BAB 10
“Malu je , dah besar panjang pun mabuk
laut .”ujar Sarah selamba sewaktu abangnya selesai muntah . Ain dan Farhan
hanya tersenyum .
“Mana ada mabuk . Abang muntah sebab dah
lama tak naik botlah .”tukas Rizal sambil mengelap mulutnya .
Mereka di dalam perjalanan untuk melewati
pulau – pulau yang juga terdapat disekeliling Pulau Redang itu . Masing –
masing mengambil tempat sendiri untuk melayan perasaan . Setelah puas menikmati
keindahan pemandangan di sekitar laut biru yang terbentang luas itu , mereka kembali semula ke pesisir pantai .
“Abang pergi makan jom !”ajak Sarah ,
perutnya yang mula berlagu dipegang sambil memandang Rizal .
“Okay , jom . Kita pergi makan Char Koey Tiaw kat tepi tu nak ?”tanya
Rizal sambil menunjukkan ke arah gerai yang dimaksudkan .
Mereka mengatur langkah ke gerai itu , sesampai
sahaja di sana makanan dan minuman dipesan dan mereka menikmati makanan dengan
begitu selera . Sesudah melincinkan makanan , Sarah bersuara “Siap untuk snorkeling jom !”ajak Sarah bersemangat
selepas perutnya sudah penuh diisi .
“Heyp , nantilah dulu . Ermm , kita lepak
jap dalam bilik . Dalam pukul 3 lebih nanti kita jumpa kat pantai.”ujar Rizal
sambil tangannya mengerling ke jam tangannya .
Ain ,
Farhan dan Sarah mengangguk dan masing – masing mengorak langkah ke bilik . Sewaktu
di dalam bilik Sarah dan Ain hanya mengemas bilik itu dan mengatur barang –
barang untuk snorkeling.
“Eyh , phone tertinggal dalam biliklah .”ujar Rizal sambil berpatah balik
ke bilik . Sarah , Ain dan Farhan meneruskan perjalanan ke pesisir pantai .
Sewaktu di pantai , mereka hanya duduk di
sebuah bangku panjang sambil masing – masing termenung . “Aik ? Ingatkan korang
dah berendam dah ?”tegur Rizal sewaktu melihat mereka hanya duduk tanpa membuat
apa – apa mahupun menyarung goggle.
Sarah , Ain dan Farhan hanya menyengih
sambil mula menyarung alat – alat snorkeling
, tatkala kesemua mereka sudah sedia Rizal bersuara . “Semua dah siap dah
?”
“Dah .”serentak Sarah , Ain dan Farhan
menjawab .
“Okay , first of all kita pergi kat celah – celah batu tu dulu .”terang Rizal
sambil telunjuknya lurus ke arah batuan yang dimaksudkan .
Mereka mula masuk kedalam air dan menuju
ke arah batu yang dimaksudkan Rizal sebentar tadi . Setelah puas bersuka ria
dan bergelak tawa , Farhan bersuara . “Sarah , jom pergi atas batu tu . Macam best je ?”ajaknya .
“Hmm , betullah Farhan macam best je . Jomlah !”potong Rizal semangat
. Sarah yang melihat hanya menggeleng sewaktu abangnya mula mengatur langkah .
Perangai Rizal sememangnya sukar untuk diubah . Pabila dilihat Rizal , Farhan
dan Ain sudahpun berlalu Sarah mempercepatkan langkahnya .
Masing – masing memanjat batu itu dengan
penuh hati – hati . Rizal , Farhan dan Ain sudahpun selamat berada di atas batu
itu .Kakinya mula menapak sedikit pantas , namun tanpa disengajakan dia
terpijak teritip – teritip dan siput – siput tajam yang melekat di batu itu .
Darah mula keluar dari tapak kakinya . Memandangkan tiada siapa yang menyedari
keadaannya Sarah hanya terus memanjat sambil dibantu oleh Rizal dan Farhan .
Keempat – empat mereka berbual kosong
sambil menceritakan pengalaman – pangalaman yang pernah dialami . Dalam leka
berbual hari makin menginjak senja , Rizal mula membuka mulut , “Eyh , dah
pukul berapa dah ni ? Jomlah balik , orang pun dah takde kat pantai .”dia mula
berdiri seluarnya ditepuk perlahan mengibas pasir – pasir yang melekat .
Sewaktu dalam perjalanan menuju ke chalet mereka Farhan bersuara , “Sarah ?
Awak okay ke ? Kenapa muka pucat ?”tanya Farhan bertubi – tubi . Rizal dan Ain
yang mendengar sudah menoleh pada Sarah.
Secara tiba
– tiba Sarah terduduk di atas pasir pantai itu sambil memegang kepalanya yang
terasa berpusing – pusing , matanya mula berpinar – pinar . Akhir sekali dia
hanya sedar pabila Rizal mendukungnya .
Sarah membuka mata perlahan – perlahan
tatkala cahaya lampu mula menyilau di matanya . Pabila tersedar dia dapati
abang dan rakan – rakannya memandang dia dengan muka yang sungguh serius tanpa
secebis senyuman .
“Sarah kat mana ni ?”tanya Sarah yang
masih mamai .
Tatkala matanya sudah terbuka luas baru
dia tersedar dia sudahpun berbaring di atas katil klinik . Muka Rizal , Farhan
dan Ain dipandang lagi . Kali ini Rizal mula berbicara .
“Kenapa tak bagitahu ?”tanyanya , suara
Rizal cukup untuk menggambarkan yang dia sedang marah.
“Emm …. Err … Aaaa .. Wa .. Waktu tu ,
t..tak sak.. sakit lagi .”balas Sarah . Rizal memotong pantas . “Esok balik !”
Sarah yang sebelum ini hanya menunduk
memandang tangan sudahpun memandang tepat ke mata Rizal . “No , please . Just give me one more day . Sarah tak puas lagi duduk
kat sini .”pujuk Sarah .
“When
I said no , it means no !”balas Rizal tegas . Melihat wajah Rizal yang
mendidih , Sarah hanya terdiam . Kakinya yang masih lagi perit digerak –
gerakkan sedikit . Dengan perlahan – lahan Sarah mengatur langkah turun dari
katil namun belum sempat dia melangkah , Farhan pula bersuara , “Nak pergi mana
pula tu ?”tanya Farhan dengan nada yang juga tegas .
“Its
none of your business .”balas Sarah tanpa memandang wajah ketiga – tiga
mereka , langkah diteruskan ke pintu keluar .
“Sarah , boleh tak jangan nak buat hal
.”tegur Rizal , suaranya dikendurkan .
“Buat hal
apanya ?! Orang nak balik biliklah .”balas Sarah keras . Langkahnya masih
diteruskan ke pintu , belum sempat dia memulas tombol pintu dia dapati ada satu
tangan membantu memapah lengannya untuk berjalan dia tahu itu Ain . Tanpa
memandang wajah Ain , Farhan mahupun Rizal, Sarah terus merentap kasar
tangannya .
Rizal ,
Farhan dan Ain masing – masing hanya memandang Sarah yang makin jauh , masing –
masing melepaskan keluhan berat .
Air mata yang deras dibiarkan mengalir di
pipinya . Sarah hanya berdiam diri dan berseorangan di depan kolam renang itu .
Sarah faham bahawa abang dan rakannya risau akan kesihatan dan keselamatannya
namun tidak dapat disangkal lagi , dia rimas dengan semua itu . Seolah – olah
dia tidak reti mengurus diri .
Air mata yang masih deras mengalir diseka
pantas sewaktu mendengar derapan kaki menuju kearahnya . Telefon bimbit yang
berada atas kerusi di hadapannya membolehkan dia melihat siapakah gerangan
orangnnya tanpa menoleh ke belakang dan sudah terang lagi bersuluh bahawa itu
adalah Farhan .
Belum sempat dia menegur Sarah , Sarah
lebih pantas bersuara “Leave me , alone !”ujar
Sarah dengan suara yang ternyata serak akibat terlalu banyak menangis .
“But
..”
“I said now ! “Sarah memotong tapi kali
ini dia sudahpun berdiri menghadap Farhan . “Tak perlu tahu orang okay ke tak ,
orang pandai jaga diri sendiri . “ ujar Sarah tegas sebelum bergerak ke
biliknya . Farhan yang hanya melihat Sarah berlalu hanya mampu melepaskan
keluhan berat , sekali lagi .
“Macam mana boleh jadi macam ni Rizal
Zafril ?”tanya Encik Adzan sewaktu mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.
Sampai sahaja mereka di rumah pagi tadi , Encik Adzan terus bertanyakan tentang
kaki Sarah yang masih berbalut . Sarah yang duduk bertentangan dengan abangnya mula
gelisah . Akibat dari kedegilannya , satu – satunya abang yang dia ada sudah
dimarahi .
“Buka..”Sarah cuba bersuara .
“Sarah diam ! Papa tanya abang bukan
Sarah .”potong Encik Adzan pantas .
“Sarah panjat batu , then kaki dia terpijak siput – siput tajam tu . It’s all my fault , Riz yang tak perasan
darah yang mengalir kat kaki Sarah masa tu . And salah Riz juga sebab bagi Sarah naik last .”terang Rizal .
Sarah yang mendengar sudah mengeluh
perlahan . Rasa bersalah menyelubungi diri , kepalanya mula pening sewaktu luka
di kakinya mula berdenyut – denyut . Tangannya yang berpeluh diramas perlahan .
Dia mula mengatur langkah untuk naik ke bilik , namun Encik Adzan pantas menegur
, “Nak pergi mana tu ?”. Rizal dan Puan Rosmah yang turut berada di situ
memandang Sarah yang sudah berdiri .
“I
need to take a rest .”jawab Sarah pendek dan terus masuk ke biliknya .
Di dalam bilik Sarah hanya baring di atas
katil tanpa dapat melelapkan matanya . Rasa bersalah yang bersarang di hatinya
mendesak dirinya untuk memohon kemaafan kepada abangnya . Sejak dari malam
Sarah cedera , dia tidak lagi bertegur dengan Rizal , Farhan mahupun Ain . Dan
sekarang Sarah merasakan seperti menyusahkan mereka .
Dia turun dari katil dan keluar dari
biliknya , bilik Rizal terletak betul – betul di hadapan biliknya . Pintu bilik
Rizal yang tertutup rapat direnung . Keadaan rumah sungguh sunyi , Sarah
berjalan perlahan – lahan ke pintu . Pintu bilik Rizal diketuk sebanyak lima
kali namun tiada sebarang jawapan . Dia mengambil keputusan untuk membuka pintu
itu , tombol pintu dipulas perlahan . Sewaktu pintu dikuak , dia ternampak
kelibat Farhan yang sedang bersantai di balkoni biliknya . Sarah pasti abangnya
sedang termenung . Dia mula mendekati abangnya secara perlahan – perlahan tanpa
sebarang bunyi .
“Ehem ehem .”Sarah berdehem perlahan .
Tatkala itu , Rizal terus menoleh ke belakang . Apabila mendapati bahawa itu
adalah Sarah , Rizal hanya beriak selamba dan membuang pandang ke luar balkoni
semula .
Sarah mengambil tempat di sebelah
abangnya . “Kenapa datang ni ?”tanya Rizal .
“Ermm .. Err .. Sarah nak minta maaf .
Sebab Sarah abang kena marah dengan papa .”jelas Sarah jujur . Tangan abangnya
digenggam . Rizal terus memandang Sarah .
“It
just a small matter . Memang salah abang pun , abang yang tak jaga Sarah
elok – elok . “balas Rizal sambil mengukir senyum . Sarah yang mendengar
mengeluh lega .
“Thanks abang .”ujar Sarah . Pipi
abangnya dicium , sebelum keluar dari bilik itu . Rizal yang memandang hanya
tersenyum dan menggeleng perlahan melihat telatah adik bongsunya itu .
Sarah tersenyum lega . Sebentar tadi dia
baru sahaja selesai berbual dengan Ain dan Farhan di telefon . Syukurlah dia
mempunyai rakan – rakan yang sungguh memahami dan cepat memaafkan kesalahannya
. Badannya dihempas ke atas katil . Matanya dilelapkan perlahan dan tanpa
menunggu lama dia terus terlena dibuai mimpi indah .
No comments:
Post a Comment