Sunday, 2 December 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 25)


BAB 25
‘Kenapa ek ? Aku rasa macam Ammar sekarang selalu je malu –malu depan aku ? Macam menyorokkan sesuatu ? Pelik – pelik jelah dia ni.’ Sarah bermonolog sendirian di hadapan computer ribanya . Tangan kanannnya memegan tetikus sambil matanya menumpukan perhatian pada skrin .
Sedang dia asyik mendengar lagu di Youtube , telefon bimbit yang berada di sebelahnya berdering . Terpapar nama Ammar di atas skrin . Sarah tersenyum nipis lalu menjawab panggilan itu . Dia berdehem sedikit sebelum memberi salam .
“Waalaikumussalam .”jawab Ammar .
“Ada apa telefon saya tiba – ni ? Bukan hari ni hari Selasa ke ? Tak ada kerja lain dah ke nak buat ?”tanya Sarah bertalu – talu . Video yang sedang dimainkan di Youtube di’pause’kan sebentar .
“Amboi , banyaknya soalan . Saya tengah tak sibuk , sebab tu saya telefon awak . Awak busy ke ?”jawab Ammar .
“Saya busy ? Tak ada maknanya .”balas Sarah selamba .
Ammar tergelak perlahan . “Err.. Awak , sebenarnya saya ada benda nak bagitahu ni .”terang Ammar .
“Apa dia ? Macam penting je bunyinya.”tutur Sarah .
“Err.. emm… Macam ni , saya ni sebenarnya .. sebenarnya .. sebenarnya ..”
“Sebenarnya apa ?”potong Sarah . Ammar mengurut – urut dadanya tatkala terkejut mendengar sergahan Sarah tadi , mujurlah dia bukan ‘Mat Latah’.
“Err.. Macam nilah , sebenarnya tadi ibu telefon saya dia kata dia rindu dekat awak .”ujar Ammar akhirnya , walaupun dia tahu dia sedang memberitahu perkara yang sebaliknya .
“Owh , benda tu je . Apa yang susah sangat nak bagitahu ? Lagipun saya memang dah niat nak pergi rumah ibu pun petang ni . Okaylah Am , sekarang pun dah pukul tiga lebih kan ? Saya nak kena siap , assalamualaikum .”balas Sarah dan terus memutuskan talian .
Sambil menuju ke pintu bilik air untuk membersihkan diri , Sarah membebel sendirian . “Cakap jelah ibu rindu aku yang nak tergagap – gagap sangat tu dah kenapa ? Betul lah tekaan aku , dia ni memang pelik sikit .”
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat Zuhur , Sarah bersiap ringkas dengan seluar jeans hitam dipadankan dengan kemeja kotak – kotak berwarna biru . Rambutnya yang separas bahu diikat satu . Jam tangan G-Shock  yang berwarna biru gelap dipakaikan pada tangan kirinya . Seketika kemudian , Sarah menggapai telefon bimbit dan beg tangannya di atas meja solek .
Setibanya di tingkat bawah , Sarah mengambil sehelai kerta A4 putih , dia mula mencoret sesuatu di atas kertas itu .
Ma, Sarah keluar pergi rumah ibu sekejap . Sebelum pukul 9 mlm Sarah balik .
Kemudian , dia melangkah ke arah peti sejuk dan melekatkan di atasnya menggunakan fridge magnet . Sarah melangkah ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta Perodua Myvi purple  kepunyaannya . Selepas memanaskan enjin kereta , Sarah mula menukar gear dan menekan pedal minyak . Kereta itu mula meluncur laju menuju ke rumah Puan Aisyah .

**********

“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam tatkala sampai di depan rumah banglo dua tingkat itu . Butang loceng ditekan dua kali . Tidak sampai seminit , orang gaji Puan Aisyah , Kak Siti mula keluar dari rumah . Pintu pagar automatik itu mula terbuka sedikit demi sedikit apabila Kak Siti menekan punat pada alat kawalan jauhnya . Sarah memasuki rumah besar itu .
“Puan Aisyah ada di bilik bacaan.”ujar Kak Siti lembut . Sarah mengangguk perlahan . Dia mula mendaki tangga menuju ke bilik bacaan yang dimaksudkan . Memandangkan Sarah sudahpun dua kali menjejakkan kaki ke sini ,dia sudahpun tahu selok belok di dalam rumah ini .
Gambar arwah Hairy yang tergantung di ruang tamu dikerling sekilas . Sarah mengeluh perlahan sambil terus mendaki tangga . Sesampainya di bilik bacaan , Sarah melihat pintu bilik itu terbuka luas . Dia ternampak Puan Aisyah sedang khusyuk membaca di atas sofa . Sarah mengetuk perlahan pintu bilik itu , Puan Aisyah mula mengangkat kepala .
“Sarah .”ujar Puan Aisyah teruja .
“Assalamualaikum ibu .”tutur Sarah memberi salam . Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menuju ke arah Puan Aisyah . Mereka bersalaman kemudian Puan Aisyah memeluknya erat .
“Waalaikumussalam . Duduklah.”pelawa Puan Aisyah . Sarah mula melabuhkan punggung di sebelah Puan Aisyah .
“Sarah apa khabar ?”tanya Puan Aisyah beramah mesra . Buku yang dibaca tadi diletak di atas meja .
“Alhamdulillah , Sarah sihat je bu . Ibu apa khabar ?”tanya Sarah semula .
“Alhamdulillah , macam yang Sarah tengok sekarang ni . Eyh , Sarah datang sini seorang je ke ?”tanya Puan Aisyah lagi .
“Yelah , seorang je . Mama dan papa takde dekat rumah .”balas Sarah , Puan Aisyah mengangguk perlahan .
“Sarah jalan – jalan lah dulu dekat sini . Ibu buatkan air dekat bawah , nanti ibu panggil Sarah .”ujar Puan Aisyah dan mula berdiri .
“Eyh , ibu . Tak payahlah , Sarah datang sini nak tengok ibu , bukannya nak suruh ibu buatkan air .”tegah Sarah .
“Alaah , setakat buat air je . Takde susahnya . Jalan – jalanlah dulu . Ermm .. Bilik arwah Hairy dekat hujung sekali .”ujar Puan Aisyah dan terus berlalu .
Sarah terdiam . Dia mula bangun dan melangkah keluar dari bilik bacaan itu . Langkahnya diatur ke bilik paling hujung seperti yang dikatakan oleh Puan Aisyah sebentar tadi . Setelah sampai , Sarah perlahan – lahan membuka daun pintu itu .
Bilik itu cukup lengkap dan kemas . Sarah melangkah perlahan – lahan memasuki bilik itu .Bilik yang sederhana besar itu diperhatikan sekelilingnya . Dindingnya yang berwarna krim menampakkan bilik itu cukup luas .  Sarah mula bergerak ke tepi katil . Side table yang berada di situ menarik perhatiannya .
Di atasnya terletak dua buah bingkai gambar . Satu daripada bingkai itu , diletakkan gambar Hairy sekeluarga . Encik Zaihan , Puan Aisyah , Ammar , Hairy dan Helena . Keluarga yang cukup bahagia . Namun bukan itu yang menarik perhatiannya .
Satu lagi bingkai gambar itu diambil , Sarah melabuhkan punggung di tepi katil itu . Di dalam bingkai itu , terletak kemas gambar dia dan Hairy sewaktu di England .Lebar sungguh senyuman mereka , seolah – olah merekalah pasangan yang paling bahagia di saat itu. Air mata Sarah tanpa segan silu mengalir di pipinya sewaktu Sarah terbaca ayat yang tertulis di atas secebis kertas yang ditampal pada hujung bingkai itu .

My only love

Air mata Sarah mengalir deras mengaburkan pandangannya . Bingkai gambar itu dipeluk seerat yang mungkin . ‘Hairy , saya redhakan permergian awak . Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak . Awaklah lelaki yang paling sempurna saya pernah jumpa . Tapi , saya tahu Allah lebih sayangkan awak .’
Seketika kemudian , Sarah terdengar seperti ada orang yang membuka pintu bilik itu . Sarah mengesat air matanya pantas , bingkai gambar yang berada di tangannya di letakkan semula di tempat yang asal .
“Ibu tahu Sarah seorang yang kuat . Sebab , kalau Sarah tak kuat Sarah takkan boleh senyum semula selepas pemergian Hairy . Ibu ni mak dia , mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari Sarah . Ibu pun sedih , tapi ibu tahu Allah tu adil .
Setiap apa yang terjadi tu , pasti ada baik buruknya . Segala apa yang terjadi dekat kita hari ni , semuanya dalam perancanganNya . Allah tu perancang yang maha hebat . Dia yang menjadikan kita , Dia yang meminjamkan kita dunia ni . Jadi segala apa pun yang terjadi , jangan berhenti berdoa padaNya . Sarah kena kuat .”ujar Puan Aisyah sambil memeluk bahu Sarah . Sarah melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Aisyah .
Puan Aisyah mengusap bahu Sarah perlahan – lahan . Selepas tangisan Sarah mulai reda , Puan Aisyah mula membuka laci pada side table itu . Dia mengambil sebuah buku sederhana kecil berwarna merah dan sehelai sampul surat berwarna coklat .
“Dah lama ibu tunggu Sarah datang sini . Arwah pernah pesan dekat ibu , kalau Sarah masuk bilik ni satu hari nanti , dia suruh ibu serahkan dua benda ni pada Sarah. Sarah simpanlah , ni dah jadi hak milik Sarah.”ujar Puan Aisyah sambil menyerahkan kedua – dua benda itu .
“Apa ni ibu ?”tanya Sarah dengan suaranya yang serak .
“Buku merah tu , diari Hairy . Surat tu , ibu tak pasti .”terang Puan Aisyah .
“Dah , ibu tak nak tengok anak ibu ni sedih – sedih macam ni . Jom kita turun bawah , ibu dah siapkan minum petang .”ajak Puan Aisyah  ceria .
Sarah tersenyum hambar , sampul surat dan buku itu dimasukkan ke dalam beg tangannya dan dia mula mengekori langkah Puan Aisyah . Pintu bilik itu ditutup rapat .
Mereka menuju ke gazebo yang terletak di luar rumah itu . Sarah dan Puan Aisyah menikmati minum petang di situ sehinggalah jarum jam menginjak ke pukul enam petang .
“Eyh , ibu . Dah nak maghrib dah ni , tak perasan pula Sarah dah lama dekat sini . Sarah minta diri dulu ye ?”pinta Sarah . Dia mula turun dari gazebo kayu itu .
“Hmm , yelah . Lain kali jangan lupa pula nak datang sini lagi .”ujar Puan Aisyah . Sarah mula menyalami Puan Aisyah kemudian memeluknya erat .
“Jangan tak datang lagi , kalau nak tidur sini pun boleh . Boleh teman Helena dekat sini .”tambah Puan Aisyah lagi . Sarah tersenyum sambil mengangguk perlahan .
“InsyaAllah ibu . Sarah balik dulu , assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam.”balas Puan Aisyah . Sarah mula melangkah ke arah keretanya . Enjin dihidupkan , seketika kemudian keretanya mula meluncur laju meninggalkan rumah besar itu .

**********

‘Hmmh , nak baca ke tak nak nak baca ke tak nak ?’ Sarah berteka teki dengan dirinya sendiri sambil memegang sampul surat berwarna coklat yang Puan Aisyah berikan padanya dua minggu yang lalu . Perlahan – lahan Sarah membuka sampul surat itu .
Sarah membuka lipatan kertas kajang itu perlahan – lahan . Matanya mula menumpukan perhatian pada tulisan di atas kertas itu .

Assalamualaikum Sarah ,

Hairy pasti , sewaktu Sarah baca surat ni Hairy dah tak ada lagi di sisi Sarah . Hairy minta maaf sebab merahsiakan penyakit yang Hairy alami , bukan niat Hairy nk melukakan sesiapa . Mungkin dah ditakdirkan Hairy ‘pergi’ dahulu. Hairy juga pasti , Sarah dapat surat ni masa dalam bilik Hairy kan ? Hairy dah suruh ibu kemaskan untuk Sarah . Lepas ni kalau Sarah nak tidur rumah ibu , Sarah tidurlah dalam bilik Hairy .

Hairy tk nk org yg Hairy syg bersedih ats pemergian Hairy , begitu juga Sarah . Sarah masih muda , masih byk cita2 Sarah yg belum tercapai kan? Move on dear . Walaupun jasad Hairy bukan di sisi Sarah , hati Hairy tetap ada dalam hati Sarah .Kasih sayang Hairy pada Sarah tak pernah ada tarikh luput .

Hairy masih ada satu permintaan untuk Sarah . Walaupun benda ni mungkin agk keberatan utk Sarah terima , tapi Hairy buat ni semua utk kebahagiaan Sarah . Hairy minta Sarah berkahwin dengan Ammar , abg Hairy . Dia lelaki yg cukup baik dan Hairy yakin dia boleh membimbing Sarah .Hairy berharap sgt Sarah dpt tunaikan permintaan Hairy ni .

Berhentilah menangisi pemergian Hairy , sentiasa berdoa untuk Hairy ye ? Hairy nk Sarah tahu , Sarah lah perempuan pertama dan yg terakhir yg Hairy cinta . Terima kasih sbb pernah membahagiakan Hairy suatu ketika dahulu , sayang .
Love , Hairy .

Sarah menangis teresak – esak setelah menghabiskan pembacaannya . Surat yang berada di tangan sudahpun terlepas dari genggamannya . Esakannya mulai kuat . Sarah bangun dari duduknya , dia mula memasukkan surat itu ke dalam beg tangannya . Kunci kereta dan telefon bimbit dicapai di atas meja soleknya .
Dia mula keluar dari biliknya dan turun ke bawah . Tanpa memberitahu ke mana dia pergi , Sarah terus mengeluarkan kereta dari garaj dan menuju ke rumah Puan Aisyah .

*********

“Assalamualaikum .”Sarah memberi salam apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah itu .
“Waalaikumussalam . Sarah .”jawab Puan Aisyah yang sedang menuju ke arahnya .
“Ibu sihat ?”tanya Sarah sekadar berbasa basi . Mereka mula duduk di atas sofa di ruang tamu itu .
“Alhamdulillah , ibu sihat je . Sarah datang mengejut , tak bagitahu ibu pun . Kalau tak , boleh ibu masak apa – apa .”balas Puan Aisyah sambil tersenyum lebar .
“Eyh , tak apa lah ibu . Susah – susah je ibu nak memasak pula . Sarah datang ni sebab..”kata – katanya tergantung . Sampul surat yang sebelumnya di dalam beg tangannya di keluarkan dan diletakkan di atas meja .
“Sarah dah baca ?”tanya Puan Aisyah , suaranya yang sebelum ini ceria sudah mulai kendur melihat riak muka Sarah yang muram .
Sarah mengangguk perlahan . Air mata mula bergenang di tubir matanya , bila – bila masa saja air mata itu akan mengalir di pipinya . Dia menghulurkan sampul surat itu pada Puan Aisyah .
Puan Aisyah mengambil sampul surat dari tangan Sarah . Perlahan – lahan dia mengeluarkan sehelai kertas putih dari dalamnya . Puan Aisyah membaca dengan begitu khusyuk . Seketika kemudian , Puan Aisyah menggenggam erat kedua – dua belah tangan Sarah . Kertas putih itu dimasukkan semula ke dalam sampul lalu diletakkan di atas meja .
Air mata Sarah mula mengalir sekali lagi .
“Sarah , semua keputusan ada di tangan Sarah . Ibu sentiasa menyokong Sarah , jangan putus asa . Allah tengah menguji Sarah . Dia tahu setakat mana kemampuan hambaNya ..”kata – kata Puan Aisyah tidak dapat disambung , kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah . Sarah masih menangis .
Tidak sampai beberapa minit , Puan Aisyah masuk ke dalam rumah diekori oleh Ammar . Sarah tersentak, dia pantas mengesat air mata menggunakan belakang tapak tangannya .
“Ammar duduklah dulu . Ibu ada kerja sikit dekat dapur .”ujar Puan Aisyah seraya mengerrling ke arah Sarah . Sarah mengeluh perlahan . Ammar mula berjalan ke arah Sarah , dia mengambil tempat di hadapan Sarah .
“Nangis ?”tanya Ammar .
Sarah yang masih di awang – awangan itu hanya diam sambil menunduk .
“Sarah ?”panggil Ammar sekali lagi apabila tiada respons dari Sarah .
“Hah ?”Sarah tersentak .
“Awak nangis kan ?”tanya Ammar sekali lagi .
“Eyh , ta..”
“Tak payah lah tipu . Kenapa ni ?”tanya Ammar serius . Sarah tergamam .
Sarah hanya terdiam . Dia menghulur sampul surat coklat yang berada di atas meja itu pada Ammar . “Bacalah .”
Ammar memandang Sarah pelik namun dia masih mengambil sampul surat yang Sarah hulurkan . Dia mengambil helaian kertas di dalam sampul itu lalu membacanya . Selepas membaca , Ammar mendengus . “Kenapa awak bagi saya baca ni ?”
“Nama awak ada dalam tu . Awak memang patut baca .”
“Awak nangis sebab takut menyesal lah kalau saya memang akan kahwin dengan awak ?”tanya Ammar senafas .
“Apa awak cakap ni ?”Sarah mulai berang . Seketika kemudian , dia terdiam . Dia sendiri pelik , mengapa harus dia marah apabila Ammar mempersoalkan perkara itu .
Ammar hanya diam . Sarah pantas berdiri , sampul surat yang masih ada pada tangan Ammar dirampas. Beg tangan yang berada di sebelahnya digapai . Sarah mula keluar dari rumah itu , Sarah menyarung kasutnya dan terus berjalan tanpa menoleh . Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ammar .
You know what , sejak kita jumpa dekat Sabah . Saya dah mula sukakan awak , tapi saya nafikan perasaan saya bila saya dapat tahu yang awak dengan arwah hampir bertunang waktu tu . Tapi segala – galanya dah tersurat , arwah pergi dulu sebelum saya .
Tipu kalau saya cakap yang saya tak cuba untuk dapatkan awak . Saya cuba untuk sentiasa berada di sisi awak dan cuba untuk lindungi awak , sebab arwah pun bagi surat dekat saya . Dia suruh saya jaga awak macam nyawa saya sendiri , Sarah .
Terpulang sama ada awak nak percayakan saya atau tidak , kebenarannya sekarang adalah . Saya sayangkan awak sepenuh hati saya . Jangan cakap yang kita ni baru kenal so  mustahil saya boleh sayang dekat awak , kalau benda tu dah nak jadi akan jadi juga .
Jaga diri , bawa kereta elok – elok . Assalamualaikum.”ujar Ammar panjang . Sarah yang masih belum menoleh tanpa sedar sudahpun menitiskan air mata di situ . Ammar sudahpun masuk ke dalam .
“Waalaikumussalam .”jawab Sarah perlahan , air matanya diseka . Dia mula berjalan menuju ke keretanya . Seketika kemudian , Perodua Myvi itu mula meluncur meninggalkan banglo itu .

********

“Bila Sarah dapat surat ni ?”Rizal bersuara sewaktu mereka sekeluarga menikmati makan malam di ruang makan itu .
Sarah berdehem sebelum menjawab , “Dua minggu lepas , waktu Sarah pergi rumah ibu .”
“Habistu kenapa baru sekarang bagi tau ?”tanya Rizal serius .
“Sarah baru baca surat tu pagi tadi .”jawab Sarah pendek .
“Sebab tu Sarah nangis , lepastu pergi rumah ibu . Tanpa bagitahu dekat mama ?”tanya Rizal lagi .
Sarah terdiam seketika . Dia mula mengangguk perlahan , “Sarah minta maaf , waktu tu Sarah dah tak fikir apa dah . Bukan niat Sarah nak mengguris hati sesiapa . Sarah pergi rumah ibu cuma sebab Sarah nak pastikan semua ni . Sarah minta maaf sangat – sangat .”terang Sarah dan mula mengangkat pinggan ke dapur . Langkahnya mula diatur masuk ke bilik .
“Kenapa Riz cakap macam tu dekat Sarah ?”tegur Encik Adzan setelah Sarah pergi .
“Bukan selamanya kita boleh manjakan dia .”balas Rizal ringkas .
“Mama tak terasa pun , mama sendiri nampak keadaan dia waktu tu . Dia perlukan masa Riz.”tambah Puan Rosmah lagi .
“Ini bukan masalah terasa atau tak ma , kalau terjadi apa – apa waktu dia drive tadi . Kita bukannya tau kan ? Semua orang risaukan dia , dia tak tau tu .”jawab Rizal lagi .
“Dah , sekarang ni kita semua tahu yang dia perlukan bantuan . Jangan bebankan lagi fikiran dia dengan benda yang remeh temeh macam ni , dia dah balik dalam keadaan selamat dan sihat walafiat pun dah cukup . Papa kenal Sarah , kalau dia dah kena tegur dia takkan buat dah .”tutur Encik Adzan , Puan Rosmah mengangguk . Serentak dengan itu Rizal terdiam , dia mengeluh perlahan .

*********

Telefon bimbit yang diletakkan di sebelahnya berdering kuat , Sarah pantas menjawab panggilan dari Ammar itu .
“Assalamualaikum ,”Ammar memberi salam .
“Waalaikumussalam .”jawab Sarah .
“Dah makan ke ?”tanya Ammar agak formal .
“Dah .”pendek jawapan Sarah .
Ammar berdehem sedikit sebelum menyambung , “Awak marah ?”
Kening Sarah bertaut . “Marah ? Kenapa nak marah ?”
“Maksud saya , awak marah ke pasal tadi ? Waktu saya berterus terang pada awak tadi ?”Ammar menerangkan .
Sarah mengeluh perlahan , “Kenapa saya nak marah ?”tanya Ammar semula .
“Maksudnya awak tak marah lah .”Ammar membuat kesimpulan .
“Daripada tadi cakap pasal marah tak marah bagai , dah takde soalan lain ke nak tanya ?”Sarah menukar topik .
Ammar tersenyum lebar , “Okay , sorry . Awak sayangkan saya ?”
“Soalan apa tu ?”tanya Sarah semula .
“Saya tanya awak sayangkan saya tak ?”ulang Ammar .
“Err.. Awak , saya lupalah saya ada kerja nak buat . Lain kali kita on the phone lagi kay ? Assalamualaikum.”ujar Sarah lantas memutuskan talian . Tidak sampai seminit , satu mesej mula masuk ke dalam telefonnya.

Takkan soalan tu pun nak malu ? Cakap jelah awak mmg sayangkan saya . Macam mna nk kahwin ni , bru suruh mengaku pun dah malu ? Hehe , okaylah saya tk nk kcu awk buat ‘kerja’ . ^_^’

Sarah tergelak perlahan sewaktu membaca mesej itu . ‘Bila pula aku cakap aku nak kahwin dengan kau ? Sengal betul lah dia ni .’ Sarah berkata – kata dalam hati .
Dia mula turun dari katil . Langkah diatur untuk ke tandas , namun tanpa disedari kakinya tersadung pada kaki katil . Sarah terjatuuh di hujung katil itu .
“Aduhh , mamat ni ada daulat ke ? Baru cakap sikit dah dapat balasan .”ujar Sarah sambil mengerang kesakitan . Buku lalinya yang mula kebiruan digosok perlahan. Kemudian dia bangun semula dan berjalan pergi ke tandas .

No comments:

Post a Comment