Thursday, 8 November 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 20)


BAB 20
Duit tambang teksi terus diberikan pada pemandu itu dan Sarah pantas keluar dari kereta untuk mengambil begnya di dalam bonet . Setelah teksi itu beredar , dia mengambil alat kawalan jauh di dalam beg untuk membuka pintu pagar rumahnya .
Pagar itu terbuka perlahan – lahan selepas punat ditekan . Apabila pintu itu terbuka cukup – cukup untuk memuatkan tubuhnya Sarah pantas menyorong begnya masuk ke dalam , tidak sampai seminit pagar itu tertutup semula .
Kali ini pintu rumah pula dibuka , kasutnya ditanggalkan dan beg tangan serta beg pakaiannya diletak di ruang tamu .
 Memandangkan dia pasti yang tiada siapa pun yang tahu dia pulang awal , dia melangkah perlahan – lahan ke ruang makan di dapur tatkala mendengar suara abang , kakak ipar dan ibu bapanya seperti berbincang sesuatu .
Telinganya dipasang , mendengar setiap butir – butir perkataan yang mereka ucapkan .
“Ma , takkan kita nak diamkan je benda penting macam ni ?”terdengar di telinganya suara abang Riz seperti membantah . Keningnya bertaut mendengarnya .
“Papa rasa itu yang terbaik buat masa ni .”celah papanya pula .
“Terbaik ? Pa , cepat atau lambat dia akan tahu juga kan ? Riz tak nak tengok dia terseksa lagi pa.”ujar abangnya tegas . Sarah mulai pelik , dia sendiri tidak faham dengan apa yang sedang dibincangkan oleh keluarganya itu .
“Sarah patut tahu benda ni pa .”ujar Rizal menarik perhatian Sarah . ‘Aku ?’ getus hati Sarah . Sarah memutuskan untuk terus bertanya dengan keluarganya sendiri .
Dia mula turun dari tangga menuju ke ruang makan . Wajahnya jelas menunjukkan kekecewaan , panik , serius segala – galanya bercampur baur .
“Apa yang Sarah patut tahu ni ?”tanya Sarah tegas , mengejutkan semua yang berada di ruang makan itu. Semua mata tertumpu ke arahnya sekarang .
“Bukan Sarah cakap Sarah balik esok ?”tanya papanya .
“Tu semua tak penting sekarang pa . Now , I want to know what I need to know !”ujar Sarah tegas .  Dia masih berdiri tegak di hujung meja itu .
“Sarah , abang nak Sarah kuat .”ujar Rizal , dia berhenti seketika untuk mengambil nafas . Matanya dikerling pada mama dan papanya , dia tahu ibu bapanya tidak mahu Sarah mengetahui perkara yang sebenar .
“Hairy tengah nazak sekarang . Kitorang semua baru tahu yang dia ada brain cancer .”tutur Rizal senafas.
Sarah terpaku , matanya mula kabur dek air mata yang merembes bagai air terjun , “Ya Allah.”hanya itu yang terkeluar dari mulutnya sebelum dia jatuh terduduk di situ dengan tangisan yang tiada hentinya.
Qashmiera bangun dari kerusinya dan melangkah ke arah Sarah , bahu adik iparnya itu diusap – usap perlahan . “Sarah , jangan macam ni .”pujuk Qashmiera .
“Habistu ? Akak nak Sarah buat apa ? Gelak ? Senyum ? Gembira ?”balas Sarah dalam tangisnya .
Puan Rosmah dan Encik Adzan mengeluh . Rizal mula bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Sarah . “Abang nak Sarah naik atas sekarang , pakai jubah putih . Kita pergi ziarah Hairy dekat hospital sekarang . Cepat .”arah Rizal lembut .
Sarah menyeka air mata di pipinya . Sarah mula berlari , masuk ke biliknnya dan memakai jubah putih seperti yang diarahkan oleh abangnya atau lebih tepat lagi Hairy . Sekarang , dia sudah mula memahami mesej yang Hairy sampaikan sebelum dia pergi ke Sabah . Kini segala – galanya terungkai , maksud Hairy di dalam mesej itu sudah difahami  sepenuhnya .
Setelah selesai bersiap , dia turun ke bawah menuju ke arah Rizal dan Qashmiera yang sedang menunggunya untuk bergerak ke hospital .
“Dah jangan nangis . Abang nak Sarah kuat , tak kira apa pun yang akan terjadi . Mesti Hairy tak suka kan kalau Sarah nangis macam ni .” tegur Rizal . Sarah mengangguk perlahan dan menyeka sisa air matanya . Mereka bergerak masuk ke dalam kereta Rizal , sementara mama dan papanya menjaga si kembar di rumah .
_____________________________________________________________________________

Sewaktu sampai di pintu depan hospital , Sarah pantas membuka pintu kereta.Langkahnya dilajukan ke kaunter dan pantas bertanyakan nombor bilik Hairy .
Rizal dan Qashmiera hanya mengekori langkah laju Sarah . Setibanya mereka di hadapan bilik bernombor 1707 Sarah menarik nafas panjang . Rizal bersuara sewaktu dia memegang tombol pintu itu .
“Abang nak Sarah kuat walau apa pun yang akan berlaku . Jodoh  pertemuan , ajal maut , bukan di tangan kita . Jadi sebagai hambaNya , kita kena sentiasa redha dengan apa yang dah ditentukan dalam takdir kita . Abang akan sentiasa ada untuk Sarah , jangan lupa tu .”ujar Rizal . Sarah mengangguk .
Pintu dibuka perlahan – lahan , matanya pantas tertancap pada satu susuk tubuh yang terkujur di atas katil hospital itu . Puan Aisyah , Encik Zaihan dan Helena juga ada di dalam bilik itu , langkah diatur ke arah mereka .
“Sarah cakaplah dengan Hairy , sementara masih ada nyawa dalam badan dia . Kami keluar dulu .”ujar Encik Zaihan perlahan sebelum melangkah keluar dari bilik itu diekori oleh Puan Aisyah dan Helena .
Selepas semua orang beredar , Sarah bergerak ke tepi katil . Wajah pucat Hairy ditatap kasih . Tubuhnya penuh dengan wayar yang berselirat . Dia teringat pada arwah abangnya dulu . Air mata pantas merembes keluar mengalir ke pipinya .
Tangan Hairy yang sejuk digenggam erat , “Hairy , kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya ? Kenapa awak buat saya macam ni ? Saya sayangkan awak , tolong jangan tinggalkan saya . Siapa lagi yang nak jaga saya kalau awak takde ?” ucap Sarah dalam esakan kuatnya .
Tanpa disedari Hairy mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sarah , dia menggagahkan dirinya untuk membuka mata . Tangannya membalas genggaman erat Sarah . Sarah yang sebelum ini tunduk sudah memandang wajah Hairy .
“Sa.. Sar.. Sarah can..tik pak..ai baj..u pu..tih ni.”ujar Hairy gagap . Sarah menangis sepuas – puasnya di tepi katil itu , tangan Hairy masih lagi digenggam erat .
“Hairy .. ak..an sen.. sen..ti..a..s..a in..gat dekat Sarah . Doa..kan Hairy ye ? Jang..an nan..gis . Hairy sayang Sarah .”ujar Hairy tanpa ada sedikit gagap pun pada ayat terakhirnya .
Air mata Sarah makin laju merembes di pipi . Sarah mengangguk , “Sarah sayang Hai..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya , mata Hairy sudahpun tertutup rapat . Mesin electrocardiogram (ECG) di tepi katil juga telah menunjukkan satu garisan lurus .
Sarah menggoncang tubuh Hairy sekuat hatinya namun tiada respons daripada Hairy .
“Hairy !!!!!!”jeritan Sarah mengejutkan semua ahli keluarganya di luar bilik itu .
Encik Zaihan , Puan Aisyah , Helena , Rizal dan Qashmiera masing – masing sudahpun bergegas masuk ke bilik itu . Namun , tiada apa lagi yang dapat dilakukan . Hairy sudahpun meninggalkan mereka buat selama – lamanya .
Sarah terduduk , tangan Hairy yang terkulai dilepaskan perlahan – lahan . Air matanya mula mengalir bagai air sungai yang sungguh deras . Seketika kemudian , matanya mula berpinar – pinar . Dan dia hanya sedar tatkala tubuhnya dicempung oleh Rizal .
_____________________________________________________________________________
Matanya digosok – gosok perlahan apabila cahaya lampu kalimantang mula memasuki matanya . Perlahan – lahan matanya dibuka , dia mula terpandang wajah Rizal , Qashmiera dan Helena di sisinya .
Melihat pada riak muka mereka , Sarah sedar Hairy memang sudah tiada di alam ini . Sekarang Hairy sudahpun menunggu  kehadirannya di alam barzakh . Air matanya jatuh setitis demi setitis .
“Kenapa takde seorang pun yang bagitahu Sarah pasal Hairy ?”tanya Sarah perlahan .
“Abang baru tahu semalam Sarah .”jawab Rizal .
“Leena ?”tanya Sarah lagi .
“Akak tahu Leena rahsiakan benda ni waktu kita jumpa dekat Subang Parade tu . Akak nampak riak muka Leena waktu tu . Kenapa Leena rahsiakan benda ni ? Akak nak Leena cakap benda yang sebenar .”ujar Sarah tegas .
“Leena minta maaf kak . Ikutkan hati memang Leena nak bagitahu akak . Tapi abang yang tak kasi . Leena , ibu dengan ayah pun baru tahu waktu dia nak buat last check up bulan lepas . Kami semua tak dapat nak halang dia . Kanser tu dah merebak pada semua saraf dia .”balas Helena sebak .
Sarah tunduk , “Kenapa awak buat saya macam ni Hairy ? Kenapa ?” ujar Sarah sebak , air matanya mula jatuh setitik demi setitik menimpa pipinya .

No comments:

Post a Comment