BAB 19
Memandangkan Ain perlu menghadiri
mesyuarat jadi Sarah menikmati sarapan pagi berseorangan . Roti bakar digigit
sedikit demi sedikit . Jus oren dan air suam di tepi pinggan belum disentuh
sedari tadi . Angin pantai yang kuat membuatkan rambutnya yang tidak diikat itu
berkibar – kibar . Sarah mula teringat
memori – memori sewaktu dia , Ain , Farhan dan abangnya bercuti di Redang tahun
lepas .
Sarah mengeluh , setelah menghabiskan
separuh dari roti bakarnya dia meneguk sedikit jus oren dan air suam lantas
terus berlalu . Niatnya untuk kembali semula ke bilik terbantut apabila
ternampak pantai jernih yang menarik perhatiannya .
Sarah mula menapak ke arah pantai .
Seliparnya dibuka dan dipegang untuk merasai kehalusan pasir pantai .Bunyi
deruan ombak yang menghempas pantai menyamankan jiwanya . Suasana seperti
inilah yang akan menyebabkan dia teringat pelbagai memori dan kenangan bersama
Hairy .
Sedang dia leka menikmati kedinginan
angin pantai itu , dia seperti ternampak satu susuk tubuh yang cukup dikenali ,
seseorang yang telah lama pergi meninggalkannya .
Sarah berlari anak menuju ke arah lelaki
itu , sewaktu lelaki itu berpaling , langkah Sarah terhenti bagaikan ada satu
kuasa yang mengawalnya . Matanya dikelip – kelip dan digosok berkali – kali .
Lelaki itu mula pelik dengan kelakuannya yang seperti orang mamai , mula
berkerut dahi memandangnya .
Setelah berkali – kali mengenalpasti ,
Sarah secara automatik memeluk lelaki itu erat , sambil menangis teresak – esak
.
“Abang , kenapa abang tinggalkan Sarah
dulu ? Kenapa abang buat Sarah macam ni ? Sampai hati abang biarkan Sarah
tempuh semua ni sorang – sorang kan ? Abang , janganlah seksa Sarah macam ni
lagi.”tutur Sarah dalam tangisan yang tiada henti .
Lelaki itu mula pelik , namun tetap
membalas pelukan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Sarah itu . Bukan
untuk mengambil kesempatan , tetapi melihat dari kondisi gadis itu terang
menunjukkan yang dia tertekan . Dia hanya membiarkan gadis itu meluahkan apa
yang terbuku di hatinya . Lama kelamaan tangisan Sarah mula reda dengan
sendirinya .
“Puas?”tanya lelaki itu pada Sarah .
Sarah mengangguk .
“Saya minta maaf , tapi saya just nak bagitahu yang saya tak kenal
pun siapa awak . Saya bukan abang awak , mungkin muka saya serupa tapi terus
terang saya cakap saya bukan abang awak .”terang lelaki itu pada Sarah .
Sarah tergamam .Pelukan eratnya pada
lelaki itu dileraikan pantas . Lama kelamaan dia mengangguk perlahan , “Bukan
awak yang patut minta maaf tapi saya . Saya yang tiba – tiba peluk awak , saya
minta maaf sebab jadikan awak mangsa keadaan .”
“Ouh , takpe . Saya tak kisah kalau awak
nak luahkan apa yang awak rasa dekat saya .I
can be your brother .”tutur lelaki itu lagi . Sarah tersenyum , hambar .
Syukurlah masih ada orang seperti lelaki ini di dalam dunia serba moden kini .
Sarah mengeluh , personaliti dan perwatakan lelaki ini tak tumpah seperti arwah
abang sulungnya , Azzam Rezza . Tak cukup dengan itu ,cara percakapannya pula
persis Hairy .
‘Argh ! Apa semua ni ? Kenapa bayangan
orang – orang yang aku sayang ada dalam dia ? Petanda apa ni Ya Allah ?’ Sarah
bermonolog sendiri .
“Thanks
, anyway my name is Sarah .”ujar Sarah sambil menghulurkan tangannya .
“Awak dah cakap dah tadi .”usik lelaki
itu sambil membalas huluran tangan Sarah .
“Nama saya Ammar . Ammar Rezza.”balas
Ammar kembali .
Untuk kali kedua Sarah tergamam lagi .
‘Ya Allah , apa yang kau cuba tunjukkan pada aku ini Ya Allah ? Tak cukup lagi
ke muka dia dah sama dengan arwah abang Azzam , ni nama dia pun sama juga ? Kau
berikanlah hambaMu ini kekuatan Ya Allah .’ getus Sarah di dalam hati . Matanya
dipejamkan .
“Sarah ? Are you okay ?”tanya Ammar risau .
“Yes
, I’m okay . Err .. Nama awak sama dengan arwah abang saya .”jelas Sarah .
Air matanya yang hampir menitis lagi diseka perlahan .
“Ouh
, I’m sorry for that.”ujar Ammar , rasa simpati mengasak hatinya melihat
keadaan Sarah yang sungguh tertekan.
“Saya rasa saya kena masuk bilik dulu . And , nice to meet you Ammar .”ujar
Sarah dan mula berpaling untuk bergerak masuk ke biliknya .
“Sarah .”panggil Ammar , Sarah berpaling
.
Ammar menghulurkan telefon bimbitnya pada
Sarah , “Saya nak nombor awak , boleh ? At
least I can lend my shoulder for you . Again ? If you don’t mind ?”minta
Ammar .
Sarah mengambil telefon ditangan Ammar ,
tidak sampai seminit Sarah menghulurkannya kembali .Tiba- tiba , telefon
bimbitnya yang berada di dalam poket berdering kuat .
Sewaktu dia melihat nombor yang tidak
dikenali di skrin itu , Ammar mula bersuara . “That’s mine . Just give me a call if you need me .”ujarnya .
Sarah mengangguk dan terus berlalu ,
sambil berjalan menuju ke biliknya bermacam – macam persoalan bermain di
mindanya . Segala yang berlaku dalam sekelip mata , Sarah mengeluh perlahan .
Sewaktu sampai di bilik , Sarah hanya
terbaring di atas katil memikirkan segala apa yang terjadi padanya kini . Satu
per satu ujian datang melanda dirinya . ‘Ya Allah , kau pinjamkanlah sedikit
kekuatan dan kesabaranMu kepada hambaMu yang kerdil ini Ya Allah .’ doa Sarah
di dalam hati . Tanpa menunggu lama dia terlena , disebabkan terlalu banyak
menangis sebentar tadi .
______________________________________________________________________________
Hari ini sudah dua hari dia berada di bumi
Sabah ini , memandangkan esok mereka akan kembali ke Semenanjung , jadi hari
ini dia berhasrat untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarganya .
Kunci bilik ataupun dikenali sebagai kad
, ditarik dari tempatnya membuatkan semua lampu tertutup . Kasut Converse
berwarna Fuchsia Purple disarung dan
terus berlalu . Kad biliknya disimpan rapi di dalam beg tangannya .
Sedang dia leka berjalan di laluan
pejalan kaki itu tiba – tiba telefon bimbitnya mula berdering minta diangkat .
Tertera nama ‘Ain’ di atas skrin .
“Weyh , aku balik lambat sikit hari ni . Sorry , kau makan kat hotel je kay ?
Kalau rajin kau keluar lah.”tutur Ain tanpa sempat Sarah memberi salam ataupun
berkata apa – apa .
“Woi , woi . Rileks lah . Kau dah tak
reti bagi salam dah ke ? Nak aku ajarkan ?”perli Sarah .
Ain tersengih , “Sorry lah beb , kelam kabut sikit harini . Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam . Takpe , tak kisah
pun. Lagipun aku kat luar ni kalau aku lapar aku pandai – pandai lah hidup
.”balas Sarah .
“Okay , aku ada kerja nak buat . Bye .” ujar Ain lantas mematikan talian
.
Sarah memasukkan semula telefon bimbitnya
ke dalam beg tangan . Tidak dinafikan sejak keluar dari rumah tadi , hatinya
gundah gulana seperti ada sesuatu yang akan berlaku . Inilah yang dirasainya
sewaktu kehilangan arwah abangnya dahulu . Sarah hanya mengendahkan perasaannya
, langkah dilajukan ke deretan kedai di tepi jalan itu .
Gelang mutiara diambil seutas dua untuk
keluarga di sana , selepas membuat pembayaran Sarah singgah di kedai runcit
untuk membeli makanan untuk lapik perut pada tengah hari nanti . Selepas itu ,
dia terus beredar kembali ke hotel .
___________________________________________________________________________
“Aduyy , pahal aku call semua orang tak dapat ni ?!”bentak Sarah . Dia cuba untuk
menghubungi abang , kakak ipar dan ibu bapanya namun tiada seorang pun yang
mengangkat telefon . Jantungnya sedari tadi berdegup kencang .
Kali ini nombor telefon Ain pula di dail
.
“Helo .”kedengaran suara Ain di hujung
talian .
“Helo , Ain .”
“Hmm ? Ada apa ?”tanya Ain terus .
“Weyh , aku rasa tak sedap hati doe .
Macam ada benda je nak jadi , aku try
call abang Riz , Kak Qashmiera , parents
aku tapi semua tak dapat .”terang Sarah pantas .
“Kenapa ?”
“Kalau aku tahu ,takdelah aku telefon kau
sekarang ni . Aku ingat nak balik KL petang nilah .”putus Sarah.
“Kau gila ke ?! Kerja aku kat sini tak
siap lagi tahu tak ? Kalau kau nak ,
boleh . Tapi seriously aku cakap aku
tak boleh ikut . Sorry babe .”jawab
Ain pula .
Sarah mengeluh , “Err .. Okaylah kalau
macam tu . Sorry ye Ain, tapi aku
betul – betul tak sedap hatilah . Kau jaga diri , assalamualaikum.”ujar Sarah ,
selepas Ain menjawab salam Sarah terus memutuskan talian dan mengemas barang –
barangnya untuk terus ke lapangan terbang .
Sewaktu di lapangan terbang , nombor
telefon Ammar di dail . Namun , hampa . Tiada sebarang jawapan dari Ammar , dia
mulai risau . Hatinya yang gundah gulana ditenangkan dengan melafazkan
Zikrullah . Dalam perjalanan kembali ke Semenanjung , Sarah cuba untuk
melelapkan mata namun dia tidak dapat duduk diam pun . Pendek kata , segala apa
yang dilakukan ada sahaja silapnya .
Jantungnya berdegup kencang sedari tadi .
Sarah hanya mencuba untuk terus bertenang sehinggalah tiba di KLIA , Sarah
terus mengambil teksi untuk balik ke rumahnya .
No comments:
Post a Comment