BAB 16
“Are
you sure Hairy ? You still got chances to do the chemotheraphy . You’re still
young , I’m sure you have so much thing to do .If you don’t do the chemo ,you
only have two years to spend .”ujar Doktor Devine , iaitu doktor yang
bertanggungjawab merawatnya sepanjang dia menghidap barah otak itu .
“I’m
sure , I’m the one who decide it .
Anyway thanks , you’ve helped me more than I needed doctor.”balas Hairy
sambil bersalaman dengan doktor itu .
“Welcome
Hairy , but I hope you’ll change your mind . I want you to do that
chemotheraphy Hairy , but what can I do ? As you’ve said just now , you are the
one who decide I can’t force you .You’re a fine young man . It’s a shame that
you want to lose your life just like that .” jawab Doktor Devine lagi.
Hairy hanya membalas dengan senyuman
hambar . Tahun ini adalah tahun akhirnya menuntut di University
of Law Sheffield bersama Sarah .
Hakikatnya tiada siapa yang tahu penyakit
yang dihidapnya kini , termasuklah keluarganya di Malaysia . Biarlah hanya dia
yang mengetahuinya . Setelah lebih setahun menjalinkan hubungan dengan Sarah ,
mereka memutuskan untuk bertunang selepas Hari Graduasi mereka .
Dia mula melangkah keluar dari bilik
doktor itu , langkah diatur untuk mengambil teksi . Memandangkan hospital itu
terletak jauh dari universitinya jadi dia terpaksa menggunakan teksi tanpa
pengetahuan orang lain . Rasa bersalah menyelubungi dirinya , pasti nanti ramai
yang tertanya – tanya dengan simptom – simptom yang dihidapinya kini . Keluhan
berat dilepaskan , Hairy pasrah . Biarlah Allah sahaja yang menentukan hidup
matinya kini .
_________________________________________________________________________________
“Awak pergi mana pagi tadi ?”tanya Sarah
perlahan sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke perpustakaan .
“Hah ? Owh , pagi tadi saya pergi teman
kawan saya check up dekat hospital
.”dalih Hairy , dia menghindarkan diri dari memandang wajah Sarah . Dia tahu
pasti Sarah dapat membaca riak wajahnya yang menyatakan dia menipu .
“Okay , tapi saya text , call awak kenapa awak tak reply ?”tanya Sarah lagi .
“My
phone was out of battery , dear .”balas Hairy perlahan . Sarah hanya
tersenyum lantas mengangguk. Seribu kali syukur dipanjatkan pada yang Maha Esa
, kerana memperoleh wanita setulus Sarah . Seminggu yang lepas mereka pulang
semula ke Malaysia untuk berjumpa dengan ibu – bapa Sarah dan dia pasti , jika
ditakdirkan dia tidak sempat disatukan dengan Sarah pasti keluarganya dapat
menjaga Sarah dengan baik .
Terimbas semula pertemuannya dengan
keluarga Sarah tempoh hari , segala –
galanya indah . Sarah merupakan anak bongsu pada Puan Rosmah dan Encik Adzan .
Perangai Sarah di rumah sahaja sudah cukup untuk dia menerangkan bagaimana
Sarah yang sebenar .
“Woah , jumpa future husband dekat U.K , untunglah .”usik Rizal sewaktu dia ,
Qashmiera , Sarah dan Hairy sedang menonton tv sementara mamanya sibuk memasak
di dapur .
Bukannya Sarah dan Qahmiera tidak mahu
meolong , tapi pabila ditanya Puan Rosmah hanya menjawab, “Tak boleh , harini
mama nak masak pakai air tangan mama je , korang tak payah tolong pergilah buat
apa – apa yang patut . Hari ni kerja korang makan je .”
“Abang .”tegur Sarah perlahan . Hairy di
hadapannya sudah tersenyum sumbing .
“Betul apa ? Abang jumpa dengan Kak Miera
dekat Mid Valley je tau ! Sarah siap
jumpa dekat U.K , mana adil .”tambah Rizal lagi .
“Abang , dahlah tu . Dah merah muka Sarah
asyik kena kacau je dengan abang . Cubalah bagi dia rehat kejap .”tegur
Qashmiera lagi .
Belum sempat Sarah mencelah , kedua – dua
anak buah kembarnya iaitu , Rayyan Najmi
dan Rayyan Naqli mula datang ke arahnya .
“Makcu , jom ain ola .”ajak mereka
serentak .
“Abang , adik . Kan maksu baru sampai ,
mesti maksu penat . Esok abang dengan adik mainlah dengan maksu puas – puas , harini
maksu nak rehat .”tegur Qashmiera pada kedua – dua kembar itu .
Sarah hanya tersenyum melihat mereka ,
pipi kedua – duanya dicubit perlahan . “Makcu ! Angan ar ain ipi abang !”marah Rayyan
Najmi pada Sarah .
“Kenapa pula tak boleh main ?”tanya Sarah
lantas meletakkan kedua – dua mereka di atas ribanya . Rayyan Najmi di sebelah
kanan dan Rayyan Naqli di sebelah kiri . Mujurlah mereka itu ringan .
“Ebab tak oleh ar !”jawabnya , Sarah
hanya tergelak perlahan sambil mencium lagi pipi kedua – dua kembar itu .
Qashmiera , Rizal dan Hairy hanya
tersenyum melihat Sarah mengacau anak buahnya . Ternyata Sarah memang sukakan
kanak – kanak .
“Makcu , abang nak ucu .”minta Rayyan
Najmi pada Sarah . Sarah hanya memandang pada Qashmiera .
“Abang , mari sini mama buat susu
.”panggil Qashmiera . Rayyan Najmi yang mendengar sudah turun dari riba Sarah .
Sarah hanya tersenyum melihat Rayyan Najmi
berlari - lari anak pergi ke mamanya . Rayyan Naqli yang masih berada di atas
ribanya dibaringkan perlahan . Dia mula bermain dengan pipi mulus anak buahnya
yang baru berusia satu tahun itu . Melihatkan pada mata Rayyan Naqli yang kuyu
, dia mula menepuk perlahan punggung kanak – kanak itu .
Bulu matanya yang panjang digesel – geselkan
pada pipinya . Rayyan Naqli tergelak perlahan , tanpa menunggu lama , dia mula
dibuai lena dengan dengkuran halus .
“Woah , biar betul ? Sarah dah pandai
tidurkan baby ? Abang sampai sekarang
tak reti macam mana nak tidurkan hero dua orang ni tau !”ujar Rizal .
Sarah yang mendengar menjeling tajam pada
abangnya . Hairy hanya tersenyum . “Abang tak reti tidurkan , sebab diorang tak
nak dengan abang ! Lagipun Sarah memang suka budak – budak , Sarah tahulah
macam mana nak tidurkan diorang .”jawab Sarah panjang
Rizal tergelak perlahan . “Sarah ada
jumpa Farhan lagi ke ?”tanya Rizal tiba – tiba . Soalan yang tak dijangkakan
oleh Sarah . Dia memandang Hairy meminta pertolongan .
“Haritu kami terserempak dengan dia ,
dekat U.K .”jawab Hairy .
Rizal memandang Hairy pelik . “Hairy
kenal dia ?”
Hairy mengangguk perlahan lantas menjawab
, “Waktu dia form four kami sama
sekolah . Form five baru dia kenal
Sarah . Lagipun Sarah pernah cerita dekat saya pasal dia . Saya tak tahu pula
Farhan yang Sarah cerita dekat saya tu orang yang saya memang kenal ”terang
Hairy lagi .
“Apa dia nak dengan Sarah ?”tanya Rizal
lagi dalam masa yang sama memandang Sarah .
Sarah menggeleng perlahan , “I know nothing . Waktu dia cari Sarah tu
, nasib baik Hairy ada . I can’t imagine
what will happen if Hairy’s not there ?”jawab Sarah .
“He
wants you back , Sarah .”tutur Rizal perlahan , dia mengerling pada Hairy .
“But
he’s married . And , I don’t want him
back !”
“I
know that . Abang faham . Dan abang tak rasa dia akan duduk diam je . He was
hundred percent changed” ujar Rizal .
“Rizal, Qashmiera , Sarah , Hairy . Makan
!”panggil Puan Rosmah . Sebelum mereka bergerak , Rizal mengatakan sesuatu , “Don’t talk about him in front of mama ,
she’s totally mad with that boy .”
Sarah dan Hairy hanya mengangguk faham .
Mereka beriringan bergerak ke meja makan . Memandangkan makanan yang terhidang
sungguh mengiurkan , mereka makan dengan suasana yang cukup ceria . Dan ia merupakan
kenangan indah yang tak dapat dilupakannya .
“Awak ? Apa yang awak menungkan tu ? Dari
tadi saya tengok awak selak – selak je buku tu .”tegur Sarah mengehentikan
lamunan panjangnya .
Hairy tersenyum nipis menyerlahkan lesung
pipitnya , “Takde apa , just teringat
dekat family awak . Rindu dekat hero
berdua tu .”
“Tak lama lagi kita dah nak balik sana
dah pun , I will miss this place .”ujar
Sarah perlahan .
“Me
too . It just so meaningful to me . This is the place where I met you , my dear
. I will never forget that.” ujar Hairy lembut . Sarah hanya tersenyum
simpul .
_________________________________________________________________________________
“Hmm , esok kita dah nak balik Malaysia
dah . Mesti aku rindu kat tempat ni , entah bila lagi aku dapat datang sini
.”ujar Ain sewaktu mereka mengemas barang keperluan mereka di situ . Setelah
beberapa tahun menjadi penuntut di University
of Law Sheffield , esok mereka akan kembali semula ke tanah air mereka .
“Yea ,that’s
right . I will miss this place so much .”balas Sarah sambil melipat bajunya
untuk dimuatkan di dalam bagasi untuk dibawa pulang . Ibu bapanya sudah pun
pulang dua hari selepas hari graduasinya di sini . Saat yang paling tidak dapat
dilupakan dalam hidupnya . Air matanya menitis sewaktu berada di dalam pelukan
ibunya .
“Dahlah , tak payah sedih – sedih , kau
kata nak jumpa kawan – kawan kan ? Jomlah , mesti Hairy dah tunggu kita .”ajak
Ain pantas .
“Owh , baru aku teringat . Ermm , jap aku
kena masukkan lagi sikit baju – baju ni . Bagi aku lima minit!” putus Sarah ,
Ain hanya mengangguk faham .
_____________________________________________________________________________________
“Dah lama ke tunggu ?”tegur Sarah ,
mengejutkan Hairy yang sedang termenung melihat air pancut yang terletak di depan
pintu masuk universiti itu .
“Waalaikumussalam .”perli Hairy sambil
tersenyum melihat kekasih hatinya itu .
Sarah tergelak perlahan , “Sorry , saya terkejutkan awak . And , assalamualaikum .” balas Sarah ,
membuatkan senyuman Hairy makin lebar .
“Waalaikumussalam , takde lah lama sangat
saya tunggu . Saya pun baru sampai dalam dua puluh minit.”jawab Hairy sambil
mengerling ke arah jam tangannya .
“Owh , awak dah pack barang – barang nak balik ?”tanya Sarah lagi . Mereka berjalan
sering lalu duduk di sebuah bangku yang disediakan di situ .
“Adalah sikit . But , it was eighty nine percent settled . Awak dah tak sabar nak
balik ke ?” tanya Hairy sengaja .
“Tak sabar tu adalah juga . But at the same time I feel it’s so hard to
leave this place .”jawab Sarah sambil merenung Hairy .
“Don’t
worry , everything will be okay , InsyaAllah .”jawab Hairy sambil tersenyum
.
“I
hope so . Eyh , jomlah saya rasa diorang semua tunggu kita kat dalam .”ajak
Sarah seraya menarik lengan Hairy supaya mengikutinya .
Hairy hanya mengikut langkah Sarah .
Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka berkumpul semula
dengan rakan – rakan mereka di sini , jadi kesemua penuntut menggunakan masa
itu untuk saling mengucapkan selamat tinggal pada rakan – rakan seperjuangan
mereka .
“Sarah
, you were in a relationship with Hairy right ?”tanya salah seorang rakan
mereka yang merupakan seorang penuntut di situ juga , Susan .
“Yea
, she gonna be my fiancee end of this year .”jawab Hairy yang berada di
sebelah Sarah waktu itu . Sarah hanya
mengerling Hairy sekilas .
“Owh
, I’m glad to hear that . I wish the best luck for both of you . I hope we’ll
meet again , Sarah.”balas Susan dan terus mendakap Sarah erat , Sarah hanya
tersenyum lantas membalas pelukan rakannya itu .
“Thanks
a lot Susan . Pray for us , I will miss you then .”ujar Sarah setelah
pelukan dileraikan . Susan hanya tersenyum .
Setelah penat bermesra buat kali yang terakhir dengan rakan – rakan
. Mereka mengatur langkah untuk kembali semula ke rumah dan membuat persiapan
terakhir untuk keberangkatan pulang mereka esok . Sewaktu Sarah mula berbaring
di atas katilnya , handphone yang
berada di sisinya berdering kuat .
Terpapar di skrin nama ‘Hairy’ .
“Assalamualaikum .” Sarah memula bicara .
“Waalaikumussalam , lambatnya tidur
?”tegur Hairy , dia mengerling pada jam di atas meja yang menunjukkan pukul dua
belas tengah malam .
“Sarah kemas barang tadi . Awak pun
?”balas Sarah .
“Hairy tunggu Sarah call tadi . Lagipun , saya tak boleh tidurlah kalau tak dengar
suara awak .”usik Hairy .
Sarah menepuk dahi , mudah sungguh dia
terlupa sekarang . Dia hampir terlupa untuk menelefon bakal tunangannya itu
kerana terlalu sibuk mengemas barang- barangnya sebentar tadi .
“Sorry
, I almost forget to call you Hairy .”
“Nevermind
, it just a small matter . I know you’re busy dear .”jawab Hairy memahami .
“Thanks
. Kenapa awak telefon ni ? Awak macam ada benda nak cakap je ?”teka Sarah
pantas . Hairy tersenyum mendengar kata – kata gadis itu .
“Pandainya Sarah teka ? Hairy belum cakap
lagi nak bagitahu something .”
Sarah tergelak . “Sarah teka je , tak
tahu pula betul .”
“But
, exactly . Yea , I have something to tell you .”tutur Hairy dan berhenti
seketika . “Go on .” ujar Sarah .
“Sarah rasa Sarah nak ke jumpa family Hairy bila sampai Malaysia nanti
?”tanya Hairy tiba – tiba .
Sarah tersentak . “Kenapa cakap macam tu
? Mestilah Sarah nak . Keluarga Hairy pun akan jadi keluarga Sarah juga nanti
kan ?”
Hairy tersenyum . “Okay . Saya tanya je ,
saya bukan sengaja nak buat awak marah .”
“I don’t
even mad at you . You know how much I love you Hairy , cara awak cakap
macam awak tak nak saya jumpa keluarga awak .”tutur Sarah perlahan . Air
matanya jatuh setitis menimpa pipinya .
“Sarah , don’t even say that . I want to let you know my family , and yes I know
how much you love me . And I want you to know that I love you more than you
love me , honey .”ujar Hairy jujur .
“I
don’t even know what else to say . Thanks because you’ve take a good care of me ,
as you promise to my brother . I won’t stop loving you .”balas Sarah
sedikit teresak .
“Ssshhuuh
, jangan nangis . Tidurlah , esok kita nak balik dah .”
“Okay , night . Sweet dream .”jawab Sarah .
“Night
. Sweet dream too . I love you .”
“I love you too .”balas Sarah dengan
sedikit senyuman yang mula merekah di bibirnya . Tanpa menunggu lama , dia
terus terlena dibuai mimpi indah .
_________________________________________________________________________________
“Awak jomlah , flight kita dah ready tu
.”ajak Hairy , Sarah masih lagi memandang ke arah pintu masuk lapangan terbang
itu .
“I
will miss England very much .”ujar Sarah dengan nada yang sungguh sayu .
“Sarah , we should go now actually .”tegur Hairy , namun tiada sebarang
reaksi daripada Sarah yang masih memandang ke belakang , iaitu pintu masuk
lapangan terbang itu .
Hairy yang tidak mahu menunggu Sarah ,
menarik lengan gadis itu untuk mengikutnya . Sarah hanya menurut langkah Hairy
memasuki kapal terbang untuk kembali semula ke tanah tumpah darah mereka.
Sepanjang perjalanan , Sarah yang duduk
bersebelahan dengan Hairy hanya diam sambil termenung. Hairy yang melihat mula
risau dengan keadaan gadis itu .
“Sarah , janganlah macam ni . Dari tadi
awak diam , termenung , diam termenung ! Sepatah saya tanya , sepatahlah yang
awak jawab . I don’t want to see you like
this .”tutur Hairy berang . Tangan Sarah ditepuk perlahan .
Sarah yang tersentak mula tersedar , “Hah
? Err , ooouhh . I’m sorry . Saya
sendiri tak tahu kenapa dengan saya , err . Emm , I mean … It just .. Erggh ! I
need to take a rest .” ujar Sarah gagap . Dia sendiri pelik , sejak dari
tadi hatinya mula tidak senang . Segala yang dilakukan ada sahaja salahnya .
Dia mula berasa tidak sedap hati , hatinya mula berdoa agar tiada benda yang
tidak diingini berlaku padanya .
Hairy mengeluh perlahan , dia pasti yang
hati Sarah gundah gulana . Melihat pada perangai Sarah sahaja sudah terpampang
segala – galanya . Dia pasti ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya pada
Sarah .
Dia hanya merenung Sarah yang sedang nyenyak
tidur , hatinya diruntun pilu . Dia sendiri sedih bila mengenangkan yang satu
hari nanti dia pasti akan meninggalkan semua yang disayangi untuk selama –
lamanya . Salah seorangnya adalah Sarah . Tidak dapat dibayangkan hidup Sarah
tanpa kehadiran dia di sisi .
‘Ya Allah , aku bermohon padaMu . Kau
lindungilah hambaMu ini Ya Allah . Sesungguhnya hanya padaMu ku panjatkan
segala kesyukuran dan doa –doaku . Kau lindungilah insan – insan yang amat ku
sayangi ini . Berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan untuk sentiasa kuat
menempuhi liku – liku yang penuh onak duri di dalam kehidupan ini . Semoga
mereka akan terus tabah walaupun tanpa kehadiranku disisi mereka .’doa Hairy
panjang .
Air matanya jatuh setitis menimpa pipinya
. Sesungguhnnya , dia redha dengan segala apa kemungkinan yang akan berlaku .
Hanya doa yang dipanjatkan pada Yang Maha Esa , semoga dia cekal untuk
menghadapi segala – galanya .
No comments:
Post a Comment