BAB 22
Kini genap dua minggu Hairy pergi
meninggalkannya . Dan sepanjang waktu itu , kenangan Hairy dan dirinya bagaikan
tidak berhenti berputar di dalam fikirannya . Sarah mengeluh . Segala – galanya
telah berubah , hidupnya bagaikan kosong tidak berseri . Belum sempat dia
melabuhkan punggung di atas kerusi kecil di balkoninya itu , telefon bimbit di
atas katil berdering kuat .
Nama ‘Ammar’ terpapar di atas skrin
sentuh itu , Sarah pantas menekan icon
‘answer’.
“Assalamualaikum .”suara garau Ammar mula
kedengaran .
“Waalaikumussalam.”jawab Sarah .
“Busy
ke?”tanya Ammar .
“Tak pun . Kenapa ?”balas Sarah .
“Err .. Saya ingat nak ajak awak keluar .
Saya pernah janji dengan awak saya nak ajak awak keluar kan dua minggu lepas ? So ,hari ni saya tak berapa sibuk sebab
tu saya nak ajak awak ni . Boleh ?”jelas Ammar lancar .
Sarah tergelak kecil dengan penjelasan
Ammar yang sungguh lengkap itu . “Kalau saya cakap saya tak boleh ?”acah Sarah
.
“Err .. Kalau awak dah tak boleh , apa
saya boleh buat pun ?”ujar Ammar . Sarah terdengar Ammar mengeluh perlahan .
“Okay , okay . Saya freelah . Saja je nak test
awak , pukul berapa nak keluar ni ?”tanya Sarah terus .
“Around
four , if you don’t mind ?”putus Ammar .
“Okay . Ambik kat rumah saya .”balas
Sarah .
“Yes
ma’am .”tuturAmmar dan terus memutuskan talian selepas memberi salam.
Memandangkan sekarang baru sahaja menginjak pukul dua belas tiga puluh tengah
hari , jadi Sarah hanya menghabiskan masa membaca novel kegemarannya di dalam
bilik .
_____________________________________________________________________________
‘Pon pon’ bunyi hon kereta Toyota Vios
Ammar mula berbunyi . Sarah menggapai beg tangannya dan pantas bergerak membuka
pintu . Kasut Converse hitam kesukaannya disarung pantas .
“Fuhh.”Sarah mengeluh tatkala melabuhkan
punggungnya di dalam kereta .
Ammar mengerling Sarah perlahan . “Macam
penat sangat je ?”
“Mestilah penat . Menggelabah saya waktu
awak cakap awak dah on the way tadi
tau tak ?!”jawab Sarah pantas . Kereta Ammar mula meluncur laju meninggalkan
bangle keluarganya .
“Kenapa pula ? Bukan saya memang dah
cakap saya ambik awak around four
something ?”tutur Ammar pelik .
Sarah tersengih . “Tapi tadi saya
tertidur . Bangun bangun je dapat text dari
awak , mana tak menggelabah ?”
“It’s
not my fault .”jawab Ammar selamba .
Sarah tersenyum . “So , where we wanna go now ?”tanya Sarah perlahan sambil membelek –
belek Galaxy SIII nya .
“Mid Valley ? If you don’t mind ?”jawab Ammar yang masih fokus pada pemanduannya
.
“No
prob .”balas Sarah ringkas . Tangannya lincah menaip , membalas mention di dalam Twitter .
Setelah agak lama berdiam diri , Ammar
mula bersuara .
“Sarah .”panggil Ammar .
“Yea ?”
“Awak ‘U’ mana ek ?”tanya Ammar sambil
menukar gear memandangkan trafik di
kota metropolitan ini sungguh teruk .
“University
of Law Sheffield .”balas Sarah perlahan . Telefon bimbitnya diletakkan di
atas riba . Dia mula teringatkan kenangan – kenangan bersama Hairy sewaktu di
U.K dahulu .
“Sama dengan Hairy lah kan ?”tanya Ammar
lagi .
Sarah mengangguk perlahan . Dia mendengus
. “Kita nak pergi Mid Valley buat apa?” Sarah lantas menukar topik perbualan
mereka sebelum sempat Ammar mengajukan soalan .
Ammar terdiam sejenak , dia pasti
soalannya tadi telah membuatkan Sarah teringat akan arwah adiknya.
“I’m
sorry . I didn’t meant it . It jus...”
“Saya tanya , kita nak pergi Mid Valley
buat apa ?”tanya Sarah lagi , memotong kata – kata Ammar .
“Err.. Saya ingat nak ajak awak makan
lepastu shopping sikit .”jelas Ammar
.
“Okay .”
“Saya minta maaf .”tutur Ammar sejenak .
“It’s
okay . Not your fault .”balas Sarah sambil tersenyum .
_____________________________________________________________________________
Toyota Vios milik Ammar pantas memasuki
kotak parking yang kosong itu . Enjin
dimatikan dan serentak lock terbuka .
“Leggo.”ujar
Ammar lantas membuka pintu kereta . Sarah tersenyum dan terus membuka pintu
kereta , dia menuju ke arah Ammar yang sudah berada di belakang kereta .
Mereka berjalan seiring menuju masuk ke
pintu lif yang terkuar luas . Butang 2 ditekan .
“Makan dulu ?”tanya Ammar .
Sarah berfikir sejenak . “I think I should say yes ?”jawab Sarah .
Ammar tergelak perlahan . “Nando’s ?”
“Of
course !”jawab Sarah teruja . Kali terakhir dia menikmati keenakan ayam dan
chocolate larva di restoran itu
adalah sewaktu dia keluar bersama Ain di Subang Parade .
Mereka berjalan beriringan namun terhenti
seketika tatkala Ammar berhenti .
“Sarah . Saya rasa wallet saya tinggal dalam kereta . Awak tunggu sini dulu kay ? I’ll be right back .”jelas Ammar dan
terus berjalan menuju ke arah lif .
Sarah menggeleng perlahan melihat telatah
jejaka tampan itu . Dia mula berjalan – jalan di sekitar itu . Setelah penat ,
dia mula mengambil tempat di atas bangku yang disediakan di hadapan kedai –
kedai di sekitar pusat membeli – belah itu .
Jam tangan dikerling . ‘Dah nak dekat
lima belas minit mamat ni pergi . Ambik wallet
ke buat wallet ?’ Sarah
bermonolog sebentar .
‘Baik aku pergi tengok . Mana tahu ada
apa – apa jadi ke ? Eh , kau ni Sarah ! Tak fikir bukan – bukan tak boleh ke ?’
Sarah mula berperaang dengan diri sendiri . Seketika kemudian dia terus bangun
dan pantas berjalan menuju masuk ke dalam perut lif .
Sewaktu pintu lif itu terbuka di aras
tempat letak kereta yang menempatkan kereta Ammar , Sarah pantas berjalan
menuju ke kereta . Dia mula ternampak kelibat Ammar yang sedang mengunci
keretanya menggunakan remote .
“Lambatnya awak ambik wallet ?”tegur Sarah mengejutkan Ammar
yang baru sahaja berpaling .
Ammar melepaskan nafasnya perlahan dek
terkejut dengan teguran Sarah sebentar tadi . “Lif stuck kejap tadi . Tu yang lambat . Sorry .”terang Ammar . Sarah mengangguk perlahan .
“Okay . Shall we go now ?”tanya Ammar .
“Yes
.”Sarah menjawab .
Mereka melangkah semula ke arah lif itu
namun terhenti pabila satu susuk tubuh mula berdiri tegak di hadapan mereka .
Sarah memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu .
“Apa lagi kau nak ni Farhan ?”tanya Sarah
kasar .
“Kan saya dah cakap , saya nak awak
.”jawab Farhan lembut . Ammar hanya diam melihat pertelingkahan kecil mereka
berdua .
“Dan aku pun dah cakap yang aku tak nak
dekat kau kan ? Apa lagi yang kau tak faham sebenarnya hah?!”jawab Sarah tegas
.
“Jap jap . Farhan , boleh tak kau tak
kacau dia . Apa lagi kau nak buat dekat sini ? Pergilah !”celah Ammar.
Farhan tersentak . “Kan aku dah cakap aku
nak Sarah balik ! Ada masalah dengan kau ke ?”tengking Farhan .
“Mestilah ada masalah dengan aku . Sarah
sekarang tengah keluar dengan aku , keselamatan dia semuanya atas
tanggunggjawab aku dan sekarang dia dah tak nak cakap dengan kau . Yang kau
sibuk nak kacau dia lagi apahal ? Tak cukup ke aku bagi kau sebiji hari tu
?”jawab Ammar keras .
Farhan mula berang dengan kata – kata
Ammar itu . Mata lelaki itu dipandang tajam ,Sarah yang melihat reaksi Farhan
itu mulai risau . Farhan tanpa menunggu lama terus melayangkan sebiji penumbuk
tepat di pipi kiri Ammar . Ammar yang masih belum sedia itu terus terduduk di
atas lantai itu .
Sarah mula membantu Ammar untuk bangun .
Dia berdiri tegak di hadapan Farhan . Mata Farhan direnung tajam .
“Kau dah kenapa ? Tak faham bahasa dah ?
Aku dah cakap , aku tak nak dekat kau . Tak faham ke ?! Nasib kau lah ,
siapa suruh kau tinggalkan aku dulu ? Ni
lah yang kau dapat ! Tak payah tergedik – gedik nak dapatkan aku balik lah ,
sebab kau takkan pernah dapat aku !
Dengar sini Farhan Aizril , kau tu dah
kahwin ! Dah ada anak dah pun , so berhentilah
kejar aku . Aku tak nak dekat kau ! So ,
stop it ! Because of one thing , and
the one thing is , I HATE YOU DAMN MUCH !” ujar Sarah separuh menjerit .
Ammar memegang lengannya erat untuk menenangkan dirinya yang dilanda kemarahan
.
Farhan terdiam . Sarah mula menitiskan
air mata di hadapan lelaki itu . “Dah Sarah , jangan nangis . Jom, saya hantar awak
balik .”tutur Ammar sambil memaut tangan Sarah kembali semula ke kereta Ammar .
Ammar menjeling tajam ke arah Farhan
sewaktu dia sedang berjalan sambil memaut lengan Sarah ke kereta . Semoga
dengan penjelasan lengkap Sarah sebentar tadi akan menyedarkan Farhan .
No comments:
Post a Comment