Tuesday, 4 December 2012

Aku Suka Kau Kott ? (Bab 1)


BAB 1
"Dah langgar orang tak reti nak minta maaf , kalau aku lempang pakai kaki jap lagi . Baru lah nak menyesal ?" bebel Zizan sambil menuju ke arah makmal yang menempatkan pejabatnya .
Dia terus berjalan , sesampai sahaja di depan pintu . Dengan penuh gaya , pintu itu ditendang. Seketika kemudian , dia mula berjalan masuk ke dalam makmal .
"Bos , hari ni kita ada dua kes baru . Satu dekat Damansara , lagi satu tu dekat Shah Alam kot ? Big boss minta bos siapkan kes ni secepat yang mungkin . Lagi satu , saya nak minta bos request lah dekat big boss satu lagi makmal untuk kita simpan segala bahan bukti ni .
Saya dah rimaslah tengok makmal kita yang berselerak macam ni . Dahlah..."kata - kata gadis itu tak dapat disambung apabila Zizan bersuara .
"Woi woi , kau ni kaset ke manusia ? Kau tak nampak ke aku baru balik ni ?"tanya Zizan pada pembantu peribadi merangkap teman baik merangkap kawan melepak merangkap , ah ! Segala - galanya lah , kecuali bini . Yang tu je belum .
"Nampak . Kenapa ?"balas gadis itu . Tangannya lincah mengemaskan kertas - kertas yang bertaburan di atas meja .
"Kalau dah nampak tu , tak payahlah membebel . Aku bukannya robotlah ! Aku manusia tau tak manusia? M.A.N.U.S.I.A."Zizan mengeja perkataan 'manusia' sejelas yang mungkin pada pembantunya itu .
"Bos , saya tau eja lah . Ni , bos dengar tak apa saya cakap tadi ? Kalau big boss marah, saya tak tau ? Bos jawablah sendiri , saya tak masuk campur ."ugut gadis itu lagi .
"Ek eleh kau ni Aleesa ? Muka je cun , tapi kalau bab membebel , mengugut , kau lah nombor satu ! Ye , ye aku taulah macam mana nak settlekan benda tu . Kecoh je dari tadi , kes yang dekat Indera Kayangan pun aku tak siapkan lagi , ni dah tambah dua kes .
Eyh , yang aku dok membebel sorang - sorang ni dah kenapa ? Tengok , ni semua sebab kaulah Aleesa , penyakit membebel kau dah sampai kat aku . Konjetes betul  lah penyakit membebel ni ."bebel Zizan panjang .
Aleesa yang mendengar sudahpun meletuskan gelak yang cukup kuat , dia sudahpun terduduk dia atas kerusi yang terletak di hadapan mejanya sambil memegang perutnya yang mula sakit akibat terlalu banyak gelak .
"Kau dah kenapa gelak macam ni ?"tanya Zizan pelik . Langkah yang sebelum ini diaturkan untuk kembali ke pejabatnya terhenti .
Aleesa yang mula berhenti dari tergelak itu mula menarik nafasnya perlahan dan melepaskannya . "Betul bos nak tau ?"Aleesa menyoal .
Zizan mengangguk laju .
"Okay , first , bos ni ada typo dekat mana sebenarnya mulut ke otak ? Sebab , sepatutnya sekarang ni bos handle case yang dekat Kayangan Heights bukan Indera Kayangan . Lepastu , sepatutnya bos sebut contagious bukan konjetes . Bos kena sampuk dengan puteri dari langit ke ni ? Habis semua perkataan berterabur tau tak ?!"panjang Aleesa menjelaskan . Seketika kemudian dia tergelak semula .
Muka Zizan mula memerah , topi yang berada di atas kepala di betulkan beberapa kali . "Owh , ye ke ? Alhaa , kau cerita macam kau tak pernah tersalah sebut pula ? Aku tengah baca novel fairytale sebab tu aku tersebut Indera Kayangan tu .
Aku sebut konjetes eyh tadi ? Err.. Aku bukannya orang putih , setakat tersalah sebut tu takde hal lah !" balas Zizan dan terus menghilangkan diri di sebalik daun pintu pejabatnya .
Aleesa mula berhenti gelak , air mata yang keluar dari mata coklatnya disapu perlahan . Dia menangis bukan kerana sedih tapi sebab banyak sangat gelakkan bos .
-Zizan POV-
Bapak malu siot ! Aduhh , macam manalah aku boleh tersalah sebut depan minat tu tadi ! Hesh , kau ni Zizan kalau tak memalukan diri sendiri tak sah ke ?
Aku mengeluh , melepaskan segala penat lelah yang aku kumpul dari pagi tadi . Kertas - kertas yang berselerak , bertabur , bersepah atas meja aku kumpul dan letak kat tepi meja .
Butang intercom  aku tekan ,
"Ye , ada apa bos ?"suara PA kesayangan aku pun kedengaran .
"Masuk sini sat ."panggil aku .
Tak sampai seminit , si Rasya Aleesa kesayangan aku tu pun muncul kat depan pintu . "Hmm , ada apa?"tanya dia . Budak ni memang macam ni kalau dengan aku , kalau depan big boss jangankan semut, pijak lah apa benda pun takkan mati punyalah.
"Bos !"Aleesa hentak meja aku . Untung aku tak melatah , kalau tak sia - sia je malu lagi sekali kat depan minah ni .
"Kau ni , kacau lah ! Aku nak termenung kejap pun tak boleh ."aku berkata , muka dia memang aku tenung habis - habis .
"Kalau bos panggil saya masuk ni setakat nak tengok bos termenung , baik saya siapkan kerja yang menimbun kat tempat saya tu ." Aduhh , minah ni buat ceramah pulak .
"Yelahh , ni aku nak minta air kopi yang takde kopi and takde gula ."aku jawab . Selamba je . Lepastu , aku terus sambung kerja aku . Budak ni still kat depan aku lagi sebenarnya , dok tayang muka pelik dia kat depan aku .
"Air kosonglah ."aku balas . Sebelum dia keluar tu , sempat lagi dia membebel kat depan aku . Manalah aku nak cari PA lain , dah kalau dapat PA yang sekepala dengan aku , memang takdenye aku nak cari lain . Cehh , cerita macam dia tu bini aku pulak !
-Aleesa POV-
Kalau aku cepuk bos ni kejap lagi , sia - sia je koma kang ! Susah sangat ke nak cakap air kosong? Yang nak merepek melalut sampai air kopi tu kenapa ?
Aku ambik mug  , letak air suam . Lepastu aku jalan balik dari pantry yang gila bapak punya jauh ! Dah rasa macam marathon  dah ! Aku pun dengan lemah lembut dan sopan santunnya , ketuk pintu bilik dia . Harapan lah aku nak tunggu dia cakap masuk , baru aku nak masuk . Dia tak sempat tarik nafas lagi aku dah masuk dah .
Mug gambar Hello Kitty yang ada air kopi takde kopi takde gula tadi tu , aku letak betul - betul atas meja dia , dekat depan dia .
"Kat pantry tu mug memang dah pupus ke sampai kau bagi aku mug Hello Kitty  ni ?"bos aku merungut. Aku garu kepala walaupun tak gatal .
"Bos , itu elok saya bagi mug tau . Kalau saya bawak baldi datang sini tadi ?Bos nak suruh saya ceramah kat sini ke?"aku perli dia habis - habis . Tak payah cakap lah , memang aku pandang dia ni , kerek je dari tadi .
"Ish , yelah - yelah . Terima kasih yang teramat sangat atas jasa anda yang sudi mengambilkan air kosong ini untuk saya ."dia balas , skema nak mampus !
"Sama  - sama kasih atas ucapan penghargaan anda sebentar tadi . Datang lagi ."aku balas , lepastu memang aku angkat kaki , keluar dari bilik tu dan menyambung kerja- kerja aku yang terbantut hanya sebab air kopi takde kopi takde gula tadi tu .
**********
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Telefon bimbit Aleesa yang terletak di hujung meja mula bergetar dan menyanyikan lagu Perang Dah Tamat . Aleesa mengeluh , “Siapa lah bagi text waktu – waktu macam ni? Hesh !”rungutnya sambil menggapai telefonnya itu .

Aleesa , akak dekat airport dah ni . Tlg ambik boleh ? Mummy dgn daddy ada hal.

Aleesa membaca pantas , matanya yang sebelum ini kuyu sudah terbeliak . “Haduyy , minah ni pun dah tak reti ke nak balik sendiri . Naiklah teksi ke apa ke ? Menyusahkan betul lah !”rungut Aleesa lagi . Kunci kereta , telefon diambil dan diletakkan di dalam beg tangannya .

Pintu bilik bosnya dikuak . “Bos , saya kena keluar kejaplah . Nak ambik kakak saya dekat airport .”Aleesa memberitahu .

Zizan mengangguk , “Eyh , kejap – kejap . Kau nak pergi airport kan? Aku tumpang kau lah , rumah kau pun bukannya jauh dari situ pun kan ? Lepas kita balik airport , kita sama – sama pergi Damansara kejap.” Zizan menjelaskan .

Aleesa mengangkat kening , lalu mengeluh . “Yelah , yelah . Petrol , saya claim biladah sampai sini.”

“Kau ni kedekut lah .”rungut Zizan .

“Bos nak ikut ke tak nak ni ? Terhegeh – hegeh tau tak ? Kakak saya dah sampai dah tu.”Aleesa mula membebel .

“Ye , dah siap .”

Mereka mula berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta . Mini Cooper S merah kesayangannya terletak elok di sebelah kereta bosnya . Punat pada kunci keretanya ditekan . Serentak lock terbuka .

Aleesa masuk ke tempat pemandu sementara Zizan duduk di sebelahnya .


“Pakai seatbelt saya tak nak kena saman .” Aleesa mengigatkan . Zizan mengeluh namun diikutkan juga arahan Aleesa tadi . Setelah menunggu enjin kereta itu panas selama beberapa minit , Aleesa mula menekan pedal minyak dan kereta itu mula meluncur laju meninggalkan pejabat .

***********
“Mana dia ni ?”rungut Aleesa . Zizan di sebelahnya sedari tadi hanya bermain dengan telefon bimbitnya.
Aleesa mendail nombor telefon kakaknya . Apabila panggilan dijawab , Aleesa pantas bertanya .

“Kat mana ?”

“Orang kat depan tempat claim beg . Cepatlah .”

Aleesa terus memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar . Tidak sampai seminit , kakaknya , Rasya Aleeya mula muncur di ruang mata .

Zizan yang masih leka dengan telefon disiku , “Woi , apa ?”tanya Zizan apabila konsetrasinya diganggu .

Aleesa menunjuk kepada kakaknya . “Kenalkan . Bos , ni kakak saya , Rasya Aleeya . Akak , ni bos saya Zizan .”ringkas Aleesa memperkenalkan .

Aleeya tersenyum memandang Zizan , tangannya dihulurkan . Zizan pantas menyambut , tangan Aleeya digenggam .

Aleesa yang melihat reaksi Zizan itu mula mengerti . Tangannya laju menepuk bahu Zizan . “Jom balik .” ringkas Aleesa berkata . Sepanjang perjalanan menuju ke kereta , Aleeya dan Zizan rancak berbual di belakangnya . Sesekali terdengar tawa gedik , Rasya Aleeya .

-Aleesa POV-

Ek eleh minah ni , dengan bos aku pun kau nak try  ke ? Dah tentu lah dia ni terlebih vitamin ‘gatal’ , memang suka lah .
Hmmh , nak buat macam mana . Bos anggap aku tak lebih dari pekerja dia je , paling tak pun adik . Sedar- sedarlah diri tu sikit Aleesa , kau tu bukannya cantik macam kakak kau . Manalah bos nak pandang .
Aku mula pusing – pusingkan kunci kereta dekat tangan waktu dekat dalam lif . Boring kot ?! Dari tadi asyik dengar diorang ni membebel entah apa entah . Yang si Aleeya dok melayan , yang si bos ni pula lagilah gatal !
Eeeii , sakitnya hati aku ! Menyesalnya aku bagi si bos ni ikut aku tadi , kalau aku suruh dia duduk diam – diam kat office tadi , tak payah lah aku nak sakit hati macam ni !
Serentak , lif terbuka . Aku cepat – cepat keluar , tapi makhluk Allah yang lagi dua orang ni masih berdiri kat dalam lif .
“Tak nak keluar ke ?”Aku cepat – cepat tanya . Bukan apa, kejap lagi lif tutup , dua – dua aku tinggalkan kat sini .
Nasib baik diorang ni masih nampak lagi kewujudan aku kat situ , dengan selambanya diorang pun jalan seiring , pergi dekat kereta aku . Lepastu tunggu dekat pintu .
Ewah – ewah , kau fikir aku ni driver kau ke ? Kau tunggu , kau beranilah membebel dalam kereta aku , kejap lagi kena sound  jangan tanya aku kenapa .
Aku jalan pergi dekat kereta . Pintu kereta aku buka , Aleeya aku sumbat kat belakang . Waktu tu aku nampak Zizan pun nak pergi belakang . Cepat – cepat aku bersuara .
“Bos ,kalau bos nak driver  bos cari pekerja lain . Saya bukan driver bos , jadi bos boleh duduk depan sekarang.”ringkas , tepat dan padat . Tak payah cerita lah suara aku waktu ni , memang macam serigala siot garang dia . Zizan dah kecut perut pandang aku , so dia pun duduk depan .
**********
“Dah sampai , mummy daddy balik dalam pukul tujuh . Bibik adalah kat dalam , nak apa – apa minta dekat dia .”Aleesa bersuara apabila kereta mula berhenti di depan banglo tiga tingkat kepunyaan keluarganya .
Zizan yang sememangnya belum pernah sampai ke rumah Aleesa , sudah terbeliak biji mata melihat kediamannya itu . Aleeya mengangguk , Zizan masih terpaku .
Aleesa menepuk paha Zizan , “Kakak saya nak keluar .”
Zizan keluar dari kereta , tolak sit  ke depan . Sebelum si Aleeya ni masuk rumah , Aleesa ternampak dia bagi sesuatu dekat Zizan . Kad lah kot .
“Apa yang dia bagi tu ?”tanya Aleesa sewaktu menekan pedal minyak untuk terus ke Damansara .
Zizan melayang – layangkan name card Aleeya di depan matanya . Aleesa mencebik , buat tak tahu.
“Kita nak pergi Damansara kan ?” tanya Aleesa .
“Yup !”Zizan menjawab . Sambil tersengih – sengih . Aleesa mengerling Zizan perlahan .
“Tak payah nak sengih sangat kat sini .”tegur Aleesa .
“Ek eleh , sengih salah marah salah . Habistu apa yang betul ?”Zizan merungut .
“Yang betulnya adalah , bos duduk diam – diam lepastu buat mukatak berperasaan dan letak name card kakak saya tu dalam poket . Tak payah nak senyum –senyum .”panjang Aleesa memberi arahan .
Zizan mengangguk , dia membuat sebiji – sebiji seperti apa yang diarahkan oleh Aleesa tadi . Aleesa yang sedan memandu itu sudah berkerut – kerut menahan gelak . 
p/s:Nahh ,first chapter utk korang . Hope korang suka , saya dah buat yg terbaik . And again , saya perlukan 3-5 votes utk teruskan chapter 2 dan seterusnya . Thanks utk semua yg support :) And utk peminat - peminat Zizan , kalau ada idea yg nk dimasukkan sila comment 
And jgn lupa , utk sesiapa yg belum baca Hanya Kau Yang Terakhir , silalah baca yea ? That's all ,for now . Thanks for reading !

Thanks A Lot :)


Assalamualaikum , and a very good day for my readers . Akhirnya novel pertama saya dah pun siap . Alhamdulillah . And tak sia2 juga sebenarnya sebab dalam diam saya dapat meningkatkan tatabahasa saya dalam bahasa melayu .
And tk lupa jugak utk semua yg menyokong saya dalam pembikinan novel ni , thank you Allah , family and my awesome friends with their awesome ideas ! Kelly , Wany , Akif and Dayah , thanks gila utk idea korang yg mmg gila ! 
And for my readers , jgn berhenti menyokong and baca novel2 dari saya , segala2 idea yg ada dalam novel ni tak berkaitan langsung dgn yg hidup atau pun yg dah meninggal . Kalau ada pun semuanya hanyalah kebetulan .  Sorry kalau ada kelemahan dan kekurangan saya yg tak dpt diterima , InsyaAllah saya akan cuba improve pada masa akn datang :)
Thanks again ! xoxo ! Mmuahh ! Thanks friends ! Love youu guys !
 -IzzatyRazak.Copyright-

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 27)


BAB 27 
Kini sudah dua minggu Sarah menetap di Sheffield . Bertuah sungguh dirinya apabila kawan lamanya , Susan menawarkan untuk menetap di rumahnya . Sarah berjalan – jalan di sekitar taman tempat dia dan Hairy bertemu suatu ketika dahulu .
Dia mula duduk di atas bangku yang menghadap air pancut di tengah – tengah tasik itu . Tempat yang sama di mana dia dan Hairy bertemu dahulu . Sarah mengeluh perlahan . Sejak dari dia datang ke Sheffield  , masih belum ada sebarang khabar berita dari Ammar .
Dalam hatinya , merintih kata – kata rindu yang teramat sangat pada tunangnya itu . Namun , ego membatasi segalanya . Sarah mengeluh perlahan . Mukanya diraup .
“Kenapa mengeluh ?”tegur seseorang dari belakangnya , mengejutkan dirinya yang sedang termenung. Sarah mengucap panjang sambil mengurut dadanya . Dia mula berdiri dan menoleh ke belakang .
Sarah tersentak melihat seorang lelaki berdiri tegak di hadapannya sambil di bibirnya mengukir senyuman yang cukup indah , bagaikan senyuman itu hanyalah untuk dirinya .
“Dah lama saya tunggu khabar dari awak , saya rindukan awak . Sebab tu saya datang sini .”ujar lelaki itu perlahan .
Sarah mengeluh . ‘Ammar , kau tak tau betapa terseksanya aku waktu aku tinggalkan kau dulu .’ Sarah merungut di dalam hatinya .
Don’t you have anything to say  Sarah ?”Ammar bersuara apabila mendapati dirinya hanya diam sedari tadi .
“Hah ? I think , no ?”balas Sarah . Ammar tersengih perlahan . Dia menarik tangan Sarah , duduk di atas bangku itu . Mereka mula melabuhkan punggung di atas bangku itu .
Are you sure ? Don’t you miss me ?”tanya Ammar lagi .
“Tipunya kalau saya cakap saya tak rindukan awak .”balas Sarah tanpa memandang Ammar . Pandangannya dihalakan pada air pancut di tengah – tengah tasik .
“Saya tau kenapa awak larikan diri dari saya . Saya minta maaf , apa yang awak nampak dekat rumah ibu tu kebetulan je . Dahlah , saya tak nak ungkit benda yang dah jadi . Sebab satu benda , saya sayangkan awak . Saya tak mungkin cari orang lain sedangkan awak dah cukup sempurna buat saya .”
Sarah terdiam , air mata mula mengalir ke pipinya . “Bukan awak yang sepatutnya minat maaf . Tapi saya , saya yang buat kesimpulan tanpa tanya dekat awak . Kalau saya bagi awak peluang untuk jelaskan , mesti benda ni tak jadi rumit macam sekarang . Semuanya bermula dari saya .”balas Sarah , panjang .
It’s my fault as well . Dahlah , sekarang ni yang penting kita dua – dua salah dalam hal ni , kita pun dah minta maaf dan memaafkan . Ibu dah tanya saya bila kita nak kahwin , dia pula yang tak sabar.” Ammar menukar topik .
Muka Sarah memanas , “Apa awak ni , lambat lagilah . Saya pun tengah study kan ?”
“Saya dah cakap dah dekat ibu , jangan risaulah kita kan dah janji habis je awak belajar kita kahwin.” balas Ammar .
“InsyaAllah .”
“Dah makan ?”tanya Ammar . Sarah menggeleng .
“Jom , saya belanja .”balas Ammar. Dia mula menarik tangan Sarah . Seketika kemudian Sarah berhenti .
“Jap jap jap , awak ni macam tahu je jalan kat sini ?”tanya Sarah pelik .
“Errr.. Actually kan , saya dah tiga hari dah dekat sini .”Ammar berterus terang .
Sarah membesarkan matanya . “What ? Baru sekarang cakap ? Maksudnya selama tiga hari ni awak spy saya dekat sini ? Eeeii , teruknya !!”Sarah membebel . Ammar tergelak sambil menggosok perlahan bahunya yang dipukul Sarah .

**********

“Aku terima nikahnya Sarah Azrin Syahana binti Adzan dengan mas kahwin RM80 tunai .”lancar Ammar melafazkan , dan secara rasminya dia sudahpun bergelar seorang isteri pada Ammar Rezza bin Zaihan .
Mama dan ibu yang berada di kiri dan kanannya dipeluk erat . Seketika kemudian , dia memeluk Ain yang berada di belakangnya . Air mata yang mahu mengalir diseka perlahan .
“Heyp , kenapa nangis ? Cairlah eyeliner tu !”tegur Ain yang sudah menggantikan tempat mamanya di kanannya .
Sarah tersenyum nipis melihat gelagat rakannya yang mula mengelap perlahan bawah matanya . Seketika kemudian , Ammar mula menghampirinya untuk upacara pembatalan air sembahyang .
Ain di sebelah sudah tersengih – sengih sedari tadi . Sarah pantas menepuk paha Ain membuatkan gadis itu terjerit perlahan . “Ish , dia ni . Tengah jadi pengantin pun kasar lagi .”sempat Ain membebel sambil menggosok – gosok pahanya .
Ammar sudahpun berada di hadapannya , Sarah tersenyum nipis walaupun sebenarnya dia gementar . Tanpa menunggu lama , dia menghulurkan tangannya . Ammar menyarungkan cincin pada jari manisnya , diikuti dengan dirinya . Sarah mula mengambil cincin yang dihulurkan Ain , lalu disarungkan pula pada jari Ammar .
Sarah menunduk lalu mencium tangan Ammar , dan seperti biasa jurukamera yang berada di sekelilingnya meminta supaya melakukannya sedikit lama .
‘Woi , aku dah sakit tengkuk dah dari tadi asyik tunduk !’jerit Sarah di dalam hatinya . Dia terus bangun dan beberapa saat kemudian .
Bibir Ammar sudahpun menyentuh dahinya , Sarah tersentak namun dia pantas mengawal riak mukanya agar senyum . Pipinya memerah tanpa bantuan pemerah pipi . Dan sekali lagi , semua jurukamera meminta perkara yang sama .
Sarah membentak di dalam hati , ‘Ingat ni freeshow  ke ? Argghh ! Pipi aku dah 100 darjah celcius dah ni!’
Dan apabila bibir Ammar mula beralih dari dahinya , Sarah mengeluh lega . Mereka masing – masing mula berdiri untuk ke meja makan bagi acara makan beradab .
Ammar membantu dirinya untuk berdiri , memandangkan baju yang direka oleh kakak iparnya ini agak labuh ditambah lagi dengan kesakitan pada pinggangnya akibat terlalu lama duduk. Setelah selamat berdiri , mereka mula berjalan keluar dari rumah . Sarah menyarung kasut tumit tinggi berwarna putih sambil Ammar menyarung kasut lelaki berwarna hitam .
Mereka mula berjalan beriringan ke meja makan . Sarah memegang erat lengan Ammar , memandangkan kasut tumit tingginya itu membuatkan badannya tidak seimbang .
“Rilekslah .”bisik Ammar pada dirinya .
“Awak suruh saya rileks ? Oh , no . Tambah lagi saya dah rasa macam nak jatuh pakai kasut ni . Tak selesa langsung tau tak ?”tutur Sarah juga perlahan .
“Siapa suruh awak pilih kasut tu ?”balas Ammar selamba .
“Nak gaduh ke ?”tanya Sarah kembali .
Ammar tersenyum nipis , “Sorry,sorry . Dahlah tu , cuba senyum sikit . Tak comel dah muka isteri abang ni.”tutur Ammar selamba .
Sarah sudah menelan air liur , bulu romanya meremang , jantungnya bagaikan sudah melompat keluar . “ Am ! Tolonglah jangan guna perkataan abang tu sekarang . Saya tak berapa nak ready lagi .”
Riak muka Ammar bertukar sewaktu mendengar ayat Sarah , Sarah yang mula perasan itu . Menggosok perlahan tangan Ammar .
“Awak sorrylah , I didn’t meant that . You know how much I love you right ? Hanya kau yang terakhir di dalam hidup Sarah Azrin Syahana .”tutur Sarah dengan suara yang lembut dan hanya Ammar yang mendengarinya .
Ammar mula merenung ke dalam anak matanya . “Terima kasih sayang . Am janji , Am takkan sia – siakan kehadiran Sarah dalam hidup Am .”balas Ammar . Tangan Sarah digenggam erat .
                                                                    THE END

Monday, 3 December 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 26)


BAB 26
Alhamdulillah , dah dua bulan aku dan Ammar mula rapat . Diri Ammar bagaikan gabungan di antara Farhan , arwah abang dan arwah Hairy bagi aku . Tak sangka kan ? And , hari ni adalah hari pertunangan aku dgn dia . Mama , papa , ibu dan ayah tk nk melambat2 kan lgi benda ni .
Tangan Sarah laju menulis pada diari kesayangannya . “Fuyyoo , aku berpuitis siot .” Sarah berkata pada dirinya .
“Sarah , dah siap ke belum ni ?”tanya Kak Nora , jurusolek yang ditugaskan untuk menyiapkan Sarah untuk majlis pertunangannya itu .
Sarah menutup diarinya lalu disimpan di dalam laci . Rantai yang tergantung pada leher jinjangnya dibetulkan . “Dah .”
“Hmm , tunggu sini dulu . Dalam lima belas minit diorang sampai .”ujar Kak Nora .
“Okay .”balas Sarah .
Telefon bimbit yang berada di hadapannya dicapai . Mesej dihantar pada bakal tunangannya .
Awak ikut sekali ke ? –Sarah-
Ikut , tapi ibu dgn ayah tk bagi saya masuk dlm masa majlis . Sedih . Tk dpt jumpa awk . –Ammar-
Ish , awak ni . Ibu dgn ayah tk bgi awk msuk msa majlis je . Bukannya sampai esk . –Sarah-
Haha , yelah . Okay , saya dh nk smpai rumah awk ni . Bye .-Ammar-
Sarah tersengih , telefon bimbit diletakkan semula di atas meja . Seketika kemudian , pintu bilik dikuak . Qashmiera tersenyum , lantas melangkah mendekati Sarah .
“Eyh , akak . Simplenya ?”tutur Sarah sewaktu melihat Qashmiera hanya mengenakan baju kurung moden berwarna kelabu dan sedikit solekan nipis di mukanya .
“Mestilah . Buat apa akak nak pakai gempak – gempak pun ?”tanya Qashmiera semula .
“Yelah , akak kan perunding imej Sarah . Kenalah pakai gempak – gempak .”balas Sarah .
“Ish , ada – ada je dia ni . Lawalah gaun ni bila Sarah pakai , tapi sebenarnya akak still tak puas hati tau dengan gaun ni . Akak rasa macam ada yang tak kena dekat neck tu .”terang Qashmiera .
What ? Akak cakap tak puas hati ? Believe it or not , ni lah pertama kali Sarah pakai baju vogue macam ni , tau tak ?”bantah Sarah .
Qashmiera tergelak . Pada masa yang sama , pintu bilik diketuk .
“Masuk , pintu tak kunci .”tutur Sarah sedikit kuat .
“Sarah , rombongan dah sampai . Cepat turun .”ujar Kak Nora .
“Argh , akak Sarah takut .”ujar Sarah . Tangannya memegang erat tangan Qashmiera .
“Eyh , sejuknya tangan . Rileks , tak ada apa pun lah . Baru nak tunang dah gabra semacam , belum nak kahwin lagi ?”usik Qashmiera .
“Ish akak ni , ke situ pula ! Lambat lagi lah .”balas Sarah . Dia mula berdiri dibantu oleh Qashmiera .
Sarah dan Qashmiera mula turun dari tangga perlahan – lahan , disebabkan gaun yang disarung pada tubuh Sarah agak labuh . Sarah perlahan – lahan duduk bersimpuh di atas kusyen besar berwarna putih yang sedondon dengan gaun labuh yang dipakainya .
Selepas selesai segala perkara , kini tibalah masa untuk menyarung cincin . Sarah masih tidak lekang dengan senyuman walaupun sedari tadi jantungnya seperti  hendak melompat . Puan Aisyah mula menghampirinya lalu duduk bersimpuh di hadapannya . Qashmiera dan mamanya yang berada di kiri dan kanannya dikerling .
Tangannya dihulurkan pada Puan Aisyah . Tanpa menunggu lama , cincin belah rotan yang begitu cantik pada pandangan matanya sudahpun tersarung kemas pada jari manisnya . Sarah hanya tersenyum sewaktu pancaran dari flash camera mula menyilaukan matanya .
Setelah selesai menyarung cincin , tetamu – tetamu dan rombongan yang hadir dijamu dengan makanan yang telah pun dihidang di bawah khemah yang ditempah . Majlis pertunangan ini dilakukan secara bersederhana . Hanya jiran – jiran dan kenalan rapat sahaja yang dijemput .
Mata Sarah melilau – lilau diantara para tetamu yang hadir , mencari seseorang .
“Cari siapa ?”tanya satu suara .
Sarah menoleh . Nafasnya dilepaskan . Perlahan – lahan dia mengurut dadanya , bahu lelaki itu dipukul perlahan . “Am ! Suka sangat lah buat orang terkejut .”
Ammar tergelak kuat , Sarah memuncung . “Buruk muka kalau buat muncung itik macam tu .” usik Ammar .
“Buruk – buruk pun tunang awak juga !”balas Sarah perkataan ‘tunang’ sengaja ditekankan .
Ammar tergelak – gelak perlahan . “Okay okay , sorry . Actually awak cari siapa ni ?”tanya Ammar .
“Ain . Awak nampak dia ?”
“Tadi saya nampak , tapi sekarang tak .”balas Ammar . Dia cukup ‘sempoi’ dengan t-shirt Polo dan seluar jeans hitam yang tersarung pada tubuh tegapnya .
Sarah mengeluh perlahan , sesekali dia tersenyum pada para tetamu yang memandangnya . “Pinjam phone .” pinta Sarah .
Ammar menyeluk poket seluarnya lalu memberikan IPhone 5 kepunyaannya pada Sarah . Sarah mengambilnya , tangannya laju mendail nombor telefon Ain .
“Hello ,Ain . Dah sampai belum?”
“Ek eleh , poyo je. Aku tengah tunggu kau ni , kat depan pintu. ”
“Yea , dengan Ammar . Cepatlah .”
“Okay , bye .”
Ammar hanya memerhatikan tingkah laku Sarah itu . Sambil menunggu kehadiran Ain , Sarah mula membuka mesej – mesej Ammar . Satu per satu mesej Ammar dibaca . Kebanyakan daripada mesej itu adalah daripada dia dan beberapa orang lagi adalah rakan kerjanya .
Tiba – tiba dia mula mendapat idea untuk mengenakan Ammar .
“Haa ! Ni apa ni bersayang – sayang  ni ?”sergarh Sarah .
Ammar yang sedang leka memerhati tetamu itu , sudah terkejut . Keningnya bertaut memandang Sarah yang bagai singa kelaparan .
“Apa ?”tanya Ammar semula .
“Hah , tengok tu orang cakap dengan dia , dia boleh pula termenung .”bentak Sarah sebelum menyambung .“Saya tanya awak bersayang – sayang dengan siapa ni ?”
“Bersayang – sayang ? Bila masa pula saya bersayang – sayang ni? Kalau bersayang pun dengan awak je.”balas Ammar . Mukanya sudah mula cuak .
“Woi ,woi . Takkan gaduh kot ?”celah Ain .
Sarah tergelak melihat wajah Ammar . Terus tidak menjadi rancangannya untuk meneruskan lakonan sebaik sahaja Ain tiba . Ammar yang melihat Sarah tergelak – gelak tidak berhenti sudah pun mengetahui yang Sarah baru sahaja mengenakannya .
Pipi Sarah dicubit perlahan selepas dia mula berhenti tergelak .
“Eyh , pipi tak main .”ujar Sarah. IPhone Ammar diserahkan semula .
“Ain ! Woah lamanya tak jumpa kau !”ujar Sarah dan terus memeluk Ain erat . Selepas pelukan dileraikan , Ain pula bersuara .
“Mana nak jumpa kalau dok sibuk dilamun cinta .”usik Ain .
“Eleh , macam cakap dengan cermin pula aku tengok kau ni .”balas Sarah selamba . Ammar dan Ain sudahpun tergelak kuat .
“Dah makan ke belum ni ?”tanya Ammar .
“Belum lagi . Budak nilah , sibuk suruh jumpa dia dulu .”jawab Ain sambil menunjuk ke arah Sarah .
“Yelah , yelah . Pergilah makan . Aku pun nak makan juga lah , ingat kau je tak makan lagi ?”balas Sarah lagi . Seketika kemudian , Ain mula bergerak ke arah khemah . Manakala dia dan Ammar menuju ke dapur .
 
********

Kini , sudah hampir sebulan dia bergelar tunang pada Ammar Rezza . Sarah memandu keretanya menuju ke rumah bakal mertuanya .
Setelah sampai di hadapan banglo itu , Sarah menarik hand brake lalu mematikan enjin . Dia mula keluar dari kereta namun , langkahnya tidak dapat diteruskan apabila ternampak Ammar dan seorang gadis sedang menyiram pokok – pokok di laman rumah itu .
Lebih menyakitkan matanya , kedua – dua makhluk Tuhan itu begitu gembira sehinggakan tidak terperasan langsung kewujudannya di seberang jalan itu . Sarah mula mengundur setapak demi setapak. Pintu kereta dibuka semula , sebelum memasuki kereta dia berpaling sekali lagi untuk melihat mereka .
Hatinya hancur , sebaik sahaja melihat perempuan itu bagaikan berpelukan dengan Ammar . Air matanya menitis , apabila mendapati yang Ammar memang tidak perasan langsung kehadirannya di situ.
Sarah memasuki keretanya , enjin dihidupkan semula . Kereta itu di’ram’ sekuat hatinya , menarik perhatian Ammar . Ammar yang mula ternampak kereta Sarah itu sudahpun melepaskan perempuan itu dan cuba memanggil Sarah . Namun , hampa . Sarah mula memecut kereta itu laju pergi dari perkarangan banglo itu .
Air matanya jatuh tidak berhenti . Dia mula berhenti di tepi highway apabila emosinya mula tidak terkawal tambahan lagi dengan pandangannya yang kabur dek air mata yang membasahi pipi .
“Damn!”jerit Sarah sekuat hatinya sambil menghentak tangan pada stereng kereta itu . Sakit . Tetapi tidak dapat menandingi kesakitan pada hatinya .
Setelah puas menangis , Sarah meneruskan perjalanannya pulang semula ke rumah . Dia mula menarik nafas panjang lalu melepaskan semula untuk menenangkan dirinya . Keretanya dipandu laju di atas jalan raya itu .

**********

Sarah berdehem sedikit , membetulkan suaranya . Mama , papa , abang Riz dan Kak Miera mula memandang ke arahnya .
“Emm , ma ,pa . Sarah ingat Sarah nak sambung study lah .” pinta Saraha akhirnya . Dia mula menunggu reaksi dari mama dan papanya memadangkan abang Riz mula memandang semula ke arah tv .
“Sarah nak sambung dekat mana ?”tanya Encik Adzan .
“Sheffield ?”
Rizal mula memandangnya tajam . “Dah takde tempat lain dah ?”Rizal bersuara .
“Ada tu memanglah ada . Tapi Sarah rasa Sarah lagi selesa dekat Sheffield , lagipun memang Sarah buat diploma dekat sana apa salahnya ?”balas Sarah panjang .
“Betul Sarah pergi sana nak study ?”potong Puan Rosmah .
Sarah mengangguk yakin . Matanya bersinar – sinar memandang mamanya .
“Kalau macam tu , mama okay je . Terpulang pada papa dan Sarah sendiri .”putus Puan Rosmah .
“Pa ?”tanya Sarah .
“Papa okay , bila Sarah nak pergi ?”
As soon as possible .” balas Sarah . Encik Adzan dan Puan Rosmah mengangguk perlahan . Sedari tadi hanya abangnya saja yang masih tidak berpuas hati . Sarah hanya diam , memandangkan dia belum pun menunaikan solat Asar , Sarah mula mendaki tangga dan terus memasuki biliknya .

**********

Telekung dan sejadah dilipat dan digantung pada penyidai . Sarah bergerak menuju ke balkoni biliknya . Segala yang berlaku tengah hari tadi tersingkap satu per satu di dalam kepalanya .
Sarah menyapu mukanya dengan kedua telapak tangannya . Dia mendengus kuat , setiap kali mengingatkan perkara itu hatinya bagaikan mahu membunuh sahaja perasaan cinta yang mekar di dalam hatinya pada seorang lelaki bernama Ammar .
Seketika kemudian , Sarah teringatkan abangnya . Dia mula keluar dari bilik nya dan berhadapan dengan bilik abangnya . Serentak waktu itu , Qashmiera baru sahaja keluar dari bilik itu .
“Err.. Kak Miera , abang ada kat dalam ?”tanya Sarah .
“Ada , dia ada dekat balkoni . Pergilah .”ujar Qashmiera sambil tersenyum lalu terus meninggalkannya .
Sarah membuka pintu itu perlahan – lahan . Dia mula berjalan mendekati abangnya yang sedang bersantai di balkoni itu .
Sarah berdehem sedikit , menarik perhatian abangnya . “Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam .
“Waalaikumussalam .”pantas Rizal menjawab .
Sarah mula mengambil tempat di sebelah Rizal .
“Abang marah kat Sarah kan ?”tanya Sarah terus .
Rizal mula meletakkan buku yang dibacanya . Kerusi dipusingkan menghadap Sarah , “Kenapa abang nak marah ?”
“Yelah , Sarah tengok reaction abang dekat Sarah sejak dua menjak ni macam tak suka je . Dari hari tu lagi .”ujar Sarah mulai sebak .
“Abang tak marah , abang just disappointed  . Sarah dah berubah , Sarah buat keputusan melulu . Abang tak minta Sarah tanya abang , but at least  mintaklah pendapat sesiapa pun . Abang tak kisah Sarah nak sambung belajar , tapi abang pelik kenapa mesti Sheffield ?”jelas Rizal panjang .
Yes , Sarah pilih Sheffield sebab arwah . Biarlah Sarah pergi sana , sekurang – kurangnya Sarah tak menyusahkan orang lain . Abang nak Sarah menangis tiap – tiap hari sebab rindukan arwah ? Biarlah Sarah pergi sana , Sarah janji Sarah akan cuba untuk menerima kenyataan yang Hairy dah takde . Dekat sana pun bukan setiap masa Sarah free .
Abang jangan risau kay ? I’ll be okay . Sarah takkan lupakan sesiapa pun yang ada dekat sini . Itu janji Sarah . Abang maafkan Sarah ye .”terang Sarah .
Rizal mengangguk perlahan tatkala memandang wajah Sarah . Sarah tersenyum , tangan abangnya disalam perlahan Seketika kemudian dia terus keluar dari bilik itu . Rizal mengeluh perlahan .

**********

“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam pada Helena yang berada di hujung talian .
“Waalaikumussalam . Akak ? Ya Allah , rindunya nak dengar suara akak ! Lama akak tak telefon Leena , Leena pun sibuk sikit lah kak sejak dua menjak ni .”panjang Helena bercerita .
Sarah tersenyum nipis , “Tulah , akak pun busy  jugalah kebelakangan ni . Anyway akak ada benda nak bagitau ni .”
“Apa dia ?”tanya Helena .
“Hujung minggu ni akak pergi Sheffield tau . Sambung study dekat sana .”terang Sarah .
“Hah ?! Akak pergi sana hujung minggu ni and  baru sekarang akak bagi tahu ?”tanya Helena .
Sorrylah Leena , akak busy sangatlah . At least I told you , right ?”
Helena tersenyum , “Okay , dekat sana nan..”kata – kata Helena kedengaran tersangkut – sangkut . Sarah mula pelik apabila Helena mula diam .
“Leena ?”tanya Sarah .
“Apa yang awak nampak , tu semua salah faham Sarah .”ujar satu suara . Sarah tersentak , dia mula terdiam .
“Sarah , saya tau awak dengar . Tolonglah saya nak awak percayakan saya , saya sayangkan awak . Segala apa yang awak nampak , semuanya kebetulan .”tambah Ammar .
Sarah mendengus , “Berpeluk dengan perempuan lain depan tunang sendiri , itu yang awak maksudkan sebagai kebetulan ? Are you out of your mind Ammar ? Do you really know what are you talking about and with who ? I am your fiancĂ©e and I have the right to be mad of you !”Sarah membalas panjang .
“Sarah tolonglah bagi saya masa untuk explain everything .”pujuk Ammar .
You have nothing more to confess , I’m going to Sheffield this weekend . Stop disturbing me Am . Give me some more time to calm my self .”Sarah membalas tenang . Dalam hatinya , hanya Allah yang mengetahui yang dia terlalu rindukan Ammar . Setelah menghabiskan ayatnya , Sarah terus memutuskan talian . 

Sunday, 2 December 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 25)


BAB 25
‘Kenapa ek ? Aku rasa macam Ammar sekarang selalu je malu –malu depan aku ? Macam menyorokkan sesuatu ? Pelik – pelik jelah dia ni.’ Sarah bermonolog sendirian di hadapan computer ribanya . Tangan kanannnya memegan tetikus sambil matanya menumpukan perhatian pada skrin .
Sedang dia asyik mendengar lagu di Youtube , telefon bimbit yang berada di sebelahnya berdering . Terpapar nama Ammar di atas skrin . Sarah tersenyum nipis lalu menjawab panggilan itu . Dia berdehem sedikit sebelum memberi salam .
“Waalaikumussalam .”jawab Ammar .
“Ada apa telefon saya tiba – ni ? Bukan hari ni hari Selasa ke ? Tak ada kerja lain dah ke nak buat ?”tanya Sarah bertalu – talu . Video yang sedang dimainkan di Youtube di’pause’kan sebentar .
“Amboi , banyaknya soalan . Saya tengah tak sibuk , sebab tu saya telefon awak . Awak busy ke ?”jawab Ammar .
“Saya busy ? Tak ada maknanya .”balas Sarah selamba .
Ammar tergelak perlahan . “Err.. Awak , sebenarnya saya ada benda nak bagitahu ni .”terang Ammar .
“Apa dia ? Macam penting je bunyinya.”tutur Sarah .
“Err.. emm… Macam ni , saya ni sebenarnya .. sebenarnya .. sebenarnya ..”
“Sebenarnya apa ?”potong Sarah . Ammar mengurut – urut dadanya tatkala terkejut mendengar sergahan Sarah tadi , mujurlah dia bukan ‘Mat Latah’.
“Err.. Macam nilah , sebenarnya tadi ibu telefon saya dia kata dia rindu dekat awak .”ujar Ammar akhirnya , walaupun dia tahu dia sedang memberitahu perkara yang sebaliknya .
“Owh , benda tu je . Apa yang susah sangat nak bagitahu ? Lagipun saya memang dah niat nak pergi rumah ibu pun petang ni . Okaylah Am , sekarang pun dah pukul tiga lebih kan ? Saya nak kena siap , assalamualaikum .”balas Sarah dan terus memutuskan talian .
Sambil menuju ke pintu bilik air untuk membersihkan diri , Sarah membebel sendirian . “Cakap jelah ibu rindu aku yang nak tergagap – gagap sangat tu dah kenapa ? Betul lah tekaan aku , dia ni memang pelik sikit .”
Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat Zuhur , Sarah bersiap ringkas dengan seluar jeans hitam dipadankan dengan kemeja kotak – kotak berwarna biru . Rambutnya yang separas bahu diikat satu . Jam tangan G-Shock  yang berwarna biru gelap dipakaikan pada tangan kirinya . Seketika kemudian , Sarah menggapai telefon bimbit dan beg tangannya di atas meja solek .
Setibanya di tingkat bawah , Sarah mengambil sehelai kerta A4 putih , dia mula mencoret sesuatu di atas kertas itu .
Ma, Sarah keluar pergi rumah ibu sekejap . Sebelum pukul 9 mlm Sarah balik .
Kemudian , dia melangkah ke arah peti sejuk dan melekatkan di atasnya menggunakan fridge magnet . Sarah melangkah ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta Perodua Myvi purple  kepunyaannya . Selepas memanaskan enjin kereta , Sarah mula menukar gear dan menekan pedal minyak . Kereta itu mula meluncur laju menuju ke rumah Puan Aisyah .

**********

“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam tatkala sampai di depan rumah banglo dua tingkat itu . Butang loceng ditekan dua kali . Tidak sampai seminit , orang gaji Puan Aisyah , Kak Siti mula keluar dari rumah . Pintu pagar automatik itu mula terbuka sedikit demi sedikit apabila Kak Siti menekan punat pada alat kawalan jauhnya . Sarah memasuki rumah besar itu .
“Puan Aisyah ada di bilik bacaan.”ujar Kak Siti lembut . Sarah mengangguk perlahan . Dia mula mendaki tangga menuju ke bilik bacaan yang dimaksudkan . Memandangkan Sarah sudahpun dua kali menjejakkan kaki ke sini ,dia sudahpun tahu selok belok di dalam rumah ini .
Gambar arwah Hairy yang tergantung di ruang tamu dikerling sekilas . Sarah mengeluh perlahan sambil terus mendaki tangga . Sesampainya di bilik bacaan , Sarah melihat pintu bilik itu terbuka luas . Dia ternampak Puan Aisyah sedang khusyuk membaca di atas sofa . Sarah mengetuk perlahan pintu bilik itu , Puan Aisyah mula mengangkat kepala .
“Sarah .”ujar Puan Aisyah teruja .
“Assalamualaikum ibu .”tutur Sarah memberi salam . Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik itu dan menuju ke arah Puan Aisyah . Mereka bersalaman kemudian Puan Aisyah memeluknya erat .
“Waalaikumussalam . Duduklah.”pelawa Puan Aisyah . Sarah mula melabuhkan punggung di sebelah Puan Aisyah .
“Sarah apa khabar ?”tanya Puan Aisyah beramah mesra . Buku yang dibaca tadi diletak di atas meja .
“Alhamdulillah , Sarah sihat je bu . Ibu apa khabar ?”tanya Sarah semula .
“Alhamdulillah , macam yang Sarah tengok sekarang ni . Eyh , Sarah datang sini seorang je ke ?”tanya Puan Aisyah lagi .
“Yelah , seorang je . Mama dan papa takde dekat rumah .”balas Sarah , Puan Aisyah mengangguk perlahan .
“Sarah jalan – jalan lah dulu dekat sini . Ibu buatkan air dekat bawah , nanti ibu panggil Sarah .”ujar Puan Aisyah dan mula berdiri .
“Eyh , ibu . Tak payahlah , Sarah datang sini nak tengok ibu , bukannya nak suruh ibu buatkan air .”tegah Sarah .
“Alaah , setakat buat air je . Takde susahnya . Jalan – jalanlah dulu . Ermm .. Bilik arwah Hairy dekat hujung sekali .”ujar Puan Aisyah dan terus berlalu .
Sarah terdiam . Dia mula bangun dan melangkah keluar dari bilik bacaan itu . Langkahnya diatur ke bilik paling hujung seperti yang dikatakan oleh Puan Aisyah sebentar tadi . Setelah sampai , Sarah perlahan – lahan membuka daun pintu itu .
Bilik itu cukup lengkap dan kemas . Sarah melangkah perlahan – lahan memasuki bilik itu .Bilik yang sederhana besar itu diperhatikan sekelilingnya . Dindingnya yang berwarna krim menampakkan bilik itu cukup luas .  Sarah mula bergerak ke tepi katil . Side table yang berada di situ menarik perhatiannya .
Di atasnya terletak dua buah bingkai gambar . Satu daripada bingkai itu , diletakkan gambar Hairy sekeluarga . Encik Zaihan , Puan Aisyah , Ammar , Hairy dan Helena . Keluarga yang cukup bahagia . Namun bukan itu yang menarik perhatiannya .
Satu lagi bingkai gambar itu diambil , Sarah melabuhkan punggung di tepi katil itu . Di dalam bingkai itu , terletak kemas gambar dia dan Hairy sewaktu di England .Lebar sungguh senyuman mereka , seolah – olah merekalah pasangan yang paling bahagia di saat itu. Air mata Sarah tanpa segan silu mengalir di pipinya sewaktu Sarah terbaca ayat yang tertulis di atas secebis kertas yang ditampal pada hujung bingkai itu .

My only love

Air mata Sarah mengalir deras mengaburkan pandangannya . Bingkai gambar itu dipeluk seerat yang mungkin . ‘Hairy , saya redhakan permergian awak . Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan awak . Awaklah lelaki yang paling sempurna saya pernah jumpa . Tapi , saya tahu Allah lebih sayangkan awak .’
Seketika kemudian , Sarah terdengar seperti ada orang yang membuka pintu bilik itu . Sarah mengesat air matanya pantas , bingkai gambar yang berada di tangannya di letakkan semula di tempat yang asal .
“Ibu tahu Sarah seorang yang kuat . Sebab , kalau Sarah tak kuat Sarah takkan boleh senyum semula selepas pemergian Hairy . Ibu ni mak dia , mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari Sarah . Ibu pun sedih , tapi ibu tahu Allah tu adil .
Setiap apa yang terjadi tu , pasti ada baik buruknya . Segala apa yang terjadi dekat kita hari ni , semuanya dalam perancanganNya . Allah tu perancang yang maha hebat . Dia yang menjadikan kita , Dia yang meminjamkan kita dunia ni . Jadi segala apa pun yang terjadi , jangan berhenti berdoa padaNya . Sarah kena kuat .”ujar Puan Aisyah sambil memeluk bahu Sarah . Sarah melentokkan kepalanya di atas bahu Puan Aisyah .
Puan Aisyah mengusap bahu Sarah perlahan – lahan . Selepas tangisan Sarah mulai reda , Puan Aisyah mula membuka laci pada side table itu . Dia mengambil sebuah buku sederhana kecil berwarna merah dan sehelai sampul surat berwarna coklat .
“Dah lama ibu tunggu Sarah datang sini . Arwah pernah pesan dekat ibu , kalau Sarah masuk bilik ni satu hari nanti , dia suruh ibu serahkan dua benda ni pada Sarah. Sarah simpanlah , ni dah jadi hak milik Sarah.”ujar Puan Aisyah sambil menyerahkan kedua – dua benda itu .
“Apa ni ibu ?”tanya Sarah dengan suaranya yang serak .
“Buku merah tu , diari Hairy . Surat tu , ibu tak pasti .”terang Puan Aisyah .
“Dah , ibu tak nak tengok anak ibu ni sedih – sedih macam ni . Jom kita turun bawah , ibu dah siapkan minum petang .”ajak Puan Aisyah  ceria .
Sarah tersenyum hambar , sampul surat dan buku itu dimasukkan ke dalam beg tangannya dan dia mula mengekori langkah Puan Aisyah . Pintu bilik itu ditutup rapat .
Mereka menuju ke gazebo yang terletak di luar rumah itu . Sarah dan Puan Aisyah menikmati minum petang di situ sehinggalah jarum jam menginjak ke pukul enam petang .
“Eyh , ibu . Dah nak maghrib dah ni , tak perasan pula Sarah dah lama dekat sini . Sarah minta diri dulu ye ?”pinta Sarah . Dia mula turun dari gazebo kayu itu .
“Hmm , yelah . Lain kali jangan lupa pula nak datang sini lagi .”ujar Puan Aisyah . Sarah mula menyalami Puan Aisyah kemudian memeluknya erat .
“Jangan tak datang lagi , kalau nak tidur sini pun boleh . Boleh teman Helena dekat sini .”tambah Puan Aisyah lagi . Sarah tersenyum sambil mengangguk perlahan .
“InsyaAllah ibu . Sarah balik dulu , assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam.”balas Puan Aisyah . Sarah mula melangkah ke arah keretanya . Enjin dihidupkan , seketika kemudian keretanya mula meluncur laju meninggalkan rumah besar itu .

**********

‘Hmmh , nak baca ke tak nak nak baca ke tak nak ?’ Sarah berteka teki dengan dirinya sendiri sambil memegang sampul surat berwarna coklat yang Puan Aisyah berikan padanya dua minggu yang lalu . Perlahan – lahan Sarah membuka sampul surat itu .
Sarah membuka lipatan kertas kajang itu perlahan – lahan . Matanya mula menumpukan perhatian pada tulisan di atas kertas itu .

Assalamualaikum Sarah ,

Hairy pasti , sewaktu Sarah baca surat ni Hairy dah tak ada lagi di sisi Sarah . Hairy minta maaf sebab merahsiakan penyakit yang Hairy alami , bukan niat Hairy nk melukakan sesiapa . Mungkin dah ditakdirkan Hairy ‘pergi’ dahulu. Hairy juga pasti , Sarah dapat surat ni masa dalam bilik Hairy kan ? Hairy dah suruh ibu kemaskan untuk Sarah . Lepas ni kalau Sarah nak tidur rumah ibu , Sarah tidurlah dalam bilik Hairy .

Hairy tk nk org yg Hairy syg bersedih ats pemergian Hairy , begitu juga Sarah . Sarah masih muda , masih byk cita2 Sarah yg belum tercapai kan? Move on dear . Walaupun jasad Hairy bukan di sisi Sarah , hati Hairy tetap ada dalam hati Sarah .Kasih sayang Hairy pada Sarah tak pernah ada tarikh luput .

Hairy masih ada satu permintaan untuk Sarah . Walaupun benda ni mungkin agk keberatan utk Sarah terima , tapi Hairy buat ni semua utk kebahagiaan Sarah . Hairy minta Sarah berkahwin dengan Ammar , abg Hairy . Dia lelaki yg cukup baik dan Hairy yakin dia boleh membimbing Sarah .Hairy berharap sgt Sarah dpt tunaikan permintaan Hairy ni .

Berhentilah menangisi pemergian Hairy , sentiasa berdoa untuk Hairy ye ? Hairy nk Sarah tahu , Sarah lah perempuan pertama dan yg terakhir yg Hairy cinta . Terima kasih sbb pernah membahagiakan Hairy suatu ketika dahulu , sayang .
Love , Hairy .

Sarah menangis teresak – esak setelah menghabiskan pembacaannya . Surat yang berada di tangan sudahpun terlepas dari genggamannya . Esakannya mulai kuat . Sarah bangun dari duduknya , dia mula memasukkan surat itu ke dalam beg tangannya . Kunci kereta dan telefon bimbit dicapai di atas meja soleknya .
Dia mula keluar dari biliknya dan turun ke bawah . Tanpa memberitahu ke mana dia pergi , Sarah terus mengeluarkan kereta dari garaj dan menuju ke rumah Puan Aisyah .

*********

“Assalamualaikum .”Sarah memberi salam apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah itu .
“Waalaikumussalam . Sarah .”jawab Puan Aisyah yang sedang menuju ke arahnya .
“Ibu sihat ?”tanya Sarah sekadar berbasa basi . Mereka mula duduk di atas sofa di ruang tamu itu .
“Alhamdulillah , ibu sihat je . Sarah datang mengejut , tak bagitahu ibu pun . Kalau tak , boleh ibu masak apa – apa .”balas Puan Aisyah sambil tersenyum lebar .
“Eyh , tak apa lah ibu . Susah – susah je ibu nak memasak pula . Sarah datang ni sebab..”kata – katanya tergantung . Sampul surat yang sebelumnya di dalam beg tangannya di keluarkan dan diletakkan di atas meja .
“Sarah dah baca ?”tanya Puan Aisyah , suaranya yang sebelum ini ceria sudah mulai kendur melihat riak muka Sarah yang muram .
Sarah mengangguk perlahan . Air mata mula bergenang di tubir matanya , bila – bila masa saja air mata itu akan mengalir di pipinya . Dia menghulurkan sampul surat itu pada Puan Aisyah .
Puan Aisyah mengambil sampul surat dari tangan Sarah . Perlahan – lahan dia mengeluarkan sehelai kertas putih dari dalamnya . Puan Aisyah membaca dengan begitu khusyuk . Seketika kemudian , Puan Aisyah menggenggam erat kedua – dua belah tangan Sarah . Kertas putih itu dimasukkan semula ke dalam sampul lalu diletakkan di atas meja .
Air mata Sarah mula mengalir sekali lagi .
“Sarah , semua keputusan ada di tangan Sarah . Ibu sentiasa menyokong Sarah , jangan putus asa . Allah tengah menguji Sarah . Dia tahu setakat mana kemampuan hambaNya ..”kata – kata Puan Aisyah tidak dapat disambung , kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah . Sarah masih menangis .
Tidak sampai beberapa minit , Puan Aisyah masuk ke dalam rumah diekori oleh Ammar . Sarah tersentak, dia pantas mengesat air mata menggunakan belakang tapak tangannya .
“Ammar duduklah dulu . Ibu ada kerja sikit dekat dapur .”ujar Puan Aisyah seraya mengerrling ke arah Sarah . Sarah mengeluh perlahan . Ammar mula berjalan ke arah Sarah , dia mengambil tempat di hadapan Sarah .
“Nangis ?”tanya Ammar .
Sarah yang masih di awang – awangan itu hanya diam sambil menunduk .
“Sarah ?”panggil Ammar sekali lagi apabila tiada respons dari Sarah .
“Hah ?”Sarah tersentak .
“Awak nangis kan ?”tanya Ammar sekali lagi .
“Eyh , ta..”
“Tak payah lah tipu . Kenapa ni ?”tanya Ammar serius . Sarah tergamam .
Sarah hanya terdiam . Dia menghulur sampul surat coklat yang berada di atas meja itu pada Ammar . “Bacalah .”
Ammar memandang Sarah pelik namun dia masih mengambil sampul surat yang Sarah hulurkan . Dia mengambil helaian kertas di dalam sampul itu lalu membacanya . Selepas membaca , Ammar mendengus . “Kenapa awak bagi saya baca ni ?”
“Nama awak ada dalam tu . Awak memang patut baca .”
“Awak nangis sebab takut menyesal lah kalau saya memang akan kahwin dengan awak ?”tanya Ammar senafas .
“Apa awak cakap ni ?”Sarah mulai berang . Seketika kemudian , dia terdiam . Dia sendiri pelik , mengapa harus dia marah apabila Ammar mempersoalkan perkara itu .
Ammar hanya diam . Sarah pantas berdiri , sampul surat yang masih ada pada tangan Ammar dirampas. Beg tangan yang berada di sebelahnya digapai . Sarah mula keluar dari rumah itu , Sarah menyarung kasutnya dan terus berjalan tanpa menoleh . Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ammar .
You know what , sejak kita jumpa dekat Sabah . Saya dah mula sukakan awak , tapi saya nafikan perasaan saya bila saya dapat tahu yang awak dengan arwah hampir bertunang waktu tu . Tapi segala – galanya dah tersurat , arwah pergi dulu sebelum saya .
Tipu kalau saya cakap yang saya tak cuba untuk dapatkan awak . Saya cuba untuk sentiasa berada di sisi awak dan cuba untuk lindungi awak , sebab arwah pun bagi surat dekat saya . Dia suruh saya jaga awak macam nyawa saya sendiri , Sarah .
Terpulang sama ada awak nak percayakan saya atau tidak , kebenarannya sekarang adalah . Saya sayangkan awak sepenuh hati saya . Jangan cakap yang kita ni baru kenal so  mustahil saya boleh sayang dekat awak , kalau benda tu dah nak jadi akan jadi juga .
Jaga diri , bawa kereta elok – elok . Assalamualaikum.”ujar Ammar panjang . Sarah yang masih belum menoleh tanpa sedar sudahpun menitiskan air mata di situ . Ammar sudahpun masuk ke dalam .
“Waalaikumussalam .”jawab Sarah perlahan , air matanya diseka . Dia mula berjalan menuju ke keretanya . Seketika kemudian , Perodua Myvi itu mula meluncur meninggalkan banglo itu .

********

“Bila Sarah dapat surat ni ?”Rizal bersuara sewaktu mereka sekeluarga menikmati makan malam di ruang makan itu .
Sarah berdehem sebelum menjawab , “Dua minggu lepas , waktu Sarah pergi rumah ibu .”
“Habistu kenapa baru sekarang bagi tau ?”tanya Rizal serius .
“Sarah baru baca surat tu pagi tadi .”jawab Sarah pendek .
“Sebab tu Sarah nangis , lepastu pergi rumah ibu . Tanpa bagitahu dekat mama ?”tanya Rizal lagi .
Sarah terdiam seketika . Dia mula mengangguk perlahan , “Sarah minta maaf , waktu tu Sarah dah tak fikir apa dah . Bukan niat Sarah nak mengguris hati sesiapa . Sarah pergi rumah ibu cuma sebab Sarah nak pastikan semua ni . Sarah minta maaf sangat – sangat .”terang Sarah dan mula mengangkat pinggan ke dapur . Langkahnya mula diatur masuk ke bilik .
“Kenapa Riz cakap macam tu dekat Sarah ?”tegur Encik Adzan setelah Sarah pergi .
“Bukan selamanya kita boleh manjakan dia .”balas Rizal ringkas .
“Mama tak terasa pun , mama sendiri nampak keadaan dia waktu tu . Dia perlukan masa Riz.”tambah Puan Rosmah lagi .
“Ini bukan masalah terasa atau tak ma , kalau terjadi apa – apa waktu dia drive tadi . Kita bukannya tau kan ? Semua orang risaukan dia , dia tak tau tu .”jawab Rizal lagi .
“Dah , sekarang ni kita semua tahu yang dia perlukan bantuan . Jangan bebankan lagi fikiran dia dengan benda yang remeh temeh macam ni , dia dah balik dalam keadaan selamat dan sihat walafiat pun dah cukup . Papa kenal Sarah , kalau dia dah kena tegur dia takkan buat dah .”tutur Encik Adzan , Puan Rosmah mengangguk . Serentak dengan itu Rizal terdiam , dia mengeluh perlahan .

*********

Telefon bimbit yang diletakkan di sebelahnya berdering kuat , Sarah pantas menjawab panggilan dari Ammar itu .
“Assalamualaikum ,”Ammar memberi salam .
“Waalaikumussalam .”jawab Sarah .
“Dah makan ke ?”tanya Ammar agak formal .
“Dah .”pendek jawapan Sarah .
Ammar berdehem sedikit sebelum menyambung , “Awak marah ?”
Kening Sarah bertaut . “Marah ? Kenapa nak marah ?”
“Maksud saya , awak marah ke pasal tadi ? Waktu saya berterus terang pada awak tadi ?”Ammar menerangkan .
Sarah mengeluh perlahan , “Kenapa saya nak marah ?”tanya Ammar semula .
“Maksudnya awak tak marah lah .”Ammar membuat kesimpulan .
“Daripada tadi cakap pasal marah tak marah bagai , dah takde soalan lain ke nak tanya ?”Sarah menukar topik .
Ammar tersenyum lebar , “Okay , sorry . Awak sayangkan saya ?”
“Soalan apa tu ?”tanya Sarah semula .
“Saya tanya awak sayangkan saya tak ?”ulang Ammar .
“Err.. Awak , saya lupalah saya ada kerja nak buat . Lain kali kita on the phone lagi kay ? Assalamualaikum.”ujar Sarah lantas memutuskan talian . Tidak sampai seminit , satu mesej mula masuk ke dalam telefonnya.

Takkan soalan tu pun nak malu ? Cakap jelah awak mmg sayangkan saya . Macam mna nk kahwin ni , bru suruh mengaku pun dah malu ? Hehe , okaylah saya tk nk kcu awk buat ‘kerja’ . ^_^’

Sarah tergelak perlahan sewaktu membaca mesej itu . ‘Bila pula aku cakap aku nak kahwin dengan kau ? Sengal betul lah dia ni .’ Sarah berkata – kata dalam hati .
Dia mula turun dari katil . Langkah diatur untuk ke tandas , namun tanpa disedari kakinya tersadung pada kaki katil . Sarah terjatuuh di hujung katil itu .
“Aduhh , mamat ni ada daulat ke ? Baru cakap sikit dah dapat balasan .”ujar Sarah sambil mengerang kesakitan . Buku lalinya yang mula kebiruan digosok perlahan. Kemudian dia bangun semula dan berjalan pergi ke tandas .