Thursday, 13 September 2012

Hanya kau yang terakhir (Bab 4)




BAB 4


“Sarah !” jerit Farhan setelah ternampak kelibat Sarah di depan pintu pagar sekolah .


“Haa?”desis Sarah perlahan . Dia menoleh ke kiri dan kanan pada masa yang sama memperlahankan langkah apabila terdengar seperti namanya dipanggil.


Pada waktu itu dia ternampak Farhan yang sedang berlari mendapatkannya , langkahnya dihentikan . Sekarang , hanya Farhan yang sentiasa ada di kala suka dan dukanya , kalau hendak diharapkan Ain , Ain masih sibuk dengan hal keluarganya dan macam – macam lagi , dia kasihankan rakannya itu . Mama dan papanya pula sudah mengetahui hubungan dia dan Farhan .


‘Mama tak kisah Sarah nak berkawan dengan siapa tapi Sarah kena pandai jaga diri dan batas – batas pergaulan . Mama tengok Sarah makin rapat dengan Farhan . Tak semua lelaki baik dan tak semua lelaki jahat . Pandai – pandailah Sarah jaga diri .’ terimbau kembali kata – kata ibunya sewaktu makan malam tempoh hari .

“Hai awak ! Kenapa termenung ? Ingat saya ke ?”usik Farhan apabila melihat gadis pujaan hatinya itu sedang termenung tanpa berkelip mahupun menyedari kehadirannya di situ .

“Hah ?!” jawab Sarah terpinga – pinga , jauh betul fikirannya melayang sebentar tadi .

“Owh , ingat .. err .. mm , tak ingat apa- apalah . Kenapa awak panggil saya tadi ?”soal Sarah menukar topik .
Farhan tergelak tatkala melihat wajah Sarah .
“Kenapa awak gelak ? Tak lawaklah .”marah Sarah geram .
“Okey , okey . Janganlah marah – marah sayang . Saya panggil awak tadi sebab saya nak ajak awak dating hujung minggu ni . Boleh ?”
“Eei , apa sayang – sayang ni ? Geli tau tak ?”tukas Sarah .
“Yelah , yelah . Awak tak suka saya panggil awak sayang kan ? Awak tak sayang saya kan ? Tak pelah kalu macam tu , doa jelah kita dapat jumpa lagi lepas ni . Manalah tahu kalau – kalau Allah lebih sayangkan saya .”rajuk Farhan .
“Eyh , mana ada . Mengada – ngadalah awak ni . Yelah , yelah panggil lah saya apa – apa pun .”pujuk Sarah terpaksa .
“Betul ni ? Seriously ? “ tanya Farhan lagi .
“Ye , betul . Awak nak ajak saya keluar tadi kan ? Erm , bolehlah kot ? Tapi saya kena tanya mama saya dululah.”jawab Sarah . Serentak dengan itu mukanya bertukar merah . Sekarang baru dia tersedar yang dia sudah memberikan lampu hijau pada Farhan untuk memanggil dia dengan apa – apa panggilan .
Why are you blushing my dear ?”tanya Farhan yang mulai risau . Sarah hanya diam tanpa kata tetapi mukanya masih merah .
“Sayang ?”panggil Farhan dengan suara yang sengaja dilembutkan .
“Dahlah tu , tak payahlah kacau saya lagi .”
Farhan yang dari tadi melihat sudah meletuskan tawa yang kuat melihat perangai Sarah itu .


“Abang Riz terus stay sini ke ?”tanya Farhan pada Sarah sewaktu mereka sedang berehat di atas bangku taman rekreasi itu setelah masing – masing kepenatan berjoging .
“Entahlah , dia kata hujung bulan ni dia balik sana sebab kena buat exam . “balas Sarah .
“Okey , awak jomlah balik dah nak maghrib dah ni . Badan saya dah melekit dah pun .”rungut Sarah , sambil mengemaskan ikatan rambutnya .
“Yelah saya pun dah tak selesa dah ni .”balas Farhan lantas berdiri. Tangannya dihulurkan pada Sarah .
Sarah tersenyum nipis lalu menyambut huluran tangan Farhan itu. Mereka jalan beriringan menuju ke rumah Sarah . Sewaktu itu awan yang mula menunjukkan tanda – tanda ingin hujan membuatkan Sarah risau tentang keselamatan Farhan . Walaupun jarak rumah Farhan dengan rumahnya hanya sejengkal .
Genggaman tangan Farhan tidak dilepaskan walaupun tatkala itu dia sudahpun berada di hadapan rumahnya . Farhan yang mulai pelik memandang ke arah Sarah .
Don’t worry dear , I’ll be okay.”ujar Farhan yang mulai mengerti .
Take care.”balas Sarah .
“Dahlah , jangan buat muka macam tu . Nothing will happen . Bye , love you .”balas Farhan sebelum berlalu pergi .
I love you too .” balas Sarah selepas Farhan mula hilang dari pandangannya .

Baby you light up my world like nobody else ,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed ,
But when you smile at the ground ain’t it hard to tell,
You don’t know .. o .. o , you don’t know you beautiful
Lagu ‘What Makes You Beautiful’ mula berkumandang dari handphonenya, menandakan ada yang menghantar mesej kepadanya . Sarah segera mencapai telefon tersebut di atas almari dan terus menekan icon ‘open’. Dia sudah menjangkakan mesej itu pasti dari Farhan dan jangkaannya tepat !
                                                                 
                            Hai awak ! Dah mandi belum ?
Sarah pantas membalas.
                     Dah mandi dahlah , Makan pun dah .
                    Sekarang nk tido tapi tk boleh .

Sarah pantas menekan butang ‘send’. Seminit selepas itu Farhan terus menelefonnnya . Sarah agak terpinga-pinga namun masih menjawab panggilan itu .
“Helo.”Sarah memulakan bicara .
“Helo wak . Kenapa tak boleh tidur ?”tanya Farhan .
“Entah , tak tahulah.”
“Rindu kat sayalah tu . Sebab tu tak boleh tidur.”usik Farhan.
“Eei perasannya dia ! Takde maknanya saya nak rindu awaklah .”pantas Sarah membidas sambil itu dia menguap .
“Aik ? Dah ngantuk dah ? Takpelah awak tidur , esok kita jumpa kat sekolah .”
“Eyh , mana ada ngantuk , tak ngantuklah .”balas Sarah .
“Takpe wak , saya tak kisah punlah awak nak tidur , saya pun dah ngantuk dah ni . Lagipun saya tahu awak rindu saya , so awak kenalah dengar suara saya dulu sebelum awak tidur kan ? Dah , dah pergi tidur .” jelas Farhan dengan suara yang cukup lembut .
“Hmm , yelah tu . Okey , saya tidur . Good night , sweet dream .”
“Tu je ?” tanya Farhan .
“Nak apa lagi ?” tanya Sarah bingung.
I love you takde ? Tadi saya cakap awak tak balas pun.” Ujar Farhan dengan nada merajuk .
“Hah ? Err .. “Sarah menggaru kepala yang tidak gatal .
“Cepatlah wak , saya tunggu ni ..”
“Yelah , yelah . Err .. I .. I .. lo .. ve.. you .” ucap Sarah tergagap .
Fine , tak ikhlas langsung .”rajuk Farhan lagi .
“Ye . I love you . Tak payahlah merajuk .” pujuk Sarah dengan suara yang cukup lembut .
Farhan tersenyum. “Okey sayang , I love you too . Good night . Jangan lupa mimpikan saya tau !”ucap Farhan lantas memutuskan talian .

No comments:

Post a Comment