Thursday, 20 September 2012

Hanya Kau Yang Terakhir (Bab 9 )




BAB 9
Setelah berkali – kali menukar tarikh , akhirnya mereka memilih tarikh lima belas hari bulan empat untuk bercuti ke Pulau Redang . “Sarah , semua barang dah ambil kan ?”tanya Rizal pada Sarah yang sedang menyusun beg di dalam bonet kereta itu .
“Dah , semua dah ambil . Ermm , hah ! Beg kamera ada dekat dalam almari , tingkat dua , sebelah sofa . Tolong ambilkan ?”terang Sarah panjang . Rizal yang mendengar sudah tersenyum lebar mendengar penerangan Sarah yang sungguh terperinci itu .
Selepas selesai memasukkan barang – barang , Sarah dan Rizal bersalaman dengan ibu – bapanya . “Bawa kereta elok – elok , jangan nak cepat – cepat . Kalau mengantuk berhenti rehat dulu . Dah sampai nanti call papa . Kereta dah servis belum ?”pesan Encik Adzan panjang lebar sebelum diakhiri dengan soalan .
“Dah pa . Don’t worry kay . Kalau abang Riz bawa laju – laju ke apa ke Sarah cubit dia . Nanti dah sampai Sarah telefon .”jawab Sarah . Setelah selesai bersalaman , Volkswagen Golf merah itu mula meluncur laju pergi menjemput Farhan dan Ain pula .


Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu itu Ain dan Sarah yang duduk di belakang hanya berbual kosong , setelah penat mereka akan berhenti tidur pabila terjaga semula mereka akan sambung semula . Farhan dan Rizal di hadapan hanya senyap sambil ditemani radio yang memutar berbagai lagu .
“Sarah , Ain bangun ! Dah sampai dah ni .”kejut Rizal . Sarah dan Ain yang terganggu dek bunyi kereta yang lalu lalang di tempat letak kereta itu terpisat – pisat membuka mata .”Kita dah sampai mana ?”tanya Sarah . Ain sudah pun keluar dari kereta .
“Jetilah , dahlah cepat ambil barang – barang ni .”jawab Rizal dan terus bergerak ke bonet untuk mengeluarkan beg – beg sambil dibantu oleh Farhan . Sarah yang mendengar terus keluar dari kereta dan menggeliat sebentar setelah tujuh jam duduk di dalam kereta itu .
“Abang , cepat ! Tu feri kita kan ?”tanya Sarah sewaktu berjalan ke ruang menunggu . “Eyh , yelah ! Cepat !” arah Rizal pada mereka .
Keempat – empat mereka melajukan langkah menyorong beg masing – masing . Sewaktu tiba di pintu feri mereka menyerahkan beg untuk disimpan dan terus bergerak ke tempat duduk . Sarah duduk di tepi tingkap kemudian Rizal , Farhan dan paling hujung Ain yang leka dengan telefon bimbitnya .
Sarah membuang pandangannya ke laut yang terbentang luas , ingatannya kembali ke zaman silamnya sewaktu arwah abangnya masih ada . Otaknya ligat memutar memori – memori bersama abangnya itu . Air matanya menitis  tapi pantas diseka , bimbang jika abangnya yang berada di sebelah perasan . Sarah mula tersenyum , seperti terbayang di matanya wajah abangnya melarang dia untuk menangis . Sarah menarik nafas panjang , percutian ini diadakan untuk meraikan kejayaan mereka jadi dia sedar yang dia tidak sepatutnya bersedih .
Matanya ditutup rapat memandangkan jangka masa perjalanan adalah dua jam , jadi dia berhasrat untuk menyambung tidurnya yang terbantut sewaktu di dalam kereta sebentar tadi .
_________________________________________________________________________________
“Woah , cantiknya chalet ni ! Ain petang ni kita jalan – jalan kat sini taw !”ujar Sarah pada Ain sewaktu sampai di chalet yang mereka tempah . “No , without my permission dear .”bisik Farhan yang berjalan seiring dengannya . Sarah hanya membuat muka simpatinya .
Farhan yang melihat Sarah hanya membalas dengan isyarat mata yang mengatakan tidak . “Petang ni kita jalan – jalan kat sini , tak pun dekat pulau ni .” sampuk Rizal , dia perasan akan isyarat mata Farhan pada adiknya itu , namun diendahkan . Dia tahu Farhan boleh menjaga Sarah .
Sewaktu sampai di lobi , Rizal meletakkan beg di tepi dan mengarahkan mereka supaya tunggu sebentar sementara dia menguruskan bilik mereka . Selepas selesai Rizal kembali pada mereka dan menyerahkan kunci bilik . “Nah , bilik nombor 2808 untuk Sarah dengan Ain . Abang dengan Farhan kat bilik sebelah . Rehat dulu , petang nanti kita jalan – jalan .” terang Rizal .
Sarah , Farhan dan Ain hanya mengangguk sebelum menyorong beg masing – masing untuk ke bilik mereka . Sewaktu sampai di pintu bilik Sarah bersuara . “Abang nak keluar nanti bagitahu Sarah tau ! Bye .”


Selesai menyusun segala baju – baju dan beg ke dalam almari Sarah menghempaskan badannya ke katil . Belum semapt dia melelapkan mata Ain bersuara , “Aku tak pernah pula dengar pasal abang Rizal ni ?”
“Memanglah . Dia belajar kat Ireland bulan lepas baru dia balik sini .”jawab Sarah malas dan terus menekup mukanya dengan bantal . “Owh ,aku nak lepak kat luar jap . Nak ikut tak ?”tanya Ain .
Sarah yang mendengar terus duduk bantal yang sebelum ini dipeluk , dicampak ke tepi . “Luar mana ?” tanya Sarah teruja .
“Kat balkoni jelah .”balas Ain . “Hmm , pergilah . Nanti kejut aku .”jawab Sarah bantal yang dicampak sebentar tadi dipeluk semula sambil berbaring diatas katil empuk itu . Mendengar jawapan dari Sarah , Ain terus bergerak keluar ke balkoni itu .
Pemandangan laut yang cukup indah dengan air yang jernih dinikmati . Angin pantai menampar lembut pipinya , rambutnya yang berada di paras bahu dilepaskan . Sewaktu leka menikmati keindahan alam semulajadi itu , ada satu suara menegurnya . “Hai .”
Ain yang mendengar menoleh ke belakang , kiri dan kanan mencari dari mana datangnya suara itu . “Saya kat sebelahlah .”ujarnya lagi . Ain terus toleh ke balkoni sebelah iaitu bilik Farhan dan abang Sarah . Waktu itu baru dia terlihat wajah abang Sarah , Rizal .
“Owh , hai .”balas Ain .
“Sarah mana ?”tanya Rizal lagi .
“Kat dalam , tidur .”tidak dinafikan , dia sememangnya masih kekok untuk berbual dengan abang Sarah ini . Apatah lagi jika berdua – duaan begini . “Owh , awak tak tidur ke ?”tanya Rizal sekali lagi .
Belum sempat dia menjawab , Sarah sudah menyergahnya dari belakang . “Hah ! Buat apa ni ?!”
“Sarah !” jerit Ain dan Rizal serentak . Ain yang jelas terkejut sudah terduduk di atas kerusi di balkoni itu . “Apahal teruk sangat kau terkejut ? Ni mesti ada apa – apa ni ?”teka Sarah , matanya dikecilkan .
Rizal yang mendengar sudah menjeling Sarah tajam . Ain sudah bergerak masuk ke dalam bilik, muka sahabatnya itu jelas merah menahan malu . Rizal yang masih berada di situ ditegur . “Abang berminat ke ?” Keningnya diangkat sebelah .
“Sibuk je !”balas Rizal dan terus masuk ke dalam . Sarah yang masih berada di luar itu mengekek ketawa . Sewaktu masih leka ketawa Farhan keluar ke balkoni dan menegurnya , “Seronoknya dapat kenakan orang .”
Sarah yang sudah berhenti tergelak menjawab , “Of course , lawaklah tengok diorang tu . Masing – masing muka merah .”
“Suka eyh ? Nanti abang Riz kacau awak pula . Padanlah muka .”balas Farhan dalam masa yang sama mengugut .
“Alaah , awak kan ada nak back up saya .” balas Sarah .
“Menjawab ? “ ujar Farhan seraya menarik hidung Sarah . “Sakitlah , wak . Eyh , dah pukul limalah . Awak tolong pujuk abang Riz keluar jalan – jalan .”ucap Sarah .
“Cakaplah sendiri .”balas Farhan .
“Alaah , tolonglah wak .”pujuk Sarah lagi , kali ini matanya dikerdipkan meminta simpati . “Buat lagi muka macam tu saya cubit , pergilah siap cepat .”arah Farhan selepas mengugut Sarah . Sarah yang mendengar hanya menyegih sebelum masuk ke dalam untuk bersiap .

“Kau suka abang Riz eyh ?”tanya Sarah sewaktu mereka masuk semula ke bilik selepas makan malam bersama .
“Hah ? Ap.. Apa kau merepek ni ?”jawab Ain tergagap , mukanya merah . Matanya dilarikan dari bertembung dengan mata Sarah . Dia mula menyibukkan diri mengemas meja solek yang dipenuhi dengan barang – barang mereka .
“Eleh , meepek konon . Ingat aku tak nampak korang main mata waktu makan tadi ?”acah Sarah sengaja . Ain yang agak terkejut mula bersuara . “Eyh , ma..mana ada .Kau ni , merepeklah . Dahlah aku nak mandi .” balas Ain . Tuala yang tersidai di kerusi ditarik dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air .
Sarah yang melihat sudah tersengih lebar . Memandangkan Ain sering mengambil masa yang lama untuk bersiap , jadi Sarah mengambil keputusan untuk bersantai di balkoni .
Sewaktu dia sedang leka termenung sambil ditemani angin malam Farhan yang semestinya di bilik sebelah menegurnya . “Jauh menung . Ingat siapa ?”
“Takde ingat sesiapa punlah . Malam ni tak keluar kan ?”tanya Sarah .
“Ermm , tak kot . Anyway tadi abang Riz cakap esok kita pergi diving .”ujar Farhan bersahaja .
Sarah yang setia mendengar sudah membesarkan matanya . “What ?! Yeayy !!!” ujar Sarah separuh menjerit . Farhan yang nyata terkejut sudah menutup mulut Sarah dengan telapak tangannya .
“Dah malamlah . Orang semua nak tidur , janganlah jerit .”ucap Farhan tenang sebelum perlahan – lahan menarik tangannya . Sarah yang mendengar bebelan Farhan itu sudah tersengih lebar .
“Okaylah , Ain dah habis mandi dah tu . Masuk dulu kay ?”ujar Sarah dan terus berpaling untuk masuk ke dalam . Langkahnya terhenti apabila Farhan memengang kejap pergelangan tangannya . Sarah berpaling , keningnya diangkat sebelah .
I Love You mana ?”tanya Farhan selamba .
Sarah mengeluh perlahan . “Ye , I Love You . Tidur elok – elok kay ? Night . Take care , esok saya kejut awak .”balas Sarah . Pipi Farhan ditepuk perlahan dan terus masuk ke dalam untuk membersihkan diri dan terus tidur

No comments:

Post a Comment