Thursday, 4 October 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 12 )


BAB 12
“Helo abang !”ujar Sarah ceria sewaktu mendapat panggilan dari Rizal .
“Amboi , excited betul ? So , how’s everything ?”tanya Rizal .
You don’t have to worry , everything's alright , will alright and InsyaAllah it will always be alright . Dah setahun Sarah kat sini .”jawab Sarah sambil tersenyum , terubat sedikit kerinduan pada keluarganya di Malaysia .
I hope so , anyway I have something to tell you .”ujar Rizal , otaknya memutar ligat hatinya masih ragu – ragu sama ada mahu menyampaikan berita itu atau tidak .
“Apa dia ?”tanya Sarah teruja .
“Err , abang dah lupalah nak cakap apa . Ermm , nanti kalau abang dah ingat , abang bagitahu Sarah .”dalih Rizal . Hakikatnya , dia mahu memaklumkan khabar Farhan pada Sarah .
Sarah yang mendengar sudah berkerut dahi , namun dia hanya diam sahaja pasti abangnya itu benar – benar terlupa .
“Hah ! Benda ni yang paling penting abang nak bagitahu Sarah .”ujar Rizal tiba – tiba .
“Apa lagi abang ni ?”
“Sarah cuti semester lagi sebulan kan ?”tanya Rizal sebelum menerangkan perkara ‘penting’nya itu .
Sarah berfikir – fikir sebelum menjawab , “Ye . Kenapa ?”
Rizal berdehem sedikit sebelum berkata – kata , “Abang nak kahwin !”
Sarah yang mendengar tergamam , otaknya ligat memikir . Satu – satunya abang yang dia ada sekarang sudahpun mahu mendirikan masjid , pasti perhatian abangnya akan tertumpu pada keluarga barunya sahaja . Matanya sudah berair , Rizal yang juga diam dibiarkan .
“Sarah ?”panggil Rizal sewaktu dia mula mendengar tangis adiknya itu . “Ye ?”jawab Sarah dengan suara yang sudah serak . Sah ! Sarah pasti menangis , Rizal yang pelik mula menanya .
“Sarah kenapa ?”tanya Rizal yang masih belum dapat menangkap sebab mengapa adiknya itu menitiskan air mata secara tiba – tiba .
“Abang cuti ke ni ?”tanya Sarah , hakikatnya dia mahu menukar topik perbualan mereka . Air mata yang hampir menitis lagi pantas diseka .
“Yelah , abang cuti . Hari ni kan Sabtu .”jawab Rizal teragak – agak , dia pelik dengan soalan yang diajukan Sarah .
“Abang . Mama , papa semua sihat kan ?”tanya Sarah lagi . Perasaan rindu pada keluarganya mengasak lagi .
“Sihat .”
“Abang da..”
Belum sempat Sarah menyambung Rizal yang masih bingung pantas memotong , “Boleh tak Sarah cakap dengan abang , Sarah kenapa sebenarnya ni ? Sarah tiba – tiba je menangis lepastu tanya abang soalan yang mengarut , soalan yang Sarah sebenarnya tiap – tiap hari dah tanya . Sarah dengar tak abang cakap tadi ? Abang nak kahwin .”ujar Rizal berang .
“Ye , Sarah dengar tapi Sarah saja buat tak dengar . Sarah sedih bang , nanti bila abang dah kahwin perhatian abang mesti akan tertumpu dekat isteri dan keluarga mertua abang . Sekarang , Sarah ada seorang abang je , dan yang seorang tu adalah abang ! Sarah sedih sangat , lepasni siapa lagi yang nak layan Sarah ? Takde siapa pun bang , takde ! Mungkin Sarah ni wujud sekadar untuk dilupakan .
Mula – mula Farhan , lepastu abang then siapa lagi ?! Ain ? Maybe I’m right just now , Sarah ni wujud memang untuk dilupakan . Sarah bukan nak sedih bila abang bahagia , Cuma Sarah nak tanya , Sarah tak layak ke dapat merasai bahagia tu ?”terang Sarah panjang dengan tangisan yang cukup sayu .
Rizal yang mendengar menarik nafas panjang , “Ya Allah Sarah . Apa yang Sarah cakap ni ? Tu semua takdir , Sarah . Semua orang layak kecapi bahagia tu , cuma cepat atau lambat je . Abang tak kan pernah lupakan adik abang ni , Sarah sajalah satu – satunya adik yang abang ada . Macam mana Sarah boleh cakap abang akan lupakan Sarah ? Percayalah Sarah , sekuat mana pun satu dugaan tu , sejauh mana pun abang pergi , sesakit mana pun hati abang ni , Sarah tetap adik abang ! Sarah tak kan pernah hilang dalam hati abang ni .
Abang minta satu je dik , baliklah di hari pernikahan abang nanti . Sebelum abang telefon Sarah ni abang dah berjanji pada diri abang sendiri , selagi Sarah tak balik sini untuk tengok hari bahagia dalam hidup abang ni , abang tak kan teruskan pernikahan ni . Abang nak kongsi setiap detik bahagia abang dengan Sarah . Baliklah , semua orang di sini rindu sangat dekat Sarah . Nanti abang email dekat Sarah baju pengantin abang kay ?”balas Rizal panjang , air matanya yang hampir menitis diseka dengan tangan .
Sarah yang mendengar sudah menangis teresak – esak , “InsyaAllah , Sarah tak dapat janji . Abang jangan risau , kalau Sarah tak tengok dari dekat Sarah pasti akan tengok juga . Sarah dah ngantuklah abang . Sarah tidur dulu , Assalamualaikum .”Sarah meletakkan telefon bimbintya diatas meja kecil di tepi katilnya , bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil itu dicapai .
Kepalanya sudahpun mencecah bantal empukya itu . Gambar dia , Rizal dan arwah Azzam dipandang sayu . Rindunya pada arwah Azzam sudah tidak tertahan lagi . Masih terbayang di matanya wajah arwah Azzam dengan wayar yang berselirat di setiap inci tubuhnya .
Air matanya menitis lagi , “Abang Azzam , Sarah sekarang dah sambung belajar kat university dah . Sarah dah janji dekat mama dan papa untuk bawa diorang kat sini bila graduation day nanti . Abang , abang nak tahu tak ? Abang Riz dah nak kahwin , kalau abang ada lagi sekarang ni mesti abang dah kahwin juga kan ? Sarah sedih , nanti bila abang Riz kahwin , dengan siapa Sarah nak manja lagi ? Semua orang nak tinggalkan Sarah abang . Abang seorang je yang setia di sisi Sarah tak kira di mana pun Sarah berada . Terima kasih abang , Sarah bersyukur sangat . Abang Sarah dah nak tidur lah . Assalamualaikum .”
“Sarah , baliklah . Semua orang kat sana tunggu kau .”tegur Ain pada rakannya itu . Sarah masih teragak – agak untuk balik ke Malaysia .
“Buat apa Ain ? “
“Sarah , abang kau pun dah cakap kan dia takkan teruskan selagi kau takde . Kau sendiri tak suka menyusahkan orang kan ?”nasihat Ain lagi .
“Entahlah Ain . Tengoklah macam mana .”balas Sarah malas .
“Kay , macam nilah , aku ikut kau balik nanti .”putus Ain . Sarah yang sedang menonton televisyen itu , memandang Ain . Dia mengeluh perlahan .
“Tak payahlah susahkan diri kau Ain .”
“Tak susah pun Sarah . Untuk diri kau juga , kalau aku duduk sini pun takde kawan kan ? Baik aku ikut kau balik , at least boleh teman kau .Dahlah , lusa kita balik kan ? Aku nak pergi kemas beg kejap . Jangan risau kay , tak menyusahkan pun .”terang Ain , menjelaskan segala – galanya , bahu Sarah ditepuk perlahan sebelum melangkah masuk ke biliknya .
_________________________________________________________________________________
“Ain , aku tak rasa aku kuatlah .”ujar Sarah . Sewaktu itu mereka sudahpun tiba di KLIA . Ain yang mendengar terus menoleh ke Sarah .
“Sarah , apa ni ? Kita dah sampai sini dah . Kau janganlah risau  aku ada nak teman kau , nothing will happen kay ?”tegur Ain , mereka lantas mendapatkan limo untuk ke rumah Sarah .
“Assalamualaikum .”tegur seseorang dari belakang , Sarah dan Ain yang terkejut lantas menoleh .
“Hairy ?”ujar Sarah bingung .Salam yang diberi tadi hanya dijawab di dalam hati .
Such a small world ,hari tu baru kita jumpa kat library kan ? Kali ni kat Airport pula . Awak nak pergi mana ?”terang Hairy . Ain yang masih belum tahu apa-apa hanya melihat sahaja .
“Owh ,anyway Ain this is Hairy, and Hairy this is Ain . “ucap Sarah memperkenalkan kedua – dua rakannya itu .
“Ini ke housemate awak tu ?”tanya Hairy .
Exactly !”jawab Sarah .
“Eyh , kau cerita apa pasal aku ?!”potong Ain pantas . Sarah dan Hairy hanya tersenyum . “Tak cerita apa punlah , haritu waktu kitorang jumpa kat library aku ada cakap kau tunggu aku . Tu je .”balas Sarah.
“Kalau cerita pun yang baik – baik je .”potong Hairy pula .
Sarah yang mendengar hanya tersengih , “Eyh , we gotta go . Next time kita jumpa kay ?”ujarnya sewaktu ternampak limo yang berhenti di hadapan mereka .
“Owh , okay . Bye !”balas Hairy , dan seterusnya dia juga beredar .
_________________________________________________________________________________
“Sarah !”jerit Rizal sewaktu melihat Sarah sudah pun ada di muka pintu . Sarah yang pada hakikatnya mengantuk akibat tertidur sewaktu dalam perjalanan tadi masih mamai . Tanpa dijangka Rizal sudahpun memeluk Sarah erat .
Seperti yang dikatakan tadi , Sarah yang masih mamai sudahpun terkejut . Semakin lama dia semakin lemas dan mula meronta – ronta untuk keluar dari pelukan erat abangnya itu .
“Ergh ! Abang , agak – agaklah kalau nak peluk pun ! Dahlah orang tengah penat ni tiba – tiba datang peluk , kalau lagi 10 minit orang kena peluk dengan abang macam tu , memang alamatnya dekat hospital lah esok !”bebel Sarah , badan Rizal ditolak kuat . Beg yang masih diluar diangkat pergi ke ruang tamu , badannya dihempas ke atas sofa . Ain yang melihat hanya tersenyum lebar sambil turut mengangkat barang masuk ke dalam rumah .
“Sarah dah balik ?”tanya mamanya yang sedang menuju ke arahnya , Sarah pantas berdiri dan menyalami mamanya . Papanya yang juga baru pulang dari pejabat disalam . Ain yang berada di situ turut menyalami ibu – bapanya .
“Mama dengar Sarah bebel tadi , Sarah bebel kat siapa ?”tanya Puan Rosmah , sewaktu kesemua mereka sudahpun berkumpul di meja makan untuk makan malam .
“Abang nilah , mama bayangkan orang baru je setapak masuk dalam rumah , dia boleh datang kat Sarah lepastu peluk ! Seriously , kalau sepuluh minit lagi Sarah kena peluk dengan dia waktu tu , Sarah takde kat sini dah . Tempat Sarah dekat hospital tu .”terang Sarah panjang . Encik Adzan , Puan Rosmah dan Ain sudahpun tergelak . Rizal hanya menjuihkan bibir .
“Alaah , apa salahnya ? Dah rindu peluklah .”jawab Rizal .
“Masalahnya abangku intan payung , tengok tempatlah ! Sarah baru nak tarik nafas abang dah peluk Sarah macam memang dah tak boleh jumpa dah , memang saja nak kena lah .”bebel Sarah lagi .
“Amboi , pandai cakap dah !”ujar Rizal seraya menarik hidung Sarah .
“Heyy ! Makan jelah tak payahlah tarik hidung Sarah ! One more I’m already nineteen , memanglah pandai cakap .”tepis Sarah , yang lain hanya tergelak melihat telatah dua beradik itu .
_________________________________________________________________________________
Setelah berpenat lelah mengemas rumah untuk hari perkahwinan Rizal , akhirnya hari yang dinanti – nanti tiba jua . Para tetamu yang datang bagai air yang mengalir tidak berhenti , Ain pula sedari tadi hanya berkepit dengannya sebagai penyambut tetamu , dan pada masa yang sama mereka mengedarkan gula – gula pada kanak – kanak yang hadir .
Sewaktu leka mengedarkan gula – gula , dia tertarik kepada seorang kanak – kanak lelaki , paras rupanya tak tumpah seperti muka Farhan . “Hai comel .”tegurnya lantas memberi sepaket gula – gula padanya .
“Hai .”balasnya sambil menyambut huluran Sarah itu .
“Nama apa ?”tanya Sarah lagi .
“Iqram “jawab kanak – kanak itu . Suaranya yang sungguh comel membuatkan Sarah tersenyum , tiba – tiba dia mendengar satu suara yang tidak asing menegurnya .
“Hai .. awak.”tegur lelaki itu , Sarah yang mendengar terus berdiri menghadap lelaki itu . Tanpa disangka – sangka dia tergamam , tiada satu perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya .
“Fa.. Far.. han ?”sebutnya gagap , tubir matanya sudah berair . Ain yang berada di sebelah sedari tadi juga tergamam .
“Yea saya . Saya minta maaf sebab ..”
“Pergilah makan , Iqram pergi makan tau . Ada marshmallow , nak tak ?”ujar Sarah menukar topik pada masa yang sama memotong kata – kata Farhan , dia pantas menunduk di hadapan Iqram . Iqram yang mendengar sudah terangguk – angguk , matanya bulat teruja . Sarah yang melihat sudah tertawa kecil .
 “Kenapa abang tak masuk lagi ?”tanya Nadia pada Farhan seraya memeluk lengan kiri Farhan . Sarah yang mendengar suara it uterus tegak berdiri memandang Farhan . Ain di sebelah tidak bersuara sedari tadi .
Sarah sudah menggeleng – geleng . Air matanya sudah hampir menitis , namun sepantas kilat diseka . Ain mengerling sekilas pada Sarah .
“Sarah , ..”
“Iqram anak korang ?”potong Sarah pantas .
Farhan melepaskan keluhan sebelum mengangguk perlahan . “Err .. Tak tahu pun ?” ujar Sarah ,Ain sudah pergi menyerahkan bakul gula – gula pada saudara Sarah yang lain supaya menolongnya sementara dia , Sarah , Farhan dan Nadia berdiskusi sedikit .
Ain yang melihat sudah diserbu rasa bersalah , kesemua mereka terdiam . Ain pantas berbisik pada Sarah . “Dah dekat setahun diorang kahwin ,and now kau baru bagitahu aku ? Ain kau buat lawak jenis apa ni ? Aku tak faham doe . Seriously ! Kay , sekarang ni semua orang tahu kecuali aku ?”
It’s all my fault , saya yang sepatutnya bagitahu dekat awak bukan Ain atau abang Riz. Ermm , macam nilah esok kita keluar . Kay ?”putus Farhan sambil memandang Sarah dan Ain .
Shut it , you got nothing to be explained . Both of you are already married . I can't change anything.”ujar Sarah tenang sambil mencuit pipi Iqram yang sudahpun berada dalam dukungan Farhan .
“Sarah ,..”
“Jangan sebut nama tu lagi .”potong Sarah pantas dengan nada yang cukup tegas .
Nadia yang di sebelah hanya diam tidak berkutik . “I minta maaf Sarah , kitorang kahwin atas kehendak keluarga . I tak berniat nak rampas Farhan dari you .”ujar Nadia setelah lama berdiam diri .
You takde buat salah pun Nad , dah jodoh korang . Takde apa pun yang I boleh buat . Kalau I boleh putar masa , dah lama I buat . Dapat juga I hapuskan orang – orang yang tak guna dalam hidup I .”balas Sarah panjang . Dalam kata – katanya terselit sedikit kelukaan , Farhan dan Ain yang mendengar sudah tersentak , matanya memandang mata Sarah dalam .
“Bawa Iqram makan dulu nanti abang datang .”kata Farhan pada Nadia pada masa yang sama memberikan Iqram kepada Nadia , tanpa menunggu lama Nadia hilang di sebalik orang ramai .
“Apa lagi kau nak cakap Farhan ?”tanya Sarah pantas sejurus selepas Nadia hilang dari pandangannya . Mata Farhan direnung tajam. Tiada lagi perkataan ‘saya’ atau ‘awak’ keluar dari mulutnya untuk Farhan .
“Saya nak minta maaf kat awak, sebab tak jemput pergi majlis saya .”
“Apa aku dapat bila kau ucap kata – kata maaf kau tu ? Sakit hati adalah . Senang kau lupa kat aku  kan ? Baguslah , teruskan usaha kau melupakan semua kawan – kawan kau . Dahlah tak payah cakap banyak Farhan , dah takde apa dah kau nak jelaskan . Macam aku cakap tadi korang dah kahwin dah pun , takde benda dah yang boleh kita ubah . Aku hanya boleh doakan korang bahagia je . Aku tak mengharapkan kau ingat kat aku pasal hubungan kita dulu , but at least as a friend . Susah sangat ke ?”terang Sarah panjang .
Farhan mengeluh perlahan . Kepalanya diangguk perlahan , “Sarah , saya nak ..”
“Dahlah , yang lepas tu biarlah lepas . Kau dah ada anak pun , tak payahlah nak bincang apa – apa lagi . Eyh , Ain aku nak masuk jap jumpa abang Riz .” ujar Sarah dan terus berlalu . Farhan mula masuk ke bawah khemah dan menyertai Nadia yang sedang menyuap Iqram makan .
_________________________________________________________________________________
Selesai sahaja majlis abangnya , Sarah hanya mendiamkan diri . Sepatah yang ditanya sepatah jugalah yang dijawab , dia hanya termenung 24/7 . “Sarah , kenapa termenung ni ?” tanya Qashmiera , kakak iparnya secara rasmi sekarang .
“Hah ? Tak ada apalah kak .”dalih Sarah . Matanya masih tertancap pada air yang deras mengalir di dalam kolam itu . Di sinilah tempat dia menangis sepuas – puasnya selepas pemergian abang kesayangannya .
“Sarah , akak pun perempuan juga . Ni mesti ada apa – apa kan ? Dari haritu lagi akak perasan Sarah tak banyak bercakap . Abang Rizal cakap dekat akak , Sarah bising . Tapi akak tengok bila orang tanya sepatah , Sarah jawab sepatah . Cuba cerita kat akak kalau – kalau akak boleh tolong ?”tanya Qashmiera lagi .
“Akak , akak tak payah risau kay ? Sarah tak ada apa –apa lah . Abang Riz mana ?”tanya Sarah menukar topik .
“Ada kat dalam .”jawab Qashmiera pendek .
“Sarah balik bila ?”tanya Qashmiera apabila melihat Sarah hanya diam .
“Esok petang . “jawab Sarah sambil memandang Qashmiera , tulus sungguh wajah kakak iparnya itu . Bertuah abangnya beroleh perempuan sebaiknya .
“Kenapa cepat sangat ? Bukan Sarah tengah cuti semester ke sekarang ni ?”tanya Qashmiera pelik .
Sarah tersenyum sebelum menjawab . “Takde apa lagi yang Sarah ada kat sini kak . Sekurang – kurangnya Sarah boleh lupakan kisah pahit Sarah dekat sini .”jawab Sarah jujur .
“Maksud Sarah ?”
“Takde apalah kak . Sarah rasa biarlah Sarah simpan sendiri je .”
“Kalau Sarah cakap macam tu takpelah . Tapi, kalau Sarah perlu apa – apa Sarah ceritalah dekat akak kay ?”jelas Qashmiera . “Dah , jom masuk dah malam ni .”ajak Qashmiera lagi . Sarah yang mendengar mengangguk dan masuk ke dalam diiringi Qashmiera .
_________________________________________________________________________________
“Kenapa cepat sangat Sarah nak balik ? Sarah tengah cuti semester kan ?”tanya mamanya pula , atau lebih tepat orang yang keempat selepas kakak iparnya , abang Riz dan papanya sendiri .
“Sarah kena siapkan assignmentlah ma , Sarah ada extra time nanti Sarah balik . “jelas Sarah .
“Takkan tak boleh siapkan dekat sini ?”desak Puan Rosmah lagi . Sarah melepaskan keluhan berat , sudah bermacam – macam alasan direka untuk lekas pulang ke U.K , namun hanya alasan itu yang cukup kukuh buatnya . Dia menjeling Qashmiera meminta pertolongan , kerana buat masa ini hanya Qashmiera yang memahaminya.
“Biarlah Sarah ma , lagipun semalam dia dah cakap dekat Miera dah . Kalau dia ada masa lebih dia mesti balik . Kan Sarah ?”jelas Qahmiera sambil memandang Sarah . Sarah hanya tersenyum memandang mamanya .
“Ma , Sarah pergi dululah . Dah nak berlepas dah tu .”ujar Sarah lantas menyalam Puan Rosmah . Seterusnya , papanya , abang Rizal dan yang terakhir Qashmiera .
“Jangan lupa , kalau ada problem share dengan akak .”bisik Qashmiera sewaktu memeluk adik iparnya itu , Sarah hanya membalas dengan senyuman . Seterusnya dia terus bergerak menyorong begnya bersama Ain di sebelah . Tanpa memandang ke belakang lagi dia terus berjalan , meninggalkan kisah pahit di situ bersama hati yang terluka .

p/s: Hey readers , for today saya post awal siket sbb just smpat habiskan satu bab , and nk inform awal2 lepasni maybe lmbt sket nk post bab 13 14 n 15 sbb busy final exam so , hope korang faham . And enjoy this chapter ! Jgn lupa comment ! 
                                                                                       sincerely ~ Izzaty Razak :)

No comments:

Post a Comment