BAB 18
“Yes
Ain ? What can I do for you ?”tanya Sarah malas . Tangannya lincah mengemas
meja belajarnya .
“Err , Sarah . Aku nak minta tolong kau
ni.”tutur Ain perlahan .
“Tolong apa ?”tanya Sarah pantas .
“Hujung minggu ni aku kena pergi Sabah ,
takde siapa yang nak teman aku . So , the
conclusion is kau temankan aku boleh ?”terang Ain panjang .
Sarah tertawa perlahan , “Sejak bila kau
pandai tanya – tanya bagai ni . InsyaAllah boleh , nanti aku tanya parents aku . Apa – apa aku roger kau . Cun ?”jawab Sarah .
Ain tergelak sebelum menjawab , “Okay ,
aku ciao dulu . Kau text je kat aku
kalau kau boleh , nanti aku ambik kau . Alaah , tiga hari je Sarah .”balas Ain
.
“Okay Cik Ain . Dah , dah aku nak kemas
bilik aku ni . Jangan kacau .”
“Woah ! Sarah ? Kau kemas bilik ? Tak
percaya aku .”usik Ain .
“Ain , boleh tak dalam satu hari kau tak
mengacau aku ?”perli Sarah .
Ain tersenyum nipis , “Entah . Macam
mustahil je ? Okay , okay aku tak kacau kau dah . Selamat mengemas .
Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam .”jawabnya lantas meletakkan
semula telefon bimbitnya di atas meja solek miliknya.
Setelah selesai menyusun buku – buku yang
berselerakan di atas meja itu , Sarah menghempas badannya ke atas katil . “Fuhh
, at last bilik aku dah jadi ‘bilik’
yang sebenar .”ujarnya sendiri .
Telefon bimbit yang terletak di atas meja
solek digapai , icon gallery ditekan
. Gambar – gambarnya bersama Hairy dibuka satu per satu . Sarah tersenyum lebar
mengingatkan peristiwa dan kenangan mereka dalam setiap satu gambar itu .
‘Hairy , awak kat mana ? Saya call awak tak angkat , saya text awak tak reply , dah berkali – kali saya lalu depan rumah awak tapi langsung
takde orang . Kenapa awak hilang macam tu je ? Awak dah tak sayang dekat saya
dah ? Tolonglah jangan lukakan hati saya macam mana Farhan dah buat pada saya
dulu . Saya sayangkan awak setulus hati saya . Jangan seksa saya macam ni
.’getus hati Sarah .
Air matanya jatuh setitik menimpa pipi
gebunya . Sarah menyeka air mata yang makin laju menimpa pipi, dia bertekad
untuk tidak berhenti mendapatkan sebarang khabar dari Hairy .
____________________________________________________________________________
Peti sejuk dibuka , jus oren diambil lalu
dituangkan dalam gelas . Sarah melabuhkan punggung di depan televisyen . Astro
Hitz dibuka memandangkan video clip kegemarannya
disiarkan , What Makes You Beautiful .
Tidak lama kemudian , mamanya mengambil
tempat di sebelahnya . “Sarah tak keluar hari ni?”tanya Puan Rosmah .
“Nak pergi mana ma ?”tanya Sarah kembali
.
“Takdelah selalunya Sarah pergi jogging ,hari ni tak pergi ke ?”
“Owh , pergi . Tapi lambat sikit kot ,
penatlah ma sebab tadi Sarah kemas bilik .”terangnya .
Puan Rosmah mengangguk perlahan , Sarah
bersuara tatkala teringat yang dia akan menemani Ain ke Sabah hujung minggu ini
.
“Ermm , ma .”panggil Sarah .
“Hmm ?”
“Hujung minggu ni Sarah ingat nak teman
Ain pergi Sabah . Boleh ?”tanya Sarah .
“Sarah dengan Ain , dua orang je ?”
“Ada lagi , kawan kerja dia . Tapi mama
tahu jelah Ain tu , kalau dengan orang yang dia tak rapat mana dia nak . Tadi
baru dia call Sarah , ajak teman .
Boleh ?”terang Sarah sambil bertanya lagi sekali .
“Boleh . Nanti mama bagitahu dekat papa .
Sarah pergi dengan siapa ?”
“Ain lah . Dia dah book flight ticket dah . Hari Jumaat malam tu , Sarah tidur rumah
dia .”jelas Sarah lagi .
Puan Rosmah mengangguk . Mereka terus
menonton televisyen , selang beberapa jam kemudian Sarah bersiap untuk
berjoging .
_____________________________________________________________________________
Telefon bimbit ditangannya diputar
perlahan . Kini , sudah tiga kali dia mendail nombor telefon Hairy . Jarinya
masih teragak – agak untuk menekan icon
‘call’. Akhir sekali Sarah memutuskan untuk menghantar pesanan ringkas pada
Hairy .
Assalamualaikum , Sarah minta maaf klau ganggu Hairy , Sarah just nk
bagitau yg tiga hari ni Sarah tak ada dkt KL , Sarah pergi teman Ain kat Sabah
. And Sarah nk Hairy tau yg Sarah rindu dekat Hairy . Kalau free jgn lupa call
Sarah kay .
Setelah berpuas hati dia menekan icon ‘send’ . Sarah melepaskan keluhan
berat , perasaan rindunya pada Hairy membuak – buak . Empat bulan dari sekarang
mereka akan bertunang , buat masa ini belum ada sebarang persiapan dari
pihaknya . Bagi Sarah , tidak perlulah terburu – buru . Dalam dia leka
termenung telefon bimbitnya mula menyanyikan lagu ‘Moment’ menandakan ada mesej masuk . Sarah pantas menekan icon ‘open’ apabila melihat nama Hairy
tertera di atas skrin itu .
Waalaikumussalam , Sarah tak ganggu pun . Pergilah , Hairy tunggu
kepulangan Sarah dkt sini . Hairy pun rindu Sarah juga . Hairy minta maaf klau
sejak akhir-2 ni Hairy buat Sarah risau pasal Hairy . InsyaAllah klau Hairy ada
masa , Hairy call Sarah .
Sarah terpaku tatkala membaca mesej
daripada Hairy itu , air matanya mula menitis namun pantas diseka . Dia mula
menaip ,
Sarah tak kisah , Sarah tak paksa pun Hairy call Sarah tiap-2 hari .
Sarah faham klau Hairy sibuk .Sarah mybe balik Isnin ptg . Sarah nak call Hairy
boleh ?
Sarah terus menekan icon ‘ send’.
Tak payahlah . Jangan risau pasal Hairy , Hairy okay .. Kalau panjang
umur Hairy tnggu Sarah . Kalau Sarah balik nanti , pakai jubah putih kay ?
Untuk Hairy , boleh kan ?
Sarah tergamam , sungguh dia tidak
mengerti apa yang cuba Hairy sampaikan dalam mesej itu namun dia masih membalas
.
InsyaAllah , Sarah pakai . Tapi kenapa ?
Pendek dia membalas . Seminit kemudian ,
mesej Hairy diterima lagi .
Tak lama lagi Sarah akan tahu . Hairy ada kerja , kalau ada masa kita
text lagi kay ? Assalamualaikum . Love – Hairy .
Air mata Sarah menitis lagi . Dia cuba
untuk memahami maksud Hairy , namun otaknya seolah – olah tidak berfungsi untuk
itu . Tangannya pantas menaip ,
Waalaikumussalam , love you so much . Don’t forget me :)
Sarah mengangkat begnya untuk diletakkan
di atas troli . Dia menolak troli itu menuju ke arah Ain yang masih setia
menunggunya sedari tadi , dalam hatinya tidak putus – putus doa dipanjatkan
pada Yang Maha Esa agar perjalanan mereka ke Sabah selamat .
No comments:
Post a Comment