BAB
27
Kini sudah dua minggu Sarah menetap di Sheffield . Bertuah
sungguh dirinya apabila kawan lamanya , Susan menawarkan untuk menetap di
rumahnya . Sarah berjalan – jalan di sekitar taman tempat dia dan Hairy bertemu
suatu ketika dahulu .
Dia mula duduk di atas bangku yang menghadap air pancut di
tengah – tengah tasik itu . Tempat yang sama di mana dia dan Hairy bertemu
dahulu . Sarah mengeluh perlahan . Sejak dari dia datang ke Sheffield , masih belum ada sebarang khabar berita dari
Ammar .
Dalam hatinya , merintih kata – kata rindu yang teramat
sangat pada tunangnya itu . Namun , ego membatasi segalanya . Sarah mengeluh
perlahan . Mukanya diraup .
“Kenapa mengeluh ?”tegur seseorang dari belakangnya ,
mengejutkan dirinya yang sedang termenung. Sarah mengucap panjang sambil
mengurut dadanya . Dia mula berdiri dan menoleh ke belakang .
Sarah tersentak melihat seorang lelaki berdiri tegak di
hadapannya sambil di bibirnya mengukir senyuman yang cukup indah , bagaikan
senyuman itu hanyalah untuk dirinya .
“Dah lama saya tunggu khabar dari awak , saya rindukan awak
. Sebab tu saya datang sini .”ujar lelaki itu perlahan .
Sarah mengeluh . ‘Ammar , kau tak tau betapa terseksanya aku
waktu aku tinggalkan kau dulu .’ Sarah merungut di dalam hatinya .
“Don’t you have
anything to say Sarah ?”Ammar
bersuara apabila mendapati dirinya hanya diam sedari tadi .
“Hah ? I think , no ?”balas
Sarah . Ammar tersengih perlahan . Dia menarik tangan Sarah , duduk di atas
bangku itu . Mereka mula melabuhkan punggung di atas bangku itu .
“Are you sure ? Don’t you miss me ?”tanya Ammar lagi .
“Tipunya kalau saya cakap saya tak rindukan awak .”balas
Sarah tanpa memandang Ammar . Pandangannya dihalakan pada air pancut di tengah
– tengah tasik .
“Saya tau kenapa awak larikan diri dari saya . Saya minta
maaf , apa yang awak nampak dekat rumah ibu tu kebetulan je . Dahlah , saya tak
nak ungkit benda yang dah jadi . Sebab satu benda , saya sayangkan awak . Saya
tak mungkin cari orang lain sedangkan awak dah cukup sempurna buat saya .”
Sarah terdiam , air mata mula mengalir ke pipinya . “Bukan
awak yang sepatutnya minat maaf . Tapi saya , saya yang buat kesimpulan tanpa
tanya dekat awak . Kalau saya bagi awak peluang untuk jelaskan , mesti benda ni
tak jadi rumit macam sekarang . Semuanya bermula dari saya .”balas Sarah ,
panjang .
“It’s my fault as well
. Dahlah , sekarang ni yang penting kita dua – dua salah dalam hal ni ,
kita pun dah minta maaf dan memaafkan . Ibu dah tanya saya bila kita nak kahwin
, dia pula yang tak sabar.” Ammar menukar topik .
Muka Sarah memanas , “Apa awak ni , lambat lagilah . Saya
pun tengah study kan ?”
“Saya dah cakap dah dekat ibu , jangan risaulah kita kan dah
janji habis je awak belajar kita kahwin.” balas Ammar .
“InsyaAllah .”
“Dah makan ?”tanya Ammar . Sarah menggeleng .
“Jom , saya belanja .”balas Ammar. Dia mula menarik tangan
Sarah . Seketika kemudian Sarah berhenti .
“Jap jap jap , awak ni macam tahu je jalan kat sini ?”tanya
Sarah pelik .
“Errr.. Actually kan
, saya dah tiga hari dah dekat sini .”Ammar berterus terang .
Sarah membesarkan matanya . “What ? Baru sekarang cakap ? Maksudnya selama tiga hari ni awak spy saya dekat sini ? Eeeii , teruknya
!!”Sarah membebel . Ammar tergelak sambil menggosok perlahan bahunya yang
dipukul Sarah .
**********
“Aku terima nikahnya Sarah Azrin Syahana binti Adzan dengan
mas kahwin RM80 tunai .”lancar Ammar melafazkan , dan secara rasminya dia
sudahpun bergelar seorang isteri pada Ammar Rezza bin Zaihan .
Mama dan ibu yang berada di kiri dan kanannya dipeluk erat .
Seketika kemudian , dia memeluk Ain yang berada di belakangnya . Air mata yang
mahu mengalir diseka perlahan .
“Heyp , kenapa nangis ? Cairlah eyeliner tu !”tegur Ain yang sudah menggantikan tempat mamanya di
kanannya .
Sarah tersenyum nipis melihat gelagat rakannya yang mula
mengelap perlahan bawah matanya . Seketika kemudian , Ammar mula menghampirinya
untuk upacara pembatalan air sembahyang .
Ain di sebelah sudah tersengih – sengih sedari tadi . Sarah
pantas menepuk paha Ain membuatkan gadis itu terjerit perlahan . “Ish , dia ni
. Tengah jadi pengantin pun kasar lagi .”sempat Ain membebel sambil menggosok –
gosok pahanya .
Ammar sudahpun berada di hadapannya , Sarah tersenyum nipis
walaupun sebenarnya dia gementar . Tanpa menunggu lama , dia menghulurkan
tangannya . Ammar menyarungkan cincin pada jari manisnya , diikuti dengan
dirinya . Sarah mula mengambil cincin yang dihulurkan Ain , lalu disarungkan
pula pada jari Ammar .
Sarah menunduk lalu mencium tangan Ammar , dan seperti biasa
jurukamera yang berada di sekelilingnya meminta supaya melakukannya sedikit
lama .
‘Woi , aku dah sakit tengkuk dah dari tadi asyik tunduk
!’jerit Sarah di dalam hatinya . Dia terus bangun dan beberapa saat kemudian .
Bibir Ammar sudahpun menyentuh dahinya , Sarah tersentak
namun dia pantas mengawal riak mukanya agar senyum . Pipinya memerah tanpa
bantuan pemerah pipi . Dan sekali lagi , semua jurukamera meminta perkara yang
sama .
Sarah membentak di dalam hati , ‘Ingat ni freeshow ke ? Argghh ! Pipi aku dah 100 darjah celcius dah ni!’
Dan apabila bibir Ammar mula beralih dari dahinya , Sarah
mengeluh lega . Mereka masing – masing mula berdiri untuk ke meja makan bagi
acara makan beradab .
Ammar membantu dirinya untuk berdiri , memandangkan baju
yang direka oleh kakak iparnya ini agak labuh ditambah lagi dengan kesakitan
pada pinggangnya akibat terlalu lama duduk. Setelah selamat berdiri , mereka
mula berjalan keluar dari rumah . Sarah menyarung kasut tumit tinggi berwarna
putih sambil Ammar menyarung kasut lelaki berwarna hitam .
Mereka mula berjalan beriringan ke meja makan . Sarah
memegang erat lengan Ammar , memandangkan kasut tumit tingginya itu membuatkan
badannya tidak seimbang .
“Rilekslah .”bisik Ammar pada dirinya .
“Awak suruh saya rileks ? Oh , no . Tambah lagi saya dah rasa macam nak jatuh pakai kasut ni . Tak
selesa langsung tau tak ?”tutur Sarah juga perlahan .
“Siapa suruh awak pilih kasut tu ?”balas Ammar selamba .
“Nak gaduh ke ?”tanya Sarah kembali .
Ammar tersenyum nipis , “Sorry,sorry
. Dahlah tu , cuba senyum sikit . Tak comel dah muka isteri abang ni.”tutur
Ammar selamba .
Sarah sudah menelan air liur , bulu romanya meremang ,
jantungnya bagaikan sudah melompat keluar . “ Am ! Tolonglah jangan guna
perkataan abang tu sekarang . Saya tak berapa nak ready lagi .”
Riak muka Ammar bertukar sewaktu mendengar ayat Sarah ,
Sarah yang mula perasan itu . Menggosok perlahan tangan Ammar .
“Awak sorrylah , I didn’t meant that . You know how much I love you right ?
Hanya kau yang terakhir di dalam hidup Sarah Azrin Syahana .”tutur Sarah dengan
suara yang lembut dan hanya Ammar yang mendengarinya .
Ammar mula merenung ke dalam anak matanya . “Terima kasih
sayang . Am janji , Am takkan sia – siakan kehadiran Sarah dalam hidup Am
.”balas Ammar . Tangan Sarah digenggam erat .
THE END
No comments:
Post a Comment