BAB 6
Kini genap seminggu Farhan bersikap dingin dengannya . Perasaan rindu yang mengasak hatinya hanya diubati dengan melihat semula gambar – gambar Farhan bersamanya . Setiap kali bertembung , dirinya bagaikan halimunan di mata Farhan . Tiada lagi senyuman manis mahupun kata – kata sayang terucap dari bibir lelaki itu untuknya . Hati Sarah gundah gulana , perasaan serba salah seringkali menjalar dalam hatinya . Jiwanya sering mendesak untuk memohon kemaafan .
Sarah mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek . Nombor telefon Farhan didail , namun jarinya masih teragak – agak untuk menekan icon ‘call’ di skrin itu . Dengan keberanian yang bersisa dia menggagahkan juga dirinya untuk menelefon lelaki itu . Namun , hampa tiada sebarang kemungkinan dari Farhan untuk menjawab panggilannya . Sehinggalah kali yang ke sepuluh , tetapi suara Farhan masih tidak kedengaran . Sarah akur , segala yang terjadi berpunca dari sikapnya yang terlalu menurut kata hati . Akhirnya , Sarah hanya menghantar pesanan ringkas kepada Farhan .
Assalamualaikum wak , saya nk mntak maaf pasal
Minggu lepas . Sorry , saya trlepas ckp . Saya tk
Niat pun nk ckp camtu . Maafkan saya kay ?
Jgnlah camni , saya rindu lah kat awk .
Selepas berpuas hati dengan apa yang ditaip Sarah terus menekan icon ‘send’. Harapannya tinggi agar Farhan membacanya . Sebelum dia melelapkan mata , gambar – gambar yang pernah diambil bersama Farhan dulu dibuka kembali dan sekali lagi air matanya menitis mengingatkan lelaki itu .
Sarah melangkah ke dalam pusat sumber dengan wajah yang muram . Ain di sebelah dikerling sekilas . Kalau diikutkan hatinya , pusat sumber ini sudah musnah dibakar olehnya . Kerana , segala – galanya mengingatkan dia kepada Farhan . Di sinilah permulaan perkenalan mereka dan di si jugalah hatinya remuk . Melihat Ain yang sudah mengambil tempat duduk , dia turut serta melabuhkan punggung di sebelah Ain . Namun , matanya yang kuyu itu automatik terbuka luas apabila matanya terarah ke satu sudut . Jelas di matanya wajah Farhan sedang berbual mesra dengan seorang gadis sambil bergelak ketawa , dan yang paling jelas adalah riak bahagia di wajah Farhan . Sarah melepaskan keluhan berat , dia pasrah .
Ain yang sedang khusyuk mengulangkaji berpaling ke arah Sarah sewaktu tersengar keluhan yang dilepaskan , dan dia perasan Sarah sedang memerhati ke sudut pusat sumber itu . Sewaktu memalingkan mukanya ke arah yang sedang diperhatikan Sarah , dia juga melepaskan keluhan namun tidak seberat keluhan Sarah sebentar tadi . Daripada riak muka Farhan itu ,dia yakin Farhan hanya berpura – pura bahagia .
Air mata yang hamper menitis diseka perlahan , tangannya pantas mengemas buku – bukunya . “Ain , aku pergi dululah . Ada kerja sikit . Sorry tak dapat teman kau study . “kata Sarah perlahan . Belum sempat dia melangkah , Ain bersuara .
“Aku tahu , kau bukan ada kerja pun kan ? Kau nak blah sebab nampak jantan tu kan ? Aku rasa sebelum ni kau yang paling terror bab – bab baca riak muka orang kan ? Tak kan sekarang dah hilang skill kot ? Tipu kalau kau cakap kau tak nampak riak kepura – puraan dalam muka dia sekarang weh . Tak ke menipu namanya kalau dah pura – pura bahagia dengan minah gedik tu ?!”terang Ain panjang lebar .
Sarah menarik nafas panjang sebelum berkata .”Biarkanlah diorang Ain , takpelah mungkin ini balasn untuk aku . Lagipun kenapa pula dia nak kena pura – pura bahagia ? Untuk buat aku cemburu ? Siapa aku pada dia sampai kena buat aku cemburu ? Dahlah Ain , aku dah penat nak fikir pasal benda remeh temeh macam ni . Ciao dulu lah .” terang Sarah pula . Dia terus berlalu dari situ , sewaktu melintasi Farhan setitis air matanya jatuh tanpa dapat diseka , dalam hatinya sungguh berharap supaya Farhan tidak menyedarinya . Dia tidak mahu dikatakan mengguna air mata sebagai senjata menarik simpati , tetapi kekesalan dan kelukaan yang membelenggu dirinya makin sukar untuk dibendung .
Ain hanya mengeluh perlahan melihat Sarah yanf sudah berlalu pergi , hatinya diasak dengan rasa simpati yang amat mendalam pada kawan baiknya itu . Wajah Farhan dipandang , kali ini dia nekad . Farhan harus diberi pengajaran . Buku – buku yang berada di atas meja diangkat dan Ain terus mengorak langkahke arah meja Farhan .
“Ehem ehem .”Ain sengaja berdehem perlahan sewaktu tiba di meja itu . Senyuman hambar diberikan kepada gadis yang berada di sebelah Farhan itu , tangan dihulurkan . “Ain.”
“Nadia.”huluran tangan Ain disambut dan turut dibalas dengan senyuman hambar .
“Ermm , sorry kacau . Aku datang sini nak pinjam buah hati kau kejap . Boleh ?” tanya Ain tanpa berselindung lagi pada perempuan bernama Nadia itu , wajah Farhan yang berubah dikerling .
“Eyh , aku bukan….”Farhan berhasrat untuk membantah , namun ayatnya tidak sempat dihabiskan .
“Aku ada benda nak cakap dengan kau . Kat luar , now !”ujar Ain berbaur arahan dan sedikit tegas . Selepas menghabiskan ayatnya , dia terus bergerak keluar dari situ .
Farhan yang hanya tercegat sedari tadi terus berdiri . “Nadia , I pergi dulu ada hal sikit .”ujar Farhan dan terus beredar keluar untuk berjumpa Ain .
“Apa motif kau sebenarnya ?”tanya Ain sinis sewaktu Farhan sudahpun berada di sebelahnya . “Motif apa pula ni ? Aku tak fahamlah .”bentak Farhan pula .
“Motif kau buat – buat ada perempuan lain depan Sarah . Sakitkan hati dia ? Kau ingat aku tak perasan ke ?” jawab Ain pantas sebelum diselangi dengan jelingan tajam ke arah Farhan .
“Apa yang kau mengarut tak tentu pasal ni ? Sakitkan hati Sarah ? Apahal pula aku nak sakitkan hati dia ? Apa yang aku dapat kalau sakitkan hati dia pun ?”tanya Farhan bertubi – tubi .
“Kau tanya aku kenapa ? Kau ni ego je lebih tahu tak ? Mengaku je lah yang kaw tu sayang separuh mati kat dia tu , just sebab dia dah terlepas cakap kat kau minggu lepas , kau rasa macam useless di mata dia . Kan ? Aku rasa kau belum cukup kenal Sarah lah , atau lebih tepat aku cakap kau belum kenal macam mana sifat seorang perempuan . Perempuan ni kalau tengah marah , apa dia cakap pun dia tak sedar sampai macam – macam keluar , aku rasa kau dah tujuh belas tahun hidup takkan tu pun aku nak bagitahu ? Sarah jealous lah tu . Dahlah , cakap banyak – banyak kat kau pun tak guna . Ciao !”terang Ain laju . Mata Farhan direnung tajam .
Belum sempat Ain meneruskan langkahnya , Farhan bersuara .”Ye betul , aku memang ego , aku sayangkan dia tapi sebab apa yang dia cakap kat aku minggu lepas tu aku rasa macam nothing pada dia . Lagipun aku memang tak suka macam sekarang ni , tak bercakap langsung dengan dia tapi aku tak tahulah macam mana nak pujuk dia .”
Ain menoleh ke arah Farhan dan lantas menjawab . “Yang tu , kaw settle sendiri ye bro ?” jawab Ain selamba sambil berlalu meninggalkan Farhan yang masih termenung di koridor itu .
No comments:
Post a Comment