Thursday, 29 November 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab (24)


BAB 24
Sarah mengemaskan ikatan rambutnya , beg tangan yang berada di atas meja solek dicapai . Penampilan yang cukup ringkas , John Lennon hitam , Leopard printed blouse dan sedikit solekan nipis pada mukanya. Jam tangan Baby-G berwarna hitam dipakai lantas dia terus turun menuju ke dapur .
“Ma , Sarah nak keluar kejap . Pinjam kereta .”ujar Sarah . Memandangkan dia baru sahaja mendapatkan lesen kenderaan hujung bulan lepas , jadi dia sudahpun boleh memandu secara rasmi di atas jalan raya.
“Nak pergi mana ?”tanya Puan Rosmah yang sibuk menumis .
Subang Parade ? Dengan Ain .”jelas Sarah .
“Hmm , kunci kereta kat depan .”tutur Puan Rosmah . Sarah tersenyum lantas bersalaman dengan mamanya dan terus pergi ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta .
Sarah berhenti di hadapan rak kasut dan mengambil sepasang wedges hitam untuk dipadankan dengan pakaiannya . Sarah mula menapak ke arah Volkswagen Golf merah kepunyaan mamanya itu .
Selepas memanaskan enjin beberapa minit , Sarah menurunkan hand brake dan terus menukarkan gear pada gear , reverse untuk mengeluarkan kereta itu dari garaj rumahnya . Seketika kemudian , kereta itu mula meluncur laju menuju ke Subang Parade yang terletak tidak jauh dari kediamannya .
Earphone dipasang pada telinga kirinya . Nombor telefon Ain didail pantas . Namun , hampa . Ain tidak menjawab panggilannya . Sarah terus memandu menuju ke Subang Parade .
___________________________________________________________________________
Okay , mata dalam kaca
Topi berceloreng
Sarung tangan hitam
Atas muka ada topeng
Hanya perlu siul
Tidak tekan loceng
Hero sudah sampai
Cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan
Aku pacu engkau bonceng
Sarah turut menyanyi rap kesukaannya yang juga daripada artis kesayangannya , Zizan Razak . Namun , nyanyiannya tidak dapat di sambung tatkala telefon bimbitnya berdering , memaparkan nama ‘Ain’ . Sarah menekan iconanswer’.
“Hmm , pahal ?”tanya Sarah terus .
“Err .. Aku ,”
“Tak boleh pergi ?”potong Sarah pantas .
“Aduyy , Sarah . Sorrylah . Aku bukannya saja ,lagipun kau ingat office  ni office  bapak aku ke ? Dah kalau diorang nak buat meeting , aku kenalah pergi .”rungut Ain .
“Aku suruh kerja dengan bapa aku tak nak , padan muka .”balas Sarah sambil memperlahankan volume radionya .
“Alaah , kau ! Sibuk suruh aku kerja dengan bapak kau , yang kau tu tak kerja – kerja lagi apahal ? Bukannya kau ambik law pun dekat ‘U’ dulu . Ambik business management juga !”jawab Ain .
“Aku bukannya tak nak kerja , masalahnya ..”
“Apa masalahnya ? Kau tu je yang mengada lebih . Dahlah , aku kena gerak lah . Sorry , next time aku set date . Kau ajak lah sesiapa teman kau hari ni .”potong Ain pantas dan terus menamatkan perbualan tanpa sempat Sarah membalas apa – apa .
“Kau cakap senanglah . Siapa aku nak call ? Ish !”rungut Sarah sambil mencari kotak parking yang kosong.Setelah memasukkan kereta itu ke dalam kotak parking , Sarah segera keluar dari kereta dan terus mengunci keretanya .
“Hmmh , apalah nasib aku ni . Asyik ditinggalkan je ,”rungut Sarah sambil berjalan menuju ke pintu lif , kunci kereta dimasukkan ke dalam beg tangan .
Sewaktu pintu lif terbuka , Sarah terus  memasuki perut lif itu . Butang G ditekan , dan serentak lif itu mula bergerak . Sementara menunggu lif itu terbuka semula di groud floor , Sarah menyemak contact list di dalam telefonnya . Nombor Ammar didail . Dia melekapkan telefon pada telinganya . Seketika kemudian , lif terbuka perlahan .
“Assalamualaikum .”Sarah memulakan bicara sebaik sahaja panggilannya dijawab . Dia mula berjalan ke arah Dome .
“Waalaikumussalam . Kenapa ni ? Tiba – tiba je call ?”tanya Ammar terus .
Sarah tergelak perlahan , “Bunyi macam awak busy je ?”
“Takdelah busy  mana pun .”balas Ammar .
“Err … Actually , saya nak ajak awak keluar ni .”terang Sarah .
“Pergi mana ?”
“Subang Parade . Sepatutnya , saya tengah keluar dengan Ain sekarang ni , tapi dia ada meeting pula . So,  saya keseorangan lah dekat sini .”jelas Sarah.
“Owh , ditinggalkan lah ni ?”usik Ammar .
“Yea . Tapi kalau awak sibuk takpelah .”balas Sarah .
“Eyh , takdelah. Awak dah ada kat dalam Subang Parade ke sekarang ni ?”tanya Ammar .
Yes ,”
“Okay , saya on the way  nak pergi sana . Tunggu saya tau !”ujar Ammar dan terus memutuskan talian .
Sarah terus memasukkan telefon bimbit ke dalam beg dan terus berjalan menuju ke restoran Dome. Sementara menunggu ketibaan Ammar , Sarah memesan makanan dan minuman untuk dirinya . Setelah sepuluh minit menunggu , Sarah ternampak kelibat Ammar menuju ke arahnya .
“Jauhnya menung .”tegur Ammar lantas mengambil tempat duduk di hadapannya .
Sarah tersengih , “Mana ada .”dalih Sarah .
“Dah order ke ?”tanya Ammar .
“Dah , tapi untuk saya jelah . Saya tak tahu nak order apa untuk awak ?”jawab Sarah selamba sambil membelek telefon bimbitnya .
Ammar tersenyum . Dia melambai ke arah pelayan , seketika kemudian dia memesan makanan dan minuman untuk dirinya . Selepas pelayan itu beredar , dia memandang Sarah yang masih fokus pada telefon bimbitnya .
Handphone tu lagi handsome dari saya ke ?”tanya Ammar .
“Hah ?”Sarah menayangkan muka peliknya .
“Saya tanya handphone awak tu lagi handsome dari saya ke ?”ulang Ammar .
“Saya tak tahu pula handphone ada jantina ?”balas Sarah semula .
Ammar tersenyum nipis . “Takdelah , dari saya datang tadi awak asyik main phone  je ? Saya macam takde function  je kat sini ?”Ammar bersuara seakan – akan merajuk .
“Alhaa , awak ni saya tengah reply mention dekat Twitter  lah . Bukannya buat apa pun . Eyh , jap jap jap. Awak tengah cuba cakap yang awak ni nak merajuk dengan saya ke ? Sorry , awak salah orang.”jawab Sarah selamba .
Ammar mula ketawa , “Ish , awak ni . Elok – elok saya nak merajuk , terus tak jadi tau tak ?”
“Lhaa , kenapa pula ?”tanya Sarah .
“Mana taknya , awak jawab tu selamba je . Main tembak je suka – suka hati . Nasib baik lah comel kalau tak , saya dah cili dah mulut awak tu .”balas Ammar .
“Comel ke ?”tanya Sarah semula . Seketika kemudian , makanan dan minuman yang dipesan sampai di meja mereka .
“Kalau tak comel , saya tak cakap .”balas Ammar sebaik sahaja pelayan itu beredar . Sarah tersengih .
“Dah , dah . Diam , saya nak makan .”ujar Sarah dan terus menyedut sedikit Ice Lemon Tea yang dipesannya .
“Okay , okay . Saya diam .”balas Ammar dan mula menyuap makanan yang dipesan . Setelah mereka menghabiskan makanan masing – masing , Ammar mula bangun dari kerusi .
“Eyh , nak pergi mana pula tu ?”tanya Sarah pelik membuatkan Ammar melabuhkan punggungnya di atas kerusi semula .
“Pergi bayarlah .”jawab Ammar selamba .
“Apalah awak ni ? Dah terang lagi bersuluh saya yang ajak awak datang sini , so saya lah yang bayar.” terang  Sarah sambil memandang Ammar .
“Owh . Okay , thanks .”ujar Ammar . Sarah tersenyum lantas memanggil  pelayan untuk membawakan bil . Selesai membuat pembayaran , mereka bergerak ke kedai buku Popular atas permintaan Sarah .
“Err.. Sarah ,”panggil Ammar sewaktu mereka mula menaiki escalator .
“Hmm?” Sarah menyahut .
“Helena ada bagitahu awak apa – apa tak ?”tanya Ammar . Mereka mula berjalan menuju ke Popular yang selang beberapa kedai sahaja lagi .
“Bagitahu apa ? Anything that I should know ?”tanya Sarah .
No , nothing . Just asking .”balas Ammar bersahaja .
“Okay .”balas Sarah tanpa sedikit pun ragu – ragu . Mereka terus sahaja memasuki Popular , Sarah terus menuju ke arah rak yang menempatkan novel – novel cinta . Ammar hanya mengekorinya sedari tadi .
Sedang dia leka membelek novel , Ammar memanggil Sarah . “Apa awak ?”balas Sarah .
“Pandang lah sini .”pinta Ammar yang tidak jauh darinya .
Sarah menoleh , Ammar sedang memegang sebuah novel yang bertajuk ‘Saya rindu kat Awak’ . Dahi Sarah berkerut .
“Ye , ye saya tau awak rindu saya .”balas Sarah dalam nada mengusik .
“Baguslah kalau awak tau .”bisik Ammar sendirian .
“Hah ?”Sarah menyoal .
“Hah ? Err.. Hm.. Takde apa .”dalih Ammar .
“Saya rasa saya dengar awak cakap something tadi ?”tanya Sarah lagi . Ammar menggeleng pantas . Seketika kemudian , Sarah menyambung bacaannya pada belakang novel . Tanpa sedar otaknya mengimbas semula detik – detik tatkala Farhan menunjukkan teddy bear yang memegang kad merah berbentuk hati yang tertulis  I Love You  . Sarah tertunduk .
‘Dah , Sarah dah . Dia dah kahwin , dia dah banyak melukakan kau . Cukuplah . Cukup.’ Sarah berkata – kata pada dirinya sendiri . Dia memandang Ammar sekilas yang sedang leka menilik novel .
‘Apa yang Ammar sorokkan daripada aku ek ?’getus hati Sarah . Seketika kemudian , perasaannya tidak dilayan . Dia mula memilih beberapa novel yang menarik perhatiannya dan mula membayar . Memandangkan Ammar juga membeli beberapa buku tentang photography  , dia menunggu Ammar di luar kedai . Seketika kemudian , Sarah meminta diri untuk pulang semula ke rumah .

p/s:Assalamualaikum , dear fellow readers . Saya minta maaf sgt2 , tk dpt nk bgi extra chapter utk korang + post lmbt . Kesibukan terserlah sgt2 sejak dua menjak ni . Tapi jgn risau korang tk perlu tertunggu2 , lagi dua bab then cerita ni akn habis and saya just nk ckp thanks sgt2 sbb sudi baca cerita yg tk seberapa ni :)

Thursday, 22 November 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 23)


BAB 23
‘Hmmh , apa aku nak buat ni ? Masuk hari ni je dah lima bulan aku jadi penanam anggur sejati kat rumah ni . Haish , Sarah bila lah kau nak masuk kea lam pekerjaan ni ?’ Sarah bermonolog sendirian di atas katilnya .
Seketika kemudian , Sarah bangun menuju ke rak bukunya dan mencapai novel kegemarannya . Hasil nukilan Siti Rosmizah , Takdir Itu Milik Aku . Dia mula berjalan menuju ke arah balkoni , Sarah mengambil tempat di sudut balkoni itu dan terus duduk bersila bersandarkan dinding .
Novel di tangannya dibuka perlahan . Cuaca yang mendung ditambah dengan tiupan angin membuatkan dia hanyut di dalam alam novel itu .
“Sarah .”panggil seseorang , menyentak fikirannya .
“Ya Allah , kat sini rupanya . Risau akak tau tak jumpa Sarah dalam bilik . Ni kenapa baca novel waktu tengah gerimis macam ni ?”bebel Qashmiera panjang . Sarah tersenyum simpul .
“Alaah , akak ni . Sebenarnya , waktu tengah gerimis macam ni lah best baca novel . Lagi – lagi kalau tengah baca part sedih . Barulah feeling . You should try this .”jelas Sarah panjang .
Qashmiera hanya tersenyum , “I will but not now . Akak nak pergi butik ni , nak ikut ?”
Sarah mula teruja , “Of course lah nak ! Nak pergi sekarang ke ?”tanya Sarah terus .
“Err.. Yea , and akak nak minta tolong ni . Akak nak bawa budak – budak tu sebab nak bagi mama rehat , so sementara akak buat kerja tu Sarah tolong jaga diorang boleh ?”tanya Qashmiera .
Small matter lah kak . Okay , give me ten minutes then I’ll be in the car.”putus Sarah . Qashmiera mengangguk lantas beredar dari bilik adik iparnya itu .
Sarah mula bergerak ke almari pakaiannya . Seluar dan baju yang bergantungan diselak satu per satu . ‘Aduyy , nak pakai baju apa ni ?’ getus hati Sarah .
Akhir sekali , Sarah menyarung seluar slim fit berwarna red velvet dipadankan dengan kemeja putih paras lengan . Rambut ikalnya dibiarkan lepas , jam G-Shock merah kegemarannya disarung pantas . Telefon bimbit dan beberapa alat peribadinya dimasukkan di dalam beg tangannya yang berwarna merah .
Sebelum keluar dari bilik , Sarah mencapai rantai panjang berloketkan bentuk love pemberian abangnya dan disarung pada leher jinjangnya . Sarah pantas turun dari tangga . Di luar , Sarah pantas menyarung kasut Cotton On yang juga berwarna red velvet , seketika kemudian dia terus masuk ke dalam kereta Qashmiera .
That’s a very nice outfit , Sarah .”puji Qashmiera sewaktu mengundurkan kereta , keluar dari garaj rumah .
“Woah , really ? Thanks kak .”balas Sarah sambil tersenyum.
Sepanjang perjalanan menuju ke butik Qashmiera , Sarah hanya diam sambil menyumbatkan telinganya dengan earphone sambil mendengar lagu – lagu terbaru One Direction di dalam IPod touch miliknya .
___________________________________________________________________________
“Woah , akak dah tukar deco eyh ? Hari tu waktu Sarah datang lain .”ujar Sarah sewaktu mereka sudahpun sampai di dalam butik itu .
Yes , baru tukar bulan lepas . Lagipun collection dah bertambah , akak tak nak butik ni nampak macam crowded . Okay , akak kena settle kan macam – macam kerja dekat dalam . Sarah buat lah apa – apa dulu, jalan – jalan ke apa ke .”tutur Qashmiera .
Sarah mengangguk perlahan pada Qashmiera . Dia mula berjalan – jalan di dalam butik yang sederhana besar itu , dekorasi di dalam butik ini seakan – akan di taman bunga ditambah lagi dengan bau podpuri yang segar .
Setelah puas melihat koleksi – koleksi rekaan Qashmiera yang bergantungan di atas hanger , rak dan mannequin , Sarah dan kedua – dua anak buahnya itu mula duduk di atas sofa yang disediakan di situ . Sarah mengeluarkan Galaxy Tab milik Qashmiera dan dihulurkan pada Rayyan Najmi , manakala Galaxy SIII kepunyaannya diberikan pada Rayyan Naqli .
Sementara dua kembar itu sibuk dengan video game , Sarah masih lagi menerokai hiasan – hiasan dalaman di dalam butik itu .
“Acu ,acu .”panggil Rayyan Naqli .
“Kenapa ?”tanya Sarah .
“Adik nak mama .”tutur Rayyan Naqli . Sarah mengangguk , kedua – dua gadget yang diberikan pada kembar itu diambil semula dan disimpan di dalam beg tangannya . Dia mula memimpin Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli masuk ke dalam pejabat Qashmiera .
‘Knock knock’ Sarah mengetuk pintu bilik Qashmiera . “Masuk.” Kedengaran suara Qashmiera di sebalik pintu itu .
Sarah memulas tombol pintu dan mula memasuki pejabat kakak iparnya . “Kenapa Sarah ?”tanya Qashmiera pantas .
“Naqli nak akak .”balas Sarah . Rayyan Naqli sudahpun berlari pantas pada mamanya .
“Mama , adik nak ucu .”tutur Rayyan Naqli . Qashmiera mengangguk dan pantas bergerak ke arah rak yang disediakan di dalam pejabatnya itu . Seketika kemudian , Qashmiera menghulurkan dua botol susu pada Rayyan Naqli .
“Nah , bagi dekat abang sekali .”arah Qashmiera .
“Ime aceh mama .”ujar Rayyan Naqli . Dia mula berjalan , terkedek – kedek ke arah Sarah dan Rayyan Najmi . Dia menghulurkan satu botol susu pada Rayyan Najmi dan mereka mula baring di atas sofa empuk itu .
Tidak sampai beberapa minit , masing  masing sudahpun enak dibuai lena . “Akak , Sarah ingat nak jalan – jalan kejap . Since ,diorang ni pun dah tidur . Kalau diorang dah bangun nanti akak call Sarah .” ucap Sarah pada Qashmiera .
“Okay .”balas Qashmiera sepatah . Sarah mengangguk dan perlahan – lahan.
_____________________________________________________________________________
Memandangkan si kembar masih lagi dibuai lena di dalam pejabat Qashmiera , Sarah mengambil kesempatan untuk berjalan – jalan di sekitar butik Qashmiera . Sedang dia sibuk membelek surat khabar di sebuah kedai runcit , dia ternampak kelibat Farhan menuju ke 7 Eleven yang bersebelahan dengan kedai runcit itu .
Sarah pantas berselindung di sebalik dinding kedai runcit itu . Setelah memastikan Farhan sudahpun masuk ke dalam 7 Eleven itu , Sarah pantas berlari menuju ke arah butik yang terletak selang dua kedai dari kedai runcit itu .
“Fuhh.”Sarah mengeluh sewaktu duduk  di atas sofa , di dalam butik itu . Seketika kemudian telefon bimbitnya mula berbunyi .
Do you remember summer ’09 ?
Wanna go back there every night ,
Just can’t lie , was the best time of my life ,
Lying on the beach as the sun blew out ,
Playing this guitar by the fire too loud ,
Oh my my , they could never shut us down .
I used to think that I was better alone ,
Why did I ever wanna let you go ?
Under the moonlight as we stared at the sea ,
The words you whispered I will always believe ,
Lagu Rock Me nyanyian One Direction mula kedengaran dari telefon bimbitnya menandakan ada orang yang menelefonnya . Sarah mula mengeluarkan telefon bimbitnya , tertera nama Qashmiera di atas skrin . Sarah tersenyum namun pantas menjawab panggilan itu .
“Helo Sarah .”tutur Qashmiera .
“Ye ?”
“Budak – budak n dah bangun , dia cari maksu dia .”balas Qashmiera .
“Okay , dua minit .”ujar Sarah dan terus menamatkan perbualan .Dia terus berjalan menuju ke pejabat Qashmiera .
“Hai budak !”tegur Sarah  sewaktu berada di dalam pejabat Qashmiera .
“Acu !”ujar mereka serentak lantas berlari ke arah Sarah . Sarah tergelak melihat gelagat kembar itu . Dia mula bergerak ke arah sofa lantas duduk di situ bersama Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli .
“Okay , I’m done . Jom , pergi makan lepastu balik rumah !”tutur Qashmiera teruja .
Mereka mula bergerak keluar dari pejabat Qashmiera . Seketika kemudian , langkah Sarah terhenti apabila ternampak Ammar dan Helena memasuki butik itu . Qashmiera juga terdiam , dia memandang Sarah .
“Jomlah , tegur diorang .”ujar Qashmiera lantas menuju ke arah Helena dan Ammar sambil diekori Sarah dan kembar itu .
“Hai .”tegur Sarah sambil mendukung Rayyan Naqli .
“Sarah !”ujar Ammar teruja .
“Macam mana boleh ada kat sini ?”tanya Helena .
The owner is my sister-in-law .”ujar Sarah sambil menunjuk ke arah Qashmiera yang berada di sebelahnya .
Helena bersalaman dengan Qashmiera . Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli hanya terpinga – pinga .
“Salam uncle dengan auntie .”arah Sarah pada Rayyan Naqli yang berada di dalam dukungannya . Rayyan Naqli bersalaman dengan Ammar dan Helena diikuti oleh Rayyan Najmi .
“Sape ni ?”tanya Rayyan Najmi .
“Err .. Ini abang uncle Hairy , yang ni pula adik uncle Hairy .”jawab Sarah terpaksa . Qashmiera , Ammar dan Helena terdiam .
“Owh . Acu , abang indu uncle Hairy .”ujar Rayyan Najmi mengejutkan mereka .
Sarah tunduk , air mata yang ingin mengalir diseka pantas .
Sarah mula tunduk , dia duduk di hadapan Rayyan Najmi yang hanya separas pehanya .
“Abang , uncle Hairy dah takde . Dia dah pergi jauh sangat , kalau abang rindu dekat dia abang kenalah doa banyak – banyak untuk dia .”balas Sarah sebak . Ammar dan Helena hanya melihat dan mendengar sedari tadi .
“Dahlah , Sarah . Jom balik , mama dah call tadi suruh balik cepat .”potong Qashmiera pantas .
“Okay . Err .. Ammar , Leena we gotta go . Bye .”ujar Sarah . Air matanya diseka pantas . Seketika kemudian , mereka mula beredar dari butik itu .

p/s: Hye readers , sorry kalau chapter ni bosan or what so ever . Entah mcm mana copy ori boleh hilang dari laptop , so saya agak menggelabah nk byuat yg baru but at last , siap juga . And insyaAllah saya akan try siapkan chapter 24 and 25 lebih awal for you guys , tpi tk berani nk janji . And jgn lupa untuk baca dekat http://www.wattpad.com/9185833-hanya-kau-yang-terakhir-bab-23 so then korang boleh comment lepastu baca cerita2 yg lain :) Jgn lupa baca http://www.wattpad.com/8525370-teman-pengganti yg ditulis oleh second admin blog ni kay ! Enjoy it !

Thursday, 15 November 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 22)


BAB 22
Kini genap dua minggu Hairy pergi meninggalkannya . Dan sepanjang waktu itu , kenangan Hairy dan dirinya bagaikan tidak berhenti berputar di dalam fikirannya . Sarah mengeluh . Segala – galanya telah berubah , hidupnya bagaikan kosong tidak berseri . Belum sempat dia melabuhkan punggung di atas kerusi kecil di balkoninya itu , telefon bimbit di atas katil berdering kuat .
Nama ‘Ammar’ terpapar di atas skrin sentuh itu , Sarah pantas menekan icon ‘answer’.
“Assalamualaikum .”suara garau Ammar mula kedengaran .
“Waalaikumussalam.”jawab Sarah .
Busy ke?”tanya Ammar .
“Tak pun . Kenapa ?”balas Sarah .
“Err .. Saya ingat nak ajak awak keluar . Saya pernah janji dengan awak saya nak ajak awak keluar kan dua minggu lepas ? So ,hari ni saya tak berapa sibuk sebab tu saya nak ajak awak ni . Boleh ?”jelas Ammar lancar .
Sarah tergelak kecil dengan penjelasan Ammar yang sungguh lengkap itu . “Kalau saya cakap saya tak boleh ?”acah Sarah .
“Err .. Kalau awak dah tak boleh , apa saya boleh buat pun ?”ujar Ammar . Sarah terdengar Ammar mengeluh perlahan .
“Okay , okay . Saya freelah . Saja je nak test awak , pukul berapa nak keluar ni ?”tanya Sarah terus .
Around four , if you don’t mind ?”putus Ammar .
“Okay . Ambik kat rumah saya .”balas Sarah .
Yes ma’am .”tuturAmmar dan terus memutuskan talian selepas memberi salam. Memandangkan sekarang baru sahaja menginjak pukul dua belas tiga puluh tengah hari , jadi Sarah hanya menghabiskan masa membaca novel kegemarannya di dalam bilik .
_____________________________________________________________________________
‘Pon pon’ bunyi hon kereta Toyota Vios Ammar mula berbunyi . Sarah menggapai beg tangannya dan pantas bergerak membuka pintu . Kasut Converse hitam kesukaannya disarung pantas .
“Fuhh.”Sarah mengeluh tatkala melabuhkan punggungnya di dalam kereta .
Ammar mengerling Sarah perlahan . “Macam penat sangat je ?”
“Mestilah penat . Menggelabah saya waktu awak cakap awak dah on the way tadi tau tak ?!”jawab Sarah pantas . Kereta Ammar mula meluncur laju meninggalkan bangle keluarganya .
“Kenapa pula ? Bukan saya memang dah cakap saya ambik awak around four something ?”tutur Ammar pelik .
Sarah tersengih . “Tapi tadi saya tertidur . Bangun bangun je dapat text dari awak , mana tak menggelabah ?”
It’s not my fault .”jawab Ammar selamba .
Sarah tersenyum . “So , where we wanna go now ?”tanya Sarah perlahan sambil membelek – belek Galaxy SIII nya .
“Mid Valley ? If you don’t mind ?”jawab Ammar yang masih fokus pada pemanduannya .
No prob .”balas Sarah ringkas . Tangannya lincah menaip , membalas mention di dalam Twitter .
Setelah agak lama berdiam diri , Ammar mula bersuara .
“Sarah .”panggil Ammar .
“Yea ?”
“Awak ‘U’ mana ek ?”tanya Ammar sambil menukar gear memandangkan trafik di kota metropolitan ini sungguh teruk .
University of Law Sheffield .”balas Sarah perlahan . Telefon bimbitnya diletakkan di atas riba . Dia mula teringatkan kenangan – kenangan bersama Hairy sewaktu di U.K dahulu .
“Sama dengan Hairy lah kan ?”tanya Ammar lagi .
Sarah mengangguk perlahan . Dia mendengus . “Kita nak pergi Mid Valley buat apa?” Sarah lantas menukar topik perbualan mereka sebelum sempat Ammar mengajukan soalan .
Ammar terdiam sejenak , dia pasti soalannya tadi telah membuatkan Sarah teringat akan arwah adiknya.
I’m sorry . I didn’t meant it . It jus...
“Saya tanya , kita nak pergi Mid Valley buat apa ?”tanya Sarah lagi , memotong kata – kata Ammar .
“Err.. Saya ingat nak ajak awak makan lepastu shopping sikit .”jelas Ammar .
“Okay .”
“Saya minta maaf .”tutur Ammar sejenak .
It’s okay . Not your fault .”balas Sarah sambil tersenyum .
_____________________________________________________________________________
Toyota Vios milik Ammar pantas memasuki kotak parking yang kosong itu . Enjin dimatikan dan serentak lock terbuka .
Leggo.”ujar Ammar lantas membuka pintu kereta . Sarah tersenyum dan terus membuka pintu kereta , dia menuju ke arah Ammar yang sudah berada di belakang kereta .
Mereka berjalan seiring menuju masuk ke pintu lif yang terkuar luas . Butang 2 ditekan .
“Makan dulu ?”tanya Ammar .
Sarah berfikir sejenak . “I think I should say yes ?”jawab Sarah .
Ammar tergelak perlahan . “Nando’s ?”
Of course !”jawab Sarah teruja . Kali terakhir dia menikmati keenakan ayam dan chocolate larva di restoran itu adalah sewaktu dia keluar bersama Ain di Subang Parade .
Mereka berjalan beriringan namun terhenti seketika tatkala Ammar berhenti .
“Sarah . Saya rasa wallet saya tinggal dalam kereta . Awak tunggu sini dulu kay ? I’ll be right back .”jelas Ammar dan terus berjalan menuju ke arah lif .
Sarah menggeleng perlahan melihat telatah jejaka tampan itu . Dia mula berjalan – jalan di sekitar itu . Setelah penat , dia mula mengambil tempat di atas bangku yang disediakan di hadapan kedai – kedai di sekitar pusat membeli – belah itu .
Jam tangan dikerling . ‘Dah nak dekat lima belas minit mamat ni pergi . Ambik wallet ke buat wallet ?’ Sarah bermonolog sebentar .
‘Baik aku pergi tengok . Mana tahu ada apa – apa jadi ke ? Eh , kau ni Sarah ! Tak fikir bukan – bukan tak boleh ke ?’ Sarah mula berperaang dengan diri sendiri . Seketika kemudian dia terus bangun dan pantas berjalan menuju masuk ke dalam perut lif .
Sewaktu pintu lif itu terbuka di aras tempat letak kereta yang menempatkan kereta Ammar , Sarah pantas berjalan menuju ke kereta . Dia mula ternampak kelibat Ammar yang sedang mengunci keretanya menggunakan remote .
“Lambatnya awak ambik wallet ?”tegur Sarah mengejutkan Ammar yang baru sahaja berpaling .
Ammar melepaskan nafasnya perlahan dek terkejut dengan teguran Sarah sebentar tadi . “Lif stuck kejap tadi . Tu yang lambat . Sorry .”terang Ammar . Sarah mengangguk perlahan .
“Okay . Shall we go now ?”tanya Ammar .
Yes .”Sarah menjawab .
Mereka melangkah semula ke arah lif itu namun terhenti pabila satu susuk tubuh mula berdiri tegak di hadapan mereka . Sarah memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu .
“Apa lagi kau nak ni Farhan ?”tanya Sarah kasar .
“Kan saya dah cakap , saya nak awak .”jawab Farhan lembut . Ammar hanya diam melihat pertelingkahan kecil mereka berdua .
“Dan aku pun dah cakap yang aku tak nak dekat kau kan ? Apa lagi yang kau tak faham sebenarnya hah?!”jawab Sarah tegas .
“Jap jap . Farhan , boleh tak kau tak kacau dia . Apa lagi kau nak buat dekat sini ? Pergilah !”celah Ammar.
Farhan tersentak . “Kan aku dah cakap aku nak Sarah balik ! Ada masalah dengan kau ke ?”tengking Farhan .
“Mestilah ada masalah dengan aku . Sarah sekarang tengah keluar dengan aku , keselamatan dia semuanya atas tanggunggjawab aku dan sekarang dia dah tak nak cakap dengan kau . Yang kau sibuk nak kacau dia lagi apahal ? Tak cukup ke aku bagi kau sebiji hari tu ?”jawab Ammar keras .
Farhan mula berang dengan kata – kata Ammar itu . Mata lelaki itu dipandang tajam ,Sarah yang melihat reaksi Farhan itu mulai risau . Farhan tanpa menunggu lama terus melayangkan sebiji penumbuk tepat di pipi kiri Ammar . Ammar yang masih belum sedia itu terus terduduk di atas lantai itu .
Sarah mula membantu Ammar untuk bangun . Dia berdiri tegak di hadapan Farhan . Mata Farhan direnung tajam .
“Kau dah kenapa ? Tak faham bahasa dah ? Aku dah cakap , aku tak nak dekat kau . Tak faham ke ?! Nasib kau lah , siapa  suruh kau tinggalkan aku dulu ? Ni lah yang kau dapat ! Tak payah tergedik – gedik nak dapatkan aku balik lah , sebab kau takkan pernah dapat aku !
Dengar sini Farhan Aizril , kau tu dah kahwin ! Dah ada anak dah pun , so berhentilah kejar aku . Aku tak nak dekat kau ! So , stop it ! Because of one thing , and the one thing is , I HATE YOU DAMN MUCH !” ujar Sarah separuh menjerit . Ammar memegang lengannya erat untuk menenangkan dirinya yang dilanda kemarahan .
Farhan terdiam . Sarah mula menitiskan air mata di hadapan lelaki itu . “Dah Sarah , jangan nangis . Jom, saya hantar awak balik .”tutur Ammar sambil memaut tangan Sarah kembali semula ke kereta Ammar .
Ammar menjeling tajam ke arah Farhan sewaktu dia sedang berjalan sambil memaut lengan Sarah ke kereta . Semoga dengan penjelasan lengkap Sarah sebentar tadi akan menyedarkan Farhan .

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 21)


BAB 21
Sarah menadahkan tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh bapa Hairy yang juga seorang imam di surau yang berdekatan dengan rumah mereka .
Air matanya diseka perlahan sewaktu membaca nama penuh Hairy di atas batu nisan itu . Helena yang berada di sebelahnya mengusap bahunya perlahan . Sewaktu habis bacaan doa , Sarah mula bangun untuk beredar namun langkahnya terhenti sewaktu ternampak Ammar .
‘Ammar ? Apa dia buat dekat sini ?’getus hatinya . Keningnya bertaut .
Langkah diatur untuk mendekati lelaki itu . “Ammar ?”panggil Sarah .
Ammar menoleh , “Sarah ?”tanya Ammar semula .
“Apa awak buat dekat sini ?”tanya Sarah terus .
“Saya ziarah adik saya . Dia baru meninggal pagi tadi .”terang Ammar sebak .
Sarah semakin bingung , ‘Adik ? Hairy adik Ammar ke ?’getus hatinya lagi . Pandangannya dibuang ke sekeliling kawasan perkuburan itu . Hanya kubur Hairy yang masih merah menandakan tiada siapa lagi melainkankan Hairy yang ditanam di sini untuk hari ini .
“Kenapa Sarah ?”tanya Ammar .
“Hairy ad..”kata – katanya tidak dapat disambung .
“Abang !”panggil Helena . Ammar terus menoleh dan pantas bergerak pergi ke arah Helena.
‘Ammar abang Hairy ?’ Sarah menggeleng perlahan . Tiba – tiba dia merasakan bahunya disentuh . Sarah pantas menoleh , terang di matanya wajah Farhan .
“Apa kau buat dekat sini ?”tanya Sarah kasar .
“Saya cari awak . Kenapa saya tak tahu pun yang sebelum ni awak couple dengan Hairy ?”tanya Farhan terus . Sarah semakin pelik dengan soalan yang diajukan itu .
“Apa kena mengena dengan kau ?”
“Saya perlu tahu , saya sayangkan awak Sarah . I love you so much .”tutur Farhan lembut .
Sarah menjeling Farhan tajam , matanya menikam mata Farhan . “You’re married !
Farhan tidak mengendahkan pernyataan Sarah , “Apa hubungan awak dengan Hairy sebelum ni ?”
Sarah menjeling , “Apa masalah kau ni ?”jawab Sarah keras .
“Jawab soalan saya .”tutur Farhan tegas , Sarah hanya menjeling lantas menjawab .
“Aku dengan dia hampir bertunang . Puas ? Sekarang , apa kau nak ?”jawab Sarah tegas .
“Saya nak awak , Sarah .”
“Kau dah kahwin lah !”ujar Sarah sekali lagi .
I’m a man dear . I can marry four , so that I can still marry you .”tutur Farhan sinis .
Listen carefully . If you even can marry four , I don’t even want to marry you . Don’t be such an idiot ! I don’t want to be the second choice and I don’t need a heartless man to be my husband ! You don’t deserve the crown to be the best man in my life !”jawab Sarah lantang . Seketika kemudian dia terus berpaling untuk pergi semula ke arah Helena dan Ammar yang sedang menyiram pusara Hairy .
“Sarah , please…”ujar Farhan lagi .
Sarah berpaling , matanya menikam mata Farhan tajam . “I gave you everything Farhan . My heart , my soul . But you ? Just.. Just.. Just go away ! Go away from my life , useless! I don’t need you !”jerit Sarah sambil menumbuk dada Farhan kuat . Jeritannya membuatkan Ammar pantas berlari kepada mereka .
Kedua –dua belah tangannya dipegang kejap oleh Ammar supaya memberhentikan perbuatannya . Air matanya merembes keluar dari mata coklatnya . Puan Aisyah turut datang ke arah mereka . Tangan Sarah dilepaskan membiarkan gadis itu menangis sepuas – puasnya dalam pelukan ibunya .
Mata Ammar bertentang dengan Farhan yang masih merenung ke arah Sarah yang berada di dalam pelukan ibunya .
“Kau berambus sekarang.”ujar Ammar tegas mengalihkan pandangan Farhan dari Sarah .
Namun kata – kata Ammar tidak memberikan sebarang impak pada Farhan sebaliknya lelaki itu cuba untuk menggenggam tangan Sarah . Ammar yang sedang marah itu tanpa menunggu apa – apa melayangkan sebiji penumbuk tepat di pipi Farhan membuatkan lelaki itu terduduk di situ .
Helena yang terkejut pantas menenangkan abangnya . Farhan bangun sambil memegang pipi kanannya yang sakit akibat ditumbuk oleh Ammar sebentar tadi .
“Kau tunggu ! Tak lama lagi kau pun akan dapat juga !”ujar Farhan tegas . Dia mula berpaling namun langkahnya terhalang dek tubuh Rizal yang berdiri tegak di hadapannya .
“Nak bagi apa dekat Ammar ? Penumbuk ? Ke kau nak bagi benda lain ? Kenapa tak buat sekarang?”tanya Rizal bertalu – talu . Farhan hanya menjeling Rizal tajam dan terus berlalu dari kawasan perkuburan itu .
Sarah yang masih lagi menangis di dalam pelukan Puan Aisyah itu dihampiri . “Sarah , jom balik .”panggil Rizal .

Bahu adiknya itu dipaut perlahan , mereka berjalan menuju ke arah kereta . Sepanjang perjalanan kembali semula ke rumah, Sarah hanya merenung ke luar tingkap kereta itu . Rizal mengeluh perlahan , tiada apa yang dapat dilakukan . Segalanya telah tersurat di dalam takdir hidup adik perempuannya itu .
______________________________________________________________________________
Pintu bilik Sarah diketuk perlahan . Disebabkan tiada sebarang jawapan dari Sarah jadi Rizal terus membuka pintu yang tidak terkunci itu . Tatkala pintu terbuka luas , dia ternampak susuk tubuh Sarah sedang berdiri di balkoni biliknya . Dia pasti Sarah sedang menangis .
Langkah diatur mendekati adiknya itu .
“Sarah menangis lagi ?”tegur Rizal mengejutkan Sarah .
Sarah pantas menyeka air mata yang tidak jemu mengalir di pipinya itu . “Eyh , abang . Mana ada Sarah nangis.”dalih Sarah terang – terangan .
Rizal tersenyum , “Cukup – cukuplah sembunyikan perkara sebenar Sarah . Abang kenal Sarah bukannya baru sehari . Dulu waktu arwah abang meninggal , Sarah cari Farhan . Sekarang ?”tanya Rizal terus .
“Sarah takde sesiapa dah bang . Farhan dah berubah , Hairy dah takde . Mana lagi tempat Sarah nak mengadu ?”ujar Sarah sebak .
Rizal mengeluh perlahan , bahu Sarah ditepuk . “Sarah kuat . Abang tahu tu . Allah tu adil Sarah , Dia takkan bagi Sarah dugaan macam ni kalau Dia tahu Sarah tak mampu . Jangan berhenti berdoa , Allah akan sentiasa tolong hambaNya yang berada dalam kesusahan . Ingat tu .”ujar Rizal dan terus berlalu .
Sarah memejamkan matanya rapat , nafas ditarik sedalam yang mungkin . Seketika kemudian dia melepaskan nafasnya kuat lalu membuka matanya perlahan – lahan . Sewaktu itu , telefon bimbitnya berdering . Terpapar nama ‘Ammar’ di atas skrin itu .
Tanpa menunggu lama , Sarah terus menjawab panggilan itu .
“Assalamualaikum ,”Sarah memberi salam dengan suara seraknya itu .
“Waalaikumussalam . Sarah okey ?”tanya Ammar .
“Alhamdulillah , saya okey .”jawab Sarah . Sewaktu itu dia terus teringat untuk bertanya tentang hubungan Hairy dan Ammar .
“Baguslah kalau macam tu .”
“Err.. Awak ?”panggil Sarah .
“Hmm ?”
“Saya nak tanya something boleh ?”tanya Sarah .
“Apa dia ?”jawab Ammar .
“Awak dengan arwah Hairy ada pertalian apa ?”tanya Sarah terus . Hatinya berdebar – debar menunggu jawapan dari Ammar .
“Saya abang Hairy . Saya dah tahu semuanya Sarah , ibu dengan Helena dah cerita semuanya pada saya tentang awak dan Hairy .”terang Ammar perlahan .
Air mata Sarah jatuh setitik . “’Saya tak sangka semua ni akan terjadi pada saya . Saya hilang semua yang saya sayang . Abang saya dah lama tinggalkan saya , kali ni Hairy pula .” luah Sarah .
“Sarah , apa yang terjadi ni pasti ada hikmahnya . Saya nak awak kuat , awak tak perlu risau . Saya akan sentiasa ada untuk awak luahkan apa yang awak rasa .”pujuk Ammar lembut .
“Terima kasih Ammar . Awak banyak tolong saya .”
“Tak banyak pun Sarah , takde apa yang saya tolong sebenarnya .”terang Ammar .
“Awak banyak sangat nangis , suara awak pun dah serak . Bilalah saya dapat dengar suara comel awak?” usik Ammar , merekahkan senyuman di bibir Sarah .
“Kenapa awak cakap macam tu ?”tanya Sarah semula .
“Yelah . Waktu awak peluk saya kat Sabah hari tu pun awak tengah nangis juga , sekarang pun awak nangis . Bilalah saya dapat dengar suara awak yang tak nangis ? Tak baik tau meratapi pemergian orang , sepatutnya awak doakan abang awak dan Hairy . Saya lagi sedih Sarah , Hairy adik saya . Saya pun sayangkan dia , tapi apa yang saya boleh buat ? Semuanya dah tersurat dalam takdir hidup kita .”jelas Ammar lagi .
Senyuman Sarah melebar , kata – kata dan cara pujukan Ammar mengingatkan dia semula pada semua lelaki – lelaki yang dia sayangi . Azzam , Rizal , Farhan dan Hairy semuanya seperti bergabung di dalam Ammar .
“Tak payahlah cakap pasal saya peluk awak tu , saya malulah . And , terima kasih untuk nasihat awak tu . InsyaAllah , saya dah takkan nangis dah . Tapi awak kenalah tolong buat saya happy .”balas Sarah .
Ammar tersenyum , “No problem ! Kita keluar nak esok ?”tanya Ammar .
“Pergi mana pula ni ?”tanya Sarah semula .
“Mana – mana jelah . Asalkan awak happy .
“InsyaAllah . Tapi awak jangan paksa saya jadi macam saya yang dulu kay ? Saya perlukan masa untuk jadi Sarah yang asal . Kehilangan orang yang saya sayang dah cukup untuk buat saya berubah .”pinta Sarah dalam masa yang sama dia sebak dengan apa yang tejadi .
“Jangan risau . Take your time , I’ll help you .”ujar Ammar .
“Saya kena tidurlah . Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam.”jawab Ammar .

Thursday, 8 November 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 20)


BAB 20
Duit tambang teksi terus diberikan pada pemandu itu dan Sarah pantas keluar dari kereta untuk mengambil begnya di dalam bonet . Setelah teksi itu beredar , dia mengambil alat kawalan jauh di dalam beg untuk membuka pintu pagar rumahnya .
Pagar itu terbuka perlahan – lahan selepas punat ditekan . Apabila pintu itu terbuka cukup – cukup untuk memuatkan tubuhnya Sarah pantas menyorong begnya masuk ke dalam , tidak sampai seminit pagar itu tertutup semula .
Kali ini pintu rumah pula dibuka , kasutnya ditanggalkan dan beg tangan serta beg pakaiannya diletak di ruang tamu .
 Memandangkan dia pasti yang tiada siapa pun yang tahu dia pulang awal , dia melangkah perlahan – lahan ke ruang makan di dapur tatkala mendengar suara abang , kakak ipar dan ibu bapanya seperti berbincang sesuatu .
Telinganya dipasang , mendengar setiap butir – butir perkataan yang mereka ucapkan .
“Ma , takkan kita nak diamkan je benda penting macam ni ?”terdengar di telinganya suara abang Riz seperti membantah . Keningnya bertaut mendengarnya .
“Papa rasa itu yang terbaik buat masa ni .”celah papanya pula .
“Terbaik ? Pa , cepat atau lambat dia akan tahu juga kan ? Riz tak nak tengok dia terseksa lagi pa.”ujar abangnya tegas . Sarah mulai pelik , dia sendiri tidak faham dengan apa yang sedang dibincangkan oleh keluarganya itu .
“Sarah patut tahu benda ni pa .”ujar Rizal menarik perhatian Sarah . ‘Aku ?’ getus hati Sarah . Sarah memutuskan untuk terus bertanya dengan keluarganya sendiri .
Dia mula turun dari tangga menuju ke ruang makan . Wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan , panik , serius segala – galanya bercampur baur .
“Apa yang Sarah patut tahu ni ?”tanya Sarah tegas , mengejutkan semua yang berada di ruang makan itu. Semua mata tertumpu ke arahnya sekarang .
“Bukan Sarah cakap Sarah balik esok ?”tanya papanya .
“Tu semua tak penting sekarang pa . Now , I want to know what I need to know !”ujar Sarah tegas .  Dia masih berdiri tegak di hujung meja itu .
“Sarah , abang nak Sarah kuat .”ujar Rizal , dia berhenti seketika untuk mengambil nafas . Matanya dikerling pada mama dan papanya , dia tahu ibu bapanya tidak mahu Sarah mengetahui perkara yang sebenar .
“Hairy tengah nazak sekarang . Kitorang semua baru tahu yang dia ada brain cancer .”tutur Rizal senafas.
Sarah terpaku , matanya mula kabur dek air mata yang merembes bagai air terjun , “Ya Allah.”hanya itu yang terkeluar dari mulutnya sebelum dia jatuh terduduk di situ dengan tangisan yang tiada hentinya.
Qashmiera bangun dari kerusinya dan melangkah ke arah Sarah , bahu adik iparnya itu diusap – usap perlahan . “Sarah , jangan macam ni .”pujuk Qashmiera .
“Habistu ? Akak nak Sarah buat apa ? Gelak ? Senyum ? Gembira ?”balas Sarah dalam tangisnya .
Puan Rosmah dan Encik Adzan mengeluh . Rizal mula bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Sarah . “Abang nak Sarah naik atas sekarang , pakai jubah putih . Kita pergi ziarah Hairy dekat hospital sekarang . Cepat .”arah Rizal lembut .
Sarah menyeka air mata di pipinya . Sarah mula berlari , masuk ke biliknnya dan memakai jubah putih seperti yang diarahkan oleh abangnya atau lebih tepat lagi Hairy . Sekarang , dia sudah mula memahami mesej yang Hairy sampaikan sebelum dia pergi ke Sabah . Kini segala – galanya terungkai , maksud Hairy di dalam mesej itu sudah difahami  sepenuhnya .
Setelah selesai bersiap , dia turun ke bawah menuju ke arah Rizal dan Qashmiera yang sedang menunggunya untuk bergerak ke hospital .
“Dah jangan nangis . Abang nak Sarah kuat , tak kira apa pun yang akan terjadi . Mesti Hairy tak suka kan kalau Sarah nangis macam ni .” tegur Rizal . Sarah mengangguk perlahan dan menyeka sisa air matanya . Mereka bergerak masuk ke dalam kereta Rizal , sementara mama dan papanya menjaga si kembar di rumah .
_____________________________________________________________________________

Sewaktu sampai di pintu depan hospital , Sarah pantas membuka pintu kereta.Langkahnya dilajukan ke kaunter dan pantas bertanyakan nombor bilik Hairy .
Rizal dan Qashmiera hanya mengekori langkah laju Sarah . Setibanya mereka di hadapan bilik bernombor 1707 Sarah menarik nafas panjang . Rizal bersuara sewaktu dia memegang tombol pintu itu .
“Abang nak Sarah kuat walau apa pun yang akan berlaku . Jodoh  pertemuan , ajal maut , bukan di tangan kita . Jadi sebagai hambaNya , kita kena sentiasa redha dengan apa yang dah ditentukan dalam takdir kita . Abang akan sentiasa ada untuk Sarah , jangan lupa tu .”ujar Rizal . Sarah mengangguk .
Pintu dibuka perlahan – lahan , matanya pantas tertancap pada satu susuk tubuh yang terkujur di atas katil hospital itu . Puan Aisyah , Encik Zaihan dan Helena juga ada di dalam bilik itu , langkah diatur ke arah mereka .
“Sarah cakaplah dengan Hairy , sementara masih ada nyawa dalam badan dia . Kami keluar dulu .”ujar Encik Zaihan perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik itu diekori oleh Puan Aisyah dan Helena .
Selepas semua orang beredar , Sarah bergerak ke tepi katil . Wajah pucat Hairy ditatap kasih . Tubuhnya penuh dengan wayar yang berselirat . Dia teringat pada arwah abangnya dulu . Air mata pantas merembes keluar mengalir ke pipinya .
Tangan Hairy yang sejuk digenggam erat , “Hairy , kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya ? Kenapa awak buat saya macam ni ? Saya sayangkan awak , tolong jangan tinggalkan saya . Siapa lagi yang nak jaga saya kalau awak takde ?” ucap Sarah dalam esakan kuatnya .
Tanpa disedari Hairy mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sarah , dia menggagahkan dirinya untuk membuka mata . Tangannya membalas genggaman erat Sarah . Sarah yang sebelum ini tunduk sudah memandang wajah Hairy .
“Sa.. Sar.. Sarah can..tik pak..ai baj..u pu..tih ni.”ujar Hairy gagap . Sarah menangis sepuas – puasnya di tepi katil itu , tangan Hairy masih lagi digenggam erat .
“Hairy .. ak..an sen.. sen..ti..a..s..a in..gat dekat Sarah . Doa..kan Hairy ye ? Jang..an nan..gis . Hairy sayang Sarah .”ujar Hairy tanpa ada sedikit gagap pun pada ayat terakhirnya .
Air mata Sarah makin laju merembes di pipi . Sarah mengangguk , “Sarah sayang Hai..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya , mata Hairy sudahpun tertutup rapat . Mesin electrocardiogram (ECG) di tepi katil juga telah menunjukkan satu garisan lurus .
Sarah menggoncang tubuh Hairy sekuat hatinya namun tiada respons daripada Hairy .
“Hairy !!!!!!”jeritan Sarah mengejutkan semua ahli keluarganya di luar bilik itu .
Encik Zaihan , Puan Aisyah , Helena , Rizal dan Qashmiera masing – masing sudahpun bergegas masuk ke bilik itu . Namun , tiada apa lagi yang dapat dilakukan . Hairy sudahpun meninggalkan mereka buat selama – lamanya .
Sarah terduduk , tangan Hairy yang terkulai dilepaskan perlahan – lahan . Air matanya mula mengalir bagai air sungai yang sungguh deras . Seketika kemudian , matanya mula berpinar – pinar . Dan dia hanya sedar tatkala tubuhnya dicempung oleh Rizal .
_____________________________________________________________________________
Matanya digosok – gosok perlahan apabila cahaya lampu kalimantang mula memasuki matanya . Perlahan – lahan matanya dibuka , dia mula terpandang wajah Rizal , Qashmiera dan Helena di sisinya .
Melihat pada riak muka mereka , Sarah sedar Hairy memang sudah tiada di alam ini . Sekarang Hairy sudahpun menunggu  kehadirannya di alam barzakh . Air matanya jatuh setitis demi setitis .
“Kenapa takde seorang pun yang bagitahu Sarah pasal Hairy ?”tanya Sarah perlahan .
“Abang baru tahu semalam Sarah .”jawab Rizal .
“Leena ?”tanya Sarah lagi .
“Akak tahu Leena rahsiakan benda ni waktu kita jumpa dekat Subang Parade tu . Akak nampak riak muka Leena waktu tu . Kenapa Leena rahsiakan benda ni ? Akak nak Leena cakap benda yang sebenar .”ujar Sarah tegas .
“Leena minta maaf kak . Ikutkan hati memang Leena nak bagitahu akak . Tapi abang yang tak kasi . Leena , ibu dengan ayah pun baru tahu waktu dia nak buat last check up bulan lepas . Kami semua tak dapat nak halang dia . Kanser tu dah merebak pada semua saraf dia .”balas Helena sebak .
Sarah tunduk , “Kenapa awak buat saya macam ni Hairy ? Kenapa ?” ujar Sarah sebak , air matanya mula jatuh setitik demi setitik menimpa pipinya .

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 19)


BAB 19
Memandangkan Ain perlu menghadiri mesyuarat jadi Sarah menikmati sarapan pagi berseorangan . Roti bakar digigit sedikit demi sedikit . Jus oren dan air suam di tepi pinggan belum disentuh sedari tadi . Angin pantai yang kuat membuatkan rambutnya yang tidak diikat itu berkibar – kibar .  Sarah mula teringat memori – memori sewaktu dia , Ain , Farhan dan abangnya bercuti di Redang tahun lepas .
Sarah mengeluh , setelah menghabiskan separuh dari roti bakarnya dia meneguk sedikit jus oren dan air suam lantas terus berlalu . Niatnya untuk kembali semula ke bilik terbantut apabila ternampak pantai jernih yang menarik perhatiannya .
Sarah mula menapak ke arah pantai . Seliparnya dibuka dan dipegang untuk merasai kehalusan pasir pantai .Bunyi deruan ombak yang menghempas pantai menyamankan jiwanya . Suasana seperti inilah yang akan menyebabkan dia teringat pelbagai memori dan kenangan bersama Hairy .
Sedang dia leka menikmati kedinginan angin pantai itu , dia seperti ternampak satu susuk tubuh yang cukup dikenali , seseorang yang telah lama pergi meninggalkannya .
Sarah berlari anak menuju ke arah lelaki itu , sewaktu lelaki itu berpaling , langkah Sarah terhenti bagaikan ada satu kuasa yang mengawalnya . Matanya dikelip – kelip dan digosok berkali – kali . Lelaki itu mula pelik dengan kelakuannya yang seperti orang mamai , mula berkerut dahi memandangnya .
Setelah berkali – kali mengenalpasti , Sarah secara automatik memeluk lelaki itu erat , sambil menangis teresak – esak .
“Abang , kenapa abang tinggalkan Sarah dulu ? Kenapa abang buat Sarah macam ni ? Sampai hati abang biarkan Sarah tempuh semua ni sorang – sorang kan ? Abang , janganlah seksa Sarah macam ni lagi.”tutur Sarah dalam tangisan yang tiada henti .
Lelaki itu mula pelik , namun tetap membalas pelukan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Sarah itu . Bukan untuk mengambil kesempatan , tetapi melihat dari kondisi gadis itu terang menunjukkan yang dia tertekan . Dia hanya membiarkan gadis itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya . Lama kelamaan tangisan Sarah mula reda dengan sendirinya .
“Puas?”tanya lelaki itu pada Sarah .
Sarah mengangguk .
“Saya minta maaf , tapi saya just nak bagitahu yang saya tak kenal pun siapa awak . Saya bukan abang awak , mungkin muka saya serupa tapi terus terang saya cakap saya bukan abang awak .”terang lelaki itu pada Sarah .
Sarah tergamam .Pelukan eratnya pada lelaki itu dileraikan pantas . Lama kelamaan dia mengangguk perlahan , “Bukan awak yang patut minta maaf tapi saya . Saya yang tiba – tiba peluk awak , saya minta maaf sebab jadikan awak mangsa keadaan .”
“Ouh , takpe . Saya tak kisah kalau awak nak luahkan apa yang awak rasa dekat saya .I can be your brother .”tutur lelaki itu lagi . Sarah tersenyum , hambar . Syukurlah masih ada orang seperti lelaki ini di dalam dunia serba moden kini . Sarah mengeluh , personaliti dan perwatakan lelaki ini tak tumpah seperti arwah abang sulungnya , Azzam Rezza . Tak cukup dengan itu ,cara percakapannya pula persis Hairy .
‘Argh ! Apa semua ni ? Kenapa bayangan orang – orang yang aku sayang ada dalam dia ? Petanda apa ni Ya Allah ?’ Sarah bermonolog sendiri .
Thanks , anyway my name is Sarah .”ujar Sarah sambil menghulurkan tangannya .
“Awak dah cakap dah tadi .”usik lelaki itu sambil membalas huluran tangan Sarah .
“Nama saya Ammar . Ammar Rezza.”balas Ammar kembali .
Untuk kali kedua Sarah tergamam lagi . ‘Ya Allah , apa yang kau cuba tunjukkan pada aku ini Ya Allah ? Tak cukup lagi ke muka dia dah sama dengan arwah abang Azzam , ni nama dia pun sama juga ? Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan Ya Allah .’ getus Sarah di dalam hati . Matanya dipejamkan .
“Sarah ? Are you okay ?”tanya Ammar risau .
Yes , I’m okay . Err .. Nama awak sama dengan arwah abang saya .”jelas Sarah . Air matanya yang hampir menitis lagi diseka perlahan .
Ouh , I’m sorry for that.”ujar Ammar , rasa simpati mengasak hatinya melihat keadaan Sarah yang sungguh tertekan.
“Saya rasa saya kena masuk bilik dulu . And , nice to meet you Ammar .”ujar Sarah dan mula berpaling untuk bergerak masuk ke biliknya .
“Sarah .”panggil Ammar , Sarah berpaling .
Ammar menghulurkan telefon bimbitnya pada Sarah , “Saya nak nombor awak , boleh ? At least I can lend my shoulder for you . Again ? If you don’t mind ?”minta Ammar .
Sarah mengambil telefon ditangan Ammar , tidak sampai seminit Sarah menghulurkannya kembali .Tiba- tiba , telefon bimbitnya yang berada di dalam poket berdering kuat .
Sewaktu dia melihat nombor yang tidak dikenali di skrin itu , Ammar mula bersuara . “That’s mine . Just give me a call if you need me .”ujarnya .
Sarah mengangguk dan terus berlalu , sambil berjalan menuju ke biliknya bermacam – macam persoalan bermain di mindanya . Segala yang berlaku dalam sekelip mata , Sarah mengeluh perlahan .
Sewaktu sampai di bilik , Sarah hanya terbaring di atas katil memikirkan segala apa yang terjadi padanya kini . Satu per satu ujian datang melanda dirinya . ‘Ya Allah , kau pinjamkanlah sedikit kekuatan dan kesabaranMu kepada hambaMu yang kerdil ini Ya Allah .’ doa Sarah di dalam hati . Tanpa menunggu lama dia terlena , disebabkan terlalu banyak menangis sebentar tadi .
______________________________________________________________________________
Hari ini sudah dua hari dia berada di bumi Sabah ini , memandangkan esok mereka akan kembali ke Semenanjung , jadi hari ini dia berhasrat untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarganya .
Kunci bilik ataupun dikenali sebagai kad , ditarik dari tempatnya membuatkan semua lampu tertutup . Kasut Converse berwarna Fuchsia Purple disarung dan terus berlalu . Kad biliknya disimpan rapi di dalam beg tangannya .
Sedang dia leka berjalan di laluan pejalan kaki itu tiba – tiba telefon bimbitnya mula berdering minta diangkat . Tertera nama ‘Ain’ di atas skrin .
“Weyh , aku balik lambat sikit hari ni . Sorry , kau makan kat hotel je kay ? Kalau rajin kau keluar lah.”tutur Ain tanpa sempat Sarah memberi salam ataupun berkata apa – apa .
“Woi , woi . Rileks lah . Kau dah tak reti bagi salam dah ke ? Nak aku ajarkan ?”perli Sarah .
Ain tersengih , “Sorry lah beb , kelam kabut sikit harini . Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam . Takpe , tak kisah pun. Lagipun aku kat luar ni kalau aku lapar aku pandai – pandai lah hidup .”balas Sarah .
“Okay , aku ada kerja nak buat . Bye .” ujar Ain lantas mematikan talian .
Sarah memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan . Tidak dinafikan sejak keluar dari rumah tadi , hatinya gundah gulana seperti ada sesuatu yang akan berlaku . Inilah yang dirasainya sewaktu kehilangan arwah abangnya dahulu . Sarah hanya mengendahkan perasaannya , langkah dilajukan ke deretan kedai di tepi jalan itu .
Gelang mutiara diambil seutas dua untuk keluarga di sana , selepas membuat pembayaran Sarah singgah di kedai runcit untuk membeli makanan untuk lapik perut pada tengah hari nanti . Selepas itu , dia terus beredar kembali ke hotel .
___________________________________________________________________________
“Aduyy , pahal aku call semua orang tak dapat ni ?!”bentak Sarah . Dia cuba untuk menghubungi abang , kakak ipar dan ibu bapanya namun tiada seorang pun yang mengangkat telefon . Jantungnya sedari tadi berdegup kencang .
Kali ini nombor telefon Ain pula di dail .
“Helo .”kedengaran suara Ain di hujung talian .
“Helo , Ain .”
“Hmm ? Ada apa ?”tanya Ain terus .
“Weyh , aku rasa tak sedap hati doe . Macam ada benda je nak jadi , aku try call abang Riz , Kak Qashmiera , parents aku tapi semua tak dapat .”terang Sarah pantas .
“Kenapa ?”
“Kalau aku tahu ,takdelah aku telefon kau sekarang ni . Aku ingat nak balik KL petang nilah .”putus Sarah.
“Kau gila ke ?! Kerja aku kat sini tak siap lagi tahu  tak ? Kalau kau nak , boleh . Tapi seriously aku cakap aku tak boleh ikut . Sorry babe .”jawab Ain pula .
Sarah mengeluh , “Err .. Okaylah kalau macam tu . Sorry ye Ain, tapi aku betul – betul tak sedap hatilah . Kau jaga diri , assalamualaikum.”ujar Sarah , selepas Ain menjawab salam Sarah terus memutuskan talian dan mengemas barang – barangnya untuk terus ke lapangan terbang .
Sewaktu di lapangan terbang , nombor telefon Ammar di dail . Namun , hampa . Tiada sebarang jawapan dari Ammar , dia mulai risau . Hatinya yang gundah gulana ditenangkan dengan melafazkan Zikrullah . Dalam perjalanan kembali ke Semenanjung , Sarah cuba untuk melelapkan mata namun dia tidak dapat duduk diam pun . Pendek kata , segala apa yang dilakukan ada sahaja silapnya .
Jantungnya berdegup kencang sedari tadi . Sarah hanya mencuba untuk terus bertenang sehinggalah tiba di KLIA , Sarah terus mengambil teksi untuk balik ke rumahnya .