BAB 1
“Apa benda lah ni ?! Tak fahamlah !” bentak Sarah keras.
“Kau ni dah kenapa ? Dari tadi tak fahamlah itulah inilah.”Ain pula yang naik berang dengan perangai rakannya itu. Sarah Azrin Syahana , nama yang cukup terkenal di sekolah itu . Menjadi pujaan ramai lelaki dengan kecantikannya yang cukup terserlah namun semuanya tidak dihiraukan olehnya.
“Weyh , jom pergi Pusat Sumber lah.Kau ajar aku eyh ? Peninglah kepala aku dengan benda ni.”rayu Sarah pula.
“Yelah.Yelah , dah tak payah buat muka kesian kau kat sini. Jom gerak.”jawab Ain lantas terus berjalan menuju ke Pusat Sumber yang terletak di tingkat 3 blok A sekolah itu .
Sambil berjalan mereka bergelak ketawa mengenangkan macam – macam perkara yang berlaku di sekolah mereka sepanjang minggu itu . Pada masa yang sama Ain menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan Sarah yang masih dengan sisa gelaknya . Setahunya dia tidak pernah melihat wajah lelaki itu di sekolah ini sebelum ini.
_________________________________________________________________________________
“Kau faham tak ni ?”tanya Ain pada Sarah setelah puas mengajarnya benda yang sama berulang kali.
“Faham . Anyway cuba kau tengok lelaki yang duduk hujung sana tu . Handsome kan ? Aku perasan dari tadi dia pandang aku .”ujar Sarah selepas berbalas senyum dengan lelaki itu .
Buntang biji mata Ain mendengar pernyataan Sarah itu . Terus terang dikatakan sebelum ini Sarah tidak pernah memuji mana-mana lelaki yang berada di hadapannya . Tapi kali ini segalanya berubah 360 darjah .
“Biar betul Sarah ? Kau tak demam kan ?”ujar Ain terkejut.
“Aku demam ? Kenapa ?”
“You know what ? Sebelum ni kau tak pernah puji mana-mana lelaki handsome ! Tapi tiba-tiba sekarang kau puji mamat tu !”kata Ain dengan suara yang dikawal supaya tidak didengari oleh Pengawas Pusat Sumber bertugas.
“Krrriiinnnnngggg !”loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Bunyi kerusi yang ditarik membingitkan suasana . Murid –murid berpusu-pusu keluar dari Pusat Sumber.
Tiba-tiba .. Bukk !
“Aduhh!”jerit Sarah yang sudah pun jatuh terduduk . Dia terasa ada seseorang yang menyadung kakinya tadi.
“Sorry. Saya betul-betul tak sengaja.”ujar lelaki itu yang sedikit kelam kabut .
“Owh, takpe sikit je . Memang dah biasa jatuh macam ni.”ujar Sarah selamba dan terus disambut dengan gelak ketawa Farhan dan Ain serentak.
“Kenapa gelak ? Lawak ke ?”
“Ya Allah ! Sarah kau boleh tanya benda tu lawak ke tak ? Macam mana aku boleh dapat kawan macam kau ni ?!”sambung Ain dengan tawa yang masih bersisa.
“Tapi sebenarnya memang lawak pun , sebab tu lah kitorang gelak.”ujar Farhan pula.
“Awww ! Sakitlah !”jerit Sarah apabila Farhan memegang buka lalinya.
“Sorry.Boleh bangun tak ?”
“Boleh kot. Awww !”
Lantas Farhan menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk membantu Sarah berdiri .
Sarah bungkam tanpa kata. Ain sudah lama berlalu meninggalkan mereka setelah terserempak dengan teman lelakinya sebentar tadi . Sarah menyambut huluran tangan Farhan.
“Thanks.”
“Sorry . Seriously saya tak sengaja tadi. Anyway nama saya Farhan . Awak ?”
“Hah ? Err owh , saya ? Nama saya Sarah .”serentak tangannya ditarik dari genggaman Farhan.
“Saya budak baru kat sini . Sebab tu awak tak pernah nampak saya.”sambung Farhan lagi sambil memulakan langkah untuk ke kelas diiringi dengan Sarah di sebelahnya.
“Ye ke ? Tak tanya pun ? Hehe. Takdelah gurau je . Anyway awak kelas apa ?” balas Sarah sambil tersenyum .
“Saja bagitahu . Haha . Pandai awak buat lawak . Saya 5 SISG.”
“Owh . Saya 5 ST/1 “ujar Sarah peramah . Dia sendiri pelik , setahunya dia adalah seorang pendiam . Tapi sekarang segalanya berubah.
“Saya suka cara awak , spontan dan peramah.”tanpa diduga ayat itu yang terpacul keluar dari mulut Farhan.
“What?”tanya Sarah.
“Hah ? Nothing .”Farhan mula gelabah.
“Ok. Tapi saya rasa saya dengar awak cakap something tadi ?” ujar Sarah masih tidak puas hati .
“Tak ada apa-apalah wak. Urm , awak ?”panggil Farhan .
“Ye ?”
“Saya nak number phone awak boleh tak ?”tanya Farhan teragak – agak .
“Hah ? Err mmm … Nanti kita jumpa lagilah. Bye .” balas Sarah lantas melajukan langkah kakinya untuk memasuki kelas .
_________________________________________________________________________________
“Aduyai , mana mama ni ? Tiba- tiba je hari ni nak lambat sebelum ni tak nak pula lambat . Hari yang ak..”
“Apa yang awak bebel sorang – sorang tu ? Tak penat ke bebel ?”potong Farhan pantas .
“Hah ? Eyh , err . Ma.. ma.. macam mana awak boleh ada kat sini ? Err ..Bila awak sampai ?” ujar Sarah tergagap – gagap . Dia sendiri tidak sedar yang Farhan sudah berada di belakangnya sewaktu dia merungut tadi .
“Ada lah dekat 5 tahun saya ada kat sini , awak je yang tak perasan , yelah membebel je kerja macam mak nenek .”balas Farhan selamba .
“Hehe . Ye ke ? Apa- apa jelah wak . Awak belum balik lagi kenapa ?”
“I’m looking for you dear.”jawab Farhan sambil tersenyum.
“Cari saya ? Kenapa pula ?”tanya Sarah pelik .
“Saya nak mintak number phone awak. Boleh tak ?”
“Perlu ke bagi ?”usik Sarah.
“Mestilah. Kalau tak nanti saya rindu lah .” jawab Farhan tanpa memandang muka Sarah.
“Apa – apa jelah wak . Merepek nombor satu .”balas Sarah sambil tersengih . Dia mengeluarkan secebis kertas dari poket baju kurung sekolahnya dan mula mencoret nombor telefonnya. Dia menghulurkan kertas itu pada Farhan.
“Mana ada saya merep..”
“Dah , dah . Tadi cakap orang mak nenek sekarang dia pula yang jadi mak nenek . Mak saya dah datang dah pun.”potong Sarah sambil menunjuk ke arah Volkswagen Golf merah kepunyaan ibunya.
“Owh . Ok bye .”jawab Farhan sambil tersenyum. Seminit kemudian ibunya pula yang sampai.
wow izzaty this is was a novel that izzaty write about??? now i felt that u are the great novelist this is was the good starting izzaty :) btw awk msti knl sya kn?? haha
ReplyDelete