Thursday, 27 September 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 11)


BAB 11
“Mama!”jerit Sarah sewaktu membuka surat tawaran yang diterimanya dari University of Law Sheffield. Air mata kegembiraan menitis di pipinya sewaktu membaca surat itu. Seisi rumah yang mendengar jeritannya itu mula datang ke arahnya.
“Kenapa ni Sarah ?”tanya Puan Rosmah sewaktu melihat Sarah sudah pun menangis sambil memegang sehelai kertas putih. Rizal dan juga Encik Adzan yang sedang berada di situ juga hanya memandang Sarah dengan seribu satu persoalan di hati .
“Sarah dapat offer dari University of Sheffield law school !”ujar Sarah teruja. Encik Adzan , Puan Rosmah dan Rizal yang mendengar sudah tergamam.
You’re not kidding me right ?”tanya Rizal meminta kepastian. Sarah yang mendengar pantas menggeleng , surat yang berada di tangannya dilayangkan di hadapan Rizal.
Tatkala itu , Rizal memeluk Sarah erat. Puan Rosmah dan Encik Adzan hanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu .
Registration bila Sarah ?”tanya Encik Adzan setelah sekian lama berdiam diri. Sarah yang mendengar soalan dari papanya itu , memandang sekilas ke kertas putih yang masih lagi berada di genggamannya .
“Ermm , kalau ikut yang tulis kat kertas ni , 6 Mei  .”jawab Sarah .
“Dah nak dekat dah tu . Bila nak start prepare barang ?”tanya Rizal .
“Esok !”jawab Sarah bersemangat . Puan Rosmah, Encik Adzan dan Rizal sudah tersenyum lebar melihat Sarah yang sudah pun naik ke tingkat atas .
_________________________________________________________________________________
“Kenapa Farhan tak angkat call aku ?”tanya Sarah pada diri sendiri . Tidak dinafikan kali terakhir dia dapat bercakap dengan Farhan adalah selepas mereka pulang dari Pulau Redang . Itupun untuk memohon maaf atas kesilapan yang dibuat olehnya .
Telefon yang berada di tangan diputar – putar . Otaknya ligat memikir pelbagai sebab , mengapa sudah sekian lama dia tidak mendengar sebarang khabar berita dari Farhan . Tanpa menunggu lama , nombor telefon Ain pula didail .
“Assalamualaikum .”ujar Sarah memula bicara.
“Waalaikumussalam . Ada mimpi apa tiba – tiba telefon aku ni ?”tanya Ain pantas .
“Laaa , kena mimpi dulu ke baru boleh call kau ?”balas Sarah juga dengan soalan .
Ain yang mendengar jawapan Sarah sudah ketawa perlahan . Rindu sungguh pada rakan karibnya itu . “Ain , “panggil Sarah.
“Kenapa ?”tanya Ain. Sarah menarik nafas panjang sebelum berkata , “Aku dah dapat offer letter .
What ?! University mana ?!!”tanya Ain teruja .
Sarah sekali lagi menarik nafas panjang , “University of Sheffield law school .
Ain yang setia mendengar sudah menjerit kuat , Sarah tersenyum sambil menjauhkan sedikit telefon dari telinganya sewaktu Ain menjerit bingit . “Ain ! Tak payahlah sampai macam tu sekali !”tegur Sarah sambil tergelak .
“Sarah sayang , macam mana aku tak menjerit kalau aku pun dapat offer letter dari university yang sama?”balas Ain selepas selesai mengambil nafas .
Sarah yang mendengar terus terdiam , namun tidak sampai seminit jeritan Sarah pula yang kedengaran . Tetapi , Sarah hanya melepaskan jeritan kuatnya sambil ditekup dengan bantal . Kedua – dua sahabat itu leka berborak hinggalah masing – masing berasa ngantuk dan terus melelapkan mata .
__________________________________________________________________________________
Pejam celik , pejam celik masa yang dinanti – nanti sudahpun tiba . Sewaktu ini Sarah , Ain dan beberapa bakal penuntut di University of Law Sheffield sedang menunggu masa untuk berlepas . Keluarga Ain , Encik Adzan , Puan Rosmah dan Rizal sudah ada di situ menemani mereka sehinggalah mereka berlepas.
Mata Sarah melilau – lilau mencari kelibat seseorang . Ain yang memerhati gelagat kawannya itu mulai pelik , “Kau cari siapa tu Sarah ?”
“Farhan .”balas Sarah pendek .
“Farhan ? You know what , balik je kita dari Pulau Redang hari tu , jangankan bayang dia satu sms dari dia pun aku tak dapat . He was missing , just like that . And I have no idea about where is him now .”terang Ain panjang . Sarah yang mendengar mengeluh perlahan .
Kata – kata Ain ada betulnya , selepas mereka pulang dari bercuti beberapa bulan lepas , tiada langsung berita mahupun khabar dari Farhan . Setiap kali Sarah menelefon atau mesej ke nombor Farhan , langsung tiada sebarang jawapan .
“Sarah , flight kita dah nak berlepas dah .”tegur Ain . Sarah terus mendapatkan keluarganya .
“Ma , Sarah pergi dulu . Mama jaga diri baik  - baik kay ? Doakan Sarah dekat sana nanti . Mama jangan risau one day mama akan datang sana untuk graduation day Sarah . “ujar Sarah , tangannya menggenggam erat tangan mamanya . Selesai sahaja dia berkata – kata , Puan Rosmah sudah pun memeluknya erat .
Selesai dia bersalaman dengan mama dan papanya , dia menuju ke abangnya pula . “Abang Riz, Sarah pergi dulu . Abang jaga mama dan papa kat sini tau . Jangan lupakan Sarah , sentiasa doakan kejayaan Sarah kat sana . Sarah minta maaf sangat – sangat sebab selalu menyusahkan abang . “air mata Sarah menitis lagi , abangnya dipeluk erat .
“Dah , jangan nangis . Sarah tak buat apa – apa salah pun dekat abang . Abang akan sentiasa doakan kejayaan Sarah , kalau Sarah perlukan apa – apa just give me a call . Jaga diri baik – baik , jangan lupakan kitorang semua dekat sini . Yang paling penting jaga maruah , agama . Solat tu jangan lupa .”pesan Rizal panjang serupa dengan papanya sebentar tadi . Sarah mengangguk perlahan . Pelukan dilepaskan , trolley ditolak menuju ke balai berlepas , tekad ditanam di hatinya untuk terus belajar hingga ke menara gading .
_________________________________________________________________________________
Selesai sahaja pendaftaran , mereka dibenarkan untuk masuk ke bilik masing – masing . Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Illahi , dia dan Ain ditempatkan dalam satu bilik . Pintu billik yang telah pun terbuka luas dilewati , bilik yang boleh memuatkan tiga hingga empat siswa itu dipandang . Terdapat dua bilik tidur , dapur , ruang tamu dan satu bilik mandi . Cukup selesa untuk mereka berdua .
Ain yang baru sahaja masuk dipandang . “Woah , besarnya rumah kita Sarah.”ujar Ain perlahan.Matanya melilau melihat persekitaran rumah itu . Di ruang tamu , terdapat sebuah sofa berangkai tiga , satu meja kopi , rak buku dan sebuah televisyen . Segala – galanya tersusun rapi . Sarah melangkah ke balkoni. Pemandangan kota United Kingdom yang sungguh mengujakan dinikmati . Nafasnya ditarik panjang , mulai esok dia akan memulakan kuliah pertamanya .
“Weyh , kau dah kemas bilik kau belum?”tanya Ain . Dia mengambil tempat di sebelah Sarah . Sarah memandang Ain sekilas , “Belum , lepas ni .Agak-agak bila kita dapat jalan – jalan kat sini ?”jawab Sarah seraya menjawab .
“Entahlah , weyh cepatlah kemas barang . Lepas ni kta pergi groceries , aku ingat nak masak lah .”terang Ain . Sarah yang mendengar pantas menjawab , “Kau nak masak ?! Yea ! Masak sedap –sedap tau ! Bagi aku setengah jam untuk kemas bilik dan siap , lepastu kita pergi beli barang .”
_________________________________________________________________________________
Hye .”tegur seseorang sewaktu Sarah sedang leka mengulangkaji di perpustakaan . Sarah memandang sekilas lelaki yang berada di hadapannya .
Hye .”balas Sarah , dia mulai pelik setahunya lelaki ini bukan classmate ataupun sama course dengannya .
May I seat here ?”tanya lelaki itu lagi . Sarah hanya mengangguk , lantas lelaki itu mengambil tempat di hadapannya .
You’re Malaysian right ?”tanya lelaki itu lagi .
Sarah memandang tepat ke mata lelaki itu , “Yea , I’m Malaysian . Something wrong with that ?”
Nope , it just like. Err , I’m a Malaysian too.”balas lelaki itu dan mula menyengih .
Sarah sudah tersenyum , tangan dihulurkan . “Saya Sarah . Awak?”
“Owh , saya Hairy . Awak baru masuk sini ke ?”tanya Hairy .
“Urmm , yea . Baru masuk minggu lepas .”balas Sarah .
Mereka mengulangkaji sambil bersembang di perpustakaan itu sehingga tepat lima petang , Sarah meminta diri .
“Urmm , I gotta go .  Housemate saya dah tunggu kot .”ujar Sarah . Buku – bukunya dikemas , kerusi ditolak .
“Owh , okay . Anyway , may I have your phone number ?”tanya Hairy .
“Owh , urmm . Take this .”balas Sarah sambil memberikan sekeping kad namanya . Sewaktu melihat dalam ke mata Hairy , dia mula teringat Farhan . Sehingga kini tiada sebarang berita dari Farhan , perasaan sedih mula menyayat hati ini . Setelah berkali – kali cuba menghubungi Farhan dari bermacam- macam alat komunikasi .
“Sarah ?”panggil Hairy sewaktu melihat Sarah termenung sambil matanya sudah merah seperti menahan tangis .
Are you okay ?”tanya Hairy lagi . Sarah yang tersentak mula sedar , “Owh , yea . I’m okay . Bye , see you next time .”balas Sarah dan terus mengatur langkah keluar dari perpustakaan itu menuju ke rumah mereka .

No comments:

Post a Comment