Thursday, 20 September 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 8 )



BAB 8
“Ain !”panggil Sarah setelah terlihat kelibat rakannya itu di hujung koridor . Hari ini merupakan hari bersejarah buat semua calon – calon SPM di sekolah mereka , keputusan SPM yang selama ini dinanti – nanti telah pun tiba .
Pelajar yang berpusu – pusu  melewati meja – meja guru kelas dipandang sekilas sebelum Ain menegurnya . “Weyh , kau datang sorang je ke ni ?”
“Abang Riz ada kat luar dia suruh aku masuk ambil sendiri sebab takde parking langsung .”balas Sarah panjang . Dia dan Ain masing – masing sedang beratur untuk mendapatkan slip peperiksaan mereka . Tangannya yang sejuk diramas – ramas .
“Hai Sarah , Ain .”tegur Farhan sambil tersenyum lebar . “Hai , ni kenapa senyum sampai telinga ni ?”tanya Sarah pelik .
Pada waktu yang sama Farhan melayang – layangkan slip peperiksaan miliknya pada Sarah dan Ain . “Dapat berapa ?”tanya Sarah dan Ain serentak , Farhan sudah tergelak dengan telatah dua sahabat karib itu .
“10A , Syukur Alhamdulillah .”jawab Farhan . Ain dan Sarah hanya terdiam , mata masing – masing sudah terbeliak mendengar jawapan Farhan . “Kenapa buat mata macam tu ? Seram lah .”tegur Farhan pantas apabila mendapati kedua – dua mereka senyap tanpa sebarang kata .
Congrats , nanti saya mesej awak saya dapat berapa kay ? “ balas Sarah selepas beberapa ketika terdiam mendengar keputusan peperiksaan Farhan itu , jantungnya mula berdegup kencang sewaktu namanya dan nama Ain dipanggil serentak , mereka mengatur langkah perlahan – lahan ke arah meja Puan Huda yang sememangnya guru kelas mereka .
Slip  kedua – dua mereka yang terletak di atas meja dipandang sekilas sebelum memandang wajah Ain dan Sarah . “Tahniah . Cikgu bangga dengan kamu berdua .”ujar Puan Huda sambil tersenyum mesra .
“Terima kasih cikgu , semua  ilmu yang kami dapat dari tunjuk ajar cikgu juga .”balas Ain mewakili Sarah dan dirinya sendiri . Dia dan Sarah masih lagi belum melihat pada slip yang berada di tangan masing – masing . Setelah bersalaman dengan Puan Huda , mereka mengatur langkah keluar daripada kelompok ibu – bapa dan pelajar – pelajar yang masih lagi beratur unutk mengambil keputusan .
Sewaktu berada di hadapan pintu dewan , barulah mereka serentak melihat pada slip masing – masing . “Ainnnnn !!!! “ hanya itu yang dapat diungkapkan Sarah sebelum air mata kegembiraan dihamburkan sepuas – puasnya di bahu rakannya itu .
Setelah berjumpa dan berterima kasih pada semua guru – guru dan berbual dengan rakan – rakan kelas Sarah terus mengatur langkah ke kereta , abangnya yang hanya menanti di dalam kereta sedari tadi sudah berkali – kali meminta slip peperiksaan miliknya  , namun Sarah mengendahkannya sehinggalah sampai di rumah dia memberitahu kepada seisi rumah keputusan yang diperolehinya .
Perhatian Sarah pada televisyen teralih apabila abangnya turut sama bersantai di ruang tamu itu . “Disebabkan Sarah dah berjaya dapat 10A seperti apa yang mama , papa dan abang mahukan . Abang nak tunaikan janji abang dulu . Ingat lagi tak ?”terang Rizal panjang sebelum diakhiri dengan soalan .
Sarah yang dari tadi setia mendengar mula mengangguk faham sebelum menjawab . “Ye , Sarah ingat lagi .”
So , Sarah nak pergi mana ?”tanya Rizal lagi . “Ermm , Sarah rasa Sarah teringin nak pergi Pulau Redang . Boleh ?”balas Sarah .
“Hmm , okay jugak . Tak nak ajak kaw..”
“Ain dan Farhan sebab diorang pun dapat 10A macam Sarah .”potong Sarah pantas .
Parents diorang bag…”
“Diorang dah banyak kali outing dengan kawan – kawan . So , mesti kali ni pun boleh . Sebelum ni diorang pernah pergi lagi jauh dari Pulau Redang tu .”balas Sarah pantas . Dia mula merekah senyuman tatkala melihat wajah merah abangnya menahan geram kerana segala kata – kata abangnya semua dipotong dengan pantas .
“Abang tak suk..”
“Abang tak suka orang lain potong cakap abang . Itu yang abang nak cakap tadi kan ? Abang lambat sangatlah , sebab tu Sarah tolong sambung .” jawab Sarah pantas . Dia berdiri perlahan – lahan dan terus lari ke tingkat atas . “Sarah Azrin Syahana binti Adzan !”jerit Rizal sebelum mengejar adiknya itu . Bergema seisi rumah dengan jeritan dan gelak ketawa dua beradik itu .
Setelah penat berkejaran dengan abangnya , Sarah menghempaskan badannya ke katil . Keluhan dilepaskan , lelahnya berkejaran dengan abangnya sebentar tadi masih belum hilang . Handphone Galaxy SIII miliknya dicapai , mesej daripada Farhan dibuka .
                                                  Awak tak bagitahu lagi awak dapat berapa ?
Sarah tersenyum tatkala membaca mesej itu . Sememangnya sampai sahaja dia di rumah hanya mama dan papanya sahaja yang berada di ingatan dia . Mesej Farhan dibalas pantas .
                                Saya dapat 10A sama macam awak jugalhaa
Lima minit selepas membalas mesej itu , Farhan terus menelefonnya .
“Awak dapat 10A juga ?”tanya Farhan dengan suara yang teruja . “Ye , tak payahlah buat suara macam tu , awak pun 10A juga kan ?” jawab Sarah sambil tersenyum .
Farhan tergelak sebelum menjawab .”Ye , awak tak rasa macam nak keluar jalan – jalan ke ?”tanya Farhan lagi .
“Dah plan dah dengan Abang Riz .”jawab Sarah .
“Kita pergi ma..”
“Pulau Redang . “potong Sarah .
“Dengan sia..”
“Saya , awak , Ain dengan abang sayalah .”potong Sarah lagi .
“Kenapa awak..”
“Kenapa saya potong cakap awak ? Sebab awak cakap lambat sangat macam abang Riz , sebab tulah saya potong .”balas Sarah buat kali yang terakhir dan terus menamatkan perbualan . Selepas meletakkan telefon Sarah terus meletuskan gelak yang kuat , tidak dapat dibayangkan wajah Farhan yang geram tatkala dia memotong kata – katanya .

No comments:

Post a Comment