Sunday, 28 October 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 17)


BAB 17
“Awak balik dengan siapa ni ?”tanya Hairy sewaktu mereka sudahpun  tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur .
“Siapa lagi yang setia nak jadi driver saya ? Abang Riz lah .”jawab Sarah sambil mengerling pada Hairy yang sedang menolak troli , begitu juga dengannya .
“Awak sibuk tanya saya balik dengan siapa , awak tu?”tanya Sarah tiba- tiba , Ain sudahpun pulang tatkala keluarganya menjemputnya sebentar tadi .
“Entah , teksi kot . Saja nak buat surprise untuk ibu , abang dengan adik – adik . Actually tadi diorang suruh call bila dah nak sampai .” terang Hairy sambil tersenyum , perasaan rindu pada keluarganya mengasak hati. Pada waktu ini , dia terasa seperti mahu terbang terus ke rumah keluarganya .
“Ada – ada je awak ni .”ujar Sarah sambil menggeleng perlahan sebelum menyambung , “Ermm , saya hantar awak jelah . Tak payahlah susah – susah awak nak ambil cab .” ajak Sarah .
“Eyh , menyusahkan awak je .”tolak Hairy .
“Hairy , kita naik kereta kan ? Bukannya saya kena angkat awak pun , and the last thing is yang drive kereta tu abang Riz . Not me or you , but my brother . Anything else do you wanna say now ?”terang Sarah panjang .
“Okay , okay . Awak menang . Saya ikut awak . Puas ?”ujar Hairy , Sarah dipandang geram sambil tersenyum simpul .
Sarah tersenyum melihat Hairy , “Mestilah puas . Ingat senang ke nak menang lawan cakap dengan awak?” balas Sarah .
Hairy yang mendengar sudah terbuntang biji mata melihat Sarah yang sudahpun mengekek gelak , “Amboi , amboi . Banyaknya cakap ?”
Sarah tergelak lagi apabila Hairy mula menggeleteknya .
“Amboi , seronoknya pasangan bahagia ni ?”tegur Rizal , memberhentikan tawa Sarah sebentar tadi .
Sarah dan Hairy hanya menyengih . Mereka terus bersalaman dengan Rizal , Sarah mula berbicara . “Kak Miera mana ?”
“Dia tak ikut , tolong mama dekat rumah .” terang Rizal , belum sempat Sarah bertanya lagi kedua – dua anak buahnya meluru ke arahnya dan memeluk kakinya erat .
Sarah tergelak melihat telatah mereka . Sarah menunduk , “Rindu maksu tak ?” tanya Sarah sengaja .
“Indu cangatt !”balas si kecil Rayyan Naqli . Rayyan Najmi hanya mengangguk – angguk mengiakan apa yang dikatakan oleh adiknya itu .
Sarah tergelak lagi . Rayyan Najmi yang lebih rapat dengan Hairy mula meminta Hairy mendukungnya . Sarah hanya menggeleng perlahan dan pada masa yang sama dia turut mendukung Rayyan Naqli .
“Abang tengok korang ni dah macam keluarga bahagia dah tahu tak ?”tegur Rizal pada mereka .
Sarah dan Hairy tergelak serentak , “Lama lagi bang .” Hairy bersuara .
“Dahlah jom gerak , mama mesti dah tunggu tu .”
“Ah , abang . Hairy tumpang sampai rumah dia tau .”ujar Sarah sambil memimpin kedua – dua kembar seiras itu . Rayyan Najmi di sebelah kanan manakala Rayyan Naqli di sebelah kiri . Sambil Hairy dan Rizal menyorong troli menuju ke kereta Rizal .
No big deal .”jawab Rizal selamba .
______________________________________________________________________________
“Tak nak masuk dulu ke ?”tanya Hairy sewaktu berada di hadapan rumahnya .
“Ermm , takpelah Hairy . Buat susah – susah je , lagipun korang pun penat lagi kan ? Esok lusa kalau ada masa , kami singgah .”jawab Rizal . Sarah masih berada di dalam kereta , memandangkan kedua – dua hero itu sudahpun terlena di pangkuannya .
“Kalau macam tu , takpelah . Anyway , thanks bang sebab tolong hantar sampai rumah ni . Kalau tak sebab Sarah paksa tadi , saya dah naik teksi dah .”ujar Hairy segan .
“Eyh , takde hal lah . Lagipun kita satu jalan kan ? Okaylah , abang pergi dulu . Nanti bising pula mama dekat rumah nak tunggu anak manja dia balik .”ujar Rizal lantas memberi salam pada Hairy dan mula melangkah memasuki kereta .
Hairy menjawab salam dan tersenyum pada Rizal . Sarah di dalam kereta di pandang , dia menunjukkan isyarat yang dia akan menelefon pada Sarah sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan rumahnya .
“Abang Hairy ke tu ?”tanya satu suara di belakangnya .
Hairy menoleh ke belakang . Tepat jangkaannya , wajah putih mulus adiknya , Helena jelas di hadapannya . Belum sempat dia berkata apa – apa , Helena sudahpun memeluknya erat . Dia hanya tersenyum lantas membalas pelukan satu – satunya adik perempuannya itu .
“Jahantnya abang ! Kata nak call , tengok – tengok dah sampai depan rumah dah !”ujar Helena geram seraya meleraikan pelukannya .
Hairy hanya tersengih mempamerkan gigi putihnya yang tersusun rapat , “Ibu ada kat dalam kan?”tanya Hairy . Helena hanya mengangguk .
“Dah , jom masuk .”ujar Hairy lantas mengangkat beg – begnya dibantu oleh Helena .
______________________________________________________________________________
“Sarah !”tegur kakak iparnya , Qashmiera sewaktu dia menjejakkan kakinya di dalam rumah itu . Sarah hanya tersenyum lebar dalam masa yang sama mula bersalaman dan memeluk erat Qashmiera erat . Dalam diam , Qashmiera merupakan salah seorang tulang belakangnya kini . Pada Qashmiera lah , dia melepaskan segala – galanya , dan mujur Qashmiera seorang yang memahami .
“Kenapa lambat sampai ?”tanya Qashmiera . Sambil menolong suaminya dan Sarah mengangkat barang – barang Sarah .
“Tadi hantar Hairy dulu , sebab tu lambat .”jawab Sarah ringkas .
“Patutlah .”
“Mama !”ujar Sarah teruja tatkala terlihat kelibat mamanya menuruni tangga . Dia mula melangkah ke arah mamanya dan mula bersalaman dan memeluk mamanya erat .
“Rindunya dekat anak mama ni .”luah Puan Rosmah sewaktu pelukan dileraikan . Sarah tersenyum nipis mendengar kata – kata mamanya itu .
“Papa mana ?”tanya Sarah .
“Papa , on the way nak sampai sini . Dia pergi beli santan tadi , mama nak masak .”terang Puan Rosmah .
Sarah hanya mengangguk faham . Dia melangkah semula ke arah abang dan kakak iparnya untuk mengangkat beg – beg masuk ke dalam rumah .
“Hero –hero tu tidur lagi ke bang ?”tanya Sarah sewaktu melihat Rizal mendukung Rayyan Najmi naik ke tingkat atas untuk diletakkan dalam bilik mereka .
“Diorang belum tidur lagi tengahari tadi , tu yang tak nak bangun ni . Lagipun tadi diorang ada cakap , selagi tak dapat jumpa maksu . Diorang taknak tidur . Sayang betul hero berdua ni dekat Sarah.”jawab Rizal sambil tersenyum lebar pada Sarah yang mendengar .
“Aww , so sweet . Tak tahu pula diorang sampai macam tu sekali .”
“Semalam lagi teruk . Waktu abang bagitahu hari ni nak pergi ambik Sarah , dua – dua tu berpakat tak nak tidur . Tapi lepas mama dia pujuk , tidurlah juga cuma lambat daripada biasa . Sebab tu bila dah dapat lepas rindu ni , diorang terus tidur . Nak sambung tidur yang tak cukup semalam .”celah Puan Rosmah panjang .
Sarah ketawa tatkala mendengar cerita itu . Pada masa yang sama , Encik Adzan sampai di rumah . Bila pintu mula terbuka , Sarah meluru pada papanya dan memeluk erat . Encik Adzan yang pada mulanya terkejut sudah mula tersenyum lebar .
“Kalau ye pun , bagilah papa tarik nafas dulu .”tegur Encik Adzan tatkala pelukan dileraikan .
Sarah tergelak disambut dengan ahli keluarga yang lain . “Eyh , dahlah . Jom makan .”panggil Puan Rosmah .
“Eyh ? Habistu apa function abang pergi beli santan ni ?”tanya Encik Adzan pelik sambil mengangkat sedikit beg plastik yang tergantung di tangannya .
“Itu , untuk tea petang ni .”jawab Puan Rosmah selamba . Rizal , Sarah dan Qashmiera jelas sedang menahan gelak daripada meletus kuat .
“Dah kalau nak pakai petang ni , kenapa suruh abang lari pergi kedai awal – awal tadi ?”tanya Encik Adzan lagi .
“Dah , dah . Tunggu mama dengan papa gaduh , sampai esok kita tak makan tau ?”celah Sarah dan mula menarik mama dan papanya ke meja makan . Qashmiera dan Rizal sudah tergelak kuat , lantas mengatur langkah mengekori mama , papa dan Sarah ke meja makan .
______________________________________________________________________________
“Awak , saya takutlah .”tutur Sarah gementar sewaktu dalam perjalanan ke rumah Hairy . Hari ini , dia akan berjumpa dengan keluarga Hairy . Perasaan gementar menyelubungi dirinya .
“Takde apa punlah . Bukannya ibu saya makan orang pun .”ujar Hairy yang sedang memandu .
“Okay . I hope so .”
“Dah sampai dah . Jom keluar .”ujar Hairy lantas menekan pedal brek .
“Hah ?”
“Ye , dah sampai . Tak payah buat muka macam tu . Jom keluar .”tutur Hairy . Dia mula mematikan enjin kereta dan keluar ke pintu sebelah pemandu dan membuka pintu untuk Sarah .
“Jom .”panggil Hairy lagi .
Sarah mengangguk lantas keluar . Hairy dikerling , perasaan gementar masih menyelubungi diri . Nafas ditarik dan dilepaskan .
“Assalamualaikum .”Hairy memberi salam .
Pintu rumah terbuka luas , terpapar di ruang matanya . Seorang wanita dalam lingkungan usia mamanya sedang tersenyum memandangnya . “Waalaikumussalam .”
Sarah memandang Hairy sebelum menyalam wanita itu . “Ini ke Sarah ?”tanya wanita itu sewaktu dia bersalaman dengannya .
“Err , yea .”jawab Sarah .
“Sarah , ini ibu saya .”ujar Hairy memperkenalkan ibunya .
“Panggil ibu je Sarah . Dahlah , jom masuk dalam ibu dah masak sedap – sedap untuk bakal menantu ibu ni .”terang Puan Aisyah . Sarah mengangguk perlahan . Mereka mula masuk ke dalam , melihat pada dekorasi rumah Hairy . Dia pasti ibunya merupakan seorang yang suka melancong . Terdapat satu almari yang penuh dengan pinggan mangkuk yang terdiri dari pelbagai jenama . Dan yang paling mudah untuk dijelaskan pada masa ini ialah dia pasti wajah tampan milik Hairy diwarisi daripada Puan Aisyah .
Sewaktu sampai di ruang makan . Sarah melihat bermacam – macam makanan terletak di atas meja . Dia memandang Hairy , namun tiada sebarang reaksi dari lelaki itu . Lantas Sarah mula bersuara , “Banyaknya makanan ibu ? Siapa yang nak makan ?”
“Sarah janganlah risau , bukannya ibu suruh Sarah habiskan semua ni . Lagipun Helena dan ayah ada nak menghabiskan semua ni .”balas Puan Aisyah seraya melabuhkan punggungnya . Sarah duduk di hadapan Puan Aisyah diikuti Hairy di sebelahnya .
Sementara menunggu Helena dan ayah Hairy , Puan Aisyah berbual kosong dengan bakal menantunya . Walaupun mereka berkenalan tidak sampai sejam tetapi perbualan mereka bagaikan ibu dan anak yang terpisah jauh . Maklumlah , Sarah merupakan seorang bakal peguam , jadi tidak begitu pelik jika dia ramah dan mudah bergaul dengan ramai orang .
Lima belas minit kemudian , Helena dan ayah Hairy turun menyertai mereka di meja makan . Helena mengambil tempat di sebelah Sarah , “Hai akak ! Nama saya Helena . Suka hati akaklah nak panggil apa pun .” ujar Helena ramah selepas bersalaman dengan Sarah .
“Takde siapa tanya .”celah Hairy sengaja . Sarah tertawa kecil .
“Alahh , diamlah . Sibuk je .”balas Helena mencebik .
Puan Aisyah dan Encik Zaihan hanya menggeleng melihat dua beradik itu . “Dah , dekat depan rezeki tak elok bergaduh . Ada tetamu tapi perangai tetap sama .”tegur Encik Zaihan . Sarah hanya tersengih melihat Helena yang masih mencebik .
Mereka menikmati makanan sehinggalah hari menginjak senja .
“Sarah nak balik sekarang ke ? Dah nak maghrib dah ni . Kita solat dululah , lepastu Hairy hantar Sarah.”ujar Puan Aisyah .
Sarah memandang Hairy . Tak lama kemudian dia mengangguk perlahan . Mereka menunaikan solat maghrib berjemaah , diimamkan oleh Encik Zaihan . Selesai bersolat , mereka sekeluarga menghantar Sarah sehingga ke pintu pagar .
“Sarah jangan segan – segan nak datang sini lagi tau .”ujar Puan Aisyah sewaktu mereka bersalaman .
“Ibu jangan risau , rumah Sarah bukannya jauh sangat dari sini . Kalau Sarah ada masa , Sarah datang.”jawab Sarah mesra . Dia kemudian bersalaman dengan Encik Zaihan dan akhir sekali Helena .
“Akak , macam mana akak boleh sangkut dekat abang Hairy ni ek ? Takdelah , Leena tengok dia ni bukannya handsome pun . Tapi dapat pula perempuan cun macam akak ni ?”tutur Helena selamba selepas dia bersalam dengan Sarah . Sarah sudah meletuskan gelak pabila Hairy menjegilkan matanya pada Helena yang sudah menyorok di belakang Encik Zaihan .
“Eyh , tak payah nak bergaduh dekat sini . Tu , dah angkut anak dara orang pergi hantar balik . Nak gaduh esok lusa korang gaduh puas – puas .”tutur Puan Aisyah memberhentikan pertelingkahan dua beradik itu .
“Bawa kereta elok – elok Hairy .”ujar Encik Zaihan sewaktu Hairy sudahpun menghidupkan enjin kereta Honda Civic itu .
Don’t worry .”balas Hairy lalu menaikkan tingkapnya dan terus menekan pedal minyak meneruskan perjalanan untuk ke rumah Sarah .
______________________________________________________________________________

Thanks , I have a great time with your family Hairy .”ujar Sarah sewaktu mereka tiba di hadapan rumahnya .
Welcome . Kalau ada masa awak datanglah rumah tu , ibu memang nak sangat awak datang .”balas Hairy .
“InsyaAllah . Kalau saya free saya datang sana .”balas Sarah sambil tersenyum . Sarah membuka pintu kereta perlahan , serentak Hairy membuka pintunya juga .
“Kenapa awak keluar juga ni ? Nak masuk ?”tanya Sarah pelik .
Nope . I hope we’ll meet next time .”jawab Hairy sambil tersenyum .
“Yea , kita akan jumpa lagi lepas ni . Just give me a call .”balas Sarah sambil tersenyum .
“Kay . Night . Take care , love you .”tutur Hairy sambil tersenyum nipis .
Take care too . Drive carefully , love you more.”balas Sarah dan terus melangkah masuk ke dalam rumah . Hairy terus memasuki kereta dan pulang semula ke rumah .
Sewaktu memasuki rumah , dia ternampak  abangnya dan kedua – dua kembarnya menonton televisyen.
“Mama , papa mana ?”tanya Sarah sambil melabuhkan punggung di sebelah Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli yang duduk di atas sofa berangkai dua itu .
“Ada dinner dengan kawan – kawan office papa . Amacam pergi rumah bakal mertua ? Best ?”tanya Hairy sengaja . Sarah tersenyum .
Not bad . Bestlah dapat berbual dengan diorang , tak cerewet . Just perfect , and Sarah rasa ayah Hairy pun ada company macam papa jugalah . Sebab , tengok dari cara dia lepastu ada banyak sijil – sijil yang dia frame dekat dinding .”
Rizal tergelak . “Okay . Not bad .”jawab Rizal ringkas .
“Kak Miera mana ?”tanya Sarah . Dia mengusap perlahan rambut Rayyan Naqli dan Rayyan Najmi yang berada di kiri dan kanannya . Kedua – duanya khusyuk menonton cerita kartun kegemaran mereka di kaca tv .
“Dekat atas . Tengah sketch design baru dia lah tu .”jawab Rizal selamba . Maklum sajalah isterinya merupakan pereka fesyen yang mempunyai sebuah butik di tengah – tengah kota metropolitan itu.
“Woah ! Akak ada  design baru dah ke ?”tanya Sarah teruja . Rizal hanya mengangguk , “I think so?”.
Sarah terus berlari naik ke atas . Dia masuk ke biliknya untuk membersihkan diri dan terus menuju ke bilik abangnya . Pintu diketuk .
“Masuk .”suara Qashmiera menerjah masuk ke telinganya . Pintu dibuka . Kelihatan Qashmiera sedang memegang sebatang pensil sambil melukis sesuatu atas sekeping kertas besar .
“Sarah ? Nak apa ?”tanya Qashmiera sambil tangannya lincah melukis di atas kertas .
“Takde apa . Abang Riz cakap akak ada design baru . Ni ke ?”tanya Sarah , sambil mengambil tempat di hadapan Qashmiera .
Qahmiera tersenyum , “Yea . Kenapa ?”
“Takde apa . Sarah suka tengok akak buat benda ni . It’s exciting . Sarah tak dapat bayangkan macam mana Sarah nak menghadap kertas , fail , kes bila dah start kerja nanti.”rungut Sarah sambil tersenyum .
“Takdelah . Bila Sarah dah start nanti mesti Sarah akan rasa best buat kerja tu .”balas Qashmiera sambil tersenyum . Sarah hanya mengangguk . Dia mula menguap .
“Akak , Sarah masuk tidur dululah . Mengantuklah .”tutur Sarah sambil mula bangun .
“Hmm , yelah . Good night.”
Night .”
______________________________________________________________________________
“Awak tak tidur lagi ?” tanya Sarah sambil menghempaskan badannya ke atas katil .
“Kalau saya dah tidur , takkan saya boleh cakap dengan awak sekarang ?” jawab Hairy bersahaja .
Sarah tertawa perlahan , “Awak dah mula kerja , saya ni tak tahu bila lagi .”
“Alaah , nanti adalah . Awak sayang saya tak ?” tanya Hairy .
“Soalan jenis apa tu ?”tanya Sarah berang .
“Jawab je lah . Please ,”rayu Hairy .
“Mestilah saya sayang awak . Awak tak percaya kat saya ke ?”
“Sebab saya percaya awaklah saya tanya .” Hairy mengeluh sebelum menyambung semula , “Saya tak tahulah bila saya boleh jumpa awak lagi .”
“Apa awak cakap ni ? KL ni bukannya besar mana , kita still boleh jumpa kan ?”tanya Sarah . Dia mula pelik dengan soalan Hairy seolah – olah mereka memang akan berpisah tidak lama lagi .
“Okay , jangan marah . Saya tanya je , nanti kalau saya free kita keluar kay ?”
“Mestilah saya marah , awak tanya macam kita ni memang dah takkan jumpa . And one more thing awak lupa ke saya ni penanam anggur sepenuh masa , so kalau nak keluar just give me a call.”bebel Sarah panjang .
Hairy tergelak , “Okay , wak . Saya nak tidur , good night dear . Take care and love you.
“Okay . Tidur elok – elok , take care too . Love you more .” setelah membalas salam Hairy , Sarah terus meletakkan handphone di atas meja yang terletak di tepi katilnya .
‘Kenapa aku rasa tak sedap hati dengan apa yang Hairy cakap tadi ? Ya Allah , apa lagi yang kau cuba tunjukkan pada aku ni ?’ getus hati Sarah sambil merenung pada siling biliknya .
______________________________________________________________________________
‘Hairy janji nak jumpa aku esok tapi sampai sekarang tak dapat apa – apa call dari dia .’Sarah berfikir – fikir sambil menepuk perlahan punggung Rayyan Najmi yang masih belum tidur .
Tiba – tiba telefon bimbitnya mula berdering , dia menekan icon’call’  pada skrin sentuh itu .
“Sarah ?”tanya Rizal dengan suara yang dilembutkan seperti perempuan dengan niat supaya mengelirukan Sarah .
“Ye , abang ? Nak apa ni ?”tanya Sarah kasar , faham benar dengan perangai abangnya itu .
Nothing , just wanna know about my son’s .”jawab Rizal .
Just your son’s ? You don’t even wanna know about your sister ?”tanya Sarah sengaja .
Rizal mengeluh , “Yea , my beloved sister too .” jawab Rizal .
Sarah tergelak . “Both of your son was okay with me , but at four I’ll pass them too bibik .”
Okay then , where are you going ?
Date ? I think .”Sarah tergelak . “Nope , I’ll hang out with Ain .”
Rizal tergelak perlahan , “Okay , I gotta go . Take care .” Sarah memberi salam pada Rizal dan terus meletakkan telefonnya di atas meja kopi . Jam dinding dikerling .
It’s almost four .’ getus hati Sarah. Rayyan Najmi yang sudahpun terlena dibaringkan di sebelah adiknya, Rayyan Naqli . Dia naik ke atas untuk membersihkan diri , setelah bersiap dia mendail nombor telefon Ain , memaklumkan yang dia sedang menunggu Ain yang berjanji untuk menjemputnya di rumah .
______________________________________________________________________________
So ? Apa cerita kau sekarang ?”tanya Ain sewaktu mereka berjalan – jalan di sekitar Subang Parade itu .
“Aku ? Entahlah . Takde cerita kot ?”jawab Sarah sambil membelek – belek kasut di dalam Al – Ikhsan .
“Tipu lah . Takkan kau tak nak cerita dekat aku pasal Hairy ke apa ke ? Yelah tak lama lagi korang pun dah nak bertunang kan ? Tak nak cerita dekat aku ke pasal kau punya hantaran semua tu ?”tanya Ain bertubi – tubi menghentikan pergerakan Sarah yang sebelum ini asyik membelek kasut – kasut yang terletak rapi di atas rak itu .
“Ain , lima bulan lagi lah ! Lambat lagi , and for your information mama aku yang buat hantaran- hantaran bagai tu , bukan aku . So , the conclusion is don’t ever ask me about that ! Even once !” bentak Sarah keras dan terus keluar dari Al – Ikhsan itu . Ain hanya mengekorinya .
“Weyh , kau ni apahal ? Tiba – tiba je nak marah . Kau gaduh dengan Hairy eyh ?”teka Ain , dan sekali lagi menghentikan Sarah . Dia merenung mata Sarah dalam .
“Kan ?”tanya Ain sekali lagi .
“Dah dua hari tak dapat call dari dia or family dia .”jawab Sarah perlahan . Mereka duduk sebentar di atas bangku yang disediakan di hadapan kedai – kedai di situ .
Then , kau tak try contact diorang ?”tanya Ain lagi .
Sarah menggeleng perlahan , Ain mendengus kuat . “Why don’t you do that ?
Sarah mengeluh , dia ternyata tiada jawapan untuk itu . Sedang dia melihat – lihat persekitaran di dalam Subang Parade itu , dia ternampak satu susuk tubuh yang cukup dia kenali .
“Ain , kau tunggu sini kejap .”ujar Sarah dan terus berjalan laju mengejar gadis itu .
“Leena !”jerit Sarah , menghentikan langkah Helena .
“Kak Sarah ?”
“Leena buat apa kat sini ?”tanya Sarah selepas bersalaman dengan Helena .
“Err .. Nothing , just walk around .”jawab Helena tergagap – gagap .
Are you sure ? You look pale Leena .”tegur Sarah dengan nada yang jelas risau . Ain mula menapak ke arah mereka .
Yea , don’t worry . I’m okay .”jawabnya .
“Okay . Leena akak nak tanya sikit .”ujar Sarah . Helena mengangguk .
“Err .. Kenapa akak call abang Hairy dia tak angkat then he doesn’t reply my text too ? Is there something that I should know Leena ?”tanya Sarah semakin risau tatkala terpandang wajah cuak Helena .
“Takde apa . Dia just tak nak diganggu , lagipun dia tengah busy sekarang . Maklumlah , this is the first time dia kerja .”jawab Helena . Sarah terdiam , seketika kemudian telefon bimbit Helena berbunyi menandakan ada panggilan masuk .
“Waalaikumussalam .”tutur Helena , menjawab salam daripada pemanggil itu . Seketika kemudian , Helena hanya mendengar penjelasan pemanggil itu , namun wajah tenangnya tidak lama . Sewaktu dia mematikan talian , jelas di wajahnya yang ada sesuatu terjadi .
“Akak , Leena kena pergi . Sorry , and I hope we’ll see next time . And , you don’t have to worry about abang . He’s okay .”ujar Helena dan terus berlalu .
“Siapa tu ?”tanya Ain yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka , Sarah mengeluh kuat . “Adik Hairy .”
“Aku nak balik .”ujar Sarah . Ain hanya mengangguk , dia faham apa yang Sarah rasai . Tentunya rakan karibnya itu memerlukan masa untuk merehatkan mindanya yang berserabut .

Friday, 19 October 2012

For Information :)

Hye readers, sorry mencelah sekejap . Tapi just nk bagitau , cerita ni saya akn hold sekejap untuk exam . Saya akan on hold untuk 2 - 3 minggu . Sorry , kalau ada kesempatan saya akn sambung utk bab 17 . Apa2 perubahan saya akn inform dekat korang . Enjoy this story :) Don't forget to leave a comment .

Sincerely ~ Izzaty Razak

Thursday, 18 October 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 16)


BAB 16
Are you sure Hairy ? You still got chances to do the chemotheraphy . You’re still young , I’m sure you have so much thing to do .If you don’t do the chemo ,you only have two years to spend .”ujar Doktor Devine , iaitu doktor yang bertanggungjawab merawatnya sepanjang dia menghidap barah otak itu .
I’m sure  , I’m the one who decide it . Anyway thanks , you’ve helped me more than I needed doctor.”balas Hairy sambil bersalaman dengan doktor itu .
Welcome Hairy , but I hope you’ll change your mind . I want you to do that chemotheraphy Hairy , but what can I do ? As you’ve said just now , you are the one who decide I can’t force you .You’re a fine young man . It’s a shame that you want to lose your life just like that .” jawab Doktor Devine lagi.
Hairy hanya membalas dengan senyuman hambar . Tahun ini adalah tahun akhirnya menuntut di  University of Law Sheffield bersama Sarah .
Hakikatnya tiada siapa yang tahu penyakit yang dihidapnya kini , termasuklah keluarganya di Malaysia . Biarlah hanya dia yang mengetahuinya . Setelah lebih setahun menjalinkan hubungan dengan Sarah , mereka memutuskan untuk bertunang selepas Hari Graduasi mereka .
Dia mula melangkah keluar dari bilik doktor itu , langkah diatur untuk mengambil teksi . Memandangkan hospital itu terletak jauh dari universitinya jadi dia terpaksa menggunakan teksi tanpa pengetahuan orang lain . Rasa bersalah menyelubungi dirinya , pasti nanti ramai yang tertanya – tanya dengan simptom – simptom yang dihidapinya kini . Keluhan berat dilepaskan , Hairy pasrah . Biarlah Allah sahaja yang menentukan hidup matinya kini .
_________________________________________________________________________________

“Awak pergi mana pagi tadi ?”tanya Sarah perlahan sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke perpustakaan .
“Hah ? Owh , pagi tadi saya pergi teman kawan saya check up dekat hospital .”dalih Hairy , dia menghindarkan diri dari memandang wajah Sarah . Dia tahu pasti Sarah dapat membaca riak wajahnya yang menyatakan dia menipu .
“Okay , tapi saya text , call awak kenapa awak tak reply ?”tanya Sarah lagi .
My phone was out of battery , dear .”balas Hairy perlahan . Sarah hanya tersenyum lantas mengangguk. Seribu kali syukur dipanjatkan pada yang Maha Esa , kerana memperoleh wanita setulus Sarah . Seminggu yang lepas mereka pulang semula ke Malaysia untuk berjumpa dengan ibu – bapa Sarah dan dia pasti , jika ditakdirkan dia tidak sempat disatukan dengan Sarah pasti keluarganya dapat menjaga Sarah dengan baik .
Terimbas semula pertemuannya dengan keluarga Sarah  tempoh hari , segala – galanya indah . Sarah merupakan anak bongsu pada Puan Rosmah dan Encik Adzan . Perangai Sarah di rumah sahaja sudah cukup untuk dia menerangkan bagaimana Sarah yang sebenar .
“Woah , jumpa future husband dekat U.K , untunglah .”usik Rizal sewaktu dia , Qashmiera , Sarah dan Hairy sedang menonton tv sementara mamanya sibuk memasak di dapur .
Bukannya Sarah dan Qahmiera tidak mahu meolong , tapi pabila ditanya Puan Rosmah hanya menjawab, “Tak boleh , harini mama nak masak pakai air tangan mama je , korang tak payah tolong pergilah buat apa – apa yang patut . Hari ni kerja korang makan je .”
“Abang .”tegur Sarah perlahan . Hairy di hadapannya sudah tersenyum sumbing .
“Betul apa ? Abang jumpa dengan Kak Miera dekat Mid Valley je tau ! Sarah siap jumpa dekat U.K , mana adil .”tambah Rizal lagi .
“Abang , dahlah tu . Dah merah muka Sarah asyik kena kacau je dengan abang . Cubalah bagi dia rehat kejap .”tegur Qashmiera lagi .
Belum sempat Sarah mencelah , kedua – dua anak buah kembarnya  iaitu , Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli mula datang ke arahnya .
“Makcu , jom ain ola .”ajak mereka serentak .
“Abang , adik . Kan maksu baru sampai , mesti maksu penat . Esok abang dengan adik mainlah dengan maksu puas – puas , harini maksu nak rehat .”tegur Qashmiera pada kedua – dua kembar itu .
Sarah hanya tersenyum melihat mereka , pipi kedua – duanya dicubit perlahan . “Makcu ! Angan ar ain ipi abang !”marah Rayyan Najmi pada Sarah .
“Kenapa pula tak boleh main ?”tanya Sarah lantas meletakkan kedua – dua mereka di atas ribanya . Rayyan Najmi di sebelah kanan dan Rayyan Naqli di sebelah kiri . Mujurlah mereka itu ringan .
“Ebab tak oleh ar !”jawabnya , Sarah hanya tergelak perlahan sambil mencium lagi pipi kedua – dua kembar itu .
Qashmiera , Rizal dan Hairy hanya tersenyum melihat Sarah mengacau anak buahnya . Ternyata Sarah memang sukakan kanak – kanak .
“Makcu , abang nak ucu .”minta Rayyan Najmi pada Sarah . Sarah hanya memandang pada Qashmiera .
“Abang , mari sini mama buat susu .”panggil Qashmiera . Rayyan Najmi yang mendengar sudah turun dari riba Sarah .
Sarah hanya tersenyum melihat Rayyan Najmi berlari - lari anak pergi ke mamanya . Rayyan Naqli yang masih berada di atas ribanya dibaringkan perlahan . Dia mula bermain dengan pipi mulus anak buahnya yang baru berusia satu tahun itu . Melihatkan pada mata Rayyan Naqli yang kuyu , dia mula menepuk perlahan punggung kanak – kanak itu .
Bulu matanya yang panjang digesel – geselkan pada pipinya . Rayyan Naqli tergelak perlahan , tanpa menunggu lama , dia mula dibuai lena dengan dengkuran halus .
“Woah , biar betul ? Sarah dah pandai tidurkan baby ? Abang sampai sekarang tak reti macam mana nak tidurkan hero dua orang ni tau !”ujar Rizal .
Sarah yang mendengar menjeling tajam pada abangnya . Hairy hanya tersenyum . “Abang tak reti tidurkan , sebab diorang tak nak dengan abang ! Lagipun Sarah memang suka budak – budak , Sarah tahulah macam mana nak tidurkan diorang .”jawab Sarah panjang
Rizal tergelak perlahan . “Sarah ada jumpa Farhan lagi ke ?”tanya Rizal tiba – tiba . Soalan yang tak dijangkakan oleh Sarah . Dia memandang Hairy meminta pertolongan .
“Haritu kami terserempak dengan dia , dekat U.K .”jawab Hairy .
Rizal memandang Hairy pelik . “Hairy kenal dia ?”
Hairy mengangguk perlahan lantas menjawab , “Waktu dia form four kami sama sekolah . Form five baru dia kenal Sarah . Lagipun Sarah pernah cerita dekat saya pasal dia . Saya tak tahu pula Farhan yang Sarah cerita dekat saya tu orang yang saya memang kenal ”terang Hairy lagi .
“Apa dia nak dengan Sarah ?”tanya Rizal lagi dalam masa yang sama memandang Sarah .
Sarah menggeleng perlahan , “I know nothing . Waktu dia cari Sarah tu , nasib baik Hairy ada . I can’t imagine what will happen if Hairy’s not there ?”jawab Sarah .
He wants you back , Sarah .”tutur Rizal perlahan , dia mengerling pada Hairy .
But he’s  married . And , I don’t want him back !
I know that . Abang faham . Dan abang tak rasa dia akan duduk diam je . He was  hundred percent changed” ujar Rizal .
“Rizal, Qashmiera , Sarah , Hairy . Makan !”panggil Puan Rosmah . Sebelum mereka bergerak , Rizal mengatakan sesuatu , “Don’t talk about him in front of mama , she’s totally mad with that boy .”
Sarah dan Hairy hanya mengangguk faham . Mereka beriringan bergerak ke meja makan . Memandangkan makanan yang terhidang sungguh mengiurkan , mereka makan dengan suasana yang cukup ceria . Dan ia merupakan kenangan indah yang tak dapat dilupakannya .
“Awak ? Apa yang awak menungkan tu ? Dari tadi saya tengok awak selak – selak je buku tu .”tegur Sarah mengehentikan lamunan panjangnya .
Hairy tersenyum nipis menyerlahkan lesung pipitnya , “Takde apa , just teringat dekat family awak . Rindu dekat hero berdua tu .”
“Tak lama lagi kita dah nak balik sana dah pun , I will miss this place .”ujar Sarah perlahan .
Me too . It just so meaningful to me . This is the place where I met you , my dear . I will never forget that.” ujar Hairy lembut . Sarah hanya tersenyum simpul .
_________________________________________________________________________________

“Hmm , esok kita dah nak balik Malaysia dah . Mesti aku rindu kat tempat ni , entah bila lagi aku dapat datang sini .”ujar Ain sewaktu mereka mengemas barang keperluan mereka di situ . Setelah beberapa tahun menjadi penuntut di University of Law Sheffield , esok mereka akan kembali semula ke tanah air mereka .
“Yea ,that’s right . I will miss this place so much .”balas Sarah sambil melipat bajunya untuk dimuatkan di dalam bagasi untuk dibawa pulang . Ibu bapanya sudah pun pulang dua hari selepas hari graduasinya di sini . Saat yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidupnya . Air matanya menitis sewaktu berada di dalam pelukan ibunya .
“Dahlah , tak payah sedih – sedih , kau kata nak jumpa kawan – kawan kan ? Jomlah , mesti Hairy dah tunggu kita .”ajak Ain pantas .
“Owh , baru aku teringat . Ermm , jap aku kena masukkan lagi sikit baju – baju ni . Bagi aku lima minit!” putus Sarah , Ain hanya mengangguk faham .
_____________________________________________________________________________________
“Dah lama ke tunggu ?”tegur Sarah , mengejutkan Hairy yang sedang termenung melihat air pancut yang terletak di depan pintu masuk universiti itu .
“Waalaikumussalam .”perli Hairy sambil tersenyum melihat kekasih hatinya itu .
Sarah tergelak perlahan , “Sorry , saya terkejutkan awak . And , assalamualaikum .” balas Sarah , membuatkan senyuman Hairy makin lebar .
“Waalaikumussalam , takde lah lama sangat saya tunggu . Saya pun baru sampai dalam dua puluh minit.”jawab Hairy sambil mengerling ke arah jam tangannya .
“Owh , awak dah pack barang – barang nak balik ?”tanya Sarah lagi . Mereka berjalan sering lalu duduk di sebuah bangku yang disediakan di situ .
“Adalah sikit . But , it was eighty nine percent settled . Awak dah tak sabar nak balik ke ?” tanya Hairy sengaja .
“Tak sabar tu adalah juga . But at the same time I feel it’s so hard to leave this place .”jawab Sarah sambil merenung Hairy .
Don’t worry , everything will be okay , InsyaAllah .”jawab Hairy sambil tersenyum .
I hope so . Eyh , jomlah saya rasa diorang semua tunggu kita kat dalam .”ajak Sarah seraya menarik lengan Hairy supaya mengikutinya .
Hairy hanya mengikut langkah Sarah . Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka berkumpul semula dengan rakan – rakan mereka di sini , jadi kesemua penuntut menggunakan masa itu untuk saling mengucapkan selamat tinggal pada rakan – rakan seperjuangan mereka .
Sarah , you were in a relationship with Hairy right ?”tanya salah seorang rakan mereka yang merupakan seorang penuntut di situ juga , Susan .
Yea , she gonna be my fiancee end of this year .”jawab Hairy yang berada di sebelah Sarah waktu itu . Sarah  hanya mengerling Hairy sekilas .
Owh , I’m glad to hear that . I wish the best luck for both of you . I hope we’ll meet again , Sarah.”balas Susan dan terus mendakap Sarah erat , Sarah hanya tersenyum lantas membalas pelukan rakannya itu .
Thanks a lot Susan . Pray for us , I will miss you then .”ujar Sarah setelah pelukan dileraikan . Susan hanya tersenyum .
Setelah penat bermesra  buat kali yang terakhir dengan rakan – rakan . Mereka mengatur langkah untuk kembali semula ke rumah dan membuat persiapan terakhir untuk keberangkatan pulang mereka esok . Sewaktu Sarah mula berbaring di atas katilnya , handphone yang berada di sisinya berdering kuat .
Terpapar di skrin nama ‘Hairy’ . “Assalamualaikum .” Sarah memula bicara .
“Waalaikumussalam , lambatnya tidur ?”tegur Hairy , dia mengerling pada jam di atas meja yang menunjukkan pukul dua belas tengah malam .
“Sarah kemas barang tadi . Awak pun ?”balas Sarah .
“Hairy tunggu Sarah call tadi . Lagipun , saya tak boleh tidurlah kalau tak dengar suara awak .”usik Hairy .
Sarah menepuk dahi , mudah sungguh dia terlupa sekarang . Dia hampir terlupa untuk menelefon bakal tunangannya itu kerana terlalu sibuk mengemas barang- barangnya sebentar tadi .
Sorry , I almost forget to call you Hairy .
Nevermind , it just a small matter . I know you’re busy dear .”jawab Hairy memahami .
Thanks . Kenapa awak telefon ni ? Awak macam ada benda nak cakap je ?”teka Sarah pantas . Hairy tersenyum mendengar kata – kata gadis itu .
“Pandainya Sarah teka ? Hairy belum cakap lagi nak bagitahu something .”
Sarah tergelak . “Sarah teka je , tak tahu pula betul .”
But , exactly . Yea , I have something to tell you .”tutur Hairy dan berhenti seketika . “Go on .” ujar Sarah .
“Sarah rasa Sarah nak ke jumpa family Hairy bila sampai Malaysia nanti ?”tanya Hairy tiba – tiba .
Sarah tersentak . “Kenapa cakap macam tu ? Mestilah Sarah nak . Keluarga Hairy pun akan jadi keluarga Sarah juga nanti kan ?”
Hairy tersenyum . “Okay . Saya tanya je , saya bukan sengaja nak buat awak marah .”
I don’t even mad at you . You know how much I love you Hairy , cara awak cakap macam awak tak nak saya jumpa keluarga awak .”tutur Sarah perlahan . Air matanya jatuh setitis menimpa pipinya .
“Sarah , don’t even say that . I want to let you know my family , and yes I know how much you love me . And I want you to know that I love you more than you love me , honey .”ujar Hairy jujur .
I don’t even know what else to say .  Thanks because you’ve take a good care of me , as you promise to my brother . I won’t stop loving you .”balas Sarah sedikit teresak .
Ssshhuuh , jangan nangis . Tidurlah , esok kita nak balik dah .”
“Okay , night . Sweet dream .”jawab Sarah .
Night . Sweet dream too . I love you .”
“I love you too .”balas Sarah dengan sedikit senyuman yang mula merekah di bibirnya . Tanpa menunggu lama , dia terus terlena dibuai mimpi indah .
_________________________________________________________________________________

“Awak jomlah , flight kita dah ready tu .”ajak Hairy , Sarah masih lagi memandang ke arah pintu masuk lapangan terbang itu .
I will miss England very much .”ujar Sarah dengan nada yang sungguh sayu .
“Sarah , we should go now actually .”tegur Hairy , namun tiada sebarang reaksi daripada Sarah yang masih memandang ke belakang , iaitu pintu masuk lapangan terbang itu .
Hairy yang tidak mahu menunggu Sarah , menarik lengan gadis itu untuk mengikutnya . Sarah hanya menurut langkah Hairy memasuki kapal terbang untuk kembali semula ke tanah tumpah darah mereka.
Sepanjang perjalanan , Sarah yang duduk bersebelahan dengan Hairy hanya diam sambil termenung. Hairy yang melihat mula risau dengan keadaan gadis itu .
“Sarah , janganlah macam ni . Dari tadi awak diam , termenung , diam termenung ! Sepatah saya tanya , sepatahlah yang awak jawab . I don’t want to see you like this .”tutur Hairy berang . Tangan Sarah ditepuk perlahan .
Sarah yang tersentak mula tersedar , “Hah ? Err , ooouhh . I’m sorry . Saya sendiri tak tahu kenapa dengan saya , err . Emm , I mean … It just .. Erggh ! I need to take a rest .” ujar Sarah gagap . Dia sendiri pelik , sejak dari tadi hatinya mula tidak senang . Segala yang dilakukan ada sahaja salahnya . Dia mula berasa tidak sedap hati , hatinya mula berdoa agar tiada benda yang tidak diingini berlaku padanya .
Hairy mengeluh perlahan , dia pasti yang hati Sarah gundah gulana . Melihat pada perangai Sarah sahaja sudah terpampang segala – galanya . Dia pasti ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya pada Sarah .
Dia hanya merenung Sarah yang sedang nyenyak tidur , hatinya diruntun pilu . Dia sendiri sedih bila mengenangkan yang satu hari nanti dia pasti akan meninggalkan semua yang disayangi untuk selama – lamanya . Salah seorangnya adalah Sarah . Tidak dapat dibayangkan hidup Sarah tanpa kehadiran dia di sisi .
 ‘Ya Allah , aku bermohon padaMu . Kau lindungilah hambaMu ini Ya Allah . Sesungguhnya hanya padaMu ku panjatkan segala kesyukuran dan doa –doaku . Kau lindungilah insan – insan yang amat ku sayangi ini . Berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan untuk sentiasa kuat menempuhi liku – liku yang penuh onak duri di dalam kehidupan ini . Semoga mereka akan terus tabah walaupun tanpa kehadiranku disisi mereka .’doa Hairy panjang .
Air matanya jatuh setitis menimpa pipinya . Sesungguhnnya , dia redha dengan segala apa kemungkinan yang akan berlaku . Hanya doa yang dipanjatkan pada Yang Maha Esa , semoga dia cekal untuk menghadapi segala – galanya .

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 15)


BAB 15
 “Hari ni class awak pukul berapa ?”tanya Hairy pada Sarah sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran berdekatan dengan universiti mereka .
“Urmm , pukul sebelas setengah . Kenapa ?”jawab Sarah sebelum menyambung suapannya .
“Hmm , macam ni . Apa kata kita pergi jalan – jalan dulu lepastu nanti saya kita sama – sama pergi class . Sebab class saya pukul dua belas setengah . Nak ?”terang Hairy panjang , kemudian dia terbatuk – batuk kuat .
“Eyh , awak okay tak ni ? Macam tak sihat je ?”ujar Sarah risau , Sarah meletakkan sudu dan garfunya ke bawah . Belakang Hairy diusap perlahan dengan harapan dapat meredakan batuknya .
Don’t worry , I’m okay . Just batuk biasa je , jangan risau kay . So how ? Nak ke tak nak ?”sambung Hairy setelah batuknya mula reda .
“Urmm , okay . Tapi dekat – dekat je tau sebab saya takut lambat pula .”balas Sarah sambil tersenyum nipis menyerlahkan kedua – dua belah lesung pipitnya.
“Jangan risau saya tak bawa awak jauh – jauh . Dah , cepatlah it’s already eight thirty a.m dear” ujar Hairy , setelah selesai mereka mula beransur . Sarah dan Hairy jalan beriringan menuju ke taman rekreasi yang tidak jauh dari restoran tadi .
_________________________________________________________________________________

“Awak makan comotlah .”ujar Sarah sambil tangannya mengelap hujung bibir Hairy dengan tisu yang sentiasa terletak di dalam begnya .
Hairy yang melihat hanya diam membiarkan tingkah laku Sarah itu dan menyambung suapan aiskrimnya. Pandangannya dibuang ke air pancut di tengah – tengah tasik .
Ya , di tasik inilah dia terjumpa Sarah dalam keadaan yang sungguh tidak dijangka . Dan sekarang dengan pertemuan yang tidak disengajakan itulah dia mula rapat dengan gadis melayu kacukan itu .
“Ish awak ni ! Termenunglah pula ! Buat penat je saya cakap dari tadi .”bentak Sarah , lengan Hairy ditepuk sedikit kuat . Hairy yang tersentak tersenyum simpul .
“Alaah , baru termenung kejap . Awak tu kalau termenung lagi lama tau . Apa salahnya sekali sekala awak rasa macam mana cakap dengan meja . Kan ?”usik Hairy sengaja menaikkan suhu kemarahan gadis yang mula bertapak di hatinya itu .
“Orang cakap betul – betul dia main – main pula .” rajuk Sarah . Pandangannya dialihkan dari Hairy .
“Atotototo , merajuk ke ?” tanya Hairy walaupun dia tahu soalan itu sungguh kurang cerdik untuk diajukan pada Sarah pada waktu ini .
“Okaylah , I’m so sorry kay ? I didn’t meant it . Sorry kay sayang ?”pujuk Hairy bersahaja . Sarah yang mendengar mula ketawa apabila Hairy mencuit pinggangnya .
“Haa ! Macam tu baru comel . Asyik masam je , tak comel .”ujar Hairy lagi apabila Sarah mula berhenti ketawa .
“Ada – ada je awak ni . Eyh , dah pukul sebelas dah ni . Jomlah gerak , nanti kita lambat pula .”balas Sarah sambil mengerling ke arah jam tangannya .
“Yea , I think so . Leggo .” ucap Hairy . Beg dan fail yang diletak di tepi dicapai . Sarah yang juga telah berdiri mula melangkah , namun langkah mereka terhenti sewaktu satu suara menegur mereka .
“Assalamualaikum .”
Sarah dan Hairy yang mendengar terus menoleh , Hairy yang masih lagi samar – samar dengan kemunculan  jejaka itu hanya terdiam namun tidak pada Sarah . Keningnya bertaut rapat , seribu satu persoalan bermain di hatinya . Hakikatnya dia tertanya – tanya mengapakah lelaki itu muncul di hadapannya kini. Salam yang diberi hanya dijawab di dalam hati .
“Farhan ?”ujar Hairy yang masih terkejut tatkala Sarah memandang lelaki itu tidak berkelip .
“Aku  kawan lama Sarah .”ujar lelaki itu perlahan , matanya masih tertancap pada Sarah .
“Sarah ? Betul ke ?”tanya Hairy untuk memastikan . Sarah hanya mengangguk perlahan sebelum bersuara .
“Apa awak buat dekat sini Farhan?”tanya Sarah , suaranya cukup untuk menandakan dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu . Pada masa yang sama dia sendiri keliru bagaimana Hairy boleh mengecam lelaki itu sedangkan dia tidak pernah menunjukkan sebarang gambar Farhan kepadanya .
“Saya cari awak .”
For ?
“Saya nak minta maaf atas apa yang saya dah buat dekat awak selama ni . Tolonglah , saya mohon awak maafkan saya .”ujar Farhan dengan penuh berharap .
Is this the man that you told me last week ? The one who broke your heart ?”tanya Hairy pada Sarah .
Exactly . I don’t want to see him actually . There’s nothing more to discuss between us .”balas Sarah pada Hairy , dia menyorok sedikit di belakang tubuh tegap Hairy untuk menghindarkan dirinya daripada Farhan .
Lengan Hairy dipegang kejap . Hairy tersentak namun dibiarkan , dia tahu Sarah tidak mahu bertemu dengan lelaki itu . Dia mula bersuara setelah sekian lama mereka berdua berdiam diri .
Sorry Farhan , aku tak rasa Sarah nak jumpa kau  . Lagipun , kitorang  dah lambat nak pergi kelas . Sorry again , I hope you’ll understand this . Let’s go Sarah .”ujar Hairy tegas , setelah menghabiskan kata – katanya dia terus menarik lengan Sarah untuk beredar . Farhan yang masih tercegat dibiarkan .
_________________________________________________________________________________

Peristiwa tengah hari tadi cukup untuk membuatkan hatinya yang selama ini tenang dihimpit rasa gundah gulana . Mujurlah ada Hairy yang sentiasa menjaga keselamatannya di sini , sewaktu dalam perjalanan untuk pulang sebentar tadi pun Hairy jugalah yang menemaninya sehingga ke pintu rumah .
Kehadiran Farhan di sini secara tiba – tiba sungguh meresahkan jiwanya . Hari ini genap setahun lapan bulan dia di sini dengan satu tekad iaitu melupakan jejaka itu . Namun , jiwanya resah kembali disebabkan hanya seorang lelaki .
Tambahan lagi dia masih keliru bagaimana Hairy boleh mengenali Farhan . Sewaktu dalam perjalanan kembali ke rumah sebentar tadi dia tidak dapat bertanya kerana terlalu risau akan kesihatan Hairy yang sering batuk kuat .
Kepalanya dilentokkan ke atas kepala sofa , masuk kali ini sudah lima belas kali dia menukar siaran televisyen itu . Pintu rumah dikuak perlahan sewaktu dia menghirup kopi dari mug yang terletak di atas meja . Keluhan berat dilepaskan .
“Cepat balik ?”tanya Sarah berbasa basi dengan rakannya itu , mungkin sekarang istilah rakan baik tidak patut digunakan antara dia dan Ain .
“Hmm .. Err .. Takde kelas petang tu yang cepat tu . Kau tak keluar ke ?”jawab Ain dalam masa yang sama mengajukan soalan pada Sarah .
Sarah mengerling Ain yang sudahpun melabuhkan punggung di sebelahnya dan menjawab , “Hari ini malas pula nak keluar , so stay jelah .” balas Sarah malas .
“Sarah .”
“Hmm ?”
“Aku nak minta maaf kat kau .”ujar Ain seperti takut – takut . Sarah yang mendengar mula diserbu rasa pelik . Wajah Ain dipandang .
“Kau mimpi apa ni nak minta maaf bagai ?”balas Sarah selamba .
“Yelah , aku tengok sejak kita balik dari Malaysia dua bulan lepas kita jarang sangat bertegur . Lepastu , kau jarang ada kat rumah . Aku tengok tiap – tiap hari kau pergi library , kadang – kadang keluar dengan Hairy tak pun kau pergi groceries je beli barang dapur .
Lagi satu , aku nak mintak maaf sebab tak bagitahu kat kau pasal Far..”
Kata – kata Ain tidak habis tatkala Sarah memotong . “Ssshuuut ! Aku tak nak dengar nama dia . Aku rasa kau tahu kenapa . And , one more yea . Memang . Memang kita tak berapa nak rapat lepas balik dari Malaysia . Nak tahu sebab  apa ?
Sebab , sampai je sini tak sempat aku nak bersuka ria dengan kau , kau dah jumpa boyfriend kau . So , kau pun asyik berkepit dengan dia dua puluh empat jam dan tinggallah aku seorang diri . Sebab tulah aku lepak library , tak pun jalan – jalan dengan Hairy  at least aku boleh lepaskan tension aku .” terang Sarah jujur .
Ain yang mendengar hanya menunduk dengan rasa bersalah yang menyelubung dirinya , tangan Sarah digenggam . “Sarah , aku nak minta maaf . Aku bukan kawan yang baik , aku dah mungkir janji aku dekat abang kau . Aku janji aku nak jaga kau , tapi aku yang tinggalkan kau . Aku minta maaf eyh ? Aku tak tahanlah macam ni . Sampai bila kita nak berdiam diri je ? Kau maafkan aku kay Sarah ?”
“Kalau aku tak nak maafkan ?”ugut Sarah sengaja .
“Ish , mana boleh main ugut – ugut !”bidas Ain , akhirnya kedua – dua sahabat itu sama –sama tergelak , setelah ketawa mereka mula reda Sarah bersuara kembali .
“Ain , kau ada rahsiakan apa – apa dari aku ke ?”tanya Sarah kembali serius.
“Rahsia ? Takdelah . Kenapa ?”
“Err … Hmmm …. Aaaa .. Kay , macam ni . Tadi aku terserempak dengan ‘mamat’ tu waktu on the way nak pergi ‘U’ dengan Hairy .”balas Sarah teragak – agak .
“ ‘Mamat’ yang kau maksudkan ni siapa sebenarnya ? Aku tak fahamlah .”ujar Ain yang masih samar – samar .
“Farhan !”balas Sarah pendek . Ain yang mendengar sudah membuntangkan biji matanya .
“Kau biar betul ?”
“Yelah . Takkan aku nak tipu pula . Serius hidup aku tak aman kalau dia ada kat sini . Aku takut gila kalau terserempak dengan dia lagi , balik tadi pun aku minta tolong Hairy yang hantarkan .”terang Sarah dengan lebih jelas .
“Dia nak apa dengan kau ?”tanya Ain lagi .
“Apa lagi ? Tak habis – habis menuntut kemaafan dari akulah ! Kau tahu tak , aku rimas gila dengan dia ! Dia dah ada isteri , anak dah . Tak habis – habis nak tuntut kemaafan dia tu . Ishh ! Menyampah betul aku !”dengus Sarah geram .
“Woi , woi . Leklah , kau ni . Kalau dah Hairy tu sentiasa ada dengan kau takkanlah dia nak kacau kau lagi kot ?”tanya Ain hairan .
“Orang spesis macam dia tu ada tanda- tanda nak kisah ke Ain ?”tanya Sarah kembali .
“Entahlah . Alaah , lantakkanlah dia tu . Takde bendanya , kalau dia nak sangat kau maafkan dia , kau cakap jelah kau dah lama maafkan dia . Kalau dia datang lagi tu , memang saja mintak buku lima dari Hairy lah jawabnya .”jelas Ain panjang .
“Yang kau ni tak habis – habis Hairy kenapa ? Dah takde orang lain dah ?”tanya Sarah lagi tetapi kali ini bukan lagi topik yang sama .
“Dah memang dia je buah hati pengarang jantung intan payung kau sekarang . So takkanlah dia nak biarkan si Farhan tu kacau awek kesayangan dia ni kan ?”usik Ain sengaja .
“Ewah ewah . Sedapnya mulut kau berkata – kata Cik Ain ye ? Aku takde apa – apalah dengan dia ! Kau je yang pandai – pandai !”bidas Sarah pantas , mukanya merah menahan malu .
“Cik Sarah , untuk pengetahuan awak kalau saya tak pandai saya takkan ada kat United Kingdom ni , okay ?! Dah – dahlah tu nak cover malu depan aku . Macam aku tak tahu kau tengah menyulam detik – detik bahagia dengan si Hairy tu kan ?”usik Ain bertambah – tambah .
Sarah yang mendengar sudah terbuntang biji mata dengan pernyataan Ain yang sungguh tidak berinsurans sebentar tadi , namun belum sempat dia membalas kata – kata Ain , handphone miliknya di atas meja berdering kuat minta diangkat .
Terang terpapar di skrin nama Hairy berserta gambar mereka berdua di sebuah taman rekreasi. Ain yang sedang asyik mengusiknya sebentar tadi pantas mengintai siapa gerangan yang menelefonnya malam – malam begini .
“Hah ? See? Panjang umur dia , aku baru je cakap dah telefon dah pun buah hati kau tu . Angkatlah , kejap lagi dia merajuk kau juga yang susah nak pujuk dia kan ?”usik Ain lagi tidak berhenti .
“Ya Allah , Ain ! Sudahlah tu mengacau aku ! Pergi mandi sekarang , busuklah !”jerit Sarah , dia sengaja mahu menghalau Ain masuk ke biliknya supaya dia dapat bercakap dengan Hairy dengan lebih tenang .
“Owh ? Macam ni kawan ? Halau eyh ? Kaylah , aku mandi . Tahulah aku ni busuk , tak macam kau wangi je sepanjang masa , kan ?”jawab Ain lagi . Sarah yang mendengar hanya menggeleng perlahan melihat perilaku sahabatnya itu.
Handphone yang sedari tadi berdering sudah diangkat . “Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam , kenapa lambat angkat ?”tanya Hairy .
“Sebab saya penat kena usik dengan Ain .”balas Sarah sambil tersenyum nipis mengingatkan kata – kata Ain sebentar tadi .
“Dah baik dah ?”tanya Hairy lagi .
Yes , dia balik tadi lepastu minta maaf kat saya . Takkanlah saya ni kejam sangat sampai tak nak maafkan dia kot ?” terang Sarah .
“Owh , baguslah kalau dah baik . Dia kat mana sekarang ?”tanya Hairy lagi sekali .
“Dah kena halau dengan saya masuk bilik . Mulut dia bising sangat , saya suruh dia mandi .”
Hairy tergelak , “Farhan tak kacau awak ?” tanya Hairy tiba – tiba .
“Tak , saya tak rasa dia tahu nombor saya atau rumah melainkan awak atau Ain atau someone else bagitahu dekat dia .”jelas Sarah .
Good then , esok saya teman awak pergi class kay ?”tawar Hairy .
“Tak menyusahkan awak ke ?”
“Tak pun , demi keselamatan awak juga kan ?”jawab Hairy , Sarah tersenyum nipis .
“Okay , nak saya kejut juga ke ?”tanya Sarah sahaja .
“Kejutlah , nanti saya mungkir janji pula dekat awak .”balas Hairy sambil tersenyum nipis walaupun dia tahu Sarah tidak dapat melihatnya .Disebabkan mengantuk , dia terlupa untuk bertanya lebih lanjut mengenai Farhan pada Hairy .
“Okay , nanti saya kejut awak . Awak jangan tak sedar pula , and one more important thing is don’t you dare to off your phone !”arah Sarah , matanya yang sememangnya menunggu masa untuk tertutup ditahan . Dia menguap perlahan namun jelas di telinga Hairy .
“Dah ngantuk eyh ? Tidurlah . Esok awak bangun lambat pula .”
“Okay , night wak.”
Night dear . Sweet dream .
_________________________________________________________________________________

Pintu bilik Ain diketuk perlahan seraya bersuara , “Ain , aku keluar jap pergi beli barang dapur .”
“Kau keluar dengan siapa ?”balas Ain dengan soalan .
“Hairy .”jawab Sarah sepatah .
“Okay , take care . Cakap dengan Hairy aku kirim salam .”celah Ain . Sarah yang mendengar hanya tersenyum dan menggeleng perlahan . Beg tangannya digapai , dan terus keluar dari rumah .
“Dah lama ke tunggu saya ?”tegur Sarah sewaktu ternampak kelibat Hairy menantinya di hadapan lobi .
“Adalah dalam lima tahun saya dekat sini .”balas Hairy selamba .
Sarah tergelak perlahan , “Okay then , shall we go now ?
Yes , of course my dear .”jawab Hairy . Mereka mula menapak ke arah pasaraya terdekat yang terletak tidak jauh daripada rumah masing – masing .
Sewaktu sampai, Sarah mencapai bakul dan mula bergerak ke susunan deretan rak – rak yang dipenuhi dengan pelbagai makanan – makanan ringan . Hairy sedari tadi hanya mengekorinya sambil turut membeli untuk keperluannya .
Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku , tatkala Sarah leka memilih barang – barang matanya tertancap pada susuk tubuh yang cukup dikenalinya .
“Nadia ?”desisnya perlahan namun cukup jelas pada telinga Hairy yang hanya berada di sebelahnya .
“Siapa Nadia ?”
“Tu .”balas Sarah sambil memandang ke arah Nadia yang sedang memilih barang bersama Iqram dalam dukungannya .
“Siapa dia ? Classmate awak ke ?”tanya Hairy lagi .
Er , Actually she’s not my classmate , neither my friend. She’s Farhan’s beloved wife .”balas Sarah sambil meletakkan sebungkus epal hijau ke dalam bakulnya .
What ? He brought his wife here ? Nonsense , semalam dia cakap dia nak minta maaf kat awak . Tapi dia datang macam pergi bercuti ? Siap bawa anak bini lagi ? You’re choosing the right thing Sarah , he’s not as kind as you think . Trust me .” terang Hairy panjang dengan riak muka yang sungguh tidak puas hati .
I know it . And you’re right just now , it look so nonsense . He’s just like going to a vacation . And last thing is , I always trust you Hairy .”jawab Sarah dengan senyuman nipis .
I think we should go , if they are here I’m sure that Farhan will be here too . Let’s go !”ujar Hairy lantas mereka terus bergerak ke kaunter pembayaran untuk membayar dan terus bergerak keluar dari situ dan berjalan laju meninggalkan pasaraya itu dengan harapan tidak terserempak dengan Farhan .
We should glad that we’re not going to see him there Sarah .” ujar Hairy sewaktu menunggu lif untuk ke rumah Sarah , tangan kanannya penuh dengan barang – barang Sarah .
Absolutely , yes ! I can’t imagine what will happen there if we see that guy !” jawab Sarah dan mereka serentak tergelak waktu itu pintu lif sudahpun terbuka luas .
“Saya risau kalau dia kacau awak . Mulai hari ini saya yang akan teman awak pergi dan balik class . Saya juga akan teman awak bila beli barang – barang macam ni . And disebabkan awak dah baik dengan Ain , so kalau boleh awak janganlah sorang – sorang lagi . Paling kurang pun mesti ada kawan .”ujar Hairy berbaur arahan , mereka mula melangkah memasuki perut lif menuju ke tingkat lima iaitu rumah Sarah untuk menghantar barang – barangnya .
What ?! Hairy ,are you okay ?!”balas Sarah tidak puas hati .
Of course I am . Saya risaulah kalau dia buat apa – apa kat awak . Bukannya boleh percaya orang macam dia tu .”jawab Hairy tidak berperasaan .
Wait a minute , awak cakap macam awak dah kenal dia lama ? Is there anything that I should know Hairy ?
“Memang dah kenal lama pun . Esok saya cerita , sebab sekarang tangan saya dah macam nak patah angkat barang – barang awak ni .” balas Hairy , Sarah yang melihat terus tersengih lebar .
Sorry dear , awak yang nak tolong . Takkan nak tolak rezeki yang terbentang luas kot ? Okay , dah sampai dah . Bagi saya dua minit nak buka pintu ni .”ujar Sarah sambil mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya .
“Haa ! Dah sampai pun merpati dua sejoli ni ! Aku ingat berapa lama lagilah korang nak duduk dekat supermarket tu !”celah Ain tiba – tiba sewaktu pintu rumah terkuak luas .
Hairy sudah pun tersenyum lebar mendengar bebelan Ain itu . Barang – barang Sarah diletakkan di hadapan pintu sementara Sarah mengambilnya dan membawa masuk ke dalam rumah .
“Woah , untungnya kau Sarah ! Buah hati kau siap tolong angkatkan lagi .”usik Ain sengaja .
Sarah yang sudah selesai mengangkat barang terbuntang biji mata mendengar panggilan ‘buah hati’ yang digunakan oleh Ain untuk Hairy . Hairy yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah tersenyum melihat muka Sarah yang memerah .
“Apalah kau ni ?! Malulah aku !”bisik Sarah perlahan di telinga Ain .
“Dahlah , layan you ni sampai esoklah I tak naik rumah I . Sarah , saya naik dulu . Assalamualaikum , nanti saya call .”putus Hairy dan terus beredar meninggalkan kedua – dua sahabat itu .
Best dapat dating ?”usik Ain lagi .
“Ain ! Stop it !” ujar Sarah separuh menjerit dan terus menutup pintu rumah mereka itu .
_________________________________________________________________________________

“Awak takde kelas petang ke harini ?”tanya Sarah sewaktu mereka menikmati makan tengahari di kafe yang terletak di dalam universiti mereka .
“Hmm , takde . Kenapa ?”
Nothing , just asking .”balas Sarah sambil menyambung suapannya .
“Okay , but ….”kata – katanya terhenti di situ tatkala handphone miliknya mula menjerit minta diangkat .
Nombor asing yang tertera di telefon itu dipandang sekilas , keningnya bertaut . ‘Nombor siapa pula ni ? Setahu aku , aku tak bagi nombor dekat orang yang aku tak kenal ‘ getus hatinya .
“Awak ? Kenapa tak angkat call tu ?” tegur Sarah , dia hanya tersenyum lantas menekan icon ‘answer’ pada skrin sentuhnya itu .
Hello .”ujar Hairy memula bicara .
Hello , may I speak to Hairy ?”tanya suara di hujung talian .
Yes , I’m Hairy . May I know who are you sir ?” tanya Hairy jujur . Sarah hanya mendengar sedari tadi .
“Farhan .”balas lelaki itu perlahan .
Hairy tersentak . Sarah yang melihat sudah tertanya – tanya , “Hairy ? Awak okay ke ?” tanyanya risau . Hairy hanya mengangguk , dia memberi isyarat pada Sarah yang menandakan dia mahu ke hujung kafe untuk bercakap dengan pemanggil itu  . Sarah hanya mengangguk faham .
“Apa kau nak ?”tanya Hairy tegas selepas memastikan tiada siapa yang mengekorinya .
“Rileklah bro . Tak payah marah – marah . Aku nak tanya khabar je . Maklumlah last aku jumpa kau waktu aku form four kan ? Sebab form five aku dah pindah sekolah sama dengan Sarah .”provok Farhan .
“Aku tak kisah kau nak tanya khabar , lagipun aku macam yang kau tengok sekarang . Sihat je .”balas Hairy tenang .
“Yea ke sihat ?”tanya Farhan sahaja .
Hairy terdiam , peluh mula merecik di dahi putihnya . “Ye . Sihat je , apa masalahnya ? Kau nak apa sebenarnya ni Farhan ?”tanya Hairy mula serius .
“Aku ? Nak apa ?”tanya Farhan semula , dia ketawa kecil sebelum menyambung .
“Aku nak , kau jauhi Sarah .”tutur Farhan tegas .
“Siapa kau ? Apa hak kau nak bagi arahan dekat aku ? Kau bapak Sarah ke ?”tanya Hairy bertalu – talu .
“Wow , rileks bro . Aku tak paksa , terpulanglah kau nak ikut ke tak . Tapi , aku tak naklah family kau kat Malaysia tu tak sempat tengok kau grade nanti .”balas Farhan sinis .
“Apa kau nak buat ? Bunuh aku ? Hey Farhan , fikir sikit anak bini kau tu ! Kau dah tak ada apa – apa dengan Sarah . Tolonglah berhenti buat perempuan terluka . Aku bukannya tak kenal perangai buaya darat kau tu dulu . Tak pernah berubah , kan ? And last thing I wanna say , ajal maut aku bukan terletak atas tangan kau , aku atau sesiapa pun . Ajal maut , jodoh pertemuan dekat tangan Allah . Remember that bro !”jawab Hairy panjang lantas memutuskan talian . Perasaannya gundah gulana .
Keselamatan Sarah merupakan keutamaannya , lelaki seperti Farhan sanggup berbuat apa sahaja semata – mata kerana perempuan . Langkah mula diatur kembali ke arah Sarah yang masih setia menantinya .
“Kenapa ? Muka awak nampak risau je ?”tanya Sarah sewaktu Hairy mula duduk semula menyedut jus epal miliknya .
It’s nothing . Really . Nothing .”jawab Hairy sambil memberikan senyuman hambar .
Sarah hanya mengangguk walaupun dia masih mengerti riak muka Hairy yang semestinya memaparkan seribu satu masalah yang melanda fikirannya . Mereka mula beredar setelah selesai menghabiskan makanan .
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , masing – masing hanya diam melayang perasaan . Sarah hanya memerhati riak muka Hairy yang amat membuatkan dia risau , namun dia pasti  ini bukan masanya untuk dia memaksa Hairy meluahkan masalahnya .