuk
menyarung cincin . Sarah masih tidak lekang dengan senyuman walaupun sedari
tadi jantungnya seperti hendak melompat
. Puan Aisyah mula menghampirinya lalu duduk bersimpuh di hadapannya .
Qashmiera dan mamanya yang berada di kiri dan kanannya dikerling .
Tangannya dihulurkan pada Puan Aisyah . Tanpa menunggu lama
, cincin belah rotan yang begitu cantik pada pandangan matanya sudahpun
tersarung kemas pada jari manisnya . Sarah hanya tersenyum sewaktu pancaran
dari flash camera mula menyilaukan
matanya .
Setelah selesai menyarung cincin , tetamu – tetamu dan
rombongan yang hadir dijamu dengan makanan yang telah pun dihidang di bawah
khemah yang ditempah . Majlis pertunangan ini dilakukan secara bersederhana .
Hanya jiran – jiran dan kenalan rapat sahaja yang dijemput .
Mata Sarah melilau – lilau diantara para tetamu yang hadir ,
mencari seseorang .
“Cari siapa ?”tanya satu suara .
Sarah menoleh . Nafasnya dilepaskan . Perlahan – lahan dia
mengurut dadanya , bahu lelaki itu dipukul perlahan . “Am ! Suka sangat lah
buat orang terkejut .”
Ammar tergelak kuat , Sarah memuncung . “Buruk muka kalau
buat muncung itik macam tu .” usik Ammar .
“Buruk – buruk pun tunang awak juga !”balas Sarah perkataan
‘tunang’ sengaja ditekankan .
Ammar tergelak – gelak perlahan . “Okay okay , sorry . Actually awak cari siapa ni ?”tanya Ammar .
“Ain . Awak nampak dia ?”
“Tadi saya nampak , tapi sekarang tak .”balas Ammar . Dia
cukup ‘sempoi’ dengan t-shirt Polo
dan seluar jeans hitam yang tersarung
pada tubuh tegapnya .
Sarah mengeluh perlahan , sesekali dia tersenyum pada para
tetamu yang memandangnya . “Pinjam phone
.” pinta Sarah .
Ammar menyeluk poket seluarnya lalu memberikan IPhone 5 kepunyaannya pada Sarah . Sarah
mengambilnya , tangannya laju mendail nombor telefon Ain .
“Hello ,Ain . Dah sampai belum?”
“Ek eleh , poyo je. Aku tengah tunggu kau ni , kat depan
pintu. ”
“Yea , dengan Ammar . Cepatlah .”
“Okay , bye .”
Ammar hanya memerhatikan tingkah laku Sarah itu . Sambil
menunggu kehadiran Ain , Sarah mula membuka mesej – mesej Ammar . Satu per satu
mesej Ammar dibaca . Kebanyakan daripada mesej itu adalah daripada dia dan
beberapa orang lagi adalah rakan kerjanya .
Tiba – tiba dia mula mendapat idea untuk mengenakan Ammar .
“Haa ! Ni apa ni bersayang – sayang ni ?”sergarh Sarah .
Ammar yang sedang leka memerhati tetamu itu , sudah terkejut
. Keningnya bertaut memandang Sarah yang bagai singa kelaparan .
“Apa ?”tanya Ammar semula .
“Hah , tengok tu orang cakap dengan dia , dia boleh pula
termenung .”bentak Sarah sebelum menyambung .“Saya tanya awak bersayang –
sayang dengan siapa ni ?”
“Bersayang – sayang ? Bila masa pula saya bersayang – sayang
ni? Kalau bersayang pun dengan awak je.”balas Ammar . Mukanya sudah mula cuak .
“Woi ,woi . Takkan gaduh kot ?”celah Ain .
Sarah tergelak melihat wajah Ammar . Terus tidak menjadi
rancangannya untuk meneruskan lakonan sebaik sahaja Ain tiba . Ammar yang
melihat Sarah tergelak – gelak tidak berhenti sudah pun mengetahui yang Sarah
baru sahaja mengenakannya .
Pipi Sarah dicubit perlahan selepas dia mula berhenti
tergelak .
“Eyh , pipi tak main .”ujar Sarah. IPhone Ammar diserahkan semula .
“Ain ! Woah lamanya tak jumpa kau !”ujar Sarah dan terus
memeluk Ain erat . Selepas pelukan dileraikan , Ain pula bersuara .
“Mana nak jumpa kalau dok sibuk dilamun cinta .”usik Ain .
“Eleh , macam cakap dengan cermin pula aku tengok kau ni
.”balas Sarah selamba . Ammar dan Ain sudahpun tergelak kuat .
“Dah makan ke belum ni ?”tanya Ammar .
“Belum lagi . Budak nilah , sibuk suruh jumpa dia dulu
.”jawab Ain sambil menunjuk ke arah Sarah .
“Yelah , yelah . Pergilah makan . Aku pun nak makan juga lah
, ingat kau je tak makan lagi ?”balas Sarah lagi . Seketika kemudian , Ain mula
bergerak ke arah khemah . Manakala dia dan Ammar menuju ke dapur .
********
Kini , sudah hampir sebulan dia bergelar tunang pada Ammar
Rezza . Sarah memandu keretanya menuju ke rumah bakal mertuanya .
Setelah sampai di hadapan banglo itu , Sarah menarik hand brake lalu mematikan enjin . Dia
mula keluar dari kereta namun , langkahnya tidak dapat diteruskan apabila
ternampak Ammar dan seorang gadis sedang menyiram pokok – pokok di laman rumah
itu .
Lebih menyakitkan matanya , kedua – dua makhluk Tuhan itu
begitu gembira sehinggakan tidak terperasan langsung kewujudannya di seberang
jalan itu . Sarah mula mengundur setapak demi setapak. Pintu kereta dibuka
semula , sebelum memasuki kereta dia berpaling sekali lagi untuk melihat mereka
.
Hatinya hancur , sebaik sahaja melihat perempuan itu
bagaikan berpelukan dengan Ammar . Air matanya menitis , apabila mendapati yang
Ammar memang tidak perasan langsung kehadirannya di situ.
Sarah memasuki keretanya , enjin dihidupkan semula . Kereta
itu di’ram’ sekuat hatinya , menarik perhatian Ammar . Ammar yang mula
ternampak kereta Sarah itu sudahpun melepaskan perempuan itu dan cuba memanggil
Sarah . Namun , hampa . Sarah mula memecut kereta itu laju pergi dari
perkarangan banglo itu .
Air matanya jatuh tidak berhenti . Dia mula berhenti di tepi
highway apabila emosinya mula tidak
terkawal tambahan lagi dengan pandangannya yang kabur dek air mata yang
membasahi pipi .
“Damn!”jerit Sarah sekuat hatinya sambil menghentak tangan
pada stereng kereta itu . Sakit . Tetapi tidak dapat menandingi kesakitan pada
hatinya .
Setelah puas menangis , Sarah meneruskan perjalanannya
pulang semula ke rumah . Dia mula menarik nafas panjang lalu melepaskan semula
untuk menenangkan dirinya . Keretanya dipandu laju di atas jalan raya itu .
**********
Sarah berdehem sedikit , membetulkan suaranya . Mama , papa
, abang Riz dan Kak Miera mula memandang ke arahnya .
“Emm , ma ,pa . Sarah ingat Sarah nak sambung study lah .” pinta Saraha akhirnya . Dia
mula menunggu reaksi dari mama dan papanya memadangkan abang Riz mula memandang
semula ke arah tv .
“Sarah nak sambung dekat mana ?”tanya Encik Adzan .
“Sheffield ?”
Rizal mula memandangnya tajam . “Dah takde tempat lain dah
?”Rizal bersuara .
“Ada tu memanglah ada . Tapi Sarah rasa Sarah lagi selesa
dekat Sheffield , lagipun memang Sarah buat diploma dekat sana apa salahnya
?”balas Sarah panjang .
“Betul Sarah pergi sana nak study ?”potong Puan Rosmah .
Sarah mengangguk yakin . Matanya bersinar – sinar memandang
mamanya .
“Kalau macam tu , mama okay je . Terpulang pada papa dan
Sarah sendiri .”putus Puan Rosmah .
“Pa ?”tanya Sarah .
“Papa okay , bila Sarah nak pergi ?”
“As soon as possible .”
balas Sarah . Encik Adzan dan Puan Rosmah mengangguk perlahan . Sedari tadi
hanya abangnya saja yang masih tidak berpuas hati . Sarah hanya diam ,
memandangkan dia belum pun menunaikan solat Asar , Sarah mula mendaki tangga
dan terus memasuki biliknya .
**********
Telekung dan sejadah dilipat dan digantung pada penyidai .
Sarah bergerak menuju ke balkoni biliknya . Segala yang berlaku tengah hari
tadi tersingkap satu per satu di dalam kepalanya .
Sarah menyapu mukanya dengan kedua telapak tangannya . Dia
mendengus kuat , setiap kali mengingatkan perkara itu hatinya bagaikan mahu
membunuh sahaja perasaan cinta yang mekar di dalam hatinya pada seorang lelaki
bernama Ammar .
Seketika kemudian , Sarah teringatkan abangnya . Dia mula
keluar dari bilik nya dan berhadapan dengan bilik abangnya . Serentak waktu itu
, Qashmiera baru sahaja keluar dari bilik itu .
“Err.. Kak Miera , abang ada kat dalam ?”tanya Sarah .
“Ada , dia ada dekat balkoni . Pergilah .”ujar Qashmiera
sambil tersenyum lalu terus meninggalkannya .
Sarah membuka pintu itu perlahan – lahan . Dia mula berjalan
mendekati abangnya yang sedang bersantai di balkoni itu .
Sarah berdehem sedikit , menarik perhatian abangnya .
“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam .
“Waalaikumussalam .”pantas Rizal menjawab .
Sarah mula mengambil tempat di sebelah Rizal .
“Abang marah kat Sarah kan ?”tanya Sarah terus .
Rizal mula meletakkan buku yang dibacanya . Kerusi
dipusingkan menghadap Sarah , “Kenapa abang nak marah ?”
“Yelah , Sarah tengok reaction
abang dekat Sarah sejak dua menjak ni macam tak suka je . Dari hari tu lagi
.”ujar Sarah mulai sebak .
“Abang tak marah , abang just
disappointed . Sarah dah berubah ,
Sarah buat keputusan melulu . Abang tak minta Sarah tanya abang , but at least mintaklah pendapat sesiapa pun . Abang tak
kisah Sarah nak sambung belajar , tapi abang pelik kenapa mesti Sheffield
?”jelas Rizal panjang .
“Yes , Sarah pilih
Sheffield sebab arwah . Biarlah Sarah pergi sana , sekurang – kurangnya Sarah
tak menyusahkan orang lain . Abang nak Sarah menangis tiap – tiap hari sebab
rindukan arwah ? Biarlah Sarah pergi sana , Sarah janji Sarah akan cuba untuk
menerima kenyataan yang Hairy dah takde . Dekat sana pun bukan setiap masa
Sarah free .
Abang jangan risau kay ? I’ll
be okay . Sarah takkan lupakan sesiapa pun yang ada dekat sini . Itu janji
Sarah . Abang maafkan Sarah ye .”terang Sarah .
Rizal mengangguk perlahan tatkala memandang wajah Sarah .
Sarah tersenyum , tangan abangnya disalam perlahan Seketika kemudian dia terus
keluar dari bilik itu . Rizal mengeluh perlahan .
**********
“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam pada Helena yang
berada di hujung talian .
“Waalaikumussalam . Akak ? Ya Allah , rindunya nak dengar
suara akak ! Lama akak tak telefon Leena , Leena pun sibuk sikit lah kak sejak
dua menjak ni .”panjang Helena bercerita .
Sarah tersenyum nipis , “Tulah , akak pun busy jugalah kebelakangan ni . Anyway akak ada benda nak bagitau ni .”
“Apa dia ?”tanya Helena .
“Hujung minggu ni akak pergi Sheffield tau . Sambung study dekat sana .”terang Sarah .
“Hah ?! Akak pergi sana hujung minggu ni and baru sekarang akak bagi tahu ?”tanya Helena .
“Sorrylah Leena ,
akak busy sangatlah . At least I told you , right ?”
Helena tersenyum , “Okay , dekat sana nan..”kata – kata
Helena kedengaran tersangkut – sangkut . Sarah mula pelik apabila Helena mula
diam .
“Leena ?”tanya Sarah .
“Apa yang awak nampak , tu semua salah faham Sarah .”ujar
satu suara . Sarah tersentak , dia mula terdiam .
“Sarah , saya tau awak dengar . Tolonglah saya nak awak
percayakan saya , saya sayangkan awak . Segala apa yang awak nampak , semuanya
kebetulan .”tambah Ammar .
Sarah mendengus , “Berpeluk dengan perempuan lain depan
tunang sendiri , itu yang awak maksudkan sebagai kebetulan ? Are you out of your mind Ammar ? Do you really know what are you talking
about and with who ? I am your fiancĂ©e and I have the right to be mad of you !”Sarah
membalas panjang .
“Sarah tolonglah bagi saya masa untuk explain everything .”pujuk Ammar .
“You have nothing more
to confess , I’m going to Sheffield this weekend . Stop disturbing me Am . Give me some more time to calm my self .”Sarah
membalas tenang . Dalam hatinya , hanya Allah yang mengetahui yang dia terlalu
rindukan Ammar . Setelah menghabiskan ayatnya , Sarah terus memutuskan talian .
No comments:
Post a Comment