BAB 15
“Hari
ni class awak pukul berapa ?”tanya
Hairy pada Sarah sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran
berdekatan dengan universiti mereka .
“Urmm , pukul sebelas setengah . Kenapa
?”jawab Sarah sebelum menyambung suapannya .
“Hmm , macam ni . Apa kata kita pergi
jalan – jalan dulu lepastu nanti saya kita sama – sama pergi class . Sebab class saya pukul dua belas setengah . Nak ?”terang Hairy panjang ,
kemudian dia terbatuk – batuk kuat .
“Eyh , awak okay tak ni ? Macam tak sihat
je ?”ujar Sarah risau , Sarah meletakkan sudu dan garfunya ke bawah . Belakang
Hairy diusap perlahan dengan harapan dapat meredakan batuknya .
“Don’t
worry , I’m okay . Just batuk
biasa je , jangan risau kay . So how ? Nak
ke tak nak ?”sambung Hairy setelah batuknya mula reda .
“Urmm , okay . Tapi dekat – dekat je tau
sebab saya takut lambat pula .”balas Sarah sambil tersenyum nipis menyerlahkan
kedua – dua belah lesung pipitnya.
“Jangan risau saya tak bawa awak jauh –
jauh . Dah , cepatlah it’s already eight
thirty a.m dear” ujar Hairy , setelah selesai mereka mula beransur . Sarah
dan Hairy jalan beriringan menuju ke taman rekreasi yang tidak jauh dari
restoran tadi .
_________________________________________________________________________________
“Awak makan comotlah .”ujar Sarah sambil
tangannya mengelap hujung bibir Hairy dengan tisu yang sentiasa terletak di
dalam begnya .
Hairy yang melihat hanya diam membiarkan
tingkah laku Sarah itu dan menyambung suapan aiskrimnya. Pandangannya dibuang
ke air pancut di tengah – tengah tasik .
Ya , di tasik inilah dia terjumpa Sarah
dalam keadaan yang sungguh tidak dijangka . Dan sekarang dengan pertemuan yang
tidak disengajakan itulah dia mula rapat dengan gadis melayu kacukan itu .
“Ish awak ni ! Termenunglah pula ! Buat
penat je saya cakap dari tadi .”bentak Sarah , lengan Hairy ditepuk sedikit
kuat . Hairy yang tersentak tersenyum simpul .
“Alaah , baru termenung kejap . Awak tu
kalau termenung lagi lama tau . Apa salahnya sekali sekala awak rasa macam mana
cakap dengan meja . Kan ?”usik Hairy sengaja menaikkan suhu kemarahan gadis
yang mula bertapak di hatinya itu .
“Orang cakap betul – betul dia main –
main pula .” rajuk Sarah . Pandangannya dialihkan dari Hairy .
“Atotototo , merajuk ke ?” tanya Hairy
walaupun dia tahu soalan itu sungguh kurang cerdik untuk diajukan pada Sarah
pada waktu ini .
“Okaylah , I’m so sorry kay ? I didn’t meant it . Sorry kay sayang ?”pujuk Hairy bersahaja . Sarah yang mendengar
mula ketawa apabila Hairy mencuit pinggangnya .
“Haa ! Macam tu baru comel . Asyik masam
je , tak comel .”ujar Hairy lagi apabila Sarah mula berhenti ketawa .
“Ada – ada je awak ni . Eyh , dah pukul
sebelas dah ni . Jomlah gerak , nanti kita lambat pula .”balas Sarah sambil
mengerling ke arah jam tangannya .
“Yea , I think so . Leggo .” ucap Hairy . Beg dan fail yang diletak di
tepi dicapai . Sarah yang juga telah berdiri mula melangkah , namun langkah
mereka terhenti sewaktu satu suara menegur mereka .
“Assalamualaikum .”
Sarah dan Hairy yang mendengar terus
menoleh , Hairy yang masih lagi samar – samar dengan kemunculan jejaka itu hanya terdiam namun tidak pada
Sarah . Keningnya bertaut rapat , seribu satu persoalan bermain di hatinya .
Hakikatnya dia tertanya – tanya mengapakah lelaki itu muncul di hadapannya
kini. Salam yang diberi hanya dijawab di dalam hati .
“Farhan ?”ujar Hairy yang masih terkejut tatkala Sarah memandang lelaki
itu tidak berkelip .
“Aku kawan lama Sarah .”ujar lelaki itu perlahan ,
matanya masih tertancap pada Sarah .
“Sarah ? Betul ke ?”tanya Hairy untuk memastikan
. Sarah hanya mengangguk perlahan sebelum bersuara .
“Apa awak buat dekat sini Farhan?”tanya
Sarah , suaranya cukup untuk menandakan dia tidak senang dengan kehadiran
lelaki itu . Pada masa yang sama dia sendiri keliru bagaimana Hairy boleh mengecam
lelaki itu sedangkan dia tidak pernah menunjukkan sebarang gambar Farhan
kepadanya .
“Saya cari awak .”
“For
?”
“Saya nak minta maaf atas apa yang saya
dah buat dekat awak selama ni . Tolonglah , saya mohon awak maafkan saya .”ujar
Farhan dengan penuh berharap .
“Is
this the man that you told me last week ? The one who broke your heart ?”tanya
Hairy pada Sarah .
“Exactly
. I don’t want to see him actually . There’s nothing more to discuss between us
.”balas Sarah pada Hairy , dia menyorok sedikit di belakang tubuh tegap
Hairy untuk menghindarkan dirinya daripada Farhan .
Lengan Hairy dipegang kejap . Hairy
tersentak namun dibiarkan , dia tahu Sarah tidak mahu bertemu dengan lelaki itu
. Dia mula bersuara setelah sekian lama mereka berdua berdiam diri .
“Sorry
Farhan , aku tak rasa Sarah nak jumpa kau . Lagipun , kitorang dah lambat nak pergi kelas . Sorry again , I hope you’ll understand this .
Let’s go Sarah .”ujar Hairy tegas ,
setelah menghabiskan kata – katanya dia terus menarik lengan Sarah untuk
beredar . Farhan yang masih tercegat dibiarkan .
_________________________________________________________________________________
Peristiwa tengah hari tadi cukup untuk
membuatkan hatinya yang selama ini tenang dihimpit rasa gundah gulana .
Mujurlah ada Hairy yang sentiasa menjaga keselamatannya di sini , sewaktu dalam
perjalanan untuk pulang sebentar tadi pun Hairy jugalah yang menemaninya
sehingga ke pintu rumah .
Kehadiran Farhan di sini secara tiba –
tiba sungguh meresahkan jiwanya . Hari ini genap setahun lapan bulan dia di
sini dengan satu tekad iaitu melupakan jejaka itu . Namun , jiwanya resah
kembali disebabkan hanya seorang lelaki .
Tambahan lagi dia masih keliru bagaimana
Hairy boleh mengenali Farhan . Sewaktu dalam perjalanan kembali ke rumah
sebentar tadi dia tidak dapat bertanya kerana terlalu risau akan kesihatan
Hairy yang sering batuk kuat .
Kepalanya dilentokkan ke atas kepala sofa
, masuk kali ini sudah lima belas kali dia menukar siaran televisyen itu .
Pintu rumah dikuak perlahan sewaktu dia menghirup kopi dari mug yang terletak
di atas meja . Keluhan berat dilepaskan .
“Cepat balik ?”tanya Sarah berbasa basi
dengan rakannya itu , mungkin sekarang istilah rakan baik tidak patut digunakan
antara dia dan Ain .
“Hmm .. Err .. Takde kelas petang tu yang
cepat tu . Kau tak keluar ke ?”jawab Ain dalam masa yang sama mengajukan soalan
pada Sarah .
Sarah mengerling Ain yang sudahpun
melabuhkan punggung di sebelahnya dan menjawab , “Hari ini malas pula nak
keluar , so stay jelah .” balas Sarah
malas .
“Sarah .”
“Hmm ?”
“Aku nak minta maaf kat kau .”ujar Ain
seperti takut – takut . Sarah yang mendengar mula diserbu rasa pelik . Wajah
Ain dipandang .
“Kau mimpi apa ni nak minta maaf bagai
?”balas Sarah selamba .
“Yelah , aku tengok sejak kita balik dari
Malaysia dua bulan lepas kita jarang sangat bertegur . Lepastu , kau jarang ada
kat rumah . Aku tengok tiap – tiap hari kau pergi library , kadang – kadang keluar dengan Hairy tak pun kau pergi groceries je beli barang dapur .
Lagi satu , aku nak mintak maaf sebab tak
bagitahu kat kau pasal Far..”
Kata – kata Ain tidak habis tatkala Sarah
memotong . “Ssshuuut ! Aku tak nak dengar nama dia . Aku rasa kau tahu kenapa .
And , one more yea . Memang . Memang
kita tak berapa nak rapat lepas balik dari Malaysia . Nak tahu sebab apa ?
Sebab , sampai je sini tak sempat aku nak
bersuka ria dengan kau , kau dah jumpa boyfriend
kau . So , kau pun asyik berkepit
dengan dia dua puluh empat jam dan tinggallah aku seorang diri . Sebab tulah
aku lepak library , tak pun jalan –
jalan dengan Hairy at least aku boleh lepaskan tension
aku .” terang Sarah jujur .
Ain yang mendengar hanya menunduk dengan
rasa bersalah yang menyelubung dirinya , tangan Sarah digenggam . “Sarah , aku
nak minta maaf . Aku bukan kawan yang baik , aku dah mungkir janji aku dekat
abang kau . Aku janji aku nak jaga kau , tapi aku yang tinggalkan kau . Aku
minta maaf eyh ? Aku tak tahanlah macam ni . Sampai bila kita nak berdiam diri
je ? Kau maafkan aku kay Sarah ?”
“Kalau aku tak nak maafkan ?”ugut Sarah
sengaja .
“Ish , mana boleh main ugut – ugut
!”bidas Ain , akhirnya kedua – dua sahabat itu sama –sama tergelak , setelah
ketawa mereka mula reda Sarah bersuara kembali .
“Ain , kau ada rahsiakan apa – apa dari
aku ke ?”tanya Sarah kembali serius.
“Rahsia ? Takdelah . Kenapa ?”
“Err … Hmmm …. Aaaa .. Kay , macam ni .
Tadi aku terserempak dengan ‘mamat’ tu waktu on the way nak pergi ‘U’ dengan Hairy .”balas Sarah teragak – agak
.
“ ‘Mamat’ yang kau maksudkan ni siapa
sebenarnya ? Aku tak fahamlah .”ujar Ain yang masih samar – samar .
“Farhan !”balas Sarah pendek . Ain yang
mendengar sudah membuntangkan biji matanya .
“Kau biar betul ?”
“Yelah . Takkan aku nak tipu pula .
Serius hidup aku tak aman kalau dia ada kat sini . Aku takut gila kalau terserempak
dengan dia lagi , balik tadi pun aku minta tolong Hairy yang hantarkan .”terang
Sarah dengan lebih jelas .
“Dia nak apa dengan kau ?”tanya Ain lagi
.
“Apa lagi ? Tak habis – habis menuntut
kemaafan dari akulah ! Kau tahu tak , aku rimas gila dengan dia ! Dia dah ada
isteri , anak dah . Tak habis – habis nak tuntut kemaafan dia tu . Ishh !
Menyampah betul aku !”dengus Sarah geram .
“Woi , woi . Leklah , kau ni . Kalau dah
Hairy tu sentiasa ada dengan kau takkanlah dia nak kacau kau lagi kot ?”tanya
Ain hairan .
“Orang spesis macam dia tu ada tanda-
tanda nak kisah ke Ain ?”tanya Sarah kembali .
“Entahlah . Alaah , lantakkanlah dia tu .
Takde bendanya , kalau dia nak sangat kau maafkan dia , kau cakap jelah kau dah
lama maafkan dia . Kalau dia datang lagi tu , memang saja mintak buku lima dari
Hairy lah jawabnya .”jelas Ain panjang .
“Yang kau ni tak habis – habis Hairy
kenapa ? Dah takde orang lain dah ?”tanya Sarah lagi tetapi kali ini bukan lagi
topik yang sama .
“Dah memang dia je buah hati pengarang
jantung intan payung kau sekarang . So takkanlah
dia nak biarkan si Farhan tu kacau awek kesayangan dia ni kan ?”usik Ain
sengaja .
“Ewah ewah . Sedapnya mulut kau berkata –
kata Cik Ain ye ? Aku takde apa – apalah dengan dia ! Kau je yang pandai –
pandai !”bidas Sarah pantas , mukanya merah menahan malu .
“Cik Sarah , untuk pengetahuan awak kalau
saya tak pandai saya takkan ada kat United
Kingdom ni , okay ?! Dah – dahlah tu nak cover malu depan aku . Macam aku tak tahu kau tengah menyulam detik
– detik bahagia dengan si Hairy tu kan ?”usik Ain bertambah – tambah .
Sarah yang mendengar sudah terbuntang
biji mata dengan pernyataan Ain yang sungguh tidak berinsurans sebentar tadi ,
namun belum sempat dia membalas kata – kata Ain , handphone miliknya di atas meja berdering kuat minta diangkat .
Terang terpapar di skrin nama Hairy
berserta gambar mereka berdua di sebuah taman rekreasi. Ain yang sedang asyik
mengusiknya sebentar tadi pantas mengintai siapa gerangan yang menelefonnya
malam – malam begini .
“Hah ? See? Panjang umur dia , aku baru je cakap dah telefon dah pun buah
hati kau tu . Angkatlah , kejap lagi dia merajuk kau juga yang susah nak pujuk
dia kan ?”usik Ain lagi tidak berhenti .
“Ya Allah , Ain ! Sudahlah tu mengacau
aku ! Pergi mandi sekarang , busuklah !”jerit Sarah , dia sengaja mahu
menghalau Ain masuk ke biliknya supaya dia dapat bercakap dengan Hairy dengan
lebih tenang .
“Owh ? Macam ni kawan ? Halau eyh ?
Kaylah , aku mandi . Tahulah aku ni busuk , tak macam kau wangi je sepanjang
masa , kan ?”jawab Ain lagi . Sarah yang mendengar hanya menggeleng perlahan
melihat perilaku sahabatnya itu.
Handphone yang sedari tadi
berdering sudah diangkat . “Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam , kenapa lambat angkat
?”tanya Hairy .
“Sebab saya penat kena usik dengan Ain
.”balas Sarah sambil tersenyum nipis mengingatkan kata – kata Ain sebentar tadi
.
“Dah baik dah ?”tanya Hairy lagi .
“Yes
, dia balik tadi lepastu minta maaf kat saya . Takkanlah saya ni kejam sangat sampai
tak nak maafkan dia kot ?” terang Sarah .
“Owh , baguslah kalau dah baik . Dia kat
mana sekarang ?”tanya Hairy lagi sekali .
“Dah kena halau dengan saya masuk bilik .
Mulut dia bising sangat , saya suruh dia mandi .”
Hairy tergelak , “Farhan tak kacau awak
?” tanya Hairy tiba – tiba .
“Tak , saya tak rasa dia tahu nombor saya
atau rumah melainkan awak atau Ain atau someone
else bagitahu dekat dia .”jelas Sarah .
“Good
then , esok saya teman awak pergi class
kay ?”tawar Hairy .
“Tak menyusahkan awak ke ?”
“Tak pun , demi keselamatan awak juga kan
?”jawab Hairy , Sarah tersenyum nipis .
“Okay , nak saya kejut juga ke ?”tanya
Sarah sahaja .
“Kejutlah , nanti saya mungkir janji pula
dekat awak .”balas Hairy sambil tersenyum nipis walaupun dia tahu Sarah tidak
dapat melihatnya .Disebabkan mengantuk , dia terlupa untuk bertanya lebih
lanjut mengenai Farhan pada Hairy .
“Okay , nanti saya kejut awak . Awak
jangan tak sedar pula , and one more
important thing is don’t you dare to off your phone !”arah Sarah , matanya
yang sememangnya menunggu masa untuk tertutup ditahan . Dia menguap perlahan
namun jelas di telinga Hairy .
“Dah ngantuk eyh ? Tidurlah . Esok awak
bangun lambat pula .”
“Okay , night wak.”
“Night
dear . Sweet dream .”
_________________________________________________________________________________
Pintu bilik Ain diketuk perlahan seraya
bersuara , “Ain , aku keluar jap pergi beli barang dapur .”
“Kau keluar dengan siapa ?”balas Ain
dengan soalan .
“Hairy .”jawab Sarah sepatah .
“Okay , take care . Cakap dengan Hairy aku kirim salam .”celah Ain . Sarah
yang mendengar hanya tersenyum dan menggeleng perlahan . Beg tangannya digapai
, dan terus keluar dari rumah .
“Dah lama ke tunggu saya ?”tegur Sarah
sewaktu ternampak kelibat Hairy menantinya di hadapan lobi .
“Adalah dalam lima tahun saya dekat sini
.”balas Hairy selamba .
Sarah tergelak perlahan , “Okay then , shall we go now ?”
“Yes
, of course my dear .”jawab Hairy . Mereka mula menapak ke arah pasaraya
terdekat yang terletak tidak jauh daripada rumah masing – masing .
Sewaktu sampai, Sarah mencapai bakul dan
mula bergerak ke susunan deretan rak – rak yang dipenuhi dengan pelbagai
makanan – makanan ringan . Hairy sedari tadi hanya mengekorinya sambil turut
membeli untuk keperluannya .
Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku
, tatkala Sarah leka memilih barang – barang matanya tertancap pada susuk tubuh
yang cukup dikenalinya .
“Nadia ?”desisnya perlahan namun cukup
jelas pada telinga Hairy yang hanya berada di sebelahnya .
“Siapa Nadia ?”
“Tu .”balas Sarah sambil memandang ke arah
Nadia yang sedang memilih barang bersama Iqram dalam dukungannya .
“Siapa dia ? Classmate awak ke ?”tanya Hairy lagi .
“Er
, Actually she’s not my classmate , neither my friend. She’s Farhan’s beloved
wife .”balas Sarah sambil meletakkan sebungkus epal hijau ke dalam bakulnya
.
“What
? He brought his wife here ? Nonsense , semalam dia cakap dia nak minta
maaf kat awak . Tapi dia datang macam pergi bercuti ? Siap bawa anak bini lagi
? You’re choosing the right thing Sarah
, he’s not as kind as you think . Trust
me .” terang Hairy panjang dengan riak muka yang sungguh tidak puas hati .
“I
know it . And you’re right just now , it look so nonsense . He’s just like
going to a vacation . And last thing is , I always trust you Hairy .”jawab
Sarah dengan senyuman nipis .
“I
think we should go , if they are here I’m sure that Farhan will be here too . Let’s go !”ujar Hairy
lantas mereka terus bergerak ke kaunter pembayaran untuk membayar dan terus
bergerak keluar dari situ dan berjalan laju meninggalkan pasaraya itu dengan
harapan tidak terserempak dengan Farhan .
“We
should glad that we’re not going to see him there Sarah .” ujar Hairy
sewaktu menunggu lif untuk ke rumah Sarah , tangan kanannya penuh dengan barang
– barang Sarah .
“Absolutely
, yes ! I can’t imagine what will happen there if we see that guy !” jawab
Sarah dan mereka serentak tergelak waktu itu pintu lif sudahpun terbuka luas .
“Saya risau kalau dia kacau awak . Mulai
hari ini saya yang akan teman awak pergi dan balik class . Saya juga akan teman awak bila beli barang – barang macam
ni . And disebabkan awak dah baik
dengan Ain , so kalau boleh awak
janganlah sorang – sorang lagi . Paling kurang pun mesti ada kawan .”ujar Hairy
berbaur arahan , mereka mula melangkah memasuki perut lif menuju ke tingkat
lima iaitu rumah Sarah untuk menghantar barang – barangnya .
“What
?! Hairy ,are you okay ?!”balas Sarah tidak puas hati .
“Of
course I am . Saya risaulah kalau dia buat apa – apa kat awak . Bukannya
boleh percaya orang macam dia tu .”jawab Hairy tidak berperasaan .
“Wait
a minute , awak cakap macam awak dah kenal dia lama ? Is there anything that I should know Hairy ?”
“Memang dah kenal lama pun . Esok saya
cerita , sebab sekarang tangan saya dah macam nak patah angkat barang – barang
awak ni .” balas Hairy , Sarah yang melihat terus tersengih lebar .
“Sorry
dear , awak yang nak tolong . Takkan nak tolak rezeki yang terbentang luas
kot ? Okay , dah sampai dah . Bagi saya dua minit nak buka pintu ni .”ujar
Sarah sambil mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya .
“Haa ! Dah sampai pun merpati dua sejoli
ni ! Aku ingat berapa lama lagilah korang nak duduk dekat supermarket tu !”celah Ain tiba – tiba sewaktu pintu rumah terkuak
luas .
Hairy sudah pun tersenyum lebar mendengar
bebelan Ain itu . Barang – barang Sarah diletakkan di hadapan pintu sementara
Sarah mengambilnya dan membawa masuk ke dalam rumah .
“Woah , untungnya kau Sarah ! Buah hati
kau siap tolong angkatkan lagi .”usik Ain sengaja .
Sarah yang sudah selesai mengangkat
barang terbuntang biji mata mendengar panggilan ‘buah hati’ yang digunakan oleh
Ain untuk Hairy . Hairy yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah tersenyum melihat
muka Sarah yang memerah .
“Apalah kau ni ?! Malulah aku !”bisik
Sarah perlahan di telinga Ain .
“Dahlah , layan you ni sampai esoklah I tak
naik rumah I . Sarah , saya naik dulu
. Assalamualaikum , nanti saya call .”putus
Hairy dan terus beredar meninggalkan kedua – dua sahabat itu .
“Best
dapat dating ?”usik Ain lagi .
“Ain ! Stop it !” ujar Sarah separuh menjerit dan terus menutup pintu
rumah mereka itu .
_________________________________________________________________________________
“Awak takde kelas petang ke harini
?”tanya Sarah sewaktu mereka menikmati makan tengahari di kafe yang terletak di
dalam universiti mereka .
“Hmm , takde . Kenapa ?”
“Nothing
, just asking .”balas Sarah sambil menyambung suapannya .
“Okay , but ….”kata – katanya terhenti di situ tatkala handphone miliknya mula menjerit minta diangkat .
Nombor asing yang tertera di telefon itu
dipandang sekilas , keningnya bertaut . ‘Nombor siapa pula ni ? Setahu aku ,
aku tak bagi nombor dekat orang yang aku tak kenal ‘ getus hatinya .
“Awak ? Kenapa tak angkat call tu ?” tegur Sarah , dia hanya
tersenyum lantas menekan icon ‘answer’ pada
skrin sentuhnya itu .
“Hello
.”ujar Hairy memula bicara .
“Hello
, may I speak to Hairy ?”tanya suara di hujung talian .
“Yes
, I’m Hairy . May I know who are you sir ?” tanya Hairy jujur . Sarah hanya
mendengar sedari tadi .
“Farhan .”balas lelaki itu perlahan .
Hairy tersentak . Sarah yang melihat
sudah tertanya – tanya , “Hairy ? Awak okay ke ?” tanyanya risau . Hairy hanya
mengangguk , dia memberi isyarat pada Sarah yang menandakan dia mahu ke hujung
kafe untuk bercakap dengan pemanggil itu
. Sarah hanya mengangguk faham .
“Apa kau nak ?”tanya Hairy tegas selepas
memastikan tiada siapa yang mengekorinya .
“Rileklah bro . Tak payah marah – marah .
Aku nak tanya khabar je . Maklumlah last aku
jumpa kau waktu aku form four kan ?
Sebab form five aku dah pindah
sekolah sama dengan Sarah .”provok Farhan .
“Aku tak kisah kau nak tanya khabar ,
lagipun aku macam yang kau tengok sekarang . Sihat je .”balas Hairy tenang .
“Yea ke sihat ?”tanya Farhan sahaja .
Hairy terdiam , peluh mula merecik di
dahi putihnya . “Ye . Sihat je , apa masalahnya ? Kau nak apa sebenarnya ni
Farhan ?”tanya Hairy mula serius .
“Aku ? Nak apa ?”tanya Farhan semula ,
dia ketawa kecil sebelum menyambung .
“Aku nak , kau jauhi Sarah .”tutur Farhan
tegas .
“Siapa kau ? Apa hak kau nak bagi arahan
dekat aku ? Kau bapak Sarah ke ?”tanya Hairy bertalu – talu .
“Wow , rileks bro . Aku tak paksa ,
terpulanglah kau nak ikut ke tak . Tapi , aku tak naklah family kau kat Malaysia tu tak sempat tengok kau grade nanti .”balas Farhan sinis .
“Apa kau nak buat ? Bunuh aku ? Hey
Farhan , fikir sikit anak bini kau tu ! Kau dah tak ada apa – apa dengan Sarah
. Tolonglah berhenti buat perempuan terluka . Aku bukannya tak kenal perangai
buaya darat kau tu dulu . Tak pernah berubah , kan ? And last thing I wanna say , ajal maut aku bukan terletak atas
tangan kau , aku atau sesiapa pun . Ajal maut , jodoh pertemuan dekat tangan
Allah . Remember that bro !”jawab
Hairy panjang lantas memutuskan talian . Perasaannya gundah gulana .
Keselamatan Sarah merupakan keutamaannya
, lelaki seperti Farhan sanggup berbuat apa sahaja semata – mata kerana
perempuan . Langkah mula diatur kembali ke arah Sarah yang masih setia
menantinya .
“Kenapa ? Muka awak nampak risau je
?”tanya Sarah sewaktu Hairy mula duduk semula menyedut jus epal miliknya .
“It’s
nothing . Really . Nothing .”jawab Hairy sambil memberikan senyuman hambar
.
Sarah hanya mengangguk walaupun dia masih
mengerti riak muka Hairy yang semestinya memaparkan seribu satu masalah yang
melanda fikirannya . Mereka mula beredar setelah selesai menghabiskan makanan .
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah ,
masing – masing hanya diam melayang perasaan . Sarah hanya memerhati riak muka
Hairy yang amat membuatkan dia risau , namun dia pasti ini bukan masanya untuk dia memaksa Hairy
meluahkan masalahnya .
powerr ar ko Izzaty
ReplyDelete