BAB 24
Sarah mengemaskan ikatan rambutnya , beg
tangan yang berada di atas meja solek dicapai . Penampilan yang cukup ringkas ,
John Lennon hitam , Leopard printed blouse dan sedikit
solekan nipis pada mukanya. Jam tangan Baby-G
berwarna hitam dipakai lantas dia terus turun menuju ke dapur .
“Ma
, Sarah nak keluar kejap . Pinjam kereta .”ujar Sarah . Memandangkan dia
baru sahaja mendapatkan lesen kenderaan hujung bulan lepas , jadi dia sudahpun
boleh memandu secara rasmi di atas jalan raya.
“Nak pergi mana ?”tanya Puan Rosmah yang
sibuk menumis .
“Subang
Parade ? Dengan Ain .”jelas Sarah .
“Hmm , kunci kereta kat depan .”tutur
Puan Rosmah . Sarah tersenyum lantas bersalaman dengan mamanya dan terus pergi
ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta .
Sarah berhenti di hadapan rak kasut dan
mengambil sepasang wedges hitam untuk
dipadankan dengan pakaiannya . Sarah mula menapak ke arah Volkswagen Golf merah kepunyaan mamanya itu .
Selepas memanaskan enjin beberapa minit ,
Sarah menurunkan hand brake dan terus
menukarkan gear pada gear , reverse untuk mengeluarkan kereta
itu dari garaj rumahnya . Seketika kemudian , kereta itu mula meluncur laju
menuju ke Subang Parade yang terletak
tidak jauh dari kediamannya .
Earphone dipasang pada
telinga kirinya . Nombor telefon Ain didail pantas . Namun , hampa . Ain tidak
menjawab panggilannya . Sarah terus memandu menuju ke Subang Parade .
___________________________________________________________________________
Okay , mata dalam
kaca
Topi berceloreng
Sarung tangan hitam
Atas muka ada topeng
Hanya perlu siul
Tidak tekan loceng
Hero sudah sampai
Cepat terjun dari
loteng
Kita terus ke
sempadan
Aku pacu engkau
bonceng
Sarah turut menyanyi rap
kesukaannya yang juga daripada artis kesayangannya , Zizan Razak . Namun ,
nyanyiannya tidak dapat di sambung tatkala telefon bimbitnya berdering ,
memaparkan nama ‘Ain’ . Sarah menekan icon
‘answer’.
“Hmm , pahal ?”tanya Sarah terus .
“Err .. Aku ,”
“Tak boleh pergi ?”potong Sarah pantas .
“Aduyy , Sarah . Sorrylah
. Aku bukannya saja ,lagipun kau ingat office
ni office bapak aku ke ? Dah
kalau diorang nak buat meeting , aku
kenalah pergi .”rungut Ain .
“Aku suruh kerja dengan bapa aku tak nak , padan muka
.”balas Sarah sambil memperlahankan volume
radionya .
“Alaah , kau ! Sibuk suruh aku kerja dengan bapak kau , yang
kau tu tak kerja – kerja lagi apahal ? Bukannya kau ambik law pun dekat ‘U’ dulu . Ambik business
management juga !”jawab Ain .
“Aku bukannya tak nak kerja , masalahnya ..”
“Apa masalahnya ? Kau tu je yang mengada lebih . Dahlah ,
aku kena gerak lah . Sorry , next time aku set date . Kau ajak lah sesiapa teman kau hari ni .”potong Ain
pantas dan terus menamatkan perbualan tanpa sempat Sarah membalas apa – apa .
“Kau cakap senanglah . Siapa aku nak call ? Ish !”rungut Sarah sambil mencari kotak parking yang kosong.Setelah memasukkan kereta itu ke dalam kotak parking , Sarah segera keluar dari
kereta dan terus mengunci keretanya .
“Hmmh , apalah nasib aku ni . Asyik ditinggalkan je ,”rungut
Sarah sambil berjalan menuju ke pintu lif , kunci kereta dimasukkan ke dalam
beg tangan .
Sewaktu pintu lif terbuka , Sarah terus memasuki perut lif itu . Butang G ditekan ,
dan serentak lif itu mula bergerak . Sementara menunggu lif itu terbuka semula
di groud floor , Sarah menyemak contact list di dalam telefonnya .
Nombor Ammar didail . Dia melekapkan telefon pada telinganya . Seketika
kemudian , lif terbuka perlahan .
“Assalamualaikum .”Sarah memulakan bicara sebaik sahaja
panggilannya dijawab . Dia mula berjalan ke arah Dome .
“Waalaikumussalam . Kenapa ni ? Tiba – tiba je call ?”tanya Ammar terus .
Sarah tergelak perlahan , “Bunyi macam awak busy je ?”
“Takdelah busy mana pun .”balas Ammar .
“Err … Actually , saya
nak ajak awak keluar ni .”terang Sarah .
“Pergi mana ?”
“Subang Parade . Sepatutnya , saya tengah keluar dengan Ain
sekarang ni , tapi dia ada meeting pula
. So, saya keseorangan lah dekat sini .”jelas
Sarah.
“Owh , ditinggalkan lah ni ?”usik Ammar .
“Yea . Tapi kalau awak sibuk takpelah .”balas Sarah .
“Eyh , takdelah. Awak dah ada kat dalam Subang Parade ke
sekarang ni ?”tanya Ammar .
“Yes ,”
“Okay , saya on the
way nak pergi sana . Tunggu saya tau
!”ujar Ammar dan terus memutuskan talian .
Sarah terus memasukkan telefon bimbit ke dalam beg dan terus
berjalan menuju ke restoran Dome. Sementara menunggu ketibaan Ammar , Sarah
memesan makanan dan minuman untuk dirinya . Setelah sepuluh minit menunggu ,
Sarah ternampak kelibat Ammar menuju ke arahnya .
“Jauhnya menung .”tegur Ammar lantas mengambil tempat duduk
di hadapannya .
Sarah tersengih , “Mana ada .”dalih Sarah .
“Dah order ke
?”tanya Ammar .
“Dah , tapi untuk saya jelah . Saya tak tahu nak order apa untuk awak ?”jawab Sarah
selamba sambil membelek telefon bimbitnya .
Ammar tersenyum . Dia melambai ke arah pelayan , seketika
kemudian dia memesan makanan dan minuman untuk dirinya . Selepas pelayan itu
beredar , dia memandang Sarah yang masih fokus pada telefon bimbitnya .
“Handphone tu lagi
handsome dari saya ke ?”tanya Ammar .
“Hah ?”Sarah menayangkan muka peliknya .
“Saya tanya handphone awak
tu lagi handsome dari saya ke ?”ulang
Ammar .
“Saya tak tahu pula handphone
ada jantina ?”balas Sarah semula .
Ammar tersenyum nipis . “Takdelah , dari saya datang tadi
awak asyik main phone je ? Saya macam takde function je kat sini ?”Ammar
bersuara seakan – akan merajuk .
“Alhaa , awak ni saya tengah reply mention dekat Twitter lah . Bukannya buat apa pun . Eyh , jap jap
jap. Awak tengah cuba cakap yang awak ni nak merajuk dengan saya ke ? Sorry , awak salah orang.”jawab Sarah
selamba .
Ammar mula ketawa , “Ish , awak ni . Elok – elok saya nak
merajuk , terus tak jadi tau tak ?”
“Lhaa , kenapa pula ?”tanya Sarah .
“Mana taknya , awak jawab tu selamba je . Main tembak je
suka – suka hati . Nasib baik lah comel kalau tak , saya dah cili dah mulut
awak tu .”balas Ammar .
“Comel ke ?”tanya Sarah semula . Seketika kemudian , makanan
dan minuman yang dipesan sampai di meja mereka .
“Kalau tak comel , saya tak cakap .”balas Ammar sebaik
sahaja pelayan itu beredar . Sarah tersengih .
“Dah , dah . Diam , saya nak makan .”ujar Sarah dan terus
menyedut sedikit Ice Lemon Tea yang
dipesannya .
“Okay , okay . Saya diam .”balas Ammar dan mula menyuap
makanan yang dipesan . Setelah mereka menghabiskan makanan masing – masing ,
Ammar mula bangun dari kerusi .
“Eyh , nak pergi mana pula tu ?”tanya Sarah pelik membuatkan
Ammar melabuhkan punggungnya di atas kerusi semula .
“Pergi bayarlah .”jawab Ammar selamba .
“Apalah awak ni ? Dah terang lagi bersuluh saya yang ajak
awak datang sini , so saya lah yang
bayar.” terang Sarah sambil memandang
Ammar .
“Owh . Okay , thanks .”ujar
Ammar . Sarah tersenyum lantas memanggil
pelayan untuk membawakan bil . Selesai membuat pembayaran , mereka
bergerak ke kedai buku Popular atas permintaan Sarah .
“Err.. Sarah ,”panggil Ammar sewaktu mereka mula menaiki escalator .
“Hmm?” Sarah menyahut .
“Helena ada bagitahu awak apa – apa tak ?”tanya Ammar .
Mereka mula berjalan menuju ke Popular yang selang beberapa kedai sahaja lagi .
“Bagitahu apa ? Anything
that I should know ?”tanya Sarah .
“No , nothing . Just
asking .”balas Ammar bersahaja .
“Okay .”balas Sarah tanpa sedikit pun ragu – ragu . Mereka
terus sahaja memasuki Popular , Sarah terus menuju ke arah rak yang menempatkan
novel – novel cinta . Ammar hanya mengekorinya sedari tadi .
Sedang dia leka membelek novel , Ammar memanggil Sarah .
“Apa awak ?”balas Sarah .
“Pandang lah sini .”pinta Ammar yang tidak jauh darinya .
Sarah menoleh , Ammar sedang memegang sebuah novel yang
bertajuk ‘Saya rindu kat Awak’ . Dahi Sarah berkerut .
“Ye , ye saya tau awak rindu saya .”balas Sarah dalam nada
mengusik .
“Baguslah kalau awak tau .”bisik Ammar sendirian .
“Hah ?”Sarah menyoal .
“Hah ? Err.. Hm.. Takde apa .”dalih Ammar .
“Saya rasa saya dengar awak cakap something tadi ?”tanya Sarah lagi . Ammar menggeleng pantas .
Seketika kemudian , Sarah menyambung bacaannya pada belakang novel . Tanpa
sedar otaknya mengimbas semula detik – detik tatkala Farhan menunjukkan teddy bear yang memegang kad merah
berbentuk hati yang tertulis I Love You . Sarah tertunduk .
‘Dah , Sarah dah . Dia dah kahwin , dia dah banyak melukakan
kau . Cukuplah . Cukup.’ Sarah berkata – kata pada dirinya sendiri . Dia
memandang Ammar sekilas yang sedang leka menilik novel .
‘Apa yang Ammar sorokkan daripada aku ek ?’getus hati Sarah
. Seketika kemudian , perasaannya tidak dilayan . Dia mula memilih beberapa
novel yang menarik perhatiannya dan mula membayar . Memandangkan Ammar juga
membeli beberapa buku tentang photography , dia menunggu Ammar di luar kedai . Seketika
kemudian , Sarah meminta diri untuk pulang semula ke rumah .
p/s:Assalamualaikum , dear fellow readers . Saya minta maaf sgt2 , tk dpt nk bgi extra chapter utk korang + post lmbt . Kesibukan terserlah sgt2 sejak dua menjak ni . Tapi jgn risau korang tk perlu tertunggu2 , lagi dua bab then cerita ni akn habis and saya just nk ckp thanks sgt2 sbb sudi baca cerita yg tk seberapa ni :)
No comments:
Post a Comment