Thursday, 4 October 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 13)


BAB 13
Hari ini genap dua bulan dia kembali U.K setelah kenduri kahwin abangnya . Tidak dapat dinafikan segala memori – memori pahit di Malaysia masih segar dalam ingatannya . Buku rujukan yang berada di hadapannya hanya diselak – selak perlahan . Inilah rutin hariannya sejak Ain mula sibuk dengan teman lelakinya . Kini , sudah terang lagi bersuluh cahaya ‘spotlight’ yang dia sudah tidak mempunyai sesiapa dalam hidupnya .
Masing – masing melakukan hal masing – masing dan tanpa disedari Sarah hanya bersendirian dibelenggu masalah yang tidak berhenti , rasa rindu pada keluarganya tidak dapat dibendung tetapi dia nekad untuk terus berdiam diri dengan harapan dapat melupakan segala memori – memori bersama Farhan . Mama dan papanya tidak berhenti mendesak supaya dia pulang ke Malaysia sedangkan pertemuan dia dengan Farhan , Nadia dan Iqram amat melukakan hatinya . Abangnya pula sedang meyulam detik bahagia bersama Qashmiera yang tua setahun darinya . Dan sekarang Ain sedang berseronok dengan kekasih hatinya .
Sarah pasrah , matanya ditutup rapat . Keluhan berat dilepaskan , dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini . Buku – buku dikemaskan , kerusi ditolak . Langkah diatur keluar dari perpustakaan , sewaktu dalam perjalanan untuk ke tasik yang berdekatan dengan perpustakaan itu , tanpa dipinta dia ternampak kelibat Ain sedang bergelak tawa bersama kekasihnya .
Sarah melajukan langkah , dia mengambil tempat di bawah pohon rendang di situ . Buku dan beg diletakkan di tepi . Sarah duduk sambil merenung air pancut di tengah – tengah tasik itu .
Segala – gala yang dilalui olehnya hanya dipendam dalam hati . Kini , dia betul – betul keseorangan . Tidak seperti dulu , Ain masih ada di sampingnya untuk dijadikan teman . Hatinya diruntun pilu , Ain ada di hadapan matanya tapi bukan lagi Ain yang setia mendengar seperti dulu , Ain kini hanya sibuk dengan teman lelakinya . Sarah sungguh tertekan !
Dia tertekan mengenangkan perkara yang terjadi di Malaysia , sedih bila mengenangkan abangnya yang tumpuannya seratus peratus pada kakak iparnya . Yang paling membuatkan dia terluka adalah Farhan , seatahun tanpa khabar berita dan muncul semula setelah berkeluarga . Sarah menitiskan air mata , semakin lama air matanya semakin deras mengalir di pipi .
Apabila sedar yang dia telah pun menjadi perhatian orang yang lalu lalang di situ , beg dan bukunya segera diambil untuk beredar ke apartment . Belum sempat dia melangkah , dia terlanggar seseorang . Buku yang dipegang terjatuh , sambil tangannya lincah mengutip dia bersuara , “I’m so sorry .”
Sewaktu dia berdiri semula baru dia tersedar , orang yang dilanggarnya sebentar tadi adalah Hairy . Sewaktu matanya merenung mata Hairy , jejaka kacukan itu bersuara , “Sarah ?”
Sarah hanya menunduk perlahan menyembunyikan wajahnya , “Sarah , why are you crying ?”tanya Hairy. Sarah hanya diam tanpa sebarang jawapan .
“Sarah , saya tanya ni .”ujar Hairy lagi . “Mana ada , mata saya masuk habuk tadi .”dalih Sarah terang – terangan , walaupun dia sedar Hairy tidak mempercayainya .
“Sarah , budak darjah satu pun tahu beza mata orang nangis dengan mata orang masuk habuk . Dah saya tak nak dengar apa lagi , saya nak awak ikut saya sekarang .”arah Hairy .
“Eyh , nak pergi mana ni ?”tanya Sarah sewaktu Hairy mula menarik lengannya .Namun Hairy hanya mengendahkannya.
_______________________________________________________________________________
“Kenapa awak menangis ?”tanya Hairy pantas sewaktu mereka baru sahaja melabuhkan punggung di sebuah Starbuck yang terletak di tengah bandar tidak jauh dari universiti mereka .
Sarah mengeluh perlahan namun masih jelas kedengaran di telinga Hairy , “Biasanya , orang kalau mengeluh dia ada masalah .”sambung Hairy lagi . Sarah hanya tersenyum sebelum membalas .
“Sebelum tu saya nak minta maaf sebab tipu awak tadi .”ujar Sarah sambil memandang Hairy , Hairy hanya mengangguk dan mengarahkan Sarah supaya menyambung .
“Tak terlalu awal ke untuk saya cerita masalah saya dekat awak ?”tanya Sarah , belum sempat Hairy menjawab , air yang dipesan sebentar tadi sampai di meja mereka .
“Maksud awak ?”balas Hairy sewaktu pelayan itu mula beredar .
“Takdelah , kita baru je kenal tiba – tiba awak nampak saya nangis and now awak suruh saya cerita masalah saya dekat awak .”terang Sarah .
No , take it easy . Saya tak paksa awak cerita , saya nak ringankan beban awak je . Lagi satu , saya tak rasa macam kita baru kenal pun . Saya dah rasa macam kita ni kawan baik , lagipun saya tengok sekarang awak selalu sorang – sorang , tak salah kalau saya temankan betul tak ?”tanya Hairy lagi .
Sarah tersenyum dan mengangguk perlahan . “Yea , tak salah pun . Thanks sebab take care pasal saya . By the way , you’re right just now , saya memang selalu sorang . Kawan saya sibuk dengan boyfriend dia.”terang Sarah .
“Awak tak ada boyfriend ke ?”tanya Hairy . Sarah hanya menggeleng , mukanya berubah muram . Hairy yang mula perasan perubahan itu mula bertanya .
“Sarah ? Saya ada tersalah cakap ke ? Itu ke sebab awak nangis tadi ?”bertalu – talu soalan keluar dari bibir Hairy . Sarah sudah mula menitiskan air mata .
Kepalanya diangguk perlahan , dia mula bersuara “Saya bukan je hilang orang yang saya cinta tapi juga orang yang saya sayang . Saya tak ada sesiapa dah , semua orang pergi macam tu je dari hidup saya . Mama dengan papa saya tak habis – habis desak saya untuk balik Malaysia waktu cuti semester hari tu . Tapi diorang tak sedar saya terluka waktu tu .
Awak cuba bayangkan orang yang awak tunggu kehadiran dia , tiba – tiba muncul depan awak tanpa disangka – sangka . Yea , memang saya patut gembira tapi hanya selama tiga saat . Lelaki yang saya harapkan kembali pada saya tu datang pada saya semula tapi dengan membawa gelaran sebagai suami dan seorang ayah .
Saya terluka sangat , dan yang paling saya tak boleh terima abang saya dan Ain tahu hal tu , tapi diorang tak bagi tahu dekat saya . Saya kecewa sangat , sebab tu saya balik awal . Sekarang , Ain dah jarang ada dekat rumah . Saya keseorangan , semua yang saya buat sekarang semuanya sorang . Saya takde kawan.”luah Sara panjang sambil menangis teresak – esak .
Hairy yang sedari tadi menjadi pendengar setia sudah mengusap belakang Sarah perlahan – lahan . “Dahlah , tu . Stop crying .I’m here for you , I would lend you my shoulder for you to cry . Janganlah macam ni , mungkin diorang tak nak awak kecewa . Yea , saya setuju memang awak kecewa juga akhirnya tapi sekurang – kurangnya awak dapat tahu semua tu depan mata awak . Niat abang awak dan Ain sebenarnya tak nak tengok awak bermurung , awak tahu tak ? Takde seorang kawan atau abang pun yang nak tengok adik dia tu menangis dua puluh empat jam . Macam sekarang , saya pun tak suka tengok awak macam ni .
Dahlah tu , sekarang awak dah lepaskan segala – galanya kan? You should take a nap , I think ? Awak dah banyak sangat menangis . Jom saya hantar awak balik apartment . It’s almost eight .”nasihat Hairy panjang , tangisan Sarah sudahpun reda . Setelah melakukan pembayaran , mereka mula berjalan kembali ke rumah masing – masing .
_______________________________________________________________________________
“Dah , tak payah sedih – sedih dah kay ? Kalau ada apa – apa masalah , bagitahu saya . Tak elok memendam . Tidurlah , nanti saya call awak .”ujar Hairy panjang sewaktu sampai di hadapan pintu rumah Sarah .
Sarah hanya tersenyum sambil mengangguk , “Thanks Hairy . Awak dah banyak tolong saya hari ni .”
My pleasure . Night .”
“Night .”balas Sarah , dan terus masuk ke rumahnya.

No comments:

Post a Comment