BAB 2
“Aduyy . Kenapa dengan aku ni ?! Rasa tak sedap hati je dari tadi , hope takde apa-apalah jadi.”desis Sarah perlahan sambil bergolek-golek di atas katilnya.
Sarah turun ke ruang tamu untuk menonton televisyen . Hatinya yang gundah gulana tidak dilayan . Tiada rancangan yang menarik di televisyen hujung minggu ini , hanya rancangan memasak , berita dan macam-macam lagi rancangan yang membosankan.
Televisyen ditutup . Telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk . Dia mengambilhandphone Galaxy SIII kepunyaannya dan menekan icon ‘open’ .
Abang on the way balik rumah mama
Adik tunggu taw! Miss you so much !
LOL ~ Abang syg adik sgt2 !
‘Apasal rasa lain macam je mesej Abang ni ? Selalunya hantar mesej brutal bukan main ? Ya Allah janganlah apa-apa jadi kat Abang .’desis hati Sarah.
“Pranngg !!!” bunyi kaca pecah kedengaran dari dapur mengejutkan Sarah yang sedang melayan drama muzikal ‘Glee’.
Dia terus melajukan langkah ke dapur , sesampainya di tangga dapur dia melihat ibunya sedang mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai sambil dibantu oleh Mak Timah .
“Mama ? What’s happening?” tanya Sarah. Dia cuba untuk menolong tapi di halang oleh ibunya dan Mak Timah jadi dia hanya berdiri di tangga dapur itu sahaja.
“Entahlah Sarah , hati mama ni rasa tak sedap je dari tadi .”
“Takde apa- apalah mama . Don’t worry . Hati mama je yang rasa macam tu.”
Tiba – tiba , telefon di ruang tamu berdering minta diangkat , Sarah berlari anak ke ruang tamu dan menjawab panggilan itu .
“Helo.”Sarah memulakan bicara .
“Assalamualaikum , ini nombor rumah Encik Adzan ke ?” tanya wanita duhujung talian itu .
“Waalaikumussalam , ye ni nombor rumah Encik Adzan tapi dia tak ada di rumah . Ini anak perempuan dia , Sarah . Ada apa cik ?”terang Sarah panjang .
“Baiklah , begini Cik Sarah saya harap Cik Sarah dapat bertenang dengan berita yang saya ingin sampaikan . Azzam Rezza , abang cik dah terlibat dalam satu kemalangan di Serdang , sekarang dia berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang , harap cik dan ibu bapa dapat datang dengan segera.”
Sarah yang hanya mendengar sedari tadi sudah terpana gagang telefon yang sebelumnya melekap di telinga Sarah mula melurut dan menghempas lantai , Sarah sudahpun terduduk , empangan air matanya mula pecah air matanya mengalir deras menimpa pipi gebunya .
“Abannnngggg !!!!” raung Sarah kuat megejutkan Puan Rosmah yang baru berhajat ingin bergerak ke ruang tamu itu . Dia melajukan langkahnya untuk melihat keadaan Sarah .
“Ya Allah , Sarah ! Kenapa ni sayang ? Kenapa dengan abang ?! Cakap dengan mama !” tanya Puan Rosmah yang mulai risau dengan keadaan Sarah yang sedang menangis teresak – esak .
“Ma , abang Azzam accident ma , di accident !!! Dia dah kritikal dekat Hospital Serdang sekarang ma ! “tutur Sarah dalam tangisan yang tiada hentinya .
“Pak Mat cepat hantar kami ke Hospital Serdang sekarang Pak Mat !” jerit Puan Rosmah. Air matanya yang hampir gugur diseka , di tidak mahu nampak lemah dihadapan anaknya , dia perlu kuat untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang menimpanya .
Puan Rosmah segera menelefon suaminya sewaktu dalam perjalanan ke hospital , suaminya yang berada di pejabat itu segera ke hospital itu . Sarah di sebelahnya sedari tadi hanya termenung dengan air mata yang tidak pernah surut . Pandangan dibuang ke luar kereta .
‘Ya Allah , kau selamatkanlah anakku Ya Allah . Berilah aku peluang untuk menikmati saat – saat bahagia bersamanya Ya Allah sesungguhnya aku amat menyayanginya .’ doa Puan Rosmah di dalam hati .
_________________________________________________________________________________
Dengan suara yang serak dan mata yang sembab akibat terlalu banyak menangis Sarah segera menanyakan nombor bilik abangnya pada jururawat yang berada di kaunter itu .
“Abang.”ucap Sarah perlahan antara dengar atau tidak . Serasa hendak gugur jantungnya melihat keadaan abangnya yang kritikal itu , wayar yang berselirat dan kepala yang berbalut itu dipandang sayu .
Ibu bapanya mengarahkan dia masuk kedalam dahulu memandangkan mereka perlu berbincang dan bertanya lebih lanjut tentang kemalangan itu .
“Abang , bangunlah . Jangan buat adik macam ni . Jangan tingglakan adik sorang-sorang . Adik perlukan abang dalam hidup adik . You’re my everything . Siapa nak buat adik gembira lagi ? Abang tak kesiankan adik ke ? Tak kesiankan mama dengan papa ke ?Please wake up !! Abang … Bangunlah .. Adik nak bagitahu abang hari tu waktu percubaan adik dapat straight A’s .. Abang kan dah janji nak bagi hadiah , tak baik tau mungkir janji . “ ujar Sarah seolah – olah abangnya mendengar apa yang diucapkan .
Puan Rosmah dan Encik Adzan yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi tidak dapat berbuat apa – apa , mereka hanya mampu memandang sayu kearah Sarah . Tidak dinafikan Sarah lebih akrab dengan Azzam jika hendak dibandingkan dengn Rizal Zafril yang sekarang masih belajar di Ireland , kejadian yang menimpa Azzam tidak diberitahu pada Rizal buat masa ini kerana tidak mahu menyusahkan dia .
Tiba – tiba , mereka dapati tangisan Sarah semakin kuat pasti ada sesuatu yang terjadi . Encik Adzan pantas mendapatkan Doktor Azli iaitu doktor yang ditugaskan untuk merawat Azzam .
Doktor Azli pantas mendapatkan Azzam . Mesin electrocardiogram(ECG) yang berada di sebelah Azzam sudah memaparkan satu gasiran yang lurus menandakan Azzam Rezza hanya tinggal jasad di situ .
Doktor Azli yang masih tidak putus asa segera memeriksa denyutan nadi pesakitnya itu namun ternyata ianya hanya sia- sia kerana mesin itu tidak pernah menipu , Azzam Rezza sudahpun pergi meninggalkan keluarganya .
“Innalillahiwainnalillahiraji’un”ucap Doktor Azli perlahan namun masih dapat didengari oleh telinga Sarah yang sedang berdiri di sebelah ibunya .
Doktor Azli menarik selimut yang sebelum ini membaluti tubuh Azzam hingga ke kepala . Encik Adzan dan Puan Rosmah hanya mampu menitiskan air mata kesedihan sambil mengucap sama untuk anaknya . Sarah sudahpun menggeleng tidak percaya dengan apa yang telah terjadi pada abangnya .
Doktor Azli hanya mampu memandang sayu kearah keluarga itu , seterusnya memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya itu lantas keluar dari bilik yang sudah bermandi air mata itu .
“Abannnnnnnggggggg !!!!!” raung Sarah dengan tangisan yang sayu , Puan Rosmah cuba menenangkan anaknya itu dengan memeluknya seerat yang mungkin .
“Sampai hati abang buat adik macam ni ! Kenapa abang ?!! Kenapa abang tinggalkan kami semua ? Siapa nak jaga kami abang ? Siapa ?” raung Sarah seraya meleraikan pelukan erat ibunya .
Pintu bilik dikuak secara tiba – tiba Rizal masuk lantas memeluk Sarah erat , dia tahu adiknya sedang dilanda kesedihan yang tidak terkira . Dia sendiri terkejut apabila sampai di rumah Mak Timah mengarah dia untuk segera datang ke sini , pabila ditanya mengapa Mak Timah hanya mampu berkata yang abangnya kemalangan dan sedang kritikal . Jeritan Sarah sebentar tadi cukup untuk membuatnya sedar bahawa abangnya sudah tiada di dunia ini . Segalanya hanya tinggal kenangan .
Tangisan Sarah makin reda didalam pelukan abangnya yang erat itu . Lama kelamaan dia mulai letih dan terus tertidur di atas sofa itu . Sebelum jenazah diuruskan Rizal dan ibu bapanya sempat menyedekahkan surah Yasin untuk bekalan arwah di sana .
Rizal berjanji selagi Sarah atau ibu bapanya masih lagi sedih dengan pemergian abangnya di tidak akan pulang ke Ireland sama sekali . Dia perlu memastikan yang keluarganya selamat dan tenang terlebih dahulu . Mahupun keputusannya dibantah oleh mama atau papanya tapi dia tidak akan berganjak .
“Riz , pelajaran Riz disana nanti macam mana ? Utamakanlah pelajaran tu dulu Riz , tak perlulah risaukan kami dekat sini , kalau pasal Sarah tahulah papa macam mana nak pujuknya nanti .”
“Sampai bila pa ? Sampai bila Riz kena duduk diam ? Sebelum ni bolehlah , sebab arwah masih ada di sini dia boleh tengok – tengokkan mama , papa dan Sarah , tapi sekarang ? Papa nak suruh Riz balik sana ? Kalau Riz ikut cakap papa sekalipun untuk balik sana , papa rasa Riz akan fokus ke ? Papa kenal Sarah kan ? Dia terlalu akrab dengan arwah , papa yakin ke dia akan ambil masa yang sekejap untuk terima semua ni ?”
“Suka hati kamulah Riz .”ujar Encik Adzan .
“Pa , tolonglah . Riz bukan nak kecewakan papa atau sesiapa pun. Pasal pelajaran papa tak perlu risau , tahulah Riz pa yang Riz nak buat nanti . Sekarang ni yang penting Sarah pa , Riz sayang sangat kat dia pa . Biarlah Riz ada di samping dia pada waktu macam ni .” balas Rizal lancar .
Encik Adzan mengangguk dan terus mendakap anaknya erat . Rizal membalas pelukan papanya itu .
Jenazah diuruskan oleh pihak hospital , selepas ini mereka akan bergerak ke masjid untuk menunaikan solat jenazah dan seterusnya mengebumikan jenazah .
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda mereka dibenarkan untuk melihat jenazah untuk kali yang terakhir . Muka Arwah Azzam Rezza sungguh suci dan kudus . Seoarang demi seorang ahli keluarga mengucup lembut pipi dan dahinya dimulai dengan Sarah , Puan Rosmah , Encik Adzan dan akhir sekali Rizal .
_________________________________________________________________________________
“Sarah , dahlah tu jom balik eyh ? Sarah tak makan apa – apa lagi dari pagi tadi . Kalau perut masuk angin nanti siapa yang susah , abang Riz juga kan ?”pujuk Rizal.
“Abang nak balik , abang baliklah dulu . Sarah nak tunggu sini Sarah nak teman abang Azzam.”ujar Sarah dengan suara yang perlahan dan tangisan yang bersisa , sedari tadi Sarah hanya duduk di tepi kubur Arwah Azzam sambil menangis teresak – esak .
“Sarah , tak baik tau macam ni , sepatutnya kalau Sarah sedih Sarah kenalah sedekahkan Al – Fatihah dekat abang bukannya menangis macam sekarang ni . Sarah , lagi Sarah menangis lagi terseksa roh abang dekat sana . Kalau abang ada sekarang mesti dia tak bagi Sarah nangis macam ni kan ?” ujar Rizal yang sudah duduk di hadapan Sarah sambil memegang erat tangan adiknya itu .
“Mama , papa , abang Riz pun sayang sangat kat abang Azzam , tapi kalau Allah dah takdirkan macam tu siapa kita nak mengubah ? Sarah tak sayang mama ke ? Tak sayang papa ? Tak kesian tengok orang risaukan Sarah ? Tak sayang Abang Riz dah ? “ soal Rizal bertalu – talu , di berhenti sebentar untuk memberi ruang Sarah berfikir .
“Takpelah kalau macam tu , maybe Sarah memang tak sayang abang dah .” sambung Rizal dan terus melepaskan tangan Sarah dan terus melangkah keluar dari kawasan perkuburan itu .
Sarah berdiri dan menoleh pada abangnya lantas berkata “Kenapa abang cakap macam tu ? Sarah tak pernah cakap yang Sarah tak sayang abang Riz . Sarah tak pernah membezakan sesiapa .”
Sarah sudah berlari mendapatkan abangnya yang masih membelakanginya sewaktu dia bercakap tadi . Tubuh abangnya dipeluk dari belakang . “ Abang jangan tinggalkan Sarah tau , Sarah sayang abang .”
Rizal memalingkan tubuhnya menghadap Sarah , pelukannya dileraikan .
“Kalau macam tu , abang dah tak nak tengok Sarah macam ni . Abang pun sayang juga kat Sarah . Kita balik kay ?”
Sarah mengangguk . Dia menoleh pada kubur arwah abang sulungnya . “Sarah pergi dulu abang . Abang amanlah di sana , satu hari nanti kami akan jumpa abang . Assalamualaikum . “ ujar Sarah sambil menyeka sisa – sisa air matanya .
Rizal yang berada di sebelahnya mengucap syukur dalam hati sambil tersenyum .Dia berharap Sarah dapat menerima pemergian arwah abangnya dengan hati yang terbuka .
_________________________________________________________________________________
“Sarah . “ panggil Rizal sewaktu dalam perjalanan untuk balik kerumah mereka .
“Hmm ?”
“Sarah boleh janji sesuatu tak dengan abang ?”
“Janji apa ?”
“Sarah janji dengan abang , Sarah tak kan sedih lagi . Kalau Sarah tak nak kehilangan orang sekeliling Sarah , abang pun tak nak kehilangan Sarah yang dulu . Abang tak nak tengok Sarah muram macam sekarang . Mesti mama dan papa tak suka . Boleh kan ?”
“Sarah tak berani janji abang , kehilangan abang Azzam memberi impak yang besar dalam hidup Sarah . Sarah tak terdaya nak lupakan kenangan Sarah dengan arwah lagi – lagi dekat rumah tu .” jelas Sarah panjang .
“Abang faham tu , tapi abang harap sangat Sarah tak tunjuk semua tu depan mama dan papa . Tak ada siapa yang nak tengok Sarah macam ni .”
“Thanks abang . Abang banyak bagi Sarah semangat dan nasihat , Sarah sayang abang . Abang Riz jangan tinggalkan Sarah tau . Sarah perlukan someone untuk sokong Sarah dari belakang. Abang jangan tinggalkan Sarah ye ?” ujar Sarah dengan setitik air mata yang jatuh menimpa pipinya .
“Dah , dah . Jangan nangis , abang tak nak tengok Sarah nangis lagi . Abang akan sentiasa ada kalau Sarah perlukan abang. Dah sampai ni , jom masuk .” jawab Rizal . Dia ingin meniupkan sedikit semangat pada adiknya itu .
Enjin kereta dimatikan , Rizal keluar dari tempat pemandu itu lantas membukakan pintu untuk Sarah . Di dapati Sarah hanya membatu sewaktu dia mengarahkan Sarah keluar .
“Abang , macam mana kalau Sarah tak kuat ?” tanya Sarah lalu memandang Rizal.
“Tak . Abang tahu adik abang ni kuat . Dah , jom .” jawab Rizal pantas lalu menarik tangan Sarah masuk kedalam rumah itu .
_________________________________________________________________________________
“Mama.” Panggil Sarah perlahan apabila terpandang kelibat mama dan papanya yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu .
“ Sarah . Anak mama dah balik .” ujar Puan Rosmah dengan suara yang ditahan supaya tidak membuatkan dia menangis . Dia berjalan pantas ke arah anaknya dan terus memeluknya erat .
“Sarah . Mama tak nak tengok Sarah sedih lagi tau . Biarlah abang Azzam pergi dengan tenang . Mama pun sedih , semua orang sedih tapi kita sebagai orang Islam kan dah dididik supaya jangan menangisi orang yang dah pergi , kita kena redha dengan segala ketentuanNya , kalau Sarah nak orang sekeliling Sarah bantu Sarah , Sarah pun kena kuat . Kita sama- sama kuat ye sayang ?”terang Puan Rosmah panjang pada anak perempuannya itu .
Rizal hanya tersenyum melihat ibunya memeluk Sarah dengan erat . Dia hanya memberi isyarat mata pada Sarah supaya membalas kata- kata mamanya itu .
“Ye ma , Sarah dah tak nak sedih – sedih dah . Kita sama – sama move on okey ?” jawab Sarah selepas meleraikan pelukan mamanya .
Rizal hanya tersenyum melihat ibunya dan juga Sarah . Dia bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan untuknya . Pemergian Arwah Azzam menyedarkan dia untuk terus memberi perhatian kepada keluarganya di sini .
abg dia nam cm abg sya tapi nama abg sya rezza haha bru accident bape hari lalu :(
ReplyDelete