Sunday, 28 October 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 17)


BAB 17
“Awak balik dengan siapa ni ?”tanya Hairy sewaktu mereka sudahpun  tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur .
“Siapa lagi yang setia nak jadi driver saya ? Abang Riz lah .”jawab Sarah sambil mengerling pada Hairy yang sedang menolak troli , begitu juga dengannya .
“Awak sibuk tanya saya balik dengan siapa , awak tu?”tanya Sarah tiba- tiba , Ain sudahpun pulang tatkala keluarganya menjemputnya sebentar tadi .
“Entah , teksi kot . Saja nak buat surprise untuk ibu , abang dengan adik – adik . Actually tadi diorang suruh call bila dah nak sampai .” terang Hairy sambil tersenyum , perasaan rindu pada keluarganya mengasak hati. Pada waktu ini , dia terasa seperti mahu terbang terus ke rumah keluarganya .
“Ada – ada je awak ni .”ujar Sarah sambil menggeleng perlahan sebelum menyambung , “Ermm , saya hantar awak jelah . Tak payahlah susah – susah awak nak ambil cab .” ajak Sarah .
“Eyh , menyusahkan awak je .”tolak Hairy .
“Hairy , kita naik kereta kan ? Bukannya saya kena angkat awak pun , and the last thing is yang drive kereta tu abang Riz . Not me or you , but my brother . Anything else do you wanna say now ?”terang Sarah panjang .
“Okay , okay . Awak menang . Saya ikut awak . Puas ?”ujar Hairy , Sarah dipandang geram sambil tersenyum simpul .
Sarah tersenyum melihat Hairy , “Mestilah puas . Ingat senang ke nak menang lawan cakap dengan awak?” balas Sarah .
Hairy yang mendengar sudah terbuntang biji mata melihat Sarah yang sudahpun mengekek gelak , “Amboi , amboi . Banyaknya cakap ?”
Sarah tergelak lagi apabila Hairy mula menggeleteknya .
“Amboi , seronoknya pasangan bahagia ni ?”tegur Rizal , memberhentikan tawa Sarah sebentar tadi .
Sarah dan Hairy hanya menyengih . Mereka terus bersalaman dengan Rizal , Sarah mula berbicara . “Kak Miera mana ?”
“Dia tak ikut , tolong mama dekat rumah .” terang Rizal , belum sempat Sarah bertanya lagi kedua – dua anak buahnya meluru ke arahnya dan memeluk kakinya erat .
Sarah tergelak melihat telatah mereka . Sarah menunduk , “Rindu maksu tak ?” tanya Sarah sengaja .
“Indu cangatt !”balas si kecil Rayyan Naqli . Rayyan Najmi hanya mengangguk – angguk mengiakan apa yang dikatakan oleh adiknya itu .
Sarah tergelak lagi . Rayyan Najmi yang lebih rapat dengan Hairy mula meminta Hairy mendukungnya . Sarah hanya menggeleng perlahan dan pada masa yang sama dia turut mendukung Rayyan Naqli .
“Abang tengok korang ni dah macam keluarga bahagia dah tahu tak ?”tegur Rizal pada mereka .
Sarah dan Hairy tergelak serentak , “Lama lagi bang .” Hairy bersuara .
“Dahlah jom gerak , mama mesti dah tunggu tu .”
“Ah , abang . Hairy tumpang sampai rumah dia tau .”ujar Sarah sambil memimpin kedua – dua kembar seiras itu . Rayyan Najmi di sebelah kanan manakala Rayyan Naqli di sebelah kiri . Sambil Hairy dan Rizal menyorong troli menuju ke kereta Rizal .
No big deal .”jawab Rizal selamba .
______________________________________________________________________________
“Tak nak masuk dulu ke ?”tanya Hairy sewaktu berada di hadapan rumahnya .
“Ermm , takpelah Hairy . Buat susah – susah je , lagipun korang pun penat lagi kan ? Esok lusa kalau ada masa , kami singgah .”jawab Rizal . Sarah masih berada di dalam kereta , memandangkan kedua – dua hero itu sudahpun terlena di pangkuannya .
“Kalau macam tu , takpelah . Anyway , thanks bang sebab tolong hantar sampai rumah ni . Kalau tak sebab Sarah paksa tadi , saya dah naik teksi dah .”ujar Hairy segan .
“Eyh , takde hal lah . Lagipun kita satu jalan kan ? Okaylah , abang pergi dulu . Nanti bising pula mama dekat rumah nak tunggu anak manja dia balik .”ujar Rizal lantas memberi salam pada Hairy dan mula melangkah memasuki kereta .
Hairy menjawab salam dan tersenyum pada Rizal . Sarah di dalam kereta di pandang , dia menunjukkan isyarat yang dia akan menelefon pada Sarah sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan rumahnya .
“Abang Hairy ke tu ?”tanya satu suara di belakangnya .
Hairy menoleh ke belakang . Tepat jangkaannya , wajah putih mulus adiknya , Helena jelas di hadapannya . Belum sempat dia berkata apa – apa , Helena sudahpun memeluknya erat . Dia hanya tersenyum lantas membalas pelukan satu – satunya adik perempuannya itu .
“Jahantnya abang ! Kata nak call , tengok – tengok dah sampai depan rumah dah !”ujar Helena geram seraya meleraikan pelukannya .
Hairy hanya tersengih mempamerkan gigi putihnya yang tersusun rapat , “Ibu ada kat dalam kan?”tanya Hairy . Helena hanya mengangguk .
“Dah , jom masuk .”ujar Hairy lantas mengangkat beg – begnya dibantu oleh Helena .
______________________________________________________________________________
“Sarah !”tegur kakak iparnya , Qashmiera sewaktu dia menjejakkan kakinya di dalam rumah itu . Sarah hanya tersenyum lebar dalam masa yang sama mula bersalaman dan memeluk erat Qashmiera erat . Dalam diam , Qashmiera merupakan salah seorang tulang belakangnya kini . Pada Qashmiera lah , dia melepaskan segala – galanya , dan mujur Qashmiera seorang yang memahami .
“Kenapa lambat sampai ?”tanya Qashmiera . Sambil menolong suaminya dan Sarah mengangkat barang – barang Sarah .
“Tadi hantar Hairy dulu , sebab tu lambat .”jawab Sarah ringkas .
“Patutlah .”
“Mama !”ujar Sarah teruja tatkala terlihat kelibat mamanya menuruni tangga . Dia mula melangkah ke arah mamanya dan mula bersalaman dan memeluk mamanya erat .
“Rindunya dekat anak mama ni .”luah Puan Rosmah sewaktu pelukan dileraikan . Sarah tersenyum nipis mendengar kata – kata mamanya itu .
“Papa mana ?”tanya Sarah .
“Papa , on the way nak sampai sini . Dia pergi beli santan tadi , mama nak masak .”terang Puan Rosmah .
Sarah hanya mengangguk faham . Dia melangkah semula ke arah abang dan kakak iparnya untuk mengangkat beg – beg masuk ke dalam rumah .
“Hero –hero tu tidur lagi ke bang ?”tanya Sarah sewaktu melihat Rizal mendukung Rayyan Najmi naik ke tingkat atas untuk diletakkan dalam bilik mereka .
“Diorang belum tidur lagi tengahari tadi , tu yang tak nak bangun ni . Lagipun tadi diorang ada cakap , selagi tak dapat jumpa maksu . Diorang taknak tidur . Sayang betul hero berdua ni dekat Sarah.”jawab Rizal sambil tersenyum lebar pada Sarah yang mendengar .
“Aww , so sweet . Tak tahu pula diorang sampai macam tu sekali .”
“Semalam lagi teruk . Waktu abang bagitahu hari ni nak pergi ambik Sarah , dua – dua tu berpakat tak nak tidur . Tapi lepas mama dia pujuk , tidurlah juga cuma lambat daripada biasa . Sebab tu bila dah dapat lepas rindu ni , diorang terus tidur . Nak sambung tidur yang tak cukup semalam .”celah Puan Rosmah panjang .
Sarah ketawa tatkala mendengar cerita itu . Pada masa yang sama , Encik Adzan sampai di rumah . Bila pintu mula terbuka , Sarah meluru pada papanya dan memeluk erat . Encik Adzan yang pada mulanya terkejut sudah mula tersenyum lebar .
“Kalau ye pun , bagilah papa tarik nafas dulu .”tegur Encik Adzan tatkala pelukan dileraikan .
Sarah tergelak disambut dengan ahli keluarga yang lain . “Eyh , dahlah . Jom makan .”panggil Puan Rosmah .
“Eyh ? Habistu apa function abang pergi beli santan ni ?”tanya Encik Adzan pelik sambil mengangkat sedikit beg plastik yang tergantung di tangannya .
“Itu , untuk tea petang ni .”jawab Puan Rosmah selamba . Rizal , Sarah dan Qashmiera jelas sedang menahan gelak daripada meletus kuat .
“Dah kalau nak pakai petang ni , kenapa suruh abang lari pergi kedai awal – awal tadi ?”tanya Encik Adzan lagi .
“Dah , dah . Tunggu mama dengan papa gaduh , sampai esok kita tak makan tau ?”celah Sarah dan mula menarik mama dan papanya ke meja makan . Qashmiera dan Rizal sudah tergelak kuat , lantas mengatur langkah mengekori mama , papa dan Sarah ke meja makan .
______________________________________________________________________________
“Awak , saya takutlah .”tutur Sarah gementar sewaktu dalam perjalanan ke rumah Hairy . Hari ini , dia akan berjumpa dengan keluarga Hairy . Perasaan gementar menyelubungi dirinya .
“Takde apa punlah . Bukannya ibu saya makan orang pun .”ujar Hairy yang sedang memandu .
“Okay . I hope so .”
“Dah sampai dah . Jom keluar .”ujar Hairy lantas menekan pedal brek .
“Hah ?”
“Ye , dah sampai . Tak payah buat muka macam tu . Jom keluar .”tutur Hairy . Dia mula mematikan enjin kereta dan keluar ke pintu sebelah pemandu dan membuka pintu untuk Sarah .
“Jom .”panggil Hairy lagi .
Sarah mengangguk lantas keluar . Hairy dikerling , perasaan gementar masih menyelubungi diri . Nafas ditarik dan dilepaskan .
“Assalamualaikum .”Hairy memberi salam .
Pintu rumah terbuka luas , terpapar di ruang matanya . Seorang wanita dalam lingkungan usia mamanya sedang tersenyum memandangnya . “Waalaikumussalam .”
Sarah memandang Hairy sebelum menyalam wanita itu . “Ini ke Sarah ?”tanya wanita itu sewaktu dia bersalaman dengannya .
“Err , yea .”jawab Sarah .
“Sarah , ini ibu saya .”ujar Hairy memperkenalkan ibunya .
“Panggil ibu je Sarah . Dahlah , jom masuk dalam ibu dah masak sedap – sedap untuk bakal menantu ibu ni .”terang Puan Aisyah . Sarah mengangguk perlahan . Mereka mula masuk ke dalam , melihat pada dekorasi rumah Hairy . Dia pasti ibunya merupakan seorang yang suka melancong . Terdapat satu almari yang penuh dengan pinggan mangkuk yang terdiri dari pelbagai jenama . Dan yang paling mudah untuk dijelaskan pada masa ini ialah dia pasti wajah tampan milik Hairy diwarisi daripada Puan Aisyah .
Sewaktu sampai di ruang makan . Sarah melihat bermacam – macam makanan terletak di atas meja . Dia memandang Hairy , namun tiada sebarang reaksi dari lelaki itu . Lantas Sarah mula bersuara , “Banyaknya makanan ibu ? Siapa yang nak makan ?”
“Sarah janganlah risau , bukannya ibu suruh Sarah habiskan semua ni . Lagipun Helena dan ayah ada nak menghabiskan semua ni .”balas Puan Aisyah seraya melabuhkan punggungnya . Sarah duduk di hadapan Puan Aisyah diikuti Hairy di sebelahnya .
Sementara menunggu Helena dan ayah Hairy , Puan Aisyah berbual kosong dengan bakal menantunya . Walaupun mereka berkenalan tidak sampai sejam tetapi perbualan mereka bagaikan ibu dan anak yang terpisah jauh . Maklumlah , Sarah merupakan seorang bakal peguam , jadi tidak begitu pelik jika dia ramah dan mudah bergaul dengan ramai orang .
Lima belas minit kemudian , Helena dan ayah Hairy turun menyertai mereka di meja makan . Helena mengambil tempat di sebelah Sarah , “Hai akak ! Nama saya Helena . Suka hati akaklah nak panggil apa pun .” ujar Helena ramah selepas bersalaman dengan Sarah .
“Takde siapa tanya .”celah Hairy sengaja . Sarah tertawa kecil .
“Alahh , diamlah . Sibuk je .”balas Helena mencebik .
Puan Aisyah dan Encik Zaihan hanya menggeleng melihat dua beradik itu . “Dah , dekat depan rezeki tak elok bergaduh . Ada tetamu tapi perangai tetap sama .”tegur Encik Zaihan . Sarah hanya tersengih melihat Helena yang masih mencebik .
Mereka menikmati makanan sehinggalah hari menginjak senja .
“Sarah nak balik sekarang ke ? Dah nak maghrib dah ni . Kita solat dululah , lepastu Hairy hantar Sarah.”ujar Puan Aisyah .
Sarah memandang Hairy . Tak lama kemudian dia mengangguk perlahan . Mereka menunaikan solat maghrib berjemaah , diimamkan oleh Encik Zaihan . Selesai bersolat , mereka sekeluarga menghantar Sarah sehingga ke pintu pagar .
“Sarah jangan segan – segan nak datang sini lagi tau .”ujar Puan Aisyah sewaktu mereka bersalaman .
“Ibu jangan risau , rumah Sarah bukannya jauh sangat dari sini . Kalau Sarah ada masa , Sarah datang.”jawab Sarah mesra . Dia kemudian bersalaman dengan Encik Zaihan dan akhir sekali Helena .
“Akak , macam mana akak boleh sangkut dekat abang Hairy ni ek ? Takdelah , Leena tengok dia ni bukannya handsome pun . Tapi dapat pula perempuan cun macam akak ni ?”tutur Helena selamba selepas dia bersalam dengan Sarah . Sarah sudah meletuskan gelak pabila Hairy menjegilkan matanya pada Helena yang sudah menyorok di belakang Encik Zaihan .
“Eyh , tak payah nak bergaduh dekat sini . Tu , dah angkut anak dara orang pergi hantar balik . Nak gaduh esok lusa korang gaduh puas – puas .”tutur Puan Aisyah memberhentikan pertelingkahan dua beradik itu .
“Bawa kereta elok – elok Hairy .”ujar Encik Zaihan sewaktu Hairy sudahpun menghidupkan enjin kereta Honda Civic itu .
Don’t worry .”balas Hairy lalu menaikkan tingkapnya dan terus menekan pedal minyak meneruskan perjalanan untuk ke rumah Sarah .
______________________________________________________________________________

Thanks , I have a great time with your family Hairy .”ujar Sarah sewaktu mereka tiba di hadapan rumahnya .
Welcome . Kalau ada masa awak datanglah rumah tu , ibu memang nak sangat awak datang .”balas Hairy .
“InsyaAllah . Kalau saya free saya datang sana .”balas Sarah sambil tersenyum . Sarah membuka pintu kereta perlahan , serentak Hairy membuka pintunya juga .
“Kenapa awak keluar juga ni ? Nak masuk ?”tanya Sarah pelik .
Nope . I hope we’ll meet next time .”jawab Hairy sambil tersenyum .
“Yea , kita akan jumpa lagi lepas ni . Just give me a call .”balas Sarah sambil tersenyum .
“Kay . Night . Take care , love you .”tutur Hairy sambil tersenyum nipis .
Take care too . Drive carefully , love you more.”balas Sarah dan terus melangkah masuk ke dalam rumah . Hairy terus memasuki kereta dan pulang semula ke rumah .
Sewaktu memasuki rumah , dia ternampak  abangnya dan kedua – dua kembarnya menonton televisyen.
“Mama , papa mana ?”tanya Sarah sambil melabuhkan punggung di sebelah Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli yang duduk di atas sofa berangkai dua itu .
“Ada dinner dengan kawan – kawan office papa . Amacam pergi rumah bakal mertua ? Best ?”tanya Hairy sengaja . Sarah tersenyum .
Not bad . Bestlah dapat berbual dengan diorang , tak cerewet . Just perfect , and Sarah rasa ayah Hairy pun ada company macam papa jugalah . Sebab , tengok dari cara dia lepastu ada banyak sijil – sijil yang dia frame dekat dinding .”
Rizal tergelak . “Okay . Not bad .”jawab Rizal ringkas .
“Kak Miera mana ?”tanya Sarah . Dia mengusap perlahan rambut Rayyan Naqli dan Rayyan Najmi yang berada di kiri dan kanannya . Kedua – duanya khusyuk menonton cerita kartun kegemaran mereka di kaca tv .
“Dekat atas . Tengah sketch design baru dia lah tu .”jawab Rizal selamba . Maklum sajalah isterinya merupakan pereka fesyen yang mempunyai sebuah butik di tengah – tengah kota metropolitan itu.
“Woah ! Akak ada  design baru dah ke ?”tanya Sarah teruja . Rizal hanya mengangguk , “I think so?”.
Sarah terus berlari naik ke atas . Dia masuk ke biliknya untuk membersihkan diri dan terus menuju ke bilik abangnya . Pintu diketuk .
“Masuk .”suara Qashmiera menerjah masuk ke telinganya . Pintu dibuka . Kelihatan Qashmiera sedang memegang sebatang pensil sambil melukis sesuatu atas sekeping kertas besar .
“Sarah ? Nak apa ?”tanya Qashmiera sambil tangannya lincah melukis di atas kertas .
“Takde apa . Abang Riz cakap akak ada design baru . Ni ke ?”tanya Sarah , sambil mengambil tempat di hadapan Qashmiera .
Qahmiera tersenyum , “Yea . Kenapa ?”
“Takde apa . Sarah suka tengok akak buat benda ni . It’s exciting . Sarah tak dapat bayangkan macam mana Sarah nak menghadap kertas , fail , kes bila dah start kerja nanti.”rungut Sarah sambil tersenyum .
“Takdelah . Bila Sarah dah start nanti mesti Sarah akan rasa best buat kerja tu .”balas Qashmiera sambil tersenyum . Sarah hanya mengangguk . Dia mula menguap .
“Akak , Sarah masuk tidur dululah . Mengantuklah .”tutur Sarah sambil mula bangun .
“Hmm , yelah . Good night.”
Night .”
______________________________________________________________________________
“Awak tak tidur lagi ?” tanya Sarah sambil menghempaskan badannya ke atas katil .
“Kalau saya dah tidur , takkan saya boleh cakap dengan awak sekarang ?” jawab Hairy bersahaja .
Sarah tertawa perlahan , “Awak dah mula kerja , saya ni tak tahu bila lagi .”
“Alaah , nanti adalah . Awak sayang saya tak ?” tanya Hairy .
“Soalan jenis apa tu ?”tanya Sarah berang .
“Jawab je lah . Please ,”rayu Hairy .
“Mestilah saya sayang awak . Awak tak percaya kat saya ke ?”
“Sebab saya percaya awaklah saya tanya .” Hairy mengeluh sebelum menyambung semula , “Saya tak tahulah bila saya boleh jumpa awak lagi .”
“Apa awak cakap ni ? KL ni bukannya besar mana , kita still boleh jumpa kan ?”tanya Sarah . Dia mula pelik dengan soalan Hairy seolah – olah mereka memang akan berpisah tidak lama lagi .
“Okay , jangan marah . Saya tanya je , nanti kalau saya free kita keluar kay ?”
“Mestilah saya marah , awak tanya macam kita ni memang dah takkan jumpa . And one more thing awak lupa ke saya ni penanam anggur sepenuh masa , so kalau nak keluar just give me a call.”bebel Sarah panjang .
Hairy tergelak , “Okay , wak . Saya nak tidur , good night dear . Take care and love you.
“Okay . Tidur elok – elok , take care too . Love you more .” setelah membalas salam Hairy , Sarah terus meletakkan handphone di atas meja yang terletak di tepi katilnya .
‘Kenapa aku rasa tak sedap hati dengan apa yang Hairy cakap tadi ? Ya Allah , apa lagi yang kau cuba tunjukkan pada aku ni ?’ getus hati Sarah sambil merenung pada siling biliknya .
______________________________________________________________________________
‘Hairy janji nak jumpa aku esok tapi sampai sekarang tak dapat apa – apa call dari dia .’Sarah berfikir – fikir sambil menepuk perlahan punggung Rayyan Najmi yang masih belum tidur .
Tiba – tiba telefon bimbitnya mula berdering , dia menekan icon’call’  pada skrin sentuh itu .
“Sarah ?”tanya Rizal dengan suara yang dilembutkan seperti perempuan dengan niat supaya mengelirukan Sarah .
“Ye , abang ? Nak apa ni ?”tanya Sarah kasar , faham benar dengan perangai abangnya itu .
Nothing , just wanna know about my son’s .”jawab Rizal .
Just your son’s ? You don’t even wanna know about your sister ?”tanya Sarah sengaja .
Rizal mengeluh , “Yea , my beloved sister too .” jawab Rizal .
Sarah tergelak . “Both of your son was okay with me , but at four I’ll pass them too bibik .”
Okay then , where are you going ?
Date ? I think .”Sarah tergelak . “Nope , I’ll hang out with Ain .”
Rizal tergelak perlahan , “Okay , I gotta go . Take care .” Sarah memberi salam pada Rizal dan terus meletakkan telefonnya di atas meja kopi . Jam dinding dikerling .
It’s almost four .’ getus hati Sarah. Rayyan Najmi yang sudahpun terlena dibaringkan di sebelah adiknya, Rayyan Naqli . Dia naik ke atas untuk membersihkan diri , setelah bersiap dia mendail nombor telefon Ain , memaklumkan yang dia sedang menunggu Ain yang berjanji untuk menjemputnya di rumah .
______________________________________________________________________________
So ? Apa cerita kau sekarang ?”tanya Ain sewaktu mereka berjalan – jalan di sekitar Subang Parade itu .
“Aku ? Entahlah . Takde cerita kot ?”jawab Sarah sambil membelek – belek kasut di dalam Al – Ikhsan .
“Tipu lah . Takkan kau tak nak cerita dekat aku pasal Hairy ke apa ke ? Yelah tak lama lagi korang pun dah nak bertunang kan ? Tak nak cerita dekat aku ke pasal kau punya hantaran semua tu ?”tanya Ain bertubi – tubi menghentikan pergerakan Sarah yang sebelum ini asyik membelek kasut – kasut yang terletak rapi di atas rak itu .
“Ain , lima bulan lagi lah ! Lambat lagi , and for your information mama aku yang buat hantaran- hantaran bagai tu , bukan aku . So , the conclusion is don’t ever ask me about that ! Even once !” bentak Sarah keras dan terus keluar dari Al – Ikhsan itu . Ain hanya mengekorinya .
“Weyh , kau ni apahal ? Tiba – tiba je nak marah . Kau gaduh dengan Hairy eyh ?”teka Ain , dan sekali lagi menghentikan Sarah . Dia merenung mata Sarah dalam .
“Kan ?”tanya Ain sekali lagi .
“Dah dua hari tak dapat call dari dia or family dia .”jawab Sarah perlahan . Mereka duduk sebentar di atas bangku yang disediakan di hadapan kedai – kedai di situ .
Then , kau tak try contact diorang ?”tanya Ain lagi .
Sarah menggeleng perlahan , Ain mendengus kuat . “Why don’t you do that ?
Sarah mengeluh , dia ternyata tiada jawapan untuk itu . Sedang dia melihat – lihat persekitaran di dalam Subang Parade itu , dia ternampak satu susuk tubuh yang cukup dia kenali .
“Ain , kau tunggu sini kejap .”ujar Sarah dan terus berjalan laju mengejar gadis itu .
“Leena !”jerit Sarah , menghentikan langkah Helena .
“Kak Sarah ?”
“Leena buat apa kat sini ?”tanya Sarah selepas bersalaman dengan Helena .
“Err .. Nothing , just walk around .”jawab Helena tergagap – gagap .
Are you sure ? You look pale Leena .”tegur Sarah dengan nada yang jelas risau . Ain mula menapak ke arah mereka .
Yea , don’t worry . I’m okay .”jawabnya .
“Okay . Leena akak nak tanya sikit .”ujar Sarah . Helena mengangguk .
“Err .. Kenapa akak call abang Hairy dia tak angkat then he doesn’t reply my text too ? Is there something that I should know Leena ?”tanya Sarah semakin risau tatkala terpandang wajah cuak Helena .
“Takde apa . Dia just tak nak diganggu , lagipun dia tengah busy sekarang . Maklumlah , this is the first time dia kerja .”jawab Helena . Sarah terdiam , seketika kemudian telefon bimbit Helena berbunyi menandakan ada panggilan masuk .
“Waalaikumussalam .”tutur Helena , menjawab salam daripada pemanggil itu . Seketika kemudian , Helena hanya mendengar penjelasan pemanggil itu , namun wajah tenangnya tidak lama . Sewaktu dia mematikan talian , jelas di wajahnya yang ada sesuatu terjadi .
“Akak , Leena kena pergi . Sorry , and I hope we’ll see next time . And , you don’t have to worry about abang . He’s okay .”ujar Helena dan terus berlalu .
“Siapa tu ?”tanya Ain yang sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka , Sarah mengeluh kuat . “Adik Hairy .”
“Aku nak balik .”ujar Sarah . Ain hanya mengangguk , dia faham apa yang Sarah rasai . Tentunya rakan karibnya itu memerlukan masa untuk merehatkan mindanya yang berserabut .

No comments:

Post a Comment