BAB 7
Farhan melepaskan keluhan berat . Beg dicampak ke arah almari , sesungguhnya hatinya sendiri memberontak untuk memujuk gadis itu . Namun , dia juga manusia yang mempunyai ego sendiri . Setiap kali , Sarah berjalan melintasinya segala kenangan yang dilalui terimbas satu persatu . Segala perbualannya dengan Ain terimbas kembali .
Handphone yang berada di atas meja belajar dicapai . Segala mesej yang masuk dibuka satu persatu . Namun , yang paling membuatkan dia terkejut apabila membuka mesej daripada Sarah . Senyuman mula merekah di bibirnya , terbayang di matanya wajah Sarah yang merah sewaktu menghantar mesej ini . Tangannya pantas menekan icon ‘call’ .
“Hel..lo.”ujar Sarah tergagap sewaktu mengangkat panggilan daripada Farhan itu .
“Gagap ke ?”tanya Farhan selamba .
“Hah ? Eyh , takdelah . Just pelik sebab tiba – tiba awak call .”terang Sarah .
“Yelah , saya pun pelik juga sebab ada orang tu rindu kat saya .”usik Farhan , badannya dihempas ke katil sambil tersenyum .
“Hah ? Err .. Awak dah baca mesej tu ke ?” bibirnya mengukir senyuman , matanya dipejam dan dalam masa yang sama mukanya seperti udang bakar .
“Dahlah wak . Kalau tak , takdelah saya call . Banyak betul awak missed call saya kan ?Sorry tak angkat , phone silent tadi . Anyway , saya lagi rindu kat awak tau !”jawab Farhan .
“Yelah tu , tadi awak siap gelak – gelak lagi dengan perempuan tu .”jelas Sarah dengan nada rajuk .
“Alalalala , ada orang tu jealouslah pulak . Tu Nadia lah , kawan je . Actually , waktu tu kitorang bertiga tapi budak lelaki tu pergi tandas . Awak tak marah kan ?”
“Takkanlah saya nak marah , awak yang cakap awak bertiga waktu tu .” ucap Sarah pula cepat benar rajuknya hilang .
“Tapi tadi saya nampak awak nangis . Kenapa ?”tanya Farhan mengejut .
“Hah ? Saya nangis ? Eyh , takdelah . Mata saya masuk habuklah .” dalih Sarah . Biarlah perkata itu hanya dia yang mengetahui . Malah , hubungan dia dan Farhan sudahpun pulih .
“Urmm , wak . Nak kena bagitahu ke ? Tak payahlah . Benda kecik je , kay ?”ujar Sarah yang masih lagi menyembunyikan perkara sebenar .
“Hmm , kalau awak cakap macam tu takpelah . Awak dah mandi belum ?”tanya Farhan secara tiba – tiba .
“Mestilah dah , awak tak mandi lagi eyh ?”tanya Sarah dengan nada yang ditekankan .”Hehe , belum .”jawab Farhan , suaranya dikendurkan .
“Eei , awak ni apalah ! Pergi mandi cepat !”arah Sarah .
“Okay . Saya excited sangat dapat text dari awak tu yang tak teringat nak mandi .”terang Farhan .
“Apalah awak ni , teruk !”ujar Sarah lagi .
“Alah teruk – teruk pun ada orang sayang juga . Kan awak kan ?”usik Farhan lagi .
“Eish , dahlah pergi mandi . Busuklah .” balas Sarah pula . Selepas itu , talian terus dimatikan . Farhan tersenyum bahagia .
_________________________________________________________________________________
“Awak nak cari apa ni ?”tanya Farhan setelah puas berjalan menenmani Sarah sehari suntuk di Mid Valley itu . “Ermm , nak cari teddy bear untuk Ain kat ‘Memory Lane’ kejap . Lepastu kita balik . Boleh kan ?”balas Sarah , matanya dikelip – kelip ke arah Farhan .
“Ye , okay .”balas Farhan semula . Mereka mengorak langkah ke ‘Memory Lane’ pula . Sewaktu tiba di situ , dia hanya mengekori langkah Sarah ke arah satu rak tinggi dan lebar yang dipenuhi pelbagai jenis teddy bear yang berbagai – bagai saiz dan warna .
Sewaktu menunggu Sarah masih memilih teddy bear , dia tertarik pada satu teddy bearputih sederhana besar yang memegang sekeping kad merah tertulis perkataan ‘I Love You’. Teddy bear itu dibelek – belek , Sarah yang masih setia memilih itu dipanggil untuk datang ke arahnya ,
“Wah , comelnya bear ni . Pandai awak pilih , saya nak bagi yang nil ah dekat Ain .”ucap Sarah selamba . Teddy bear putih yang berada di tangan Farhan diambil dan terus bergerak menuju ke kaunter . Namun , terhalang dek tangan Farhan yang kemas memegang tangan kanannya .
“Siapa kata saya pilih untuk awak bagi kat Ain ?”tanya Farhan .
“Habis tu ?”tanya Sarah kembali .”Bagi kat awaklah , sayang ooi .”hidung mancung Sarah dicuit .
“Bagi saya ?”tanya Sarah lagi .
“Yelah.”
“Habistu saya nak bagi kat Ain yang mana ?”tanya Sarah pada Farhan . “Nanti saya pilihkan , tapi yang ni saya bayar .”terang Farhan lagi .
“Macam tu pula ? Kay , saya ada dua pilihan yang brown ni ke yang pink ni ?”tanya Sarah sambil memegang kedua-dua teddy bear tersebut . Teddy bear putihnya diserahkan kepada Farhan .
“Ermm , kalau saya , saya ambil yang brown tu “Farhan membuat keputusan . “Okay , dah jom bayar .” balas Sarah dan terus bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran .
“Awak lepas ni kita pergi …”
“Nope . Kita terus balik .”potong Farhan pantas .
“Alaah , tapi saya nak pergi Popular kejap .” balas Sarah dengan riak muka masam . “Sayang , mama awak dah cakap awal – awal tadi suruh awak balik sebelum maghrib kan ? Sekarang dah pukul enam setengah dah . Nanti apa pula mama awak cakap .”jelas Farhan panjang pada buah hatinya itu .
“Kay , Fine . “jawab Sarah pendek . Langkah dilajukan , tangannya pantas mengeluarkanhandphone dari poket . Nombor telefon Abang Riz didail tapi belum sempat dia menekancall handphone sudah dirampas oleh Farhan .
“Awakk!!”Sarah separuh menjerit .
“Cakap awak tak merajuk dulu .”ujar Farhan sambil menjauhkan handphone dari Sarah yang masih cuba merampasnya kembali .
“Ye , saya tak merajuklah .Bagilah handphone.”minta Sarah lagi , kakinya terjengket – jengket menggapai handphone yang masih lagi berada di tangan Farhan .
“Cakap ‘I Love You’ dulu baru saya bagi .”jawab Farhan , keningnya diangkat sebelah . Sarah yang mendengar terus berhenti daripada mengambil Galaxy SIII miliknya .
“Awak ambil kesempatan !” ujarnya dan terus berjalan meninggalkan Farhan yang sudah tergelak di belakang .
No comments:
Post a Comment