Thursday, 13 September 2012

Hanya kau yang terakhir. (Bab 3).



BAB 3





Usai sahaja menghabiskan makanannya , Sarah meminta diri untuk mengambil angin malam di gazebo luar rumahnya .


Sarah duduk di atas sebuah bangku yang berhadapan dengan air terjun buatan yang juga ada di situ. Segala memori – memori indah bersama arwah abangnya kembali tersingkap di minda .


Air matanya tanpa segan silu jatuh setitik demi setitik . Sarah hanya membiarkan air mata itu mengalir ke pipinya . Dia termenung jauh memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi tanpa abangnya itu . Telefon bimbitnya sudah lama dimatikan , di tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun buat masa ini .


I’ve told you that I don’t wanna see any tears in your eyes , please Sarah.”ucap Rizal yang sebelum ini hanya memerhatikan Sarah dari belakang tiang seri rumahnya itu . Dia sudah menjangkakan yang Sarah pasti akan menangis di sini .

Rizal duduk bersila di hadapan Sarah lalu menggenggam tangan adiknya itu . “Kenapa Sarah buat macam ni ?”sambungnya lagi . Sisa air mata Sarah diseka menggunakan jarinya .
“Sarah tak boleh abang . Sarah ta .. “
“Sampai bila Sarah nak cakap yang Sarah tak boleh ?”potong Rizal pantas . Tangannya pantas menyeluk poket seluar dan mengeluarkan handphone Sarah .
“Farhan banyak kali call Sarah tadi , jawablah call dia . Mungkin bila dia yang pujuk Sarah baru Sarah akan berhenti menangis .”ucap Rizal dengan nada seakan merajuk . Setelah menghabiskan ayat itu dia lantas bangun dan melepaskan tangan Sarah , dia bukan berjauh hati tetapi dia mahu adiknya itu sentiasa kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal datang selepas ini .
Tanpa diketahui oleh Sarah dia telah mengangkat panggilan daripada Farhan sebentar tadi selepas menghidupkan semula telefon itu . Rizal juga telah membaca semua mesej – mesej antara Farhan dan Sarah . Tatkala itu dia mula sedari yang mereka saling menyayangi .
“Helo.”Farhan memulakan bicara . Setelah berkali – kali panggilannya tidak dijawab oleh Sarah akhirnya kali ini Sarah menjawab  .
“Helo . Ni Farhan ?” tanya Rizal pada lelaki yang bernama Farhan itu .
“Ye , ini Farhan . Err .. Sarah mana ?”tanya Farhan agak risau apabila lelaki yang menjawab panggilan itu.
“Sarah ada , tapi ni abang dia Rizal mungkin Farhan tak pernah jumpa . Sarah bukan sengaja tak nak angkat call Farhan , dia masih lagi sedih . Abang Azzam dah meninggal pagi tadi , accident .”terang Rizal panjang seperti sudah mengenali Farhan lama .
“Ya Allah , Innalillahiwainnalillahiraji’un . Maaflah abang , saya tak tahu langsung pasal ni .”jawab Farhan yang terkejut .
“Takpelah , bukan salah Farhan pun . Tapi , abang nak minta tolong sikit boleh tak ?”
“Tolong apa ? Selagi saya mampu InsyaAllah saya akan tolong .”
“Tolong abang kembalikan semula semangat Sarah . Dia tengah sedih sangat – sangat , takde siapa dalam rumah ni nak tengok Sarah macam tu . Abang rasa Farhan mampu kembalikan semangat dia . Abang pun dah tak jumpa Sarah yang abang kenal dulu . Lagi satu abang nak Farhan jaga Sarah elok – elok .”terang Farhan lantas memutuskan talian selepas memberi salam .
Farhan cuba untuk memahami kata – kata abang Sarah itu , lama kelamaan dia mulai faham pasti abang Sarah mengaharapkan dia untuk tidak mengecewakan adiknya itu .
Tersingkap kembali perbualannya dengan Farhan sebentar tadi . Sarah yang hanya memerhatikan abangnya sedari tadi hanya mempamerkan riak wajah pelik , dia sendiri tidak pasti dari mana abangnya dapat tahu tentang Farhan .
“Mana abang tahu pasal Far ..”
Ayatnya tidak dapat dihabiskan apabila telefonnya mula menyanyikan lagu ‘It’s Gotta Be You’ nyanyian One Direction ,menandakan ada orang yang menelefonnya , bila dilihat pada skrin nama Farhan terpapar.
“Sarah ?” tanya Farhan apabila disedari panggilannya dijawab .
Yes ?”jawab Sarah , abangnya yang sudah berlalu pergi dipandang sayu . Sarah tahu abangnya berjauh hati dengannya , cara abangnya bercakap dengan nada yang mendatar membuatkan dia rasa bersalah .
“Awak okey tak ? Awak tahu tak saya risaukan awak ? Abang awak dah ceritakan semuanya dekat saya . Saya pun tak suka tau tengok awak sedih – sedih macam ni . Nanti awak tak comel . Nanti mesti mata awak jadi mata panda sebab banyak sangat nangis lepastu suara awak serak – serak macam suara Ella . Eeeii , saya tak suka lah , nanti tak comel ! Betul tak tipu !” bebel Farhan tanpa henti .
Sarah yang mendengar mula terhibur senyuman mula merekah di bibirnya . Suara dan cara Farhan memujuknya amat dirindui dan hanya itu yang dapat membuatkan dia tersenyum dan ketawa . Rizal yang dari tadi hanya memerhatikan Sarah mula yakin yang Farhan pasti akan membahagiakan Sarah .
“Ermm , InsyaAllah saya okey . Sampai hati awak kata saya panda ? Tak baik tau . Awak tak rindu saya ke ?” tanya Sarah mula ceria .
“Rindu ? Of course lah saya rindu . Dah tiga hari awak tak reply text lepastu saya call tak angkat . Naik kematu saya dail nombor awak tau . Yang pasal panda tu , saya cakap jelah sebab saya tak nak lah girlfriend saya ni jadi macam panda tu .”
“Tipunya kalau awak cakap tangan awak sampai kematu , sebab awak tu pakaihandphone touch screen bukannya keypad biasa , so awak just cari nama saya dalamcontact list then just dial . Its just that easy . Macam – macamlah awak ni. Anyway , awak dah makan ubat ke belum ?”
“Ubat kenapa pula ? Saya tak sakit pun ?”tanya Farhan mulai pelik .
“Yelah sebab dari tadi awak asyik membebel je tak berhenti , saya yang penat dengar tahu tak ?”
Mereka berbual sehingga ke lewat malam . Sarah mula terhibur , dia menceritakan segala – galanya pada Farhan , tentang Arwah abang Azzam dan macam – macam lagi . Apabila dia mula teresak Farhan menyuruh dia berhenti katanya dia tidak sanggup mendengar tangisan Sarah . 

No comments:

Post a Comment